al aliim wal muta'alim , al fiqhul absath, al fiqhul akbar dan risalah abi hanifah -al washiyah..
Diantara kitab-kitab yang pasti jadi rujukan dan sepatutnya dimiliki oleh setiap ahli sunnah wal jama'ah...
Akidah-akidah yang dibicara dan diputuskan disitu sudah pasti akidah para SalafuSoleh dikalangan Ahli Sunnah.. kenapa kita tidak ghairah terhadap kitab-kitab ilmu Tawhid yg ditinggalkan oleh Imam Abu Hanifah yang memang comfirm ---itu adalah kitab yang bicara bidang Tawhid/Usuliddin Ahli Sunnah Wal Jama'ah ...mungkin sbb fekahnya???.. Allah yang lebih tahu..sekalipun dalam beberapa perkara ada percanggahan dgn fahaman Imam Abu Hasan al Asha'ari , tetapi dalam soal yang dibangkitkan dan diungkit- contohnya soal Tuhan tidak bertempat , adalah sekata dan sependapat antara ahli Islam . Diantara rujukan utama ilmu Tawhid sepatutnya adalah kitab-kitab tawhid Imam Abu Hanifah r.a. Itu kitab-kitab khusus dibidang Tawhid. Berbanding dengan setengah Imam-imam mazhab yang lain. Dan telah maklum , kita ahli sunnah wal jam'ah bersatu dalam ilmu akidah, sekalipun ada juga berlaku percanggahan pendapat difuru' akidah, dan khilaf dibidang feqah ,kita hormat menghormati. Wallahu a'lam..