Sunday, April 19, 2015

Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.


Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.  

Disediakan oleh al Faqir wal Haqir Haji Abdul Raof Bin Nurin . PondokTampin. 

Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.



Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.

1. Ihya Ulumiddin.

2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.

Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi  Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458,  berkata: 

Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah bin Ja’far  r.a,  Abdullah bin Zubir r.a,  Mughirah bin Syubah,  Muawiyah  r.a dan selain mereka.}.


Dimuka surat 465 beliau menyambung:

Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat seperti  hari –hari Tasyriq}  -  Ittihaf Saadatul Muttaqin ,  Juzuk 6,   – 468 , cetakan  Dar Fikar.


Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas  majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:


Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan syarak.2


 Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang penulis terjemahkan seperti berikut:



Maksud  Sama’:  Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1

Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.

Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.


(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.


 Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.

 Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah,  lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam  juzuk 1 muka surat 245,  Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.

Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai  tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak.  Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :


Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.

Terjemahannya.

Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari  (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh)  dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya:  Tarian pada majlis sama’  dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya  suatu  ghalabah (dikalahkan)  oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya.  Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs)  yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah  seperti  berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas  syara’  pada keharaman mahupun keharusan  maka  Zahir nas-nas menunjukkan Harus. 
Sheikh Ibn Ajibah  meneruskan lagi  : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya  disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan  alat-alat muzik yang diharamkan.  Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
 Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada  dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga  dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan

Ketika  majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang  membawa kepada haram.





Imam Sayuthi   juga   membahaskan  Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .


Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.  
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’

Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:

 Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
 “Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang  Habsyi  menari sebagai  menyambut raya dalam  masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,

Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas:  Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).

Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus  (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .

Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah  tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.



 Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:



Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).


Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).


Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :

[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]

Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi  r.a. 
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk,  dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha  berkata,   { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}

’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w  bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}


Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.

Tamat terjemahan 

1. Ihya Ulumiddin. 
2. Al futuhatul lahiyyah..


...........................................................................................................................................

1 Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti  Racun yang membunuh.

4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi  Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.- 
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi

Beliau menghafal kitab hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:

”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang  dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir  mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.