Saturday, January 08, 2011

Allahu Syafiyy...



Ustaz Muiz bin Masni, merupakan pelajar Tahfiz Asma Munawwara, dan Pondok Tampin, menamatkan hafalan 30 juz al quran dan mengikuti kelas Tahsinul quran dibeberapa madrasah, kemudianya menyambung kelas pengajian berkitab dipondok tampin.

Masih dirawat diwad icu HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Operite dibahagian kepala beliau telah berjaya dan masih dalam keadaan tidak sedar.
Semoga cepat sedar dan sembuh untuk meneruskan membantu tugas-tugas Agama . AMIN-AMIN YA ALLAH..


Laporan terakhir... Muiz beransur pulih..aminn.. doa-doakan.

KEMBALI KE RAHMAT ALLAH.

Almarhum Ali bin Haji Nazlan , merupakan anak kesayangan ibu dan ayah beliau, guru-guru, adek-beradek dan rakan-rakan beliau. Seorang yang sangat periang, hansome, baik hati, suka menghulurkan pertolongan dan yang sangat menarik beliau sangat disenangi oleh semua adek-beradek beliau.

Dari keluarga besar, menuntut dipondok Tuan Guru Haji Muhammad , Bukit Keledang , Triang Temerloh Pahang. Atas niat yang sangat mulia almarhum , dengan keizinan guru beliau berangkat dengan rombongan pondoktampin ke pondok pasir tumbuh , Kelantan untuk menyambung pelajaran disitu.


Dalam perjalanan diselekoh sungai yu, sebelum merapoh, ke gua musang , kenderaan yang beliau tumpang telah bertembung dengan sebuah lori dari arah merapoh. Beliau sempat dihantar kehospital Gua Musang dan terus dibawa ke Hospital Kuala Krai , tetapi Allah lebih menyayangi dan kasih terhadap hambanya yang ikhlas dijalan NYA. Beliau mengembuskan nafas terakhir hampir waktu subuh pagi khamis hampir kehospital Kuala Krai.

Jenazah almarhum telah disempurnakan mandi, kafan 0leh al ustaz abdul raof serta ahli rombongan dan pelajar pondok tampin , dan disembahyangkn oleh jemaah serta hadrat Sheikh Ali, dengan diimamkan oleh al ustaz sendiri dan ustaz Naim dari pondok pasir tumbuh.

Almarhum seterusnya telah dibawa ke pondok keledang untuk dikebumikan diperkuburan Islam dikampung pondok keledang , bersebelahan pondok keledang.

= Barangsiapa yang berjalan disuatu perjalanan didalamnya bertujuan menuntut ilmu, nescaya memudahkannya oleh Allah perjalan keSyurga= al hadis.

Allah Allah... insyallah mudah-mudah Allah kurniakan kepada almarhum pahala syahid dan terus kesyurga. ..amin ya robb..

Thursday, January 06, 2011

Takziah dan Al Fatihah : Pelajar Pondok Tampin ditimpa musibah kemalangan..

Makluman :

Rombongan Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof ke Kelantan telah mengalami musibah kemalangan.Tuan Sheikh Aleey dan Tuan Guru Ust Abd Raof tidak terlibat dalam kemalangan, saya diberitahu hanya sebuah kereta (cuma pelajar pondok) terlibat dalam kemalangan.

1) Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof telah meninggal dunia (Almarhum Ali bin Haji Nazlan).
2) 1 org pelajar pondok tampin dalam keadaan kritikal (Saudara Muiz bin Hj Masni- akan dibedah di HUSM).
3) 2 org cedra ringan (Saudara Firdaus Terengganu dan Abdullah Rembau)

Mohon doa-doa daripada Tuan/Puan..

Untuk roh Almarhum Adik Ipar Tuan Guru Ust Abd Raof, Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau

Untuk pelajar pondok tampin yang berada dalam keadaan kritikal dan cedera, semoga pembedahan berjalan lancar, dipermudahkan segala urusandan disembuhkan sakit-sakit.. amin ya rabbal alamin.. al-fatihah

* Makluman ini ditulis oleh Anwar UKM

Monday, January 03, 2011

Tergadai dan mundur negara kerana bermazhab?.



MAZHAB DAN PENJAJAHAN.
Oleh : Kiyai Haji Sirajuddin Abbas.
Ada pemuka-pemuka gerakan modenasasi agama menulis dalam bukunya, bahawa terjajahnya umat Islam Asia Afrika dulu adalah tersebab mereka kolot, ortodox, taqlid buta dan menganut mazhab-mazhab.
Mereka “mengambinghitamkan” Mazhab-mazhab dengan menuduh-kan bahawa sebabnya maka orang Islam dijajah oleh Imperalis barat adalah kerana mereka menganut Mazhab Syafi’I, Mazhab Hanafi, Mazhab Maliki atau Mazhab Hanbali.
Ini adalah penilaian sejarah yang amat keliru.
Sebab-sebabnya maka negeri-negeri Islam di Asia Afrika dulu terjajah oleh kaum Kolonial dari barat adalah kerana kesalahan penguasa-penguasa negeri yang berkuasa ketika itu.
Ada penguasa ketika itu yang tamak wang, tamak kerhormatan sehingga negerinya dijual kepada penjajah.
Ada penguasa ketika itu yang bodoh , sehingga negeri dan rakyat diserahkannya begitu saja kepada penjajah.
Ada penguasa yang ketika itu yang penakut, maka ia lari lintang-pukang melihat orang putih datang.
Ada penguasa yang berani yang baik, tetapi ia kalah dalam berperang dengan kaum Kolonial.
Dan ada pula penguasa yang benar berjiwa barat, kebarat-baratan, sehingga ia dengan sukarela memberikan negerinya kepada orang yang sefaham dengan dia.
Begitulah seterusnya.
Hal ini tidak ada hubungan sama sekali dengan Mazhab atau menganut Mazhab dan tidak ada hubungannya dengan taqlid buta atau taqlid nyalang.
Kita melihat kenyataan sejarah, bahawa orang yang tidak memeluk Islam dan tidak menganut Mazhab Syafi’I seperti Negeri Ethopia kalah dalam peperangan Dunia Ke – 2 dijajah oleh Itali.
Kita melihat Ireland Utara sampai sekarang negeri-nya dijajah oleh Inggeris pada hal penduduk disitu beragama Katholik, bukan penganut Mazhab Syafi’I, tetapi mereka terjajah kerana kekalahan politik.
Kita lihat dalam Peperangan Duni Ke 2, Peranchis, Belgia, Poland, Austria, Czechoslovakia dijajah oleh Jerman Hitler, sedang mereka semuanya tak ada langsung yang menganut Mazhab Syafi’I atau Mazhab yang lain dan bahkan Islam pun tidak.
Negeri Muhammad Abduh pun pernah diduduki oleh Napoleon, oleh Inggeris dan oleh Israil yang semuanya bukan tersebab kerana mereka menganut Mazhab, tetapi kerana kalah perang .
Kita lihat Jepun yang pernah diduduki tentera sekutu, bukan kerana menganut Mazhab , tetapi kerana kalah perang.
Sebaliknya kita melihat juga dalam sejarah, bahawa penganut-penganut Mazhab dapat pula menguasai dan dapat pula menjajah.
Kerajaan Turki , dibawah penguasa seorang Khalifah Islam yang menganut Mazhab Hanafi dalam Syari’at dan ibadat, dapat pula menguasai Negara-negara Balkan diEropah, seumpama Rumania, Bulgaria, Yugoslavia, Albania dan lain-lain.
Kita lihat Sultan Salahuddin Ayubi dapat pula menundukkan penguasa-penguasa Kristian dalam Peperangan Salib, pada hal Sultan Salahuddin itu penganut yang gigih dari Mazhab Syafi’i.
Kita membaca juga dalam sejarah, bahawa didaerah Khurasan dulu ada seorang Raja yang sangat gigih menganut Mazhab Syafi’I namanya Sultan Muhamud bin Subaktakin, berkedudukan di Ghazanah.
Beliau ini dapat meluaskan kerajaannya dengan menduduki Afghanistan. Sampai ke Punjab di India, sampai ke Bukhara di Asia Tengah, sampai ke Tabristan, Turkistan, Sijistan dan lain-lain daerah yang sangat luas.
Ada kira-kira 200 tahun kerajaan Ghazanah berkuasa, dengan menjalankan syari’at Islam bermazhab Syafi’I didaerahnya yang luas itu.
Kita membaca dalam sejarah, bahawa Sunan Gunung Jati, Fathillah, pembangun kota Jakarta, yang mengalahkan tentera portugis adalah peorang penguasa yang menganut Mazhab Syafi’I yang kuat.

Maka jelaslah, bahawa isu yang mengatakan bahawa sebabnya maka umat Islam Asia- Afrika itu terjajah oleh Imperialis adalah kerana tujuan khusus, iaitu dalam rangka menghancurkan Mazhab Syafi’I dan Mazhab-mazhab yang lain.

- buku 40 masalah agama.