1. Soal: Adakah disunatkan ziarah kubur ?.
Jawab: Ya. Disunatkan ziarah
2. Soal: Saya dengar perempuan Nabi
larang ziarah kubur, adakah betul?.
Jawab: Bagi perempuan dan khunsa ( khunsa musykil), hukumnya makruh menziarahi kubur, melainkan kubur para Nabi , Wali Allah, dan Ulamak Sholihin, tidak makruh mereka berziarah , tegasnya - Sunat bagi orang perempuan dan khunsa menziarahi makam-makam tersebut.
Adapun tentang hadis Nabi larang perempuan ziarah kubur- diihtimal maksudnya larangan makruh, bukan larangan haram. Kerana Banyak lagi hadis atau dalil lain yang menunjjukkan perempuan adalah diharuskan berziarah kubur jika sanggup menahan diri dari meratapi kematian simati.
Oleh yang demikian, larangan ziarah kubur yang dilakukan para wanita tidak bersifat jazam, Bahkan muhtamil. Ini disebut didalam ilmu Fikah atau Ushul sebagai - Illah.
3.Soal:
Orang Islam Melayu kita telah menjadikan musim ziarah hanya pada hari raya
puasa , tidakkah itu satu bidah yang haram.
Jawab: Tidak haram. Dapat pahala ziarah. Sebab tiada dalil mengharamkan ziarah kubur bermusim. Nabi dan salafusholeh pun pernah ziarah pada masa tertentu, iaitu menjadikan hanya hari sabtu sebagai hari ziarah syuhada diUhud
4.Soal: Saya Selalu jumpa orang
ziarah bawak air sejuk, lepastu dituang atas kubur. Bila saya Tanya apa tujuan
buat begitu, mereka jawab, nak sejukkan orang dalam kubur. Boleh kah begitu?.
Jawab: Boleh, Sunat jirus air walaupun kubur dah lama, dapat pahala , ada Asal usul perbuatan begitu dari Nabi , ada anjuran ulamak fikah tentang niat tujuan itu yang disebut sebagai TAFAAUL
dalam kitab fikah besar besar seperti Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakariyya al Anshori. Di akhir kitab jinazah. wallahu a'lam.