soalan: slm. kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 x sja rkat prtma. mkmum cmna ust.
atau boleh ka mkmum tkkbir sdgkn imm x?
al ustaz Jawab:
Soalan 1: Kalau imam takbir tak cukup,
contohnya 3 kali sahaja pada rakaat pertama makmum.
Jawab:Makmum boleh
sempurnakan takbir yang kurang itu dalam rakaat ke 2. Itupun jika imam juga takbir pada rakaat kedua tersebut, qaul ini menurut Sheikh Ramli.
Kalau menurut Ibn Hajar, makmum hendaklah ikut sahaja imam. Tidak ada tambah takbir lagi pada rakaat kedua . Maknanya pada rakaat ke 2 tidak ada takbir lagi samada imam atau makmum- ini menurut Sheikh Ibnu Hajar. Qaul ini Shekh Ibnu Hajar ini biasa diamalkan dalam masyarakat kita .
Soalan 2: Bolehkah makmum takbir sedangkan imam tidak takbir pada rakaat pertama atau kedua?.
Jawab: Pada rakaat pertama , Tidak ada lagi
takbir makmum, makmum kena ikut saja imam, maksudnya , bila imam langsung tidak takbir pada rakaat pertama , makmum tidak adalah lagi takbirnya . Kalau imam tidak takbir juga pada rakaat kedua , makmum juga tiada ada takbirnya. masalah ini ini tidak ada khilaf antara Sheikh Ibn Hajar dan Sheikh Ramli.. Khilaf berlaku hanya pada rakaat kedua , iaitu: Bila imam takbir pada rakaat kedua menurut qaul Sheikh Ramli yang membolehkan takbir 7 kali atau kurang dari 7 bila tidak dibacakan pada rakaat pertama , hendaklah dibacakan dia pada rakaat kedua, maka makmum bila dengar atau tahu saja imam takbir, maka makmum hendaklah takbir. .
Didalam Ibarat kitab fikah., sunat makmum tidak mengikut imam yang takbir lebih dari bilangan sepatutnya. Contohnya : Imam takbir lebih dari 8 kali pada rakaat pertama, maka makmum takbir 7 sahaja. Sebaliknya kalau imam takbir kurang pula, contohnya : 3 kali sahaja , maka 3 kali jugalah makmum takbir, walaupun imam itu mazhabnya lain dari mazhab makmum, misalnya kita sebagai makmum bermazhab Shafie, sepatutnya takbir 7 kali dirakaat pertama, sedangkan imam kita mazhab Maliki , takbirnya 3 kali , maka kita hendaklah takbir 3 kali sahaja. Kalau takbir lebih?. Makruh.
(Perhatian) : Kalau imam selepas fatihahnya, teringat tidak membaca takbir lagi , kemudian dia bertakbirnya pula.
maka sembahyang imam atau makmum tidak batal. Istimewa jika ditaklid Qaul Qodim yang mengharuskan buat begitu. Makmum adakah mengikut imam takbir atau tidak boleh ikut? Jawab: Kalau makmum ikut, makruh, tidak batal sembahyang. Melainkan jika makmum taklid juga qaul qadim itu, Maka Harus juga..tidak makruh , tidak batal. wallahu a'lam.
(Furu') Masalah: Makmum sembahyang raya berimamkan imam sembahyang subuh?.
Jawab: Maka makmum sunat juga takbir 7 kali rakaat pertamanya, 5 kali rakaat keduanya.