Monday, June 12, 2017

Berkenaan Kitab Jam'ul Jawamik

Kitab Jam'ul Jawamik:


1.Bila diitlaqkan belajar Jam'ul Jawami dipondok2 sekitar nusantara biasanya adalah syarah al mahalli atas jam'ul jawamik karangan imam Tajus Subki.

2.Bukan semata2 matan Jam'ul Jawamik..

3.Belajar sahaja belum menjamin Faham makna seluruh matan dan syarah2nya.

4.Jika faham, belum tentu mampu untuk mempraktikan isi2 kandungannya.

Ramai para tuan guru yang telah kembali kerahmatullah yang saya bertemu mereka mengatakan :

Jamu'ul Jawamik adalah darjah Fuhul Ulamak untuk memahami dan praktik.
Adapun sekadar belajar, juga sudah perlu kepada persediaan cukup , bukan sekadar nahu shorof sahaja.

Wallahu 'lam.

Kehebatan Imam Tajuddin As Subki dalam Usul Fekah.




Al Imam Tajuddin Abdul Wahhab bin Ali bin Abdul Kaafi al Subki - wafat 771 hijrah,  telah mengarang 5 buah karangan dalam bidang ilmu Usul Fekah. 

1. Al Ibhaj Syarah Minhaj al Baidawi , telah dicetak.

2. Raf 'ul Haajib  syarah Mukhtasar Ibnu Hajiib , tahkik al Azhar - belum dicetak .

3. Jam'ul Jawamik- dicetak.

4. Man'ul Mawani'.- dicetak.

5. al Ta'liq fi Ushul al Fiqh- masih dalam bentuk manuskrip asal.



Mengenai Jam'ul Jawamik, merupakan sebuah karangan  yang nipis tetapi setiap bab pembicaraanya adalah satu penemuan cara baru yang belum  pernah disusun  mereka yang sebelumnya, sangat bernilai diantara kitab-kitab Ilmu Usul.

Pengarang telah menyusun karangannya menyentuh dua Ilmu Usul iaitu Ilmu Usul Fekah dan Ilmu Usuluddin.  

Maka jadilah Jam'ul jawamik sebuah karangan yang berbeza dengan karangan-karangan lain dibidang Ilmu Usul , sangat indah ibarat-ibarat dalam setiap sentuhan matapelajarannya, gayabahasa yang sangat ringkas dan lafaz-lafaznya menghikayatkan majaz-majaz.

Para ulamak diseluruh pelusuk benua  telah memberikan  perhatian kepadanya dengan menulis komentari dan syarahan huraian menyebabkan Jam'ul Jawamik tersebar di pusat-pusat pengajian ilmu seluruh dunia.

Jam'ul Jawamik adalah merupakan KITAB  bagi manusia di Timur dan Barat , telah kekal penobatan begitu semenjak ianya dikarang hingga lebih dari 300 tahun.