Monday, May 30, 2011

Gharib Khasful Litham 3 ( masalah yang tiada jelas dalam kitab lain)

Soalan : Minyak kelapa yang tumpah diatas tangan , adakah sah wudhu tanpa menghilangkannya terlebih dulu dengan sabun?.

Jawab: Sah. dengan NAS ini nampaknya lebih mudah untuk beramal ibadat jika dibandingkan dengan anggapan dan fahaman kebanyakan, mengatakan mesti digosok sampai kesat kulit.

Nasnya:

Kasful Litham mukasurat 3 juzuk pertama.




"(Far'un) Bermula Minyak yang cair seperti minyak NYIUR dan minyak Zait (Zaitun) dan umpama demikianitu , tiada dinamakan MANI' yang menegahkan daripada wudhu dan jika berputus putus air daripada atas anggotanya dengan sebabnya sekalipun."


Sunday, May 29, 2011

Buah tangan dari Sham 7

Sheikh Bu Aa'fiah al Tilimsani.



Fadhilatus Sheikh Abdul Wahhab Al Sharif Bu Aa'fiah al Hasani . Beliau Sahabat karib Sheikh Munlla Yusof. Satu hari Sheikh Munlla menjemput kami bertemu seorang Khalifah kepada Sheikh Abdul Rahman al Shaghuri- Sheikh Masyaikh Tarekat Syaziliah di Sham. Sesampai saja kami dirumah sahabat Sheikh Munlla ini , saya tertarik pada satu kertas silsilah keturunan , tulisan tangan terpampang didinding. Ada gambar ulamak masyhur di Aljeria , saya tak ingat pula namanya, tapi memang saya pasti nama ulamak tu memang masyhur.

Sheikh Bu Aa'fiah , rupanya saja pun sudah bercahaya, penuh dengan zikrullah. Bukan zikir sahaja , beliau merangkap ulamak , alim, keturunan sayyid lagi keturunan ulamak. Al Muhaqiq al Tilimsaani yang selalu dijumpa dalam kitab2 tawhid jawi dan arab dan dalam kitab2 ilmu alat tu rerupanya tok nenek moyang dia. Allah Allah.

Dalam keadaan terlantar , keuzuran , lumpuh, beliau sentiasa melimpahkan ilmu dan irfan beliau.
Setiap kali bercakap , tak lekang beliau akan ungkapkan kalam2 hikmah , samaada nukilan dari Quran, Hadis atau kalam Arifin billah atau sekurang-kurangnya syair. Kalau ada kawan yang baca syair atau kalam-kalam nukilan yang tersangkut ,, akan beliau sambungkan .

Sebelum berangkat pulang beliau telah menghadiahkan sesuatu hadiah yang sangat berharga. Ijazah amalan-amalan dalam kitab susunan beliau khasnya amalanTarekat Syazaliah yang beliau terima dari Sheikh Abd. Rahman Shaghuri semoga Allah rahmati beliau , Al Shaghuri adalah Sheikh Tarekat yang sangat Masyhur di Sham - Rahimahullah . Katanya "Khas untuk para masyaikh dari Malaysia". yang ada malamtu,, Hadratus Sheikh Ali, Ustaz Ahmad Naim dan Ustaz Sofhan semua diijazahkan .


Al Wasilah telah diTaqriz oleh 7 ulamak terkemuka .

1. Fadhilatus Sheikh Sayyid Muhammad Adib Hassuwan- ayahnda kepada Mufti , Dr Sayyid Ahmad Badruddin Hassuwan .

2. Al Allamah Al Habib Umar bin Hafiz.

3. Fadhilatu Sheikh Abi Nur Khurshid.

4. Fadhilatu Sheikh Musthofa Turkumani.

5. Fadhilatu Sheikh Ahmad bin Hanifiah.

6. Fadhilatus Sheikh Muhammad Saed al Kahil.

7. Fadhilatus Sheikh Sayyid Ahmad bin Muhammad Alawi al Maaliki al Hasani.

Semuga Allah s.w.t meredhoi mereka


.