Thursday, April 28, 2016
Perang Jepun
Apabila Jepun mula mengebom pantai timur semasa perang dunia kedua , Madrasah Ahmadiah atau Pondok Bunut Payung di Kota Bharu , Kelantan telah menutup pengajian. Penuntut- penuntut telah mula pulang ketempat masng-masing, Tuan Guru Haji Yahya dan rakan-rakan beliau mula mencari jalan balik ke Kedah. Tapi melalui jalan darat meredah hutan. Beliau menceritakan perjalanan memakan masa sebulan , bermula selepas asar dipondok bunut payung dengan berjalan kaki besama beberapa rakan seangkatan. Menerusi Gua Musang terus ke Banding sampai ke kampung Belum dan akhirnya keluar di daerah Grik , sampai di Lenggong Perak.
Semasa dalam perjalanan , beliau menceritakan , sebagai ketua rombongan , saya tidak ingat berapa orang jumlah rombongan , beliau arahkan setiap orang bawa bekalan makanan sedikit seorang. setiap orang bawa beras dalam beg . garam, asam, ikan kering dan sebagainya juga dibawa masing-masing. Apabila masa rehat dan makan , digilir2kan masak dan bekalan mantah diambil dari setiap orang sedikit seorang.
Jika keputusan air, mereka akan mencari rotan-rotan besar atau enau atau buluh yang menyimpan air untuk dipotong dan diambil airnya buat minuman.
Tidur dicelah-celah banir pokok-pokok besar.
Satu ketika ada tiga rakan beliau yang tidak ikut rombongan beliau telah tersesat jalan dan seorang dari mereka dimakan harimau.
Seorang rakan beliau juga telah meninggal dunia dalam perjalanan, beliau sahaja yang sanggup mendukung mayat rakan beliau tersebut untuk dibawa keluar dari hutan . selama 3 hari mereka berjalan kearah Perak barulah bertemu kampong untuk di uruskan jenazah rakan beliau itu.
Sepanjang perjalanan mencari penduduk kampung, beliau hanya mendukung mayat rakan beliau itu dengan diikat kedua tangan mayat dengan kain . Alhamdulillah semuanya selamat.
Subscribe to:
Posts (Atom)