Saturday, September 05, 2015

Tidak Harus Ijtihad menentukan air mutlak , bila kesamaran antara air mawar dan air mutlak.

Sebelum saya terlupa isi kuliah fekah kitab Sabilul Muhtadin malam tadi diTaman Desa Permai, baik juga dicatitkan sedikit ringkasannya disini, mudah2an ada gunanya pada masa akan datang atau untuk generasi akan datang, insyallah.

Bab Taharah.

Masih bab Air. Muka surat 25 -26 , cetakan dar fikar tanpa tahun.

Tidak Harus Ijtihad.

Jika seseorang terlupa pada dua bekas air antara air mutlak dan air mawar (jernih)  yang telah hilang bau, rasa dan warnanya , mana satu antara kedua bekas air itu adalah air yang mutlak .

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli - tidak boleh berijtihad untuk menentukan mana satu air mutlak. Sebab Air Mawar bukan asal usulnya sebagai alat bersuci , seperti air mutlak yang sudah bertukar  statusnya menjadi air mustakmal atau mutannajis. Air Mustakmal atau  Mutannajis masih boleh ditukarkan statusnya kembali kepada mutlak dengan cara ditambah air sampai jadi dua kolah serta dihilangkan bau rasa dan warna yang menjadikannya mustakmal atau mutannajis. sementara air mawar memang tiada cara untuk mengembalikan kepada mutlak sebab asalusulnya memang bukan air mutlak.

Maka jika tiada air lain yang diyakini untuk dibuat bersuci  dari najis atau hadas, wajib digunakan kedua2 air tersebut untuk bersuci atau wudhuk atau mandi hadas. . Cuma caranya mestilah gunakan air untuk wudhuk atau mandi hadas besar dikedua2 bekas , contohnya, sekali berwuduk dengan bekas air pertama, dan kemudian berwuduk pula dengan bekas air kedua, selepas itu baru boleh sembahyang. 

Tetapi menurut Ibnu Muqri dalam Kitab ar Raudh, boleh memakai buat bersuci dengan kedua2nya yakni kedua bekas air tersebut dianggap suci , boleh dengan salah satunya atau kedua2nya sekali.