Showing posts with label Taksub?.. Show all posts
Showing posts with label Taksub?.. Show all posts

Saturday, May 14, 2011

Taksub?.. nasihat al Marhum Sheikh Athiyah Shaqar





Alangkah bahagianya hati saya, pada satu pagi jumaat, kawan saya Ustaz Yusri Mazlan mengajak saya sembahyang jumaat di masjid berdekatan rumah malikul fatwa mesir, Al Allamatus Sheikh Athyiah Shaqar. saya bergegas bersiap dengan Ustaz Azlan Abd. Lathif. Rupa ceria dimuka masing-masing jelas nampak. Semenjak sebelum saya menjejak bumi Mesir telah terdengar dan terhidu keharuman nama Raja Fatwa ini ..

Perjalanan ketempat beliau menaiki tube, ustaz yusri menceritakan ulamak besar ini biasa saja naik keretapi bawah tanah ni , kalau ke bandar Kaherah. Hanya pakai gamis kampung dengan tasbih ditangannya beliau sentiasa disapa orang ramai dalam keretapi.

Selepas sembahyang jumaat, orang ramai berhimpun keliling ulamak besar ini , saya perhatikan beliau duduk didalam masjid setelah selesai sunat jumaat tak henti-henti orang datang bertanyakan soalan kepada beliau dan beliau menjawab setiap soalan dengan pantas , lancar, dan dalam bahasa fusha, kadang-kadang bahasa amiiah.

Lebih dari 40 minit saya dan ustaz yusri dan ust. azlan menunggu dan memerhatikan lakuan dan himbauan nur ilmu beliau.

Dirumah beliau sangat ramah, beberapa soalan diajukan kepada beliau. Antaranya yang masih saya ingat, soal Nur Muhammad, hadisnya, perawinya. .. nampaknya beliau seperti ulamak yang lain, tetap mengatakan isu Nur muhammad adalah soal khilaf ulamak. Tetapi Jumhur ulamak setuju dengan konsep Nur Muhammad .

Beliau bercerita , pernah sampai Malaysia, Bali , Indonesia, India , dan lain-lain Negara.

Sebelum keluar dari rumah beliau, beliau sempat menunjjukakn bilik khas beliau beribadat. Penuh dengan kitab. Atas bawah, tepi kiri kanan.. semua kitab.

Beliau beramal juga dengan tarikat sufi.. kalau tak salah ingat saya Tarikat Khalwatiyah.


Tapi satu perkara yang membuat saya sungguh minat dengan Sheikh ini. ..................

Beliau TIDAK TAKSUB.

Beliau Sangat Alim . tapi beliau tidak taksub ... sehingga memandang orang lain rendah.... hidup low profile . Berjalan kaki kemasjid , kedai dan bertemu dengan orangramai.

Beliau berakidahkan Ashaariy, menyanjungi nya ... tetapi beliau tidak pula mengata-ngata kepada Orang Wahabi atau mana-mana fahaman Salafi.

Beliau bergaul dengan Tarikat Sufi ..tapi tidak pula membenarkan kata-kata atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah. Tidak pula membenarkan kata-mengata yang dilemparkan kepada Tarikat Shufiah.

Beliau sangat Mahir ilmu fiqahnya... tapi tidak pula ditolak pendapat -pendapat Ibnu Taimiah yang dipandang sesuai dan benar, atau tidak pula menolak fatwa dari mana-mana mazhab yang muktabar khasnya Mazhab yang Empat. Beliau sendiri Shafie, saya dengar cerita kawan, beliau ada mengarang Khulashah (ringkasan) kitab Raudhah karangan Imam Nawawi. wallahu a'lam.

Pernah saya menonton Rancangan TV khas untuk beliau , rancangan soal-jawab ugama, petang rabu.

Online. Beliau ditanya melalui talipon , tak henti-henti soal dan jawab beliau hingga habis rancangan.

Beliau akan menjawab soalan dengan jawaban menurut pandangan empat mazhab.

Sangat-sangat menarik, sentiasa beliau menjawab dengan Fusha walaupun soalan dalam Ammiah. ...

Inilah satu-satunya Sheikh diMesir yang pernah saya jumpa yang sangat menarik hati saya sehingga setiap kali saya tatap gambar beliau, teringat seorang Almarhum Guru saya , Tuan Guru Sheikh Daud bin Hasan , pondok Malau, Kulim , Kedah. Mudahan-mudahan Allah Rahmati dan Kasihani mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------


Tuesday, August 10, 2010

Wednesday, November 05, 2008

Perempuan ziarah kubur?.


Soalan: Assalamualaikum ustaz ..orang perempuan boleh tak ziarah kubur, terutama pada hari raya..kan dah jadi adat kita orang melayu..takut2 tak boleh..


Jawab: Hukum asalnya Makruh. Makruh perempuan ziarah kubur, kecuali kubur Nabi-nabi dan wali-wali, maka sunat juga mereka ziarah.
Illat makruh perempuan ziarah kubur adalah "li mazhinnati bukaaiihinna" - kerana tempat zan tangisan mereka. Oleh sebab mereka biasanya tidak tahan hati bila berada diperkuburan.Oleh sebab tidak dapat menahan ratapan, Maka makruh . Kalau sebaliknya jika ada yang tahan hati, maka tidak mkruh lagi, bahkan sunat ziarah. Tapi kena jagalah perkara lain yang tidak bertentangan dengan hukum .
Kalau ditanya kenapa pula makruh , tidak haram?.
Jawabnya: Sebab illat haram itu tidak tahkik. Cuba perhatikn perkataan "Limazhinnati"... zan tidak menunjjukan tahkik.Wallahu a'lm.
Kalau ditanya lagi mana pula dalil ada orang perempuan boleh ziarah kubur?.
Jawab : Ada banyak sangat. Salah satunya hadis sahih " fazaaruuha"- kamu ziarahilah- sedangkan Siti Aisyah ada dalam "majlis khitab" pada sabdaan Nabi tersebut.
Aisyah adalah perempuan dan kalimat "tum" juga tidak membezakan antara lelaki dan perempuan. Sebab itu diriwayatkan Aisyah setiap hari akan selalu keluar ke kubur.
Oleh yang demikian , kelaziman menziarahi kubur juga tidak boleh dikatakan sebagai taksub kepada kubur. . wallahu a'lam.

Sunday, October 26, 2008

Kenduri Arwah lagi...

Mekah banjir...



-->
Ada setengah orang menuduh Tuan-tuan Guru pondok telah tergesa-gesa mensahihkn hadis kenduri 7 hari Imam Sayuthi tersebut?. Siapa pula yang tergesa-gesa mensahihkan hadis yang memang telah telah disahihkan oleh Imam Sayuthi itu. Yang mana Imam Sayuthi telah menyatakan kesahihannya berdasarkan kaedah-kaedah ilmiah. Bukan fikiran rasa-rasa taksub pada pendapat sendiri. Kalau pembantah cuba untuk menolak pentashihan Imam Sayuthi tersebut, silakan dan cuba lah buat sedaya upayanya dengan apa jalan pun. Habis bahas pun akan berakhir juga dengan kesimpulan itu perkara 
ikhtilaf yang telah diizinkan oleh Syariat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w


Ada pula setengah yang lain pula cuba mentarjih dan tajrih hadis A’shim Kulaib tersebut , mana yang mahfuzh , mana yang tidak mahfuzhnya…. Dan dikomentari dengan ayat-ayat yang seolah-olahnya hadis Ashim bin Kulaib itulah semata-mata tunjang dalil kenduri arwah yang diamalkan masyarakat?..


Tak ada sesiapa pun dikalangan ulamak yang mengharuskan kenduri tahlil arwah dengan semata-mata berteraskan hadis ‘ashim tersebut. Hadis tu sebahagian dalil sokongan. Bukan asasnya. Lagi pula pendapat dan komen para muhadisin terhadap status hadis yang menyebut “penyeru isteri mayat” dengan muqayyad itu telah berikhtilaf ulamak. Ada yang mensahihkannya bukannya takde seperti dakwaan pembantah. Jadi apa salahnya beramal dengan hadis-hadis yang begitu. Ke saja nak taksub ke pendapat sendiri?..


Ini perbahasan berkenaan hadis-hadis yang seperti ini yang sangatlah panjang. Kalau nak meluaskan pengetahuan rajin-rajin lah membelek kitab-kitab musthalah dan usul fikah.

Thursday, December 06, 2007

b.t.d damsyik 6

Adapun mengenai Suuq Hamidi- maka dikatakan pasaraya (mall) yang tertua didunia, telah dibina atas perintah Sulthan Abdul Hamid , dikurun ke 18?. teringatlah saya ke chowkit pada waktu malam , dan lorong2 kedai disekitar Masjid Saidina Husin, diKaherah Mesir, ramainya orang. Kekadangtu susah nak berjalan. Masuk saja dipintu gerbang Suuq Hamidi, disebelah kanan nya selang 3 blok kedai akan berjumpa Sharaf - money changer- khabarnya tukaran -u.s.d = Syrian Lira - yang mengutungkan berbanding ditempat2 lain. Duit Malaysia tak ada m.changer nak ambik di Syria. Rupa2nya disebelah m.changer situ , ada makam Saidina Abu Hurairah r.a?. Ada pulak kitab Tarikh menyebut Abu Hurairah r.a wafat diMadinah, kuburnya diBaqi'?. Ada pula istilah "Maqam" dan "Dhorih" dua yang berbeza?. 'Maqam" tak mesti ada Sohib/jasadnya, "Dhorih" pulak akan ada jasad tuannya disitu?.. maka makam Saidiana Abu Hurairah di Suuq Hamidi dan Dhorih/Kuburnya di Baqi'?.. Allahu a'lm.
Melihat dan mencari2 perkara dan pengalaman baru dalam hidup sangat menyeronokkan. Begitulah ana yang dah separuh umur ni, meliarkan mata kot kot terjumpa perkara pelik atau barangan menarik di sepanjang deretan kedai2 didalam Suuq Hamidi. Singgah di kedai emas, harga barangan emas disitu murah sedikit dari harga diMalaysia. Tapi setelah dibelek2 , teringat ana akan kehalusan kualiti pembuatan di Malaysia lebih halus dan teliti. Sebentuk Cincin emas bertatahkan intan ,,, tapi seni Malaysia lebih terpahat dihati . Dikhabarkan antara sebab Asia lebih halus keseniannya kerana tangan-tangan Asian lebih halus?.
Barangan cenderahati sesuai dibeli disini. Satu yng tak dilupa , boleh kita jumpa penjual minuman, berpakaian klasik Turkie Osmaniah, sambil bekas tembaga besar seperti teakoh/jug air tirus , didukung dibelakangnya. ish ish menarik sungguh.... ingatkan apaa lah yg dijualnya. Rerupenye air asam jawa jee... he he..
Disebelah timur, arah kiblat, lorong2 yg boleh dilalui ke makam/kubur Saidina Mua'z bin Jabal r.a. Comfirm , memang Saidina Mua'az mmng wafat di Syam-disebut dalam kitab mukhtasar Tarikh Damsyiq . Saidina Mu'az , Sahabat utama Nabi s.a.w, Lagi ulama dikalangan para Sahabat r.a , Lagi Perawi Hadis2 Nabi yg selalu dijumpai dalam Sunan Sittah Bukhari Muslim... ahh.. siapa pulak yang tak kenal beliau ni... apa nak cerita lagi?.. ruginya kalau tak ambil peluang ziarah kekuburnya, bacakan doa untuknya , terima kasih padanya , sebab beliau adalah merupakan Mahaguru kepada semua Ulamak Islam dan Muslimin... jasanya meriwayatkan sabdaan Nabi s.a.w pun sudah cukup besar ertinya kepada kita... sunat ziarah kubur, apatah lagi yang bersemadi disitu Kesayangan Nabi lagi UlamakNya pulak. Macamtu lah yang disebut dalam kitab2. bukan sembah kuburnya.... bukan taksub kekuburnya...bukan kuburiyuun, bukan gosok-gosok batu nisan maupun dindingnya...bukan hantu kubur.. bukan lapar ke kubur.. ahhh ,, macam macam pulak sangkaan yang bukan bukan dek ketandusan maklumat.