Saturday, March 07, 2009

umum khusus...



Semasa saya masih menuntut dipondok dulu , saya telah hadir disatu majlis munazarah antara tuan-tuan guru, disatu masjid berhampiran bandar palas... bincang soal ibarat dalam kitab kifayatul muhtadi.. karangan sheikh Muhammad Nur, bekas hakim syarie diMekah. Dalam kitab tersebut muka surat 11 baris 7

"dan telah mentakwil oleh muktazilah akan "istiwa" dengan "istiila yakni "memilik atau memerintah" adapun ahlusunnah wal jamaah berkata merekaitu bermula istiwa Allah subhana wataala atas arsy , satu sifat Allah azzawajalla tiada diketahuikan bagaimananya , wajib atas seseorang beriman dengan dia dan menyerahkan mengetahuikan bagaimananya itu kepada Allah jua"...

kemudian seorang ahli panel telah menghurai maksud ibarat tersebut kepada hadirin, dengan berkata " ibarat ini jelas menunjjukkan bahawa takwil tu salah,,, sebab dalam ibarat kitab ini yang jadi panduan dan ikutan semua orang kita (melayu) kata yang buat takwil tu hanya muktazilah saja. Ahli sunnah takde takwil..."


kemudian Seorang Tuan Guru disitu menjawab:

" weh.. ibarat tu berjalan atas kaedah "Umum Khusus Muthlak"...

Maksudnya " Tiap-tiap Muktazilah mentakwil, dan Tidak pulak setiap takwil itu hanya muktazilah sahaja"... sebab ahlusunnah pun juga ada takwilnya..

ooo.. baru jelas pada saya contoh-contoh kaedah tersebut. memang,, memang Tuan Pengarang kitab "Kifayatul Muhtadi syarah Sullam karangan Sheikh Daud" hebat dan bijak mencernakan pengunaan kaedah2 ilmiyah dalam karangan.

Memanglah.. orang dulu mmng hebat, alim betul.. jauhlah kita ni, saya lah tu khasnya..