Sunan Tarmizi:
2482: Daripada Abdulla bin Busr : Bahawa sesungguhnya seorang arab badui berkata: Wahai Rasulullah, Siapakah sebaik-baik manusia?. Baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.
Kata Imam Tarmizi. Hadis Hasan Gharib dari wajah ini.
- hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah (3793) dengan sanad yang kuat, Imam Ahmad dalam Musnad (1768), dan Sahih Ibnu Hibban (814).
2483: Daripada Abd. Rahman bin Abi Bakrah, daripada bapanya: Bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, Manakah manusia yang terbaik?. Bersabda baginda s..a.w: Sesiapa yang panjang usianya dan baik amalnya. Berkata lagi lelaki itu: Siapakah manusia yang paling jahat?. Bersabda baginda s.a.w: Sesiapa yang lanjut usianya dan jahat amalannya.
Kata Imam Tarmizi: Hadis ini Hasan Sahih.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ooooh Tuhanku.... Anugerahilah keberkatan umurku , lanjutkanlah usiaku didalam kebajikan, dan mentaatiMu Ya Allah.. Ampuniku dan rahmati selepas kematianku..
huk huk huk.....