Friday, September 26, 2008

Aidil Fitri

minal aaidin wal faaizin.. Pondok Tampin dan semua warga memohon ampun maaf kepada semua penjaring yang bertandang disini. Semuga sentiasa mendapat rahmat dan ampunanAllah s.w.t. AAmin.

Thursday, September 25, 2008

Soalan soalan fekah

3. Jika anak yg tidak sihat , contohnya gila atau buta dsbnya , adakah masih wajib bapanya membayarkan zakat fitrah untuknya?.

Jawab: Anak-anak yang uzur seperti buta, gila, bisu ,pekak dan sebagainya , adalah nafkah dan zakat fitrahnya tanggung-jawab bapanya. Bapanyanya yang membayarkan fitrah mereka dan yang berniat mengeluarkan zakat fitrah adalah bapanya sendiri.

4. Bagaimana pula jika sianak berkemampuan, dan anak mahu membayarkan zakat fitrah ibu bapanya pula sekalipun keduanya juga golongan kaya?. Adakah sah dan bagaimana caranya?.

Jawab: Boleh dan sah. Cuma ibubapanya saja yang wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri mereka dan perlu minta izin atau memaklumkan kepada mereka terlebih dulu. Sebab kalau mereka tak berniat , zakat tersebut tidak sah. Walaupun anak yang tolong niatkan. Bahkan kalau anak ramai, semuanya boleh berkongsi sikit seorang keluarkan zakat fitrah untuk kedua mereka.
5. Adakah wajib adek beradek yang kaya menafakahkan saudaranya yang miskin dan membayarkan zakat fitrahnya?.

Jawab: Tidak wajib atas saudara menanggung nafkah saudara-saudarinya melainkan ketika darurat, dan tidak wajib membayarkan zakat fitrah mereka. Dan jika saudara-saudari itu miskin/tidak mampu, kewajiban berzakat gugur daripada diri mereka. Tetapi harus tolong membayarkannya dan wajib saudara-saudari itu yang berniat sendiri .

Wallahu a'lm.

Wednesday, September 24, 2008

Soalan soalan fekah

Soalan Zakat fitrah.

1. Janda yang kaya ,mampu pada malam 1 syawal, adakah wajib berzakat?.

Jawab: Wajib seorang janda yang kaya , maksudnya yang mempunyai makanan yang lebih pada waktu mula tengelam matahari malam 1 syawal, membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak-anaknya.



2. Bagaimana hukumnya zakat untuk anak-anak yang telah akil baligh tetapi masih tidak bekerja?.

Jawab: Seseorang bapa tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi anak-anaknya yang telah baligh , walaupun anak perempuan. Kewajipan tersebut tertanggung atas diri mereka sendiri jika mereka mampu , maksudnya samada mereka mempunyai wang sendiri atau harta sendiri atau duit-duit sedekah orang kepada mereka , adalah boleh digunakan sebagai pembayar zakat fitrah. Sebaliknya , jika memang mereka tidak berkemampuan bahkan mereka disara oleh ibu-bapa mereka , maka gugur kewajipan zakat fitrah atas mereka. Ertinya mereka tidak diwajibkan membayarnya.

Kemudian, jika ibu atau bapa mereka pula mahu membayarkan juga fitrah anak-anak yang sudah akil baligh itu, maka harus. Tetapi anak-anak tersebut yang mesti berniat membayar zakat tersebut , bukan ibu atau bapanya. Maksudnya ibu atau bapa mereka mesti memberitahu kepada anak-anak tersebut dahulu sebagai tanda izin dari mereka untuk dibayarkan zakatnya oleh ibu atau bapanya. Kalau tidak, zakat tersebut tidak sah, sekalipun pada asalnya zakat itu adalah tidak wajib. Cara yang paling mudah, ialah Ibu bapa berikan saja harta atau duit-duit kepada mereka sebagai belanja, dan arahkan mereka bayarkan sendiri zakat fitrah menggunakan duit-duit tersebut. Cuma cara ini mungkin tidak lagi dinamakan ibu bapa pembayar zakat anak-anak mereka yang sudah akil baligh. wallahu a'lam.

Atau , boleh juga anak-anak tersebut mewakilkan kepada bapanya untuk membayarkan zakat fitrahnya. cara ini juga tidak lagi dinamakan bapanya sebagai pembayar zakat fitrah anak-anaknya yang akil baligh. Boleh pilih salah satu cara.



Soalan soalan fekah


-->
Soalan tertinggal qunut.

Seorang yang tertinggal bacaan Qunut sebab terlupa, terus saja sujud, kemudian teringat didalam sujudnya “tak baca qunut lagi”,,,, lalu dengan sengaja bangun semula sehingga berdiri tegak dan membaca qunut. Soalannya adakah sembahyangnya batal atau tidak , jika tidak adakah disunatkan sujud sahwi?.

Jawab:Sembahyangnya batal, sebab dia sudah membuat satu perbuatan yang menyerupai rukun ,iaitu perbuatan bangun berdiri tegak . Tetapi jika ia tidak bangun , itu yang betulnya dan meneruskan sembahyangnya maka disunatkan sujud sahwi.

Nasnya dalam kitab Iqna' juzuk 2 hasyiah Bujairimi m.s 93 cetakan halabi 1951 m:

ولو نسى قنوتا فذكره فى سجوده لم يعد له لتلبسه بفرض . أو قبله بأن لم يضع جميع أعضاء السجود حتى لو وضع الجبهة فقط أو بعض أعضاء السجود جاز له العود لعدم التلبس بالفرض وسجد للسهو ان بلغ أقل الركوع فى هويه لأنه زاد ركوعا سهوا والعمد به
مبطل

Tuesday, September 23, 2008

sanad oo sanad


Maka tersebutlah kisah sanad sanad oo sanad… ana telah ditanya oleh seseorng

yg mula nak masuk blajar … mana sanad ustaz?.

yg dlm gambar tu le sanad ana.....


yg ana tau...

dulu dulu.. zaman 30, 40 tahun dulu dulu sbb tok tok guru ana pun ada cerita juga ttng hal ni.

mereka2 yg mula2 masuk belajar dipondok ke mana2 madrasah ke... tak pernah awal2 lagi ..tanya ttng sanad. bila sampai je ke rumh tok guru.. terus je masuk kelas.. mnghafal matan jurmiah ke, dhommum ke.. tak de pulak tanya sanad tok guru.. minta maaf... ana tak pernh dengar smnjak mula ana mengaji pondok ada orang yg buat mcmtu, yg lain dari kebiasaan. tapi smnjak dua mnjak ni.. dah lain macam pulak jadinya.. seolah2nya sanad ijazah kitab tu jadi umdah pulak.. jadi asas pulak dlm mnjalani pngajian. ..smpai ke nak

baca

brzanji pun nak kesanad gak. he he he... demam sanad agak nya..

kalau pulak ada satu puak tu lagi , yg agak agresif... cari2 sanad2 orghang .. tujuannya nak komplen ,,, mana yg putus mana yg tidak.. ish2 ish .. waliyyazubillah...yg cm ni lagi merosakkn. kalau takde alhamdulillh. takpe le. kot kot ade. jgn biar bagi ade pulak.

seolah2nya beramal orang dihari ini tak sah, sesat, sbb takde sanad.. he he.. kitab mana yg ada cakap cmtu?...

adapun ana ni, tak sangat mementingkan sanad2 ijazah tu. sbb bagi ana

sanad melalui

masmu' itu adalah sebenar2 sanad. itulah dia sanad yg telah ijmak ulamak semenjak zaman brzaman, tidak ada pertelingkahan lagi.

masmu' tu ertinya, mengaji , menadah, musyafahah dari lidah2 pada ulamak. haa tu dia sanad yg betul2 kemaih. tapi ana tak pulak menafikan sanad2 yg diperolehi dgn cara ijazah tu... ana pun ada gak .. tok guru ana bagi dulu ni sblum mereka balik menghadap Allah s.wt. .. .
ana sendiri pernah satu ketika mintak ijazah sebuah kitab tafsir pada tok guru ana.. tafsir jalalain. dia ketawakan ana.. tok guru ana kata masatu "ngaji la "... sampainya hati tok guru gelakkan ana... tapi akhirnya sbelum ana balik kampong , berenti mengaji.. beliau ijazahkn juga semua kitab2 yg ana pernah mngaji.. yg tak ngaji pun ijazahkn semuanya juga..


adapun ana pulak tak pernah mengijazahkn sanad ilmu kepada sesiapa pun yg tak pernah mengaji dgn ana melainkan setelah mereka tamamt pengajian ataupun ana brpuashati dgn kebolehan mereka.


ni,, soal sanad sanad ni nak kena telitilah sikit.. mana sanad yg umdah ... mana sanad yg fadhlah... jgn sampai terkeliru le.. dek sbb kekurangan maklumat ttng sanad yg mana penting yg mana sanad tidak penting, pun sampai kita sesama pun nak pecah belah.. sape yg rugi nanti?..


ni nasihat je..

yg tak faham soal ni ..nak brtanya.. silakan email pondok_tampin@yahoo.com


mari kita bincang..tengokle ada masa ana nak tulis sikit pasal sanad ni.. doa2 kn le.