Doa tu ibadah , ianya percuma....kalau antara kita terus je dgn Allah ditempat kita berada sekarang memang la prcuma.
kalau doa tu ibadah, ianya percuma, tapi kalau berkait dgn wasilah untuk berdoa tu...contohnya orang bernazar berdoa diMekah,,,nak sampai keMekah tu percuma juga ke??.
Dalam fekah kita banyak sangat contoh2 ibadah yg boleh upah. Kadang2 jadi wajib.
Contohnya...
1. Haji badal. Adakala wajib waris keluarkan bahagian pusaka mayat yg tak buat haji fardhu masa hidup dia sbb sibuk sangat, padahal dah kaya. Maka bayar upah badal itu wajib.
2. Tajhizkan mayat , jika kesulitan semua ahli qaryah muslimin , melainkan dgn diupah maka harus diupah untuk tajhizkan mayat.
3. Upah baca quran untuk mayat..
...dan lain2...semua masalah2 ini ada disebutkan dalam kitab fekah muktamad Mazhab kita Shafie...
.....adapun mereka yg tidak mahir ilmu fekah dan ushul fekah, mereka dakwa orang ramai beri duit masa sembahyang jenazah , letak dlm envelope rm 10 contohnya, sebagai upah sembahyang jenazah, mereka silap beberapa perkara.
1. Duit yg diberi kepada orangramai itu bukan upah sembahyang jenazah. Itu duit sedekah dari pihak keluarga mayat atau dari khayrat kematian. Bukan upah. Cuba tanya masyarakat yang beramal begitu, upah ke sedekah?.
2. Serkap jarang atau andaian2 mereka yg tidak mahir ini selalu dipercayai orang, tapi bertambah jelas kejahilan mereka bila mereka menolak boleh bersedekah kepada orang hidup diniatkan sedekah itu untuk mayat.. sebab keharusan bersedekah begitu dalilnya ijmak..
....dan lain2 lagi.
Saturday, February 18, 2017
Niat ibadat dan bèrniaga dalam ibadat?.
Sheikul Islam Zakariyya al Anshori r.a berkata:
Darjat Ikhlas ada Tiga:
1.Tertinggi.
2.Pertengahan.
3.Rendah.
a.MAKA PANGKAT TERTINGGI , bahawa beramal seseorang hamba kepada Allah semata2 kerana melaksanakan perintahNya dan mendirikan Hak Ubudiah ( tugas sebagai hamba abdi). Bukan kerana tamakkan syurgaNya dan bukan pula kerana takutkan nerakaNya. Oleh sebab itu , berkata Sayyidah Rabi'ah al A'dawiyyah:
Tidak daku beribadat kepda Mu kerana haloba kepada syurga Mu dan kerana takut kepada neraka Mu, hanya beribadatku pada Mu kerana melaksanakan Perintah Mu.
b.PANGKAT PERTENGAHAN, Bahawa beramal sihamba kerana balasan pahala di Akhirat. Kerana ini didapati pengarang kitab dan lain2 berkata " kerana mengharap balasan pahala .....".
c.PANGKAT RENDAH, Bahawa beramal sihamba kerana menuntut kemuliaan dari Allah didunia dan keselamatan dari bencana2 Dunia .
Selain dari tiga tujuan (beribadat) ini, adalah riyak, sekalipun berlebih kurang bentuk2 riya itu.
IMAM AL GHAZALI R.A BERKATA :
Apabila terdapat disana dua niat tujuan beribadat,
1.tujuan keduniaan dan
2.tujuan keakhiratan.
Contohnya seseorang yang musafir (keMekah) tujuannya untuk:
1. Haji dan untuk Berniaga ,
2. atau untuk Jihad dan Mendapat harta rampasan perang,
3.atau Berhijrah dan Berkahwin.
...a.Maka jikalau niat tujuan keduniaan melebihi (dari tujuan akhirat ) dia tidak mendapat pahala.
...b.Jika niat tujuan keagamaan lebih banyak , dia mendapat pahala menurut kadar Niat niat tujuannya.
....c.Jikalau bersamaan antara tujuan agama dan keduniaannya, maka dia tidak mendapat pahala juga.
..terjemahan dari kitab Hasyiah Bujairimi Iqnak..juzuk 1, muka surat 18. Cetakan Dar Fikar, Bairut.

Kirim doa keMekah dan Salam ke Madinah
ADAB BERDOA , DENGAN HARAPAN DIKABULKAN. TIDAK PULA PASTI .
1.Terbaik....orang kirim doa keMekah melalui kita, tolong bacakan ditempat2 makbul tertentu dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Samada di beri atau tidak , tidak terguris pun dihati. Cara ini yang biasa diamalkan orang Melayu kita. Mudahan2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi, mudah dimakbulkan Allah.
2. Baik. Orang kirim doa keMekah melalui kita, tolong bacakan ditempat2 makbul tertentu dengan tidak disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita pun tidak mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim. Tetapi bila diberi seronok , bila tidak diberi , akan terkesan dihati. Cara ini juga biasa diamalkan orang melayu kita. Mudahn2 ikhlas berdoa dan ikhlas memberi akan mudah dimakbulkan Allah.
3. Harus , tidak bercanggah hukum syarak, tidak haram , tetapi kurang baik,
Orang kirim doa keMekah melalui kita tolong bacakan ditempat2 makbul tertentu dengan disyaratkan upah atau sedekah apa2. Kita mengharapkan apa2 pun sumbangan dari pengirim, jika diberi kita berdoa , jika tidak diberi, tidak berdoalah kita.
Cara ini kurang biasa diamalkan orang Melayu kita, Melayu kita halus budinya, kalau tidak diminta pun akan diberi juga walau sedikit sebagai membalas budi kerana tolong berdoa. Itu sikap sebenar Melayu kita. Bangsa yang punya budi mulia.
Tapi selalu juga kita jumpa ada orang bangsa lain minta upah baca doa. Soalnya tentu ada hujjah pada sisi mereka keharusan ambil upah berdoa. Kalau begitu, menurut mazhab kita tentu juga ada dalil2 yang mengharuskannya. Saya ulangi,, sekadar hukumnya harus dan tidak melanggar hukum2 syarak.
Natijahnya bagi cara yang ke tiga ini ialah:
Mudahan2 berdoa ditempat2 makbul, dimakbulkan Allah. Sebab BAITULLLAH TEMPAT MENUMPAHKAN AIR MATA DAN HAJAT2 HAMBA KEPADA ALLAH...TIDAK KIRA YANG DATANG MENGHADAP ITU IKHLAS ATAU TIDAK DALAM DOA DAN MUNAJATNYA...SUDAH TEMPATNYA. PUTUS BICARA.
....
Kesimpulannya, isu upah berdoa yang sedang hangat diviralkan , sepatutnya tidak rnenjadi perkara besar sehingga timbul anggapan ajaran baru pula. Wassalam.

Subscribe to:
Posts (Atom)