Saturday, March 08, 2025

Berpegang dengan mazhab lebih munasabah. Jangan keliru.

 Tidak ada satu hadis sahih pun yg mengatakan Nabi solat tarawih hanya 8 mahupun 20 rakaat.


Ada hadis sahih yang kata 8 tapi maksud hadis itu tidak mesti 8 juga . Hadis ni telah dipegang golongan kaum muda dan Al Bani dengan kuat pada hal ulamak2 besar dari mazhab2 yang majoriti telah mengulas maksud hadis itu dengan detail mendapati adalah tidak dapat diconfirmkan nabi terawikh hanya 8 sahaja. Kemungkinan lebih dari 8 adalah munasabah dan dapat diterima semua umat. 


Sementara wujud pula Hadis sahih yang mengatakan nabi solat 8 kemudian ditambah 3 menjadi 11 tu ialah solat yang dilakukan oleh Nabi didalam Ramadhan dan juga luar Ramadhan... Ulamak mentafsirkan itu adalah solat witir bukan tarawih, kerana sebanyak-banyak witir itu ialah 11 rakaat. Nabi memang solat witir 11 rakaat kebiasaannya. Tambahan pula jenis solat yang ada dalam ramdhan dan diluar ramdhan dengan 11 rakaat itu bukan terawikh, sebab Terawikh tiada diluar ramdhan. 

Adapun mereka yang menetapkan 8 ini, mereka salah mentafsirkan tentang hadis solat witir Nabi itu, dan mula terpengaruh dengan yang dipegang dan  diamalkan oleh golongan kaum muda dan Aliran al Abani .

Ada hadis nabi terawikh 20 tapi sayangnya tidak dinilai sahih. Ulamak2 mazhab gunapakai juga hadis ini sebagai dalil tambahan kerana maksud hadis ini yang dhoif bukan rakaatnya tetapi berjemaahnya hingga 20 rakaat itu yang dhoif . Adapun rakaat nya tidak didhoifkan atas sebab kaedah mustholah iaitu bercanggah bilangan 20 dengan 8 sebenarnya bukan fokus didhoifkan hadis 20 itu.  Tambahan pula lafaz ثم dalam hadis 8 itu tidak menunjjukan pasti 8.  Bahas ini membuktikan tiada keputusan pasti dengan riwayat hadis 8 ini dapat dijadikan rasmi rakaat terawih mesti 8.

Jangan terkejut dalam Sahih bukhari tiada wujud lafaz 8 rakaat terawikh.

 Kerana Nabi tidak mahu  terawikh diwajibkan  atas umat, maka sebab itu  nabi solat dirumah pada malam-malam berikutnya dan tidak lagi keluar ke masjid sepanjang bulan itu, telah menyebabkan para sahabat beribadat infiradi (sendiri-sendiri). Bila Siti Aisyah mengatakan Nabi s.a.w beribadat dimalam malam hingga akhir bulan  itu,   Ini telah menjadikan tambahan tidak tahkiknya rakaat terawikh Nabi s.a.w. 

Jika mereka yang kuat berpegang 8  dengan alasan hadis sahih nabi terawikh 8 sahaja, tetapi tahukah mereka yang 8 itu nabi hanya terawikh sampai malam ke 3 ramdhan hingga malam ke 4 nabi tidak keluar ke masjid. Nabi dirumah. Maka bermula malam ke 4 seterusnya hingga akhir ramdhan adakah masih berterawikh 8 juga atas alasan ikut nabi?. Padahal tidak ada 1 pun hadis nabi terawikh malam ke4 dan seterusnya dgn 8 rakaat atau berapa... tidakkah itu suatu bid'ah yang tak ada sandarannya pula?


Setelah datangnya Zaman khalifah Sayyidina Umar , apabila melihat jemaah berpecah kumpulan solat tarawih, maka Sayyidina Omar himpunkan jemaah para sahabat dan sembahyang bersama satu imam sahaja dengan menetapkan bilangan 20 rakaat dan 3 witir... Total 23.

Ini sandaran kita.


Dan pada waktu itu, Saidina Osman dan Saidina Ali dan masih ramai para sahabat masih hidup menyaksikan terawikh berjemaah 20 rakaat itu.  mereka tidak menentang bahkan sepakat  menggangap  ini sebaik2 bid'ah (Nikmatu Bid'ah Hazihi), iaitu bid'ah hanya pada lafazi sahaja bukan bid'ah syrie. Demi kerana telah menyatukan Ummat.

  Bida'ah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar itu adalah berjemaahnya,  bukan rakaatnya. Sebab rakaatnya sekadar 8 itu confirm sunnah nabi Cuma ada kemunkinan  nabi menambah rakaatnya dengan bukti2 lain. Dan antara buktinya Perintah Saidina Umar serta persetujuan para sahabat semua.


 Kerana Nabi s.a.w juga bersabda, ikutlah aku dan khulafa Ar Rasyidin, 4 sahabat itu.

 Ini dikatakan ijmak sukuti.iaitu para sahabat besar telah ijmak termasuk khulafarurrashidin yang masih hidup setuju dengan 20 rakaat itu. 


Oleh kerana itulah jumhur Ulama' dan umat islam mengamalkan 20 rakaat kerana mengikut khulafa' Ar Rasyidin... Sehinggalah di Makkah dan Madinah pun... Solat 20 tarawih.


Nabi perintahkan kita ikut khulafaurrashidin dan para sahabat. Bukan ikut kaum muda, Albani dan mereka yang seangkatannya. 

Wallahu'alam...🙏🤲

8 rakaat tak jadi terawikh?







Bila itlaq rakaat terawikh adalah 20 rakaat dan sekurang2nya 2 rakaat. Iaitu dapat pahala bila berterawikh dengan kurang dari 20 rakaat.


Baru nampak seimbang

Ini yang dimaksudkan oleh ulamak fekah 4 mazhab seperti yang tercatit didalam beberapa kitab rujukan muktabar antaranya; Mizanul Kubro, Bughyatul Mustarsyidin dan Hasyiah al Baijuri. 

Wallahu a'lam


 Sepatutnya tidak perlu sebut 8 rakaat, sebab isunya yang di rad (ditolak) oleh para alim ulamak  semenjak dulu kala lagi bukannya kalau kurang 20 iaitu 8 rakaat atau 13  tidak jadi terawikh, tapi bila menetapkan terawikh hanya 8 bukan 20 itu yang dipopularkan oleh kaum muda dan dibangkitkan semula oleh Albani serta pengikutnya


 Sekarang sudah jadi trend suatu pengiktirafan secara tak langsung bila beri ruang parking khas untuk yang 8 rakaat ( dengan tak di sebut umum "kurang 20 raakat") dan peyediaan more khas untuk yg 8 rakaat bukan untuk yang kurang 20 rakaat. Cara begitu mengundang polimik yang akan jadi bertambah hangat , panas yang payah sejuk.

Sepatutnya  maslah 8 itu bila kita faham ada kaitan dengn kaum muda dan Albani sudah tentu  kita hindari menyebut no 8 .

 Sebut saja 

BERTERAWIKH KITA KURANG DARI 20 JUGA DAPAT PAHALA.

Dan sediakan parking

UNTUK YANG BERTERAWIKH KURANG DARI 20 RAKAAT.

Juga morenya

UNTUK YANG TERAWIKH KURANG 20 RAKAAT.


Point yang Sepatutnya   pada angka 8 tu bila ia nya ditetapkan sebagai terawikh semata-mata dan diberi ruang istimewa. Itu yg perlu dihindari dan diperjelaskan kenapa,  sebab angka tu  bermasalah dan ia mempunyai kronologi  gelap disisi alam melayu kita. 



Tuesday, March 04, 2025

Siram air sejuk atas kubur hukumnya sunat.


 Kalau kata semata2 membasah dan sejukkan atas kubur saja, itu bukan makna,  yang itu zohir, sudah terang nampak basahnya

maksud kalam fathul wahab ini yang dikatakan makna itu adalah tafaul.  و المعنى فيه التفاؤل بتبريد المضجع 

ertinya: Makna padanya (iaitu pada siraman air atas kubur) ialah tafaul dengan menyejukkan tempat pembaringan (iaitu lahad \mayat).