Budaya mengupah membaca quran untul aruah yang masih wujud dikalangan masyarakat kita disebahagian tempat yang nampaknya semakin terhakis hilang perlu dapat perhatian ahli ilmu dan akedemik yang faham kedudukan sebenar amalan itu menurut hukum syarak yang merujuk kepada rujukan muktabar menurut mazhab Shafie maupun 4 mazhab.
Makna hadis "Laknat Allah atas Yahudi dan Nasrani mereka jadikan kubur nabi2 mereka sebagai masjid2, ". Adakah semata-mata terlarang sebarang binaan?. Jawabnya : Bukan itu makna hadis itu.
معنى اتخاذ القبور مساجد
أخرج البخاري ومسلم وغيرهما عن عائشة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم قال في مرضه الذي لم يقم منه: «لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد»
فالحديث لا يتناول أيَّ مكان آخر غير عين القبر، فلا يدخل فيه ما حول القبر أو ما جاوره أو ما كان فوق القبر غير مسامِتٍ له، أي على غير فتنة، فالمقصود بالحديث هو عين القبر من حيث: السجود عليه أوْ له، فإن المساجد جمع مسجد وهو ما يسجد (عليه) كما هو مقتضى اللغة العربية.
قال العلامة البيضاوي: « كانت اليهود والنصارى يسجدون لقبور أنبيائهم ويجعلونها قبلة لهم يتوجهون في الصلاة نحوها فقد اتخذوا أوثانا ولذلك لعنهم الله ومنع المسلمين عن مثل ذلك »
فبين أن المحذور هو أمران:
الأول: السجود للقبور وهو غاية التعظيم.
الثاني: جعلها قبلة والتوجه في الصلاة إليها – وإلى صاحبها- قلبيا وحسيا أي: عبادتها.
ولا يخفى أن بعضهم قد بالغ – بعد تغيير كتبهم وتحريفها- في تعظيم أنبيائهم فعبدوهم كما أخبر القرآن وقالت اليهود عزيز ابن الله وقالت النصارى المسيح ابن الله .
قال ابنُ عبد البر: « في هذا الحديث إباحة الدعاء على أهل الكفر، وتحريم السجود على قبور الأنبياء، وفي معنى هذا أنه لا يحل السجود لغير الله عزَّ وجلّ، ويحتمل الحديث أن لا تُجْعل قبور الأنبياء قِبلة يُصلَّى إليها، ثم قال: وقد زعم قوم أنَّ في هذا الحديث ما يدل على كراهية الصلاة في المقبرة وإلى المقبرة ، وليس في ذلك عندي حجة »
وقال ابن عبد البر في موضع آخر من التمهيد: «وكانت العرب تصلِّي إلى الأصنام وتعبدها، فخشى رسول الله ? على أمته أن تصنع كما صنع بعض من مضى من الأمم: كانوا إذا مات لهم نبي،عكفوا حول قبره كما يُصْنَعُ بالصنم، فقال صلَّى الله عليه وآله وسلَّم: اللَّهُمَّ لا تجعل قبري وثنًا يُصَلَّى إليه، ويُسْجَدً نحوه ويُعْبَدُ فقد اشتدَّ غضبُ الله على من فعل ذلك، وكان رسولُ الله ? يحذِّر أصحابه وسائر أمته من سوء صنيع الأمم قبله الذين صَلُّوْا إلى قبور أنبيائهم، واتخذوها قبلة ومسجدًا، كما صنعت الوثنية بالأوثان التي كانوا يسجدون إليها ويعظمونها، وذلك الشرك الأكبر، فكان النَّبيُّ صلَّى الله عليه وآله وسلَّم يخبرهم بما في ذلك من سخط الله وغضبه، وأنه ممَّا لا يرضاه خشية عليهم امتثال طرقهم.. ».
ثم قال: « وقد احتجَّ بعضُ من لا يرى الصلاة في المقبرة بهذا الحديث، ولا حجة له فيه»
والاتِّخاذُ الموجب لِلَّعن شرحه العلامة السيِّد عبد الله بن الصِّدِّيق الغُمَاري رحمه الله تعالى في رسالته « إعلام الراكع السَّاجد بمعنى اتِّخاذ القبور مساجد »، فقال:
« اتِّخاذ القبور مساجد، معناه: السجود لها على وجه تعظيمها وعبادتها، كما يسجد المشركون للأصنام والأوثان، وهو شرك صريح، وهذا المعنى، منطوق اللفظ وحقيقته.
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, dan lainnya daripada Aisyah رضي الله عنها bahawa Rasulullah ﷺ bersabda dalam sakitnya yang terakhir:
“Laknat Allah atas Yahudi dan Nasrani, mereka menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai masjid.”
Makna “Menjadikan Kubur sebagai Masjid”
Hadis ini tidak merujuk kepada sebarang tempat lain selain daripada kubur itu sendiri. Oleh itu, ia tidak termasuk kawasan di sekitar kubur, bahagian atas kubur yang tidak bersambung secara langsung dengannya, atau struktur lain yang tidak sejajar secara tepat dengan kubur tersebut. Maksud utama hadis ini adalah melarang perbuatan bersujud di atas kubur atau kepadanya, kerana dalam bahasa Arab, perkataan masjid berasal daripada akar kata yang bermaksud “tempat bersujud”.
Al-Baydawi menjelaskan bahawa kaum Yahudi dan Nasrani bersujud kepada kubur nabi-nabi mereka serta menjadikannya sebagai kiblat dalam solat. Oleh itu, mereka dianggap telah menjadikan kubur sebagai berhala dan mendapat laknat Allah. Larangan ini bertujuan mencegah umat Islam daripada melakukan hal yang sama.
Hadis ini memperingatkan dua perkara utama yang dilarang:
1. Bersujud kepada kubur, kerana itu merupakan bentuk penghormatan tertinggi yang hanya layak bagi Allah.
2. Menjadikannya sebagai kiblat, iaitu menghadap kubur dalam solat dan menyandarkan hati serta niat kepada pemilik kubur tersebut, baik secara fizikal mahupun spiritual (yakni menyembahnya).
Sebagaimana yang disebut dalam al-Quran, kaum Yahudi dan Nasrani telah mengagungkan nabi-nabi mereka secara berlebihan hingga menyembah mereka. Firman Allah:
“Orang Yahudi berkata: ‘Uzair anak Allah,’ dan orang Nasrani berkata: ‘Al-Masih anak Allah.’” (Surah At-Taubah: 30)
Ibnu Abdul Barr berkata bahawa hadis ini menunjukkan keharusan mendoakan keburukan atas orang kafir dan larangan bersujud di atas kubur para nabi. Ia juga menegaskan bahawa sujud hanya untuk Allah, bukan kepada sesiapa pun.
Beliau menambah bahawa Rasulullah ﷺ khuatir umat Islam akan mengikut jejak kaum terdahulu yang menyembah dan bersujud ke arah kubur para nabi mereka sebagaimana penyembah berhala memperlakukan berhala mereka. Oleh itu, baginda berdoa:
“Ya Allah, janganlah Engkau jadikan kuburku sebagai berhala yang disembah. Sungguh, murka Allah amat besar terhadap kaum yang menjadikan kubur nabi-nabi mereka sebagai tempat ibadah.”
Nabi ﷺ memberi amaran bahawa perbuatan itu mendatangkan kemurkaan Allah kerana menyerupai perbuatan syirik terdahulu.
Sebahagian ulama menggunakan hadis ini untuk melarang solat di dalam tanah perkuburan, namun Ibnu Abdul Barr menyatakan bahawa hadis ini tidak menjadi hujah langsung untuk melarang solat di kawasan perkuburan secara umum.
Penjelasan Al-Ghumari mengenai Makna “Menjadikan Kubur sebagai Masjid”
Ulama hadis Sayyid Abdullah bin Al-Siddiq Al-Ghumari dalam risalahnya اعلام الراكع الساجد بمعنى اتخاذ القبور مساجد“I’lam al-Raki’ wa al-Sajid bi Ma’na Ittikhadh al-Qubur Masajid” menjelaskan bahawa:
“Menjadikan kubur sebagai masjid bermaksud bersujud kepadanya sebagai bentuk penghormatan dan ibadah, sebagaimana yang dilakukan oleh penyembah berhala kepada berhala-berhala mereka. Ini adalah syirik yang nyata, dan inilah maksud sebenar hadis ini.”
Jadi, yang dilarang dalam hadis ini bukan membina bangunan di sekitar kubur, tetapi perbuatan menyembah, bersujud, atau menjadikannya kiblat dalam ibadah, kerana itu menyamai perbuatan kaum musyrikin.
Point to ponder: tiada kaitan hadis terssbut dengan perbuatan umat islam sepanjang zaman memakmurkan kuburan dengan pelbagai cara binaan.
Menjelaskan mengenai kekeliruan sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab terhadap kalam nas ulama dengan mengatakan bahawasanya kenduri tahlil arwah haram dan bid'ah berdasarkan kitab Majmu' Imam Nawawi dan kitab jawi seperti Furu' Masail, Bugyatut Tullab dan lain-lain. klik https://youtu.be/zNeEMh5o7vs
Doa tu ibadah , ianya percuma....kalau antara kita terus je dgn Allah ditempat kita berada sekarang memang la prcuma.
kalau doa tu ibadah, ianya percuma, tapi kalau berkait dgn wasilah untuk berdoa tu...contohnya orang bernazar berdoa diMekah,,,nak sampai keMekah tu percuma juga ke??.
Dalam fekah kita banyak sangat contoh2 ibadah yg boleh upah. Kadang2 jadi wajib.
Contohnya...
1. Haji badal. Adakala wajib waris keluarkan bahagian pusaka mayat yg tak buat haji fardhu masa hidup dia sbb sibuk sangat, padahal dah kaya. Maka bayar upah badal itu wajib.
2. Tajhizkan mayat , jika kesulitan semua ahli qaryah muslimin , melainkan dgn diupah maka harus diupah untuk tajhizkan mayat.
3. Upah baca quran untuk mayat..
...dan lain2...semua masalah2 ini ada disebutkan dalam kitab fekah muktamad Mazhab kita Shafie...
.....adapun mereka yg tidak mahir ilmu fekah dan ushul fekah, mereka dakwa orang ramai beri duit masa sembahyang jenazah , letak dlm envelope rm 10 contohnya, sebagai upah sembahyang jenazah, mereka silap beberapa perkara.
1. Duit yg diberi kepada orangramai itu bukan upah sembahyang jenazah. Itu duit sedekah dari pihak keluarga mayat atau dari khayrat kematian. Bukan upah. Cuba tanya masyarakat yang beramal begitu, upah ke sedekah?.
2. Serkap jarang atau andaian2 mereka yg tidak mahir ini selalu dipercayai orang, tapi bertambah jelas kejahilan mereka bila mereka menolak boleh bersedekah kepada orang hidup diniatkan sedekah itu untuk mayat.. sebab keharusan bersedekah begitu dalilnya ijmak..
....dan lain2 lagi.
Soalan: alhaqier: pakcik @ us : hehe...mayat yang rentung terbakar wajib di mandikan juga ka??tlg bagitau ktb utk dirujuk sama..
Jawab: al ustaz: Tidak dimandikan bahkan hendaklah ditayyamumkan sahaja.
Didalam Kitab Sabilulmuhtadin pun ada.. muka surat 72 juzuk 2:
Dan jika sukar memandikan mayyit kerana ketiadaan air atau kerana buruk mayat sekira-kira jika dimandikan nescaya hancur , wajiblah ditayyamumkan.. intaha.
Juga tersebut dalam kitab , Bujairimi Iqna muka surat 268, juzu 2, Fashlun fil jinazah:
و من تعذر غسله لفقد ماء أو لغيره كاحتراق ولو غسل لتهرى - شرح المنهج . قوله - يمم
Dan jika uzur mandikannya sebab tiada air atau sebab lainnya seperti terbakar , jika di mandikan nescaya ceroi ( luluh) - tayyamumkannya. wallahu a'lam.
Penjelasan terdapatnya dua Qaul (pendapat) Imam Syafie r.a.
Berkenaan kemusykilan terdapatnya dua qaul (pendapat) daripada Imam Syafie, sehingga ada dikalangan mereka yang membantah mengatakan palsu dakwaan para pengamal kenduri arwah mengatakan terdapatnya dua qaul atau pendapat Imam Syafie dalam masalah sampai pahala kepada mayyit?. Penjelasan terdapatnya dua Qaul atau dua pendapat yang diriwayatkan daripada Imam As Syafie rahimullahu ta’ala boleh kita telili didalam beberapa buah kitab Mazhab Syafie yang muktabar. Pendapat Imam As Shafie Rahimahullah telah dicatitkan oleh Imam Nawawi dalam kitabnya, SYARAH MUSLIM, yang telah menjadi masalah kepada mereka yang kontra adalah seperti berikut:
“Adapun bacaan Quran , maka [Qaul Masyhur] dalam Mazhab Syafie, adalah tidak sampai………
Dalil Imam Syafie dan mereka yang sependapat dengannya ialah firman Allah (yang maksudnya),
" Dan seseorang tidak akan memperoleh melainkan pahala usahanya sendiri",
dan sabda Nabi SAW (yang maksudnya),
Apabila manusia telah meninggal dunia, maka terputuslah amal usahanya kecuali tiga hal, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh(laki-laki/perempuan) yang berdoa untuknya (si mati)."-- (An Nawawi, SYARAH MUSLIM, juz 1, hal. 90)”.
Jawabnya: Masalahnya, adakah kita telah memahami benar-benar peristilahan sesuatu qaum?, sehingga
dituduh qaum itu tak mengikut Imamnya sendiri?. Pokoknya adakah kita telah benar-benar memahami masyrabnya, mustalahahnya, thuruq khilafnya , selok-belok mazhab dan sebagai-bagainya berkenaan
sesuatu mazhab khasnya “MazhabSyafie”?.
Berkenaan 'qaul masyhur',tidaklah jadi masaalah dalam memahami persoalan ini, maksud 'masyhur' itu sendiri sebagaimana yang diistilahkan oleh Imam Nawawi dalam kitab Minhaj beliau, dan telah disyarahkan(dihuraikan) oleh Syekh Ibnu Hajar dalam Tuhfah : Muka surat 84, juzuk 1, cetakan Daarul Kutub al Ilmiyah, tahun 1996 m.
“ Maka 'qaul masyhur', ialah yang mengibaratkan oleh pengarang (Nawawi) dengan nya, bagi tujuan memberitahu bahawa ada kesamaran muqobilnya (pertentangan), sesuatu pendapat (fatwa)tersebut. Dan bagi pengarang (Nawawi) ,terjadi pentarjihan yang berlawanan diantara kitab-kitab beliau, yang terbit (disebabkan) berubah ijtihad (samada Imam Syafie sendiri atau mujtahid mazhab atau mujtahid tarjih). Maka hendaklah mengamat-amati dengan menghuraikan perkara tersebut atas mereka yang mahu ( yakni mampu) mentahqiqkan (memeriksa dalil-dalilnya dengan ) mengikut jalan –jalan (kaedah) nya”.
Maksudnya : Qaul masyhur tersebut, boleh dibuat penelitian lagi oleh mereka yang mampu terhadap fatwa-fatwa mazhab yang kedudukkannya di tahap masyhur. Jelasnya , Qaul Masyhur adalah satu istilah yang dipopularkan oleh Imam Nawawi dan para Mujtahid Tarjih dikalangan Ulamak Mazhab ini. Bukan istilah Imam Syafie sendiri. Bukan juga seperti sangkaan mereka yang membantah dengan mengatakan “Qaul Masyhur” bermaksud qaul atau pendapat yang terkenal dari riwayat Imam Syafie. Menurut Imam Nawawi memang terdapat 2 Qaul disisi Imam Syafie dalam masalah ini jika dipandang disudut istilah “masyhur” yang dicatitkan disemua kitab –kitab yang menaqalkan masalah sampai pahala.
Cuba kita perhatikan apakah pengertian sebenar “Qaul Masyhur” disini?. Ini sebenarnya telah dijelaskan lagi dalam kitab Majmu' Kutubis Sab a'h al Mufidah, m.s. 34:
و قد تتبع من جاء بعدهما و بينوا المعتمد من غيره بحسب ما ظهر لهم.
“Waqad tatabba'a man jaa aa ba'dahuma kalamma huma wabayyanu al mu'tamad min ghairih bihasabi maa zho ha ra lahum”.
Ertinya: Dan sesungguhnya telah menyelidiki dan membahas fatwa-fatwa kedua Syekhul Mazhab(Rafaie dan Nawawi) oleh mereka (ulamak) yang kemudian , dan mereka telah menerangkan yang mana muktamad (yg dipegang/ difatwakan) dengan yang tidak muktamad, dengan perkiraan (penilaian ) mereka.
Tamat
Maksudnya: Masih boleh berlaku penilaian semula terhadap pendapat atau pentarjihan yang telah dilakukan oleh kedua mahaguru mazhab ini ( Rafaie dan Nawawi) amnya dan khasnya terhadap qaul-Qaul Masyhur yang diriwayatkan daripada Imam Syafie r.a.
Ringkasnya, dalam masaalah ini, kita dapati sekalipun dikatakan Imam Syafie sendiri pada satu pendapat beliau meyatakan tidak sampai sedekah bacaan alquran kepada si mati, ianya tidak lah qat'iy begitu saja untuk diwartakan sebagai fatwa mazhab Syafie. Sebab ianya adalah qaul yang “Masyhur” sebagaimana yang kita telah nyatakan. Ianya (method) ini, telah difahami dan diamalkan sebaik-baiknya oleh murid- murid dan pengikut-pengikut beliau berdasarkan wasiat beliau yg masyhur.Tak perlulah disebut di sini rasanya. Semua orang dah maklum apa wasiatnya. Lagi pula, kita dah nyatakan, fatwa-fatwa dalam mazhab adalah tersusun rapi , urutan tertib pemilihan sesuatu fatwa untuk diterima pakai dalam bidang mazhab ini diketahui oleh orang yang mempelajarinya mengkajinya secara mengakar umbikan kitab-kitab Mazhab. Contohnya, pemilihan kitab-kitab Nawawi . Mana yang didahulukan diantara kitab-kitab beliau. Istilah Sahih, Ashah , Masyhur , Qodim , jadid dan seterusnya adalah Istilah di Sisi Imam Nawawi dan para pentarjih fatwa dalam Mazhab ini. Kalau dikatakan mengapa pula begitu?. Sebabnya, telah diselidiki penyusunan kitab-kitab beliau dari berbagai aspek berdasarkan keteguhan dalil, tahqiq perbahasan, kesemua kitab dan fatwa tersebut, lalu hasillah tertib sebagaimana tersebut. Lantaran itu kita dapati pengikut mazhab Syafie dikalangan ulamaknya, mentarjihkan dan memu'tamadkan sampai pahala bacaan alQuran kepada mayyit. Jelasnya , mereka mentarjihkan dan memuktamadkan Qaul Imam Syafie Yang kedua. Oleh yang demikian tidak benarlah jika dikatakan hanya semata-mata Ijtihad pengikut Mazhab Syafie sahaja. Diantara mereka :Kalau mereka yang terdahulu dari Imam Nawawi: Imam Athobary , alMawardy, sebagai contohnya.Yang kemudian pula Imam AsSubky, Imam AsSayuthy dan lain-lain tak lupa juga Ibnu Abbdissalam dalam satu riwayat beliau merubah pendapatnya setelah wafat dengan dimimpikan orang berjumpa beliau dan beliau mengaku sampai pahala bacaan kepada arwah. Sekali lagi ditegaskan , bahawa Masyhur adalah bermaksud pendapat yang kurang jelas Muqobilnya ( lawan atau sebaliknya) , bukan bermakna qaul yang terkenal diriwayatkan dari Imam Syafie . Maka bila disebut saja Qaul Masyhur , bererti lawan atau sebalik dari pendapat yang Masyhur tersebut adalah suatu yang tidak jelas kedudukannya. Maka di Tahkikkan oleh para ulamak kemudian selepas Imam Syafie. Ini membawa maksud memang ada qaul yang sebalik masyhur atau Muqobil Masyhur . Qaul Masyhur atau Muqobilnya memang kedua-duanya diriwayatkan dari Imam Syafie sendiri.