Sunday, September 25, 9707

"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"


Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.

Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.


Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com




As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).



Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.





Wednesday, July 17, 2024

Catitan bersama guru.

1. suatu ketika saya dengar t.g pak ya bercerita , lepas berhenti mengaji dibunut payung, balik kedah , kitab2 yang sudah mengaji berlemari2 tinggal dikelantan. bila musibah banjir besar tahun 71, tak lama selepas itu t.g balik kebunut payung, tengok kitab2 dhobit beliau habis rosak sebab tenggelam air banjir. juga menurut abang lah anak angkat t.g ceritakan kisah yang sama pada saya, 7 almari kitab rosak. komen tg yang saya dengar sendiri; "abih kitab2 aku mengaji tenggelam bah. dhobit2 hilang, mun tak ka...". iaitu maksud t.g kalau lah kitab2 tu semua masih kekal selamat tak rosak, sangat sangat bernilai pada orang kemudian dengan dhobit2 yang diambil dari para guru yang benar2 mutqin ilmunya pada zaman itu. hanya saya bertambah yakin dan percaya pada khabar ini bila membelek saki baki kitàb2 dhobit t.g yang masih sempat tengok. penuh dhobit2, taliq, taqrir yang beliau catit dari guru beliau. semuga Allah ampun dan terima amal bakti tuan guru. al faatehah.

Sunday, June 25, 2023

Tajribiyyah . Harus akli dan harus syarak.

 Dulu masa ana ngaji tok guru pak ya telok ada Allahyarm cerita masa beliau mengaji dipondok bunut payung kelantan bulan puasa tok guru baca sahih bukhari cara daurah . Baca sardan. Fadhilat baca bukhari jadi penawar dari kebakaran dan kecurian.  Maasyallah...

Saturday, February 04, 2023

Kuliah bulanan di sekitar ipoh Perak.

 السلام عليكم ورحمة الله .

 Bermula bulan febuari 2023 ini insyallah kuliah2 bulanan  Ustaz Abd Raof Nurin akan disambung semula setelah sekian lama tertangguh. Jadual.penuh dan poster akan diviralkan dlm fb dan media sosial. Semuga dikekalkan kelapangan dan kesihatan tuan guru..ameen . 

Bukara di uzbek

 Imam Bukari dan semua Ashabus Sunan sittah pada mula sangkaaan berada di Negara Arab sudah tentunya tempat asal Agama suci ini bermula. Dan yang sungguh tak tersangka bila sampai ke makam Imam Abu Mansur al Maturidi yang ternyata di Samarkhand juga dalam Negara Uzbekistan. Maasyallah wa tabarakallah.. sujud syukur saya direzekikan sampai juga hajat menziarahi Imam2 petunjuk umat itu.