Monday, January 22, 2007


Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim -Bongek.
akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan.
disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA.

sila klik untuk download:

Biografi Ulamak Undangan
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.

Sila sebarkan ... Insyallah, tabarakallah.

Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.

Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).

Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....






Sila klik untuk download
PETA KE MADRASAH AL_ISLAMIAH –
PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK

ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk majlis ijtimak.