Friday, August 26, 2011

Sheikh Abdalhadi al- Kharsa menziarahi makam Tuan Husin Kedah (2)



Perkara kedua : Disuruh kita bila lalu kubur kafir dan kubur orang zalim agar lalu dengan segera, Kerana bimbang takut terkena kepada kita perkara yang menimpa mereka. Sebaliknya jika kita lalu kubur ,muslimin hendaklah kita berhenti sebentar, sebab agar kita pun mendapat juga rahmat yang turun kekubur itu.

Sheikh Abdalhadi al- Kharsa menziarahi makam Tuan Husin Kedah (1)


Sheikh Abdalhadi al Kharsa menasihatkan hadirin: Imam Nawawi r.ahu menyatakan dalam kitab beliau al Azkar , Nabi s.a.w menyuruh ahli mayat setelah menguburkan mayat agar duduk sebentar sekadar masa menyembelih unta dan membahagikan dagingnya. Maka Imam Nawawi telah menukilkan dari Imam Shafie (beliau merupakan seorang Imam Salaf), mengatakan :Pada masa berhenti sebentar disisi kubur itu untuk menetapkan mayyat dan menjinakkan mayat . Jika membaca quran sekhatam adalah lebih baik. Ini dari Imam Shafie. Maka ini dalil ulamak salaf mengharuskan membaca quran disisi kubur.
Ibu Qayyim pula menukilkan dalam kitab beliau “kitab alRuh”. Dari Imam Ahmad Hanbal, bahawa ulamak dizaman beliau , mereka mengambil (amalan ini) dari para Tab’iin adalah mereka berulang-alik kekubur membaca quran . Mereka membaca awal dan akhir surah al-Baqarah.

Wednesday, August 24, 2011

jawapan sheikh alkharsa

Kedudukan ibubapa Nabi s.a.w.

al - bukhari wa abu daawuud.

Sejarah hidup Imam al-Bukhari sangat menarik. Ada beberapa perkara yang tidak pernah terfikir atau didengar sebelum ini telah tersingkap semasa daurah baru-baru ini.

Pertamanya: Nisbah silsilah Imam al Bukhari, al Ju'fi. Nama penuh beliau, Imam Abi Abdillah muhammad bin Ismail bin Ibrahim Ibni al Mughirah al Ju'fi al Bukhari.
Sebenarnya al Ju'fi bukan datuk kepada Imam Bukhari yang sebenar. Al Ju'fi nama pemerintah Bukhara ketika itu. Bardizbah, Datuk Imam al Bukhari yang merupakan seorang Farsi, anak beliau Mughirah telah masuk Islam ditangan al Ju'fi. Maka dikatakan Mughirah al Ju'fi , Maka Imam Bukhari telah dinisbahkan keturunan beliau kepada al Ju'fi, Seolah-olahnya mencernakan makna " Daku adalah anak Islam". Lihatlah , satu keadaan , ditinggalkan nisbah keturunan lalu dinisbahkan kepada Islam. Iaitu dinisbahkan kepada seorang yang ditangannya masuk Islam. Ini satu perkara menarik juga untuk diperhatikan. Adapun bapa Imam Bukhari , adalah seorang yang alim. Bapa Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis dari Imam Hamad bin Zaid dan Imam Malik dan telah meriwayatkan daripadanya oleh Iraqiyyun .

Tuesday, August 23, 2011

daurah berakhir , sheikh kharsa pulang ke syria.

Berakhir daurah hadis Nabawi,
Bukhari, Sunan Abi Daud maksud dicari,
menjadi bukti dibelakang hari,
sembah bakti kepada Ilahi.


Lama sudah tercari-cari,
Guru yang sudi baca lagi arabi,
Hadi Kharsa juga yang sudi berbakti,
Firas Salo muqri berbudi.



Terima kasih semua yang bantu,
Bantuan diberi apa yang perlu,
Jabatan Mufti memberi restu,
Pejabat Agama Tampin juga membantu.