Showing posts with label Masalah-masalah Tasawuf. Show all posts
Showing posts with label Masalah-masalah Tasawuf. Show all posts

Thursday, March 20, 2025

Sheikhul Akbar wa Kibritul Ahmar

 Soal dan jawab.

1. Kenapa ada dikhabarkan Imam Ibn Hajar Al Asqolani menolak Ibn Arabi Al Shufi?.


Jawab:

Setiap bidang ada tokohnya.

لكل مقام رجال.

Imam Amirul Mukminin Fil Hadis , Ibn Hajar al Asqolani adalah tokoh dibidang ilmu Hadis dan tawarikh rijal Hadis. Beliau tidak menjadi rujukan utama dalam bidang Tasauf.  Beliau tidak mempunyai karangan2 khusus dibidang tasauf. Hata ilmu fekah juga beliau tidak dirujuk oleh ulama fekah dalam pelbagai maslah rumit. Walau ada kitab fatwa beliau tetapi tidak dijadikan rujukan utama. Maslah-maslah fekah jika bercanggah pandangan kedua2 ibn hajar maka ilamak akan mendahulukan fatwa ibn hajar al Haitami pengarang Tuhfah , Syarah Irsyad dan fatawal Kubro. 

Ilmu hadis dan rijalnya Ibn Hajat Al Asqolani lah maharaja. Sedunia Islam berabad telah menobatkan beliau.pada ilmu hadis. 


Oleh demikian jika terjumpa pandangan2 Imam Ibn Hajar al.Asqolani  pada bidang tasauf shufi  ulamak islam akan mentakwilkan dan ihtimalkan kearah makna yang munasabah. Beliau kritik ibn Arabi atas maksud memelihara akidah awam dari jatuh terjerumus kepada salah yang merbahaya. 


Saturday, December 16, 2017

Zikir ALLAH ALLAH bid"ah, tidak difahami makna?.



Sedikit penjelasan. Zikir الله الله adakah bersifat zikir mufrad?.

Ulamak melayu kita bijak lagi. Mereka dah jawab kemuskilan ibn taimiah yang kata tak boleh kata zikir dengan kalimat الله dengan sebut cara mufrad saja,, iaitu tak ada kalimat lain selepasnya atau sebelumnya... sebab tak dpt difahami maksudnya.,itu je alasan ibn taimiah yg setengah orang kita taklid padanya.
Sebenarnya ada ayat selepasnya atau sebelumnya . Iaitu apa yg dikatakan takdir kalam dalam istilah ilmu grammar arabiah.
Atau di susun dlm bentuk ayat الله الله sudah sah sebagai satu ayat yang lengkap bukan sebagai kalimat mufrad lagi sebagaimana sangkaan mereka yang ikut aliran ibn taimiah dalam maslah ini.
Cuba perhatikan sebaik2nya artikle yg telah kita paparkan.
Kita tak perlu ulas disudut quran dan hadis yang biasa dibawakn orang dlm maslah ini sebab fokus ibn taimiah pada bidah atau tidaknya bila tidak dlm bentuk jumlah (ayat).
Quran dan hadis terlalu luas bila dikupas pada fokus tajuk perbincang ini.
Lebih2 lagi bila kita cuba heret orang awam yang tidak mengerti bahasa arab , tentu lebih rumit jadinya. Yang timbul nnti bukan ilmiah lagi tapi hanya taksub pada kaedah ibn taimiah. Itu saja lah yang dapat.


ZIKIR ADALAH ZIKIR.
Tradisi keilmuan yang kita warisi dari pemuka Islam dari satu lapisan umat keatas sampai kezaman salafus soleh ada 2 cara.
1. Nukilan.
2. Pencernaan berdasarkan nukilan.
Bukan hanya semata2 nukilan dan bukan juga semata2 pencernaan tafsiran.
Ini kaedah kita Ahlussunna wal Jamaah.
contohnya, tafsir makna majlis zikir dalam hadis, Nabi s.a.w sendiri tafsirkan taman2 syurga itu adalah majlis zikir, seperti yang dinukilkan oleh kitab Kifayatul Akhyar Syarah Matan Abi Syujak. Kemudian datang ahli tafsir dikalangan salafusoleh yang tafsirkan makna majlis zikir adalah majlis halal dan haram seperti kata Ata' bin Abi Rabah. Ada yang tafsirkan majlis ilmu seperti kata Sufiyan bin Uyayynah. Ada yang kata Satu bab dari ilmu,,,seperti kata Abu Hurairah r.a dan Abu Zar r.a.
Sementara Yahya bin Katsir menafsirkan ayat 28 surah al kahfi dengan makna Majlis2 Zikir.
Kalau kita melarat pula ke bidang tafsir Asyaari, iaitu tafsir isyarat seperti dalam ilmu Tasauf maka kita berjumpa pula makna zikir itu adalah Zikir iaitu ingat kan Allah atau sebut akan Allah. Seperti dalam tanwirul qulub dalam qismus thalis fit tasawuf. يحضرون في المجالس و قلوبهم حاضرة مع مولاهم ومن السوى خالية ، موافقون لما قاله تعالى رجال لا تلهيهم تجارة ولا بيع عن ذكر الله...
Mereka hadir dimajlis2 keramaian, padahal hati mereka hadir serta Tuhan mereka , terhadap selainNya sunyi hati mereka. Ini selaras dengan ayat ....ertinya, beberapa lelaki yang tidak melalaikan mereka oleh perniagaan dan jual beli dari Zikir akan Allah.
(Surah an Nur ayat 36.)
Maka memahamkan kalimat zikir itu adalah Zikir, atau zikir itu maknanya lebih luas itu Ilmu,, kedua2nya berlaku dalam tradisi keilmuan dan peradaban umat Islam yang dirahmati Allah s.w.t ini. Kita tidak boleh sekali2 menyangkal , menafikan , menidakkan dan menyerang mana2 fahaman dikalangan kita yang berasaskan dua metod ini selagi ianya didapati pengakuan dari Agama ini sendiri.
Sebenarnya ramai mana tokoh umat dan ulamak besar umat ini telah mengiktiraf zikir hanya dengan kalimat الله sahaja sah sebagai zikir ?.
Terlalu ramai hingga tidak terhitung jumlahnya. Antara mereka :
1. Imam Hujjatul Islam al Ghazali....dalam kitab ihya Ulumiddin bab riayadah nafsi.
2.imam Nawawi dalam dalam Hizib beliau yang sangat masyhur.
3. Imam Fakhrurazi dalam Asrarut Tanzil membawa 6 hujjah.
4. Sheikh Ibn Hajar al Haitami dalam Fatawa al Sugho beliau,
5. Imam Ahmad al Ghazali (adek Imam Ghazali)..at Tajrid fi risalah tawhid.
6. Ibn Ataillah al Sakandari.
7. Sheikh Abd Wahhab al Syaraani.
8.Sheikh Yusof alKaurani
9. Yang lebih awal Sayyidina Abu Bakar r.a.
10. Sheikh Syibli r.a,
Dan lain2..terlalu ramai.

Thursday, December 22, 2016

Dalam ilmu fekah , Setiap perkara yang masuk dalam bab tanzih iaitu bab menyucikan, hanya perlu mengakui ia adalah perintah atau larang Allah, dinamakan iz'an... untuk sahkan dapat habuan pahala. 
Contohnya beristinja ( bersuci selepas buang air), untuk dapat pahala tidak perlu niat.... "sahaja aku beristinja", .......
hanya memada dengan mengakui sedang berisitinja kerana menunaikan perintah الله. Kerana istinja adalah dalam bab tanzih. Begitulah seterusnya 

Kalau diamati2, ... dalam hal2 meninggalkan larangan الله .تعالى ....
Kita setiap bangun pagi dari tidur, mendapat peluang pahala begitu besar tanpa modal melakukan gerakan-gerakan seperti yang kita lakukan ketika bersembahyang, puasa, zikir dan sebagainya. Hanya dengan pengakuan hati kita meninggalkan semua maksiat pada hari-hari ini dan seterunya kerana semata-mata larangan الله سبحانت وتعالى....maka kita akan mendapat ganjaran pahala dari الله.

Maasyallah tabarakallah.....adakah kita sedar perkara ini....perkara mencari keuntungan besar dalam menuntut Redho الله سبحانه وتعالى
dengan cara yang lebih ringan sehingga kebanyakan orang tidak sempat memberikan perhatian.

Sunday, April 19, 2015

Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.


Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.  

Disediakan oleh al Faqir wal Haqir Haji Abdul Raof Bin Nurin . PondokTampin. 

Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.



Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.

1. Ihya Ulumiddin.

2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.

Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi  Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458,  berkata: 

Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah bin Ja’far  r.a,  Abdullah bin Zubir r.a,  Mughirah bin Syubah,  Muawiyah  r.a dan selain mereka.}.


Dimuka surat 465 beliau menyambung:

Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat seperti  hari –hari Tasyriq}  -  Ittihaf Saadatul Muttaqin ,  Juzuk 6,   – 468 , cetakan  Dar Fikar.


Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas  majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:


Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan syarak.2


 Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang penulis terjemahkan seperti berikut:



Maksud  Sama’:  Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1

Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.

Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.


(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.


 Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.

 Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah,  lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam  juzuk 1 muka surat 245,  Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.

Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai  tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak.  Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :


Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.

Terjemahannya.

Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari  (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh)  dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya:  Tarian pada majlis sama’  dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya  suatu  ghalabah (dikalahkan)  oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya.  Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs)  yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah  seperti  berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas  syara’  pada keharaman mahupun keharusan  maka  Zahir nas-nas menunjukkan Harus. 
Sheikh Ibn Ajibah  meneruskan lagi  : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya  disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan  alat-alat muzik yang diharamkan.  Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
 Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada  dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga  dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan

Ketika  majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang  membawa kepada haram.





Imam Sayuthi   juga   membahaskan  Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .


Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.  
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’

Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:

 Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
 “Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang  Habsyi  menari sebagai  menyambut raya dalam  masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,

Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas:  Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).

Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus  (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .

Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah  tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.



 Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:



Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).


Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).


Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :

[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]

Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,4 Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi  r.a. 
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk,  dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha  berkata,   { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}. 

’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w  bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}


Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.

Tamat terjemahan 

1. Ihya Ulumiddin. 
2. Al futuhatul lahiyyah..


...........................................................................................................................................

1 Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti  Racun yang membunuh.

4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi  Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.- 
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi. 

Beliau menghafal kitab hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:

”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang  dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir  mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.




Thursday, September 19, 2013

Zikir sebut ' " الله الله " bid'ah, tidak ikut kaedah bahasa arab?.



Memandangkan terkilannya hati yang sudah berpuluh tahun terpendam didalam lubuk sanubari satu ketika dulu , bila kebetulan singgah disebuah dimasjid di Bukit Mertajam, penceramah jemputan disitu sedang merepek repek tentang berzikir dengan hanya sebut lafaz  "Allah Allah"  sahaja.  Kata penceramah bid'ah  zikir begitu dan tidak difaham maksudnya. Cakap tak lengkap. Serupalah kalau kita jumpa tok imam, bila     sampai depan tok imam, kita pun cakap : Tok Imam Tok Imam, Tok Imam Tok Imam .... Tok Imam pun dah pening dan tanya " Hang nak apaa?."... Kalau hang nak kawin habak la , "Tok Imam aku nak kawin". ..

 Haa nampak.  Sebabtu zikir lafaz Allah sahaja , tak boleh .  ... Habis al kisah.

Terkilannya saya masatu tidak dapat dikira lah. Mau rasanya bangun ketika itu berdebat dengan penceramah . Kenapalah terlalu dangkal sangat fahamannya yang cuba mencari pengaruh dikalangan orang kampung dengan argumentasi dan analogi  yang  tersasar jauh

Jawapan yang sesuai kepada penceramah tersebut atau mereka yang sama kefahamannya :


 1. Zikir dengan lafaz mufrad Allah Allah, tidak terkeluar dari kaedah ilmu NAHU, iaitu metod bahasa arab yang fashih  dan dapat difahami maksudnya.  Hebatnya ulamak melayu yang entah berapa ratus tahun dulu lamanya , telah mencapai kesarjanaan iaitu tahap keilmuan yang cemerlang, telah menulis dalam kitab mereka tentang zikir begitu sebagai  tidak bid'ah, jika di hadirkan dalam hati ketika lidah menyebut Allah... Hati menghadirkan " Ma'bud"- Ertinya  " Yang Disembah".  Bila disusunkan ayat penuhnya  , jadilah - "Allahu Ma'buud"- ertinya  "Allah Yang Disembah".  

Kesimpulannya , zikir dengan cara begitu sudah sempurna syarat-syaratnya sebagai  Kalam Mufid, iaitu ayat atau kalam yang berfaedah dan dapat difahami.

Perhatikan isi kitab Bidayatul Hidayah  datas tu.


2. Lafaz الله yang  pertama sebagi Mubtada, dan lafaz الله yang kedua sebagai Khobar.  Maka : الله  الله  , jika diterjemahkan jadilah  " الله adalah  الله  " .
Cara susunan ayat yang begini sebenarnya memang selalu digunakan oleh Para Ahli Ilmu Islam , misalnya dalam ilmu hadis , ada dicatit dalam kitab ilmu mustholah hadis, apabila ditanya tentang rijal yang sangat terkenal teguh , contohnya : Siapakah Ibnu Ma'in?. Maka dijawab : "Ibnu Ma'in Ibnu Ma'in" ertinya : "Ibnu Ma'in adalah Ibnu Ma'in"- maksudnya,  disebabkan Imam Ibnu Ma'in sangat terkenalnya keteguhan beliau dalam ciri sebagai perawi hadis yang thiqah, maka tidak memerlukan huraian yang panjang lebar lagi. Gukup dengan " Imam Ibnu Ma'in ialah Imam Ibnu Ma'in " yang sudah cukup dikenali siapa orangnya dan sifat-sifatnya.

Begitulah juga metod ayat dalam zikir " الله الله " - ertinya
" الله adalah  الله  " . Maksudnya : الله adalah الله  yang sangat dikenali.

Oleh yang demikian, tertolaklah perkataan  dari mereka  yang mengatakan tak sah ayat zikir, tidak dapat difahami, tidak mengikut kaedah bahasa arab dan sebagainya . 

Jika mereka minta rujukannya pulak?, habak depa, amboii ambooi... cmnaaa laa  pandai hadis sampai tak jumpa  pula  nooo....  


3. dan lain-lain lagi jawapan .


Monday, August 05, 2013

SECEBIS PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAW .

SECEBIS PERBAHASAN NUR MUHAMMAD SAW .




Oleh : Al Faqir Wal Haqir Abdul Raof bin Haji Nurin.
PONDOKTAMPIN, Jalan Padang Ragut, Repah, 73000, Tampin. Negeri Sembilan.


السلام عليكم ورحمة الله وبركته.

الحمد لله الذى خلق السموات والارض. وجعل الظلمات والنور. والصلاة والسلام على أول الخلق و هو أفضل الكاءنات. وأله وصحبه أصحاب الكرمات. أما بعد

Assalamu alaikum warah matullaahi wabarakatuh.
Oleh sebab ramai yang berminat dengan  Nur Muhammad , menjawablah saya ala kadarnya. Walaupun saya bukanlah ahlinya. Cuma mudah-mudahan dengan berkat Nur Nabi Muhammad saw inshallah boleh  saya menjawab dan mematahkan hujjah -hujjah palsu dan semborono mereka yang berminat untuk tahu , tetapi sinis. Terbaik  jikalau kita adakan conference dengan memanggil semua ulamak yang masih hidup yang faham masaalah ini , membincangkannya dengan lebih teliti mungkin lebih adil.  Penulisan ini pun hanya sekadar imbasan untuk membuka fikiran pembaca dan peminat pada isu Nur Muhammad ini untuk meneruskan kajian dan meneliti kembali maksud-maksud tersirat dalam ibarat kitab-kitab Thuras.

Persoalan Nur Muhammad saw asalnya bukanlah persoalan akidah yang asas. Sebab itu betul juga kenyataan seorang pengulas yang sinis  terhadap isu ini , "Soal Nur Muhammad tidak di sebut dalam akidah Islam, tidak dalam akidah Ahlisunnah Wal Jamaah , baik Salafiah Wahabiyah maupun A'sya irah Maturdiyah". Ya, saya setuju. Bukan perkara asas pada awalnya, kalau mahu  percaya tidak mengapa  dan kalau tidak percaya pun tidak ada salahnya. Tetapi setelah terbit kajian dan ulasan oleh mereka yang memandang sinis , maka tidak dapat tidak ia akan  menjadi perkara asas. Sebab sudah berubah menjadi "mengkafirkan" dan "menyesatkan" tidak sedikit dari golongan Muslimin ,bukan sahaja yang awam terutamanya golongan yang khawas dan ulamak -ulamak besar Islam.  Maka sudah menjadi perbincangan bab Akidah.
Sebelum kita pergi jauh membahaskan ulasan ulamak terhadap Nur Muhammad ini, perlu diingatkan bahawa semata-mata kepercayaan Nur Muhammad sahaja yang akan  kita bahaskan dahulu. Berkenaan perkara selanjutnya  yang didakwa  sebahagian orang yang sinis, tentang wahdatul wujud, wali abdal dan sebagainya,  kita tinggalkanlah dahulu  sebab punca yang asal ini mestilah di fahami sebaiknya. Jika tidak maka akan  timbul istilah yang perit ditelinga  contohnya meng "kufur" dan  "sesat"  mengikut selera tanpa pertimbangan yang adil.

Sebenarnya banyak hadis yang membicarakan  masalah Nur Muhammad ini , samada yang maudhu, sahih, dhaif ,dhaif  jiddan  dan  sebagainya. Tetapi diantara semua hadis yang tercatit dalam kitab-kitab turas atau yang diriwayatkan terus dari seseorang ulamak hadis , terdapat satu hadis yang paling masyhur dan mendapat kritikan yang tidak sedikit diantara ulamak.

Saya sempat melihat sebuah dua kitab yang mencatitkan hadis yang kontraversi tersebut iaitu satu hadis riwayat dari Imam Abdul Razak:


 "Dan telah meriwayatkan oleh Abdul Razak dengan sanadnya dari Jabir bin Abdullah radiallah anhu , beliau berkata;
" Ya Rasulullah , demi bapaku ,engkau dan ibuku ,khabarkanlah daku berkenaan awwal-awwal sesuatu yg Allah taala telah ciptakan sebelum sesuatu  .
Bersabda Nabi saw : Ya Jabir, Sesungguhnya Allah taala menciptakan sebelum sesuatu, Nur Nabi mu daripada Nur Nya . Maka jadilah Nur tersebut berkeliling dengan QudratNya sekira-kira yg menghendaki Allah taala.
Pada hal tiada pada waktu itu lagi Lauh, tiada Qalam dan tiada Syurga dan tiada Neraka dan tiada Malaikat tiada langit dan tiada bumi dan tiada matahari dan tiada bulan dan tiada jin dan tiada manusia…
..hingga akhir al hadis.

Hadis ini menjadi masalah disisi mereka yang kontra dengan mengatakan maudhu disebabkan tiada catitannya dalam Musannaf Abd Razak. Lantaran itu dikatakan maudhu, rekaan dan tidak munasabah dengan akal.
Tetapi mereka mesti mengkaji terlebih dahulu , semua nukilan komentar Ulamak  Islam yang berpuluh -puluh bahkan beratus pada hadis ini dan komentar mereka yang positif berkenaan makna hadis ini yang tidak sedikit pun bercanggah dengan hadis -hadis yang lain walaupun disisi Akidah Islam.

Kitab-kitab yang menukilkan hadis ini atau yang satu makna dengannya menyebut :

"Telah meriwayatkan oleh Imam Abdul Razak dalam Kitab Musannaf beliau".  Ada  pula yang mencatit  "Di riwayatkan" sahaja oleh Abdul Razak”.

Oleh sebab  itu,  mesti diberi perhatian berkenaan sanad hadis ini dahulu dengan dilihat di beberapa aspek , diantaranya :

a) Adakah terdapat periwayatan yang selain dari jaluran Musannaf beliau ?.

b) Adakah berkemungkinan "Tahammul" hadis tersebut tanpa menerusi catitan dalam Musannaf beliau?.

c) Atau mungkinkah Musannaf Abdur Razak mengalami perubahan -perubahan sepertimana yang masyhur?.
 
d) Dan hendaklah juga diperhatikan , betapa banyaknya hadis-hadis yang Sahih dan Hasan yang satu makna  dengan Hadis tersebut.

Salah satu kemungkinan tersebut adalah pasti berlaku setelah kita meneliti kitab-kitab yang menukilkan hadis tersebut dan memerhati sanad dan silsilah Hadis, bagi pengarang kitab-kitab yang membawa hadis itu  atau yang semakna dengannya.

e) Dan diperhatikanlah ,adakah tidak diterima aqal pada perbahasan aqliyah berkenaan kesahihan Akal "terawalnya" Nur Muhammad dari yang lain.

f)Atau dikatakan sekurang-kurangnya kita hendaklah meneliti dahulu betapa penerimaan tidak sedikitnya ulamak ditiap-tiap displin ilmu terhadap Konsep Nur Muhammad saw ini.

Setelah kita mengkaji secara menyeluruh ,mungkinkah boleh diterima kepercayaan terhadap Nur Muhammad dikatakan berasal dari Rekaan Falasah Greek kuno?.  Wal iyyazabillah. Atau dari ambilan yang tidak berdasarkan Ilmu ,sehingga dijadikan asas ajaran Tarekat ,Tasawuf dan sebagainya. Atau dijadikan asas ajaran Wahdatul wujud yang menyimpang. Lantaran itu diharamkan Kitab  Maulid Barzanji, Daibae,  Kitab Maulud Habsyi dan yang sebangsa dengannya. Betulkah begitu?.

Kitab Mawahibul Ladunniyyah , buah tangan Syekh al Allamah Al Qastholani , seorang Imam Hadis yang ulung wafat pada 923 hijrah .Mempunyai banyak karangan bermutu khasnya bidang  hadis. Pengarang Syarah Hadis Bukhari iaitu kitab  Irsyadus Sari - 10 jilid. Latarbelakang beliau boleh didapati dalam Syazaratuz Zahab juzuk  8 muka surat  121 ,  dan  beberapa buah kitab Thabaqat Ulamak.
Kitab Mawahib yang mencatit Hadis tersebut dikomentari/ diSyarahkan oleh Al Allamah Zurqoni- Pensyarah Kitab Hadis Muwata Imam Malik -  4 jilid.

Al Allamah Zurqoni mengulas hadis tersebut dengan katanya :

Di juzuk 1, berkenaan hadis tersebut,:
"Meriwayatkan Abdur Razaq bin Hammam bin Nafi' al Himyari , hal keadaan beliau meriwayatkan dari Ma'mar dan Ibnu Juraij dan Malik dan Sufiyanain ( iaitu  Sufian Athsauri dan sufian Al Uyainah) dan Al Auzaie dan Khlaq (golongan  perawi yang ramai) ,dan (meriwayatkan juga) dari Nya ( Khalq atau dhamir "Nya" merujuk kepada Ma'mar dan seterusnya ) oleh Ahmad dan Ishaq dan selain dari beliau keduanya, ( oleh yang demikian , hadis ini berdasarkan ) dengan sanadNya (Abd Razak ) yang terang nyata , jika tidak begitu maka ianya adalah berdasarkan madlul yang telah beliau riwayatkan dari Sayidina Jabir r. anhu". Wallahu A'lam.

Jika dilihat kenyataan dari Al Allaamah Zurqoni tersebut memang ada dasar munasabah sanad Hadis ini yang berhubung terus kepada Jabir radiallahu anhu. Sebagaimana yang juga kita dapati ulasannya tidak sedikit daripada para ulamak. Sedangkan Al Allamah Zurqoni misalnya , sudah tentu mempunyai "Tahammul" sanad tersendiri sehingga sampai kepada Imam Abdul Razaq. Jika ada yang berminat mengetahui hadis ini bolehlah membaca buku Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua di Dunia melayu oleh al Marhum al Ustaz Haji Wan Mohd Saghir Abdullah. Khazanah Fathaniyah , KL. Mungkin sedikit sebanyak boleh diambil manfaat.









HADIS-HADIS , TAFSIRAN AYAT QURAN DAN ULASAN ULAMAK MUKTABAR BERKAITAN DENGAN NUR MUHAMMAD  SAW.

HADIS PERTAMA.

عن أبى هريرة رضى الله عنه : قال : قالوا : يا رسول الله , متى كتبت النبوة ؟ . قال : وأدم  بين الروح والجسد

Dari Abi Hurairah r, anhu : Beliau berkata : Bertanya para Sahabat “ Wahai
Rasulullah , Bilakah wajib bagi anda Nubuwah?". Bersabda Rasulullaah saw
" Sedang hal Adam diantara Ruh dan Jasad"
.Hadis Riwayat At Tarmuzi dan
beliau berkata : Hadis Hasan Sohih Ghorib

Kitab Alhadis Al Munthoqah , buah tangan Al Muhaddis Abdullah bin Muhammad Al Ghumari:Beliau mensyarahkan hadis ini , menyebut :

" Bilakah telah wajib bagi anda Nubuwah ?"

Seperti inilah juga terdapat pada Riwayat Al Hakim ,Abi Nu'im,  Al Baihaqi dan Al
Hakim telah Mensahihkannya juga.

Tersebut pada satu riwayat yang lain :"Mata kutibta Nabiyyan?" ertinya" Bilakah di wajibkan pada anda Kenabian?". Bersabda Saw " Adalah Aku Nabi pada hal Adam diantara Ruh dan Jasad".
Ini adalah riwayat Abi Umar dan Ismail bin Najid yg merupakan sebahagian darinya (dari keseluruhan hadis).

Pada riwayat lain lagi " Bilakah anda Jadi Nabi ?." yaitu riwayat Maisarah yang akan dibahaskan nanti pada hadis yang kedua nanti. Sama seperti yang diriwayatkan oleh Maisarah ini, riwayat daripada Ibnu Abbas radiallahu anhu disisi Al Bazzar, At Thobarani dan Abi Nu aim .

Manakala Riwayat Ibnu Abi Al Jad a'a pula disisi Ibnu Saad dan Ibnu Qoni'.
Manakala yg diriwayatkan oleh Mathraf bin Abdullah bin As Syakhir adalah disisi Ibnu Sa'ad juga.

Pada riwayat Asya'bi pula : Seorang lelaki berkata ( bertanya) kepada Nabi saw :" Bilakah anda
dijadikan Nabi ?. ( Mata ustunbi, ta ) . Bersabda Nabi saw " Padahal Adam (berada ) diantara Ruh dan Jasad ketika diambilkan daripadaku perjanjian".

Ibnu Saad juga ada meriwayatkan seperti ini ( Riwayat As Sya'bi tersebut) tetapi perawi yang meriwayatkan dari Sya'bi adalah Jabir Al Ju'fi.

Satu lagi riwayat dari As Shona bihi ,beliau berkata : Berkata Umar r,anhu " Bilakah anda telah jadi Nabi ?. Bersabda Nabi saw " Pada hal Adam tercampak ( iaitu masih belum terbentuk ) pada tanah keras (tanah liat)".Hadis ini telah meriwayatkannya oleh Abu Nuim dalam Kitab Dalaa ilunubuwwah. .

Kesemua riwayat-riwayat hadis  ini adalah berhampiran maksud dan lafaznya (iaitu mutaqaribah).

Yang di kehendaki dengan (maksud) segala riwayat ini ialah mengkhabarkan  wajib keNabian Nya saw,  iaitu sabitnya pangkat Nabi  bagi Ruh Nabi saw yang mulia,  telah diciptakan sebelum semua Ruh diciptakan.

Riwayat "Mata kutibta ?." Bilakah telah di wajibkan ?, makna "kitabah" pada hadis tersebut adalah juga bermaksud wujub (wajib) dan sabit pada luaran (kho riji) . Kerana (lafaz) "Kitabah" digunakan pada perkara yang wajib yang zohir di luaran sebagaimana (istilah yang digunakan oleh Al Quran) { Kutiba alaikumus Syiyam , Katab Allahu li Aghlubannahunna, dan Kutiba alaikumul qishas}.


Kesimpulan (dari bahasan diatas) Bahawa Allah ta'ala telah melimpahkan Sifat Kenabian keatas Ruh Nabi saw yang Mulia atau HakikatNya saw yang terpuji ,pada ketika mana Adam a.s masih tercampak atas bumi (yakni Adam belum terbentuk lagi ) sebelum ditiupkan Ruh padanya. Dan limpahan Kenabian pada waktu ini melazimkan terdahulu kejadianNya saw atas yang selain Nya saw sepertimana yang Nyata terang . Inilah yang dimaksudkan oleh Pengarang-pengarang Sirah dan Maulid Saw dengan kata mereka :

" Diciptakan Nur Nya saw sebelum sesuatu".

Kerana Ruh Nya saw yg mulia adalah Maujud , yang bersifat dengan sifat Kenabian sebelum ditiupkan Ruh Adam sepertimana yang telah terang nyata.

Ruh adalah Jisim yang Nurani (bangsa cahaya) yg Latif (seni , halus) sepertimana yg telah di Tahkikkan oleh Ibnu Qayyim dan selain beliau.

{ Komen penulis artikle ini:  Berkenaan tahkik tentang keadaan Roh , disebut juga oleh Imam Ghazali , Imam Fakhru Raazi dan Jumhur pentahkik Ahli Sunnah wal Jamaah. Disini juga nyata salah, tuduhan mereka yang kontra dengan menuduh mempercayai Nur Muhammad saw bererti menganggapnya sebagai Qadim seperti Tuhan . Wal iyyazabillah. Lantaran itu Haram , kufur dan sesat mengamalkan Maulid Barzanji dan yang semisal dengannya. Kalau kita lihat hujjah mereka, kufurnya Kitab Maulid Barzanji . Mereka menghujjah satu ayat didalam Kitab Maulid Barzanji berkenaan Hakikat Muhammadiyyah menunjjukkan ianya qadim. Sebenarnya mereka tersalah merujukkan dhamir . Dimanalah kedudukan mereka ini yang mendakwa sebagai Pentahkik dan Penganalisa semula Ilmu Para Ulamak ?, padahal Dhomir rujukan masih tidak diketahui?. Hubaya-hubaya lah Umat pada bahaya celupar mulut , ditakuti  kembali kepada diri penuduh }.







Oleh yg demikian telah datang beberapa jalan hadis (thuruq) dari Qatadah dari Al Hasan dari Abi Hurairah dari Nabi saw pada Firman Allah ta'ala yg bermaksud:

" Dan ingatlah ketika Kami mengambil perjanjian daripada para Nabi"
surah Al Ahzab ayat 7 .

Bersabda Nabi saw: ‘ Aku adalah awal-awal daripada para Nabi dan yang terakhir dari mereka yang diutuskan'.
 Maka memulailah Allah dengan Nya saw sebelum mereka .
Hadis ini adalah riwayat Ibnu Abi Hatim dan selain mereka.

Tapi riwayat dari Ibnu Saad dari Qatadah , Hadis Mursal dengan lafaz:

" Aku adalah seawwal manusia pada kejadian dan yang terakhir dari mereka pada diutuskan".

{ Mereka yang kontra mendhoifkan hadis ini , Tapi lupa ianya mempunyai banyak Turuq
( jalan riwayat), samada  atas metod syawahid atau tawabi’  yang jika dihimpunkan akan menaikkan martabat nya.}

Al Manawi berkata dalam Syarah Al Jaamius Saghir : " Allah Taa'la telah mencipta Hakikat yg mana memang lemah oleh akal kita dari mengenalinya dan telah melimpahkan atasnya Sifat Kenabian semenjak ketika itu lagi . Kemudian apabila sampailah masa selesai untuk nama Al Batin kepada Az Zohir ,menyatakanlah Allah Taa'ala kesemuaNya saw dengan ber Jisim (bertubuh) dan Ruh" .Tamat al Manawi .

Dalam satu Hadis yg meriwayatkan kisah Isra , yg diriwayatkan oleh Abi Hurairah r,anhu :

" Telah Ia menjadikan (ciptakan) daku Pembuka ( Al Fatih ) dan Penyudah
(Al Khatim)
".

{ Hadis berkenaan Isra ini, salah satunya , sudah maklum Kesahihan disudut maknanya}.

Iaitu Pembuka (permulaan) bagi Makhluk yang ada , Penyudah bagi Nyata Kenabian.

 Sesungguhnya telah membahas pada mentaqrirkan ( memantapkan) makna ini dan menerangkannya oleh Al Imam Al Hafiz Taqiyuddin As Subki ( Imam Subki ) didalam Risalah At Ta'zim wal Minnah pada ayat ( Latu, minunna bihi wa latansurannah ). Telah dicetak bersama-sama Kitab Fatawa beliau. Al Hafiz Sayuthi telah menaqalkan bahasan tersebut dalam Khashaisul Kubro , Imam Al Qastalany dalam Al Mawahibul Laduniyyah dan selain dari  mereka.

PERINGATAN

Zaki Mubarak menulis satu rencana dalam buku beliau At Tasawuf Islamy ( Tasawuf Islam ) bertajuk Hakikat Muhammadiyah . Dia menyangka bahawa Sufi telah gulat menyeleweng pada Hakikat Muhammadiyah ini sebagaimana meyelewengnya Orang Nasara (Kristian ) pada Hakikat Isawiyah .

{ Hakikat Isa iaitu trinity .Termasuk juga tuduhan mereka terhadap Nur Muhammad (atau disebut juga sebagai Hakikat Muhammadiyah) dgn menyamakan Nya dengan konsep Falasafah Greek kuno. Aduhai jahilnya mereka sampai tidak tahu membezakan yang mana Qodim yang mana Baharu}.

Dia ( Zaki ) membahas beberapa hadis , " Adalah aku Nabi padahal Adam masih antara Ruh dan Jasad ". Disangkanya hadis batil, maudhu. Dia menguatkan sangkaannya dengan menaqal kata-kata Zahabi didalam Al Mizan terhadap Rijal hadis-hadis ini. Padahal kesemua sangkaannya adalah salah dan keji. Kerana Sufi tidak menyeleweng , bahkan mereka { Juga semua para ulama muktabar yang masyhur jadi ikutan dalam berbagai bidang Ilmu } menyebut perkara yang mereka faham dari pada Hadis-hadis sekadar kefahaman yang dianugerahi Allah kepada mereka.
Lagi pula telah menjadi adat Zahabi metasrihkan dengan membatalkan Hadis-hadis
yang Sahih , bahkan kadang-kadang yang Mutawatir pun juga dibatalkannya. Padahal dia mengetahui Kesahihan dan Mutawatirnya Hadis tersebut tidaklah maksud beliau Batal mutlak begitu. sahaja . Yang dimaksudkan yang sebenar ialah Batalnya dari sudut jalan perawi ( Thoriq Rawi) yang di dikisahkan sahaja.
Ini adalah kebiasaan setiap mereka yg membahaskan tentang hadis-hadis Dhaif . Seperti Ibnu Saban , Ibnu A'diy dan Uqaily. Dan ini juga ma'ruf masyhur dikalangan mereka yg mahir Ilmu Hadis .
Maka berpegang Zaki Mubarak pada Kitab al-Mizan kerana semata-mata bertujuan untuk membatalkan Hadis-hadis yang tersebut, adalah satu Kejahilan yang besar yang tidak  layak melainkan untuk orang yang seperti Dia sahaja.


















HADIS KEDUA

Dari Maisarah al Aj rah beliau berkata :


قلت يا رسول الله . متى كنت نبيا ؟. قال : وأدم بين الروح والجسد



“Daku Berkata " Wahai Rasulullah , Bila Anda telah menjadi Nabi?. Baginda bersabda " Sedang Adam diantara Ruh dan Jasad"


Hadis ini telah diriwayatkan oleh Imam Ahmad , Al Bukhary dalam Tarikh , AtThobarany dan Al Hakim beliau mensahihkannya.

Berkata Al Hafiz (Ibnu Hajar al Asqolani)" Sanadnya adalah Kuat ".


Hadis menyebut " Mata Kunta Nabiyyan?". Ertinya " Bilakah anda telah menjadi Nabi?. … Al Hadis.

Telah selesai dahulu syarahan makna keadaanNya Adalah Nabi dalam Hadis tersebut ,tanpa ada lagi tambahan kecuali (satu perkara lagi yaitu) ,terdapatnya sebahagian ulamak yg menafsirkan maksud kehendak dari hadis ini dan perkara yang dalam maknanya ialah:

"Tetap KenabianNYA dalam Ilmu Allah dan TaqdirNya".

Kalau begitu maksud hadis tersebut adalah:

" Aku telah menjadi Nabi pada Taqdir Allah ,sedang Adam diantara Ruh dan jasad" .
Seperti itu jugalah Dia akan berkata pada tafsiran hadis " Aku adalah awal-awal Nabi pada kejadian", bahawa maksudnya adalah Kejadian Taqdir tidak Ijad ( ciptaan ) .
 

Kesemua ini , (yaitu) kesimpulan dari (penafsiran-penafsiran sebegitu pada ) perkara tersebut adalah batil kerana beberapa wajah :


(Pertama) Bahawa Kenabian Nabi sallalaahu alaihi wa ala aalihi wasallam adalah tetap dalam Ilmu dan Taqdir Allah Ta'ala semenjak azali lagi . Maka mentakhsiskannya (menentukan Perlantikan Kenabian) dengan waktu keadaan Adam diantara Ruh dan Jasad adalah lagho ( yang akan mensia-siakan makna hadis tersebut oleh itu ) ,wajiblah mesucikan hadis tersebut dari demikian .

(Kedua) Bahawa Kenabian para Nabi Alaihimus salam, bahkan seluruh yg ada semuanya adalah sabit dalam Ilmu Allah Ta'ala dan TaqdirNya . Maka tiada apa lagi yg tinggal (takhsis) untuk Nabi saw pada keistimewaan ini daripada yang lain. Padahal hadis tersebut hanyalah datang ia untuk menerangkan satu keistimewaan (khususiah), maka tidak dapat  tidak bahawa (mesti) ada didalamnya makna kelebihan yang tidak berkongsi padanya oleh orang lain.Kalau tidak begitu nescaya adalah hadis tersebut sia-sia .
 Demikian itu adalah batil.


(Ketiga) Bahawa Para Sahabat ,mereka mereka bertanya kepada baginda dengan kata mereka " Bilakah Anda menjadi Nabi?" , padahal mereka mengetahui bahawa Kenabian Baginda telah tetap dalam pengetahuan Allah ta'ala dan TaqdirNya . Bahkan mereka mengetahui bahawa segala sesuatu kesemuanya telah tetap ada pada pengetahuan Allah dan TaqdirNya. Maka mereka secara darurinya (mudah tanpa perlu memusatkan fikiran ) , hanyalah menghendaki dengan soalan mereka tersebut, untuk mengetahui satu kadar yg lebih daripada apa yg telah mereka ketahui.

(Keempat) Bahawa Umar r,anhu (pada riwayat Ashona bih) telah bertanya: " Bilakah Anda telah jadi Nabi ?". " Mata ja'alta nabiyyan?" Lafaz ini terang bermakna tashyir ( tercipta) iaitu "Mata shayyarta nabiyyan?". Demikian itu tidak berlaku melainkan pada suatu yang memang maujud (telah ada) yg sah ia bersifat dengan yg telah jadi atau yg sudah tercipta , sepertimana juga jika anda berkata :" Ja'altu qit'ataz zahab Khotiman".
Iaitu saya telah buat /cipta kan (j'altu) sepotong emas menjadi sebentuk cincin”.seperti itulah ,sepotong emas tersebut sememangnya telah ada. Cuma tidak ia bersifat cincin lagi melainkan
setelah menjadi cincin dan tercipta.

{ Selain kalimah“Ja’alta” , kalimat .(
كنت) “Kunta” pada hadis tersebut adalah juga menunjjukkan telah tercipta. Para pembantah mengatakan logiknya makna hadis tersebut hanya menunjjukkan peristiharan jadi Nabi didalam taqdir Ilmu Allah. Ini telah telah jelas kemustahillannya dan batalnya berdasarkan Mafhum hadis-hadis tersebut. lebih jelas lagi jika diperhatikan pertanyaan Sayyidina Umar Radiallahu anhu yg bertanyakan Rasulullah saw "Bilakah Anda telah menjadi Nabi?". Terang dan jelas bahawa Saydina Umar adalah Sahabat yang bijaksana yg tidak sepatutnya beliau bertanyakan Rasulullah saw suatu perkara yg telah maklum dan tidak memberi faedah yg lebih daripada maklumat yang sudah tersedia ada, juga mustahil Rasulullah saw akan memberikan satu jawaban yang tiada faedah dan bertentangan dengan musyahadah yang dharuri lagi putus, yakni penyaksian yg meyakinkan bahawa baginda s.a.w telah dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah ketika berusia 40 tahun. Atau sesuatu yang sudah maklum pada Taqdir Allah ta'ala. Oleh itu ,apakah maksud sebenar pertanyaan dan jawapan didalam dialog antara Rasul dan Umat Nya s.a.w?.

Disini lah Fokusnya dan disinilah maksud dan intipati Hadis -hadis tersebut yang menunjjukkan tidak lain tidak bukan ianya hanyalah satu khususiah atau keistimewaan Nabi saw berbanding dgn Nabi-nabi lain. Yaitu Nur Mustafa saw atau Ruh Nya saw atau Hakikat Muhammadiyyah telah diciptakan terdahulu dari segala sesuatu . Wallahu a'lam}.


(Kelima) Bahawa kewujudan sesuatu didalam Ilmu Allah ta'la dan TaqdirNya tidak tertasawwur dalamNya terdahulu setengah perkara daripada setengah yang lain. Tidaklah dikatakan "Aku adalah awwal Nabi pada ciptaan (yang berlaku dalam Ilmu dan Taqdir Allah ta'ala", sebab kedua perkara tersebut adalah sediakala yang tiada dahulu dan kemudian) ,kerana lazim daripada itu perkara yang tidak layak pada Allah ta'ala. Hanya yang sah dikata dulu kemudian itu pada kejadian /yang telah tercipta dengan makna ijad (cipta). Kerana ia adalah sifat fi'il yang boleh ditasawurkan dengannya terdahulu sebahagian hadis (perkara baharu/makhluk) dari yang lain sebagaimana yang telah menunjjuk oleh Quran dan hadis .


Maka oleh yang demikian,  batal dakwaan sebahagian mereka dan jelas apa yang telah kami terangkan , iaitu : "Allah swt melimpahkan keatas Ruh Nabi Nya saw yang mulia atau atas Hakikat Muhammadiyyah saw  akan sifat Kenabian , dan memakaikanNya persalinan Al Qurb padahal Adam masih diperingkat diantara ruh dan jasad . Sebagai perbezaan untukNya dari sekelian makhluk" .


Tammat Kitab Al Muntoqoh.


 

Sehiris Komentar dari penulis.

{ Di kalangan pembantah mengatakan Hadis-hadis tersebut boleh dikompromikan dengan satu hadis riwayat Imam Ahmad dari Al Irbaadh bin Saariyah " Sesungguhnya Aku adalah Hamba Allah dan Penyudah segala Nabi .Dan sesungguhnya Adam Alaihis Salam benar-benar tercampak dalam tanah Nya .Aku akan memberitahukan kamu dengan awwal-awwal demikian itu. Ialah seruan bapaku Nabi Ibrahiim,berita gembira Nabi Isa terhadap kedatanganku dan mimpi ibuku dimana dia telah bermimpi , begitulah juga para ibu bagi para Nabi dimana mereka telah bermimpi".

Berkata pembantah: Tiga buah hadis ini ( iaitu Hadis Pertama dan Kedua yang telah kita bahaskan ) masing-masing kuat-menguat ,maka jadilah dia pada kedudukan Sahih yang diperlukan . Mana-mana Hadis yang menyeluruh (umum) atau kurang jelas, maka dijelaskan oleh Hadis-hadis yg terang dan nyata, sekiranya terdapat sifat-sifat demikianMenurut hadis ini ( yang ketiga ini) Allah telah menentukan Kenabian Muhammad saw sebelum diciptakan Adam sebagai seorang manusia. Kenyataan ini menunjjukkan dahulunya ketetapan Allah terhadap perkara itu, tetapi tidaklah pula dia menunjjukkan sedikitpun tanda yang menunjjukan Nabi saw dijadikan sebelum Adam as. Malah hadis yang akhir ini menjelaskan adanya seruan Nabi Ibrahim dan mimpi Ibu Nabi saw?.


DiJawab: Hadis pertama dan Kedua tidak boleh dikompromikan dengan yang ketiga ( iaitu riwayat al Irbaadh )  dengan makna yang begitu dan tidak sah dikopromikan untuk mendapatkan  makna seperti yang didakwa . Ini lantaran jika diperhatikan matan Hadis yang ketiga, jika maksud hadis-hadis tersebut  kita katakan untuk menceritakan peringkat berlaku semua perkara tersebut adalah didalam Taqdir Ilmu Allah ta'la , maka mustahill makna yang ditunjuk oleh ketiga hadis tersebut adalah begitu. Kerana yang telah maklum,  semua maklumat dalam pengetahuan Ilmu Allah swt adalah Qodim.Sediakala yang tidak ada dahulu kemudian. Makna yang seperti itu tidak lagi perlu ditanyakan oleh Para Sahabat  kepada Nabi seperti dalam hadis pertama dan kedua.

Kalau dikatakan juga boleh berlaku begitu,  bagaimana pula boleh  berlaku Nabi Ibrahim menyeru, Nabi Isa mengiklankan Kedatangan Rasulullaah dan Ibu Nabi bermimpi diketika yang tidak berlakunya dahulu dan kemudian?.Sudah tentulah Mustahil berlaku begitu
.


Jika mereka berkata: Apa bukti awak pada matan hadis itu?.

Jawabnya: Matan hadis tidak jelas menunjukkan makna dalam Taqdir Ilmu Allah.
Tidak ada satupun kalimah yang boleh diIhtimalkan maknanya  berlaku perkara-perkara tersebut dalam Ilmu Allah.
 
Kalau kita lihat hadis tersebut jika dibahas disudut Ilmu Nahu atau yang sebangsa dengannya memang nyata tiada bermaksud begitu. Lafaz Abdullah itu sendiripun sudah menunjjukkan sudah tercipta. Lafaz "Sa unabbii uukum bi awwali zaalika" (Aku nak mengkhabarkan kamu dgn awwal demikian itu) ,Awwalu Zaalik (Awwal demikian itu ) isyarat kepada suatu yang jauh , kemana ditujukan isyarat tersebut?. Jika anda berkata "kepada Taqdir Ilmu Allah ", nyatalah salah sebab seruan Nabi Ibrahim a.s dan Rasul saw jadi Nabi tidak dikatakan telah berlaku jika hanya masih diperingkat Taqdir dalam IlmuNya s.w.t . Kerana telah kita sebutkan Maklumat pengetahuan Allah adalah qodim. Sediakala yang tiada mula dan kemudian sebagaimana yang termaklum dalam Ilmu Tauhid. .

Alangkah senangnya jika difahamkan makna yang menjadi pegangan majoriti ulamak , iaitu Peristiharan Kenabian saw terhadap Ruh Baginda saw, sebelum Baginda di lahirkan oleh Bonda Baginda. Kalau disini menunjjuk samada dimasa sebelum Rasulullah saw dilahirkan. Kita nak tanya, masa sebelum Rasulullah dilahirkan bila?. Adakah semestinya dalam Taqdir Ilmu Allah sahaja?. Jawabnya tentulah tidak. Sedangkan kalau dipakai makna Perisytiharan dalam Taqdir Allah taala, sudahlah tentu tidak munasabah sebagaimana yang telah dibahaskan.

Oleh yang demikian makna yang membetuli dengan matan hadis tersebut , hanyalah bermaksud "Perisytiharan Kenabian saja yang dilakukan dimasa Nabi Ibrahim , Nabi Isa a.s  dan seterusnya diistiharkan kepada Siti Aminah, Ibu Nabi Saw dan juga kepada semua Ibu Nabi-Nabi. Bukan
menunjjukkan Perisytiharan pada Taqdir
 .
Maka makna  yang begini tidak bercanggah dengan mana-mana bidang ilmu , samada Akidah atau Tafsir  .

Makna yang telah kita terangkan ini jika kita kompromikan dengan hadis yang pertama dan kedua tersebut tidak akan berlaku  percanggahan maksud antara keduanya.   Makna yang dikompromikan adalah sah dan tepat dengan kaedah mengkopromikan hadis-hadis yang zahirnya
berlawanan. Lagi pula menguatkan antara satu sama lain. Wallahu a'lam.


Jika pembantah berkata pula: "Winna Adam alaihis Salam lamunjadilu fi thina tih",
 
menunjjukkan pada Taqdir Ilmu Allah?.

Dijawab : Tidak begitu, kerana Kalimah "Wainna adalah isti,naf liltaukid sahaja, permulaan untuk mentaukidkan sahaja bagi "Inni Abdullah" sesungguhnya aku hamba Jika diperhatikan  kalimah Aku adalah "HAMBA ALLAH" cukup terang mencakupi makna Ruh . Menjadi kenyataan KEWUJUDAN Ruh Saw atau Nur Muhammad saw atau apa yang diistilahkan sebagai  Hakikat Muhammadiyyah.

Maka makna hadis tersebut yang terang ialah "Aku sudah menjadi Nabi , atau Ruhku
sudah jadi Nabi atau Nur ku sudah di Isytiharkan jadi Nabi semasa Adam masih lagi
belum wujud" . Wallahu a'lam.}


Selain itu , riwayat yang tercatit dalam Sahih Ibnu Hibban, Al Hakim dan Musnad Imam Ahmad hanya menyebut انى عند الله فى أم الكتاب لختم النبيين    ertinya “ Aku disisi Allah dalam Ummul Kitab

(PengetahuanNya) adalah Kesudahan Nabi”.

Hadis ini yang dapat difahami menurut mafhum Kitab karangan Mulla Ali Al Qori , tiada berlaku  sebarang pertentangan dengan hadis terdahulu. Kerana sebagaimana yang telah kita terangkan , ia hanyalah menceritakan Perkara yang sudah ada dalam Pengetahuan Allah swt dan peristiwa-peristiwa yang sudah berlaku berkenaan Sambutan dan peristiharan Para Nabi yang terdahulu sahaja. Ianya tidak lebih dari "Perkhabaran", yang tidak akan membantah hadis-hadis yang kita utarakan. Rujuk Al Mawrid Ar Rawi fi Mawliddin Nabawi  karangan  Mulla Ali Al Qori.  Muka surat  37.


















FATWA (al Marhum) SYEKH MUTAWALLI  AS SYA’RAWI.

( Ulamak Tafsir Mesir)


Beliau berkata dalam Kitab Al Fataawa , fatwa no 87: Soal;



س: يقول الحق تبارك وتعالى : قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين .
فهل المقصود بالنور هناك ألنبى أم القرأن؟.


ج: لما كانت واو العطف تقتضى مغايرة ما قبلها لما بعدها فى الحكم , فاءننا نفهم من ذلك أن النور ليس هو الكتاب (القرأن) الذى يشتمل على المنهج الذى يخرجنا من الظلمات الى النور. و محمد صلى الله عليه وسلم هو الذى دلنا على الكتاب وهذا يصل بنا الى أن محمدا هو النور.

Berfirman Allah ta’aala ;



قد جاءكم من الله نور و كتاب مبين

Ertinya " Sesungguhnya telah datang kepada kamu daripada Allah , Satu Cahaya dan Kitab yang

nyata". Surah Al Ma idah ayat 15.



Soalan: , Adakah yang dimaksudkan dengan Cahaya disini ialah Nabi saw atau Al Quran?.

Jawab: Manakala huruf waw (
و ) (sendikata dalam ayat tersebut/ athaf mughoyarah ) yang memaksudkan berlainan antara perkara sebelumnya dengan yang selepasnya pada sesuatu Hukum, maka kita memahamkan dari sebab yang tersebut Bahawa Nur bukanlah Al Quran yang mana al quran juga melengkapkan kita dengan method yang boleh mengeluarkan kita dari kegelapan kepada cahaya (Nur). Nabi Muhammad saw adalah yang telah menunjjukan kita kepada Al Quran.

Dan (dasar) Inilah yang memahamkan kita "Bahawa Nabi Muhammad saw adalah NUR".
Tammat, Fatawa Sheikh Mutawwali Sya`rawi.


Kitab-kitab Tafsir yang menafsirkan Nur yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah Nabi Muhammad saw.

1)Tafsir Athobari.

2)Tafsir Al Qurthubi.

3)Tafsir Ibnu Hatim.

4)Tafsir Baidhowi.

5)Tafsir Jalalain.

6)Tafsir Ibnu Jawzi.

7) Dan lain-lain Tafsir.


Syekh al Allamah Ahmad bin Shawi telah menyatakan dalam Hasyiah Jalallain dalam rangka menafsirkan ayat 15 dari Surah Al Maidah tersebut:

 " Bahawa Baginda saw dinamakan NUR / CAHAYA, kerana Baginda menerangi pengelihatan (hati) dan menunjjuki ke jalan yang benar ….. juga kerana Baginda adalah punca jasmaniah maupun  ruhaniah……

Tammat.



















HADIS-HADIS LAIN BERKAITAN NUR AL MUSTAFAHA S.A.W YANG MENJADI PERTIKAIAN SRTA ULASAN YANG POSITIF PARA ULAMAK TERHADAPNYA.



1)
عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم  كانت روحه  نورا  بين  يدى الله  تعالى  قبل أن يخلق أدم بألفى عام

Ertinya: Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas radiallaahu a'nhuma , "Bahawa Nabi saw, Ruh
Baginda, adalah Cahaya disisi Hadrat Allah ta'ala, dua ribu tahun sebelum diciptakan Adam".


Hadis ini diriwayatkan oleh:

Muhammad bin Umar Al A'dani . Pengarang Al Musnad. Kunyahnya Abu Umar . Tinggal diMekah. Melazimi Ibnu Uyaiynah. Berkata Ibnu Hatim "Kaanat fiihi Ghaflah". Wafat pada 43 hijrah. Tetapi beliau merupakan salah seorang Rijal Muslim, Tarmizi, Nasai dan Ibnu Majah. Pangkat ke 10 disisi Ibnu Hajar Al Asqolani. Berkata Ibnu Hajar al Asqolani dalam Taqrib At Tahzib "

كبار الأخذين عن تابع التابعين ممن لم يلق التابعين كأحمد بن حنبل

Rujuk Taqrib a'la Tahzib. Ibnu Hajar Al As qolani.



2) Kitab As Syifa bit Ta'rif al Musthafa. Susunan Qadhi I’yadh.

Bab Kemuliaan Nasab Nabi saw.

عن ابن عباس رضى الله عنهما أن النبى صلى الله عليه وسلم كانت روحه نورا بين يدى الله تعالى قبل أن يخلق أدم بألفى عام

Ertinya: “Bahawa adalah Ruh Baginda saw merupakan Cahaya dihadapan Hadrat Allah ta'ala
sebelum diciptakan Adam selama dua ribu tahun”.


Beliau berkata:
"ويشهد بصحة هذا الخبر شعر العباس"

Ertinya: Syair Al Abbas menjadi Syahid bagi menSahihkan Hadis ini”.  Muka surat , 207 juzuk 2
cetakan Maktabah Darul Kutub
 .

3) Imam Sayuti menyebut riwayat ini dalam kitab Manahilu Safa, karangan beliau.


4) Imam Ahmad bin Hanbal , meriwayatkan dalam Kitab Fadha il Sahabah:


"Sesungguhnya Aku dan Ali adalah cahaya dihadapan Allah swt sebelum tercipta Adam , selama
14 ribu tahun …….

Beliau meriwayatkan melalui thoriq (jalur riwayat) Al Hasan bin Miqdam (shoduq/jujur) ,Khalid bin Ma'dan (shoduq) , Fudhail bin Iyyad (telah maklum siapa dia Fudhail ini) , Zadhan (shoduq ,
Seorang Rijal Muslim dan Bukhari dalam Adabul Mufrad , Salman Al Farisi radiallahu an
hu…..Ini menurut penilaian Ibnu Hajar dalam Taqrib Tahzib.

Semua Rijal nampak nya dipercayai . Wallahu a'lam.


5) Az Zahabi juga ada menyebut riwayat ini (hadis no 4 diatas) dalam Mizan .




6) Hadis yang ke 10 dalam Kitab Mawaqif.

Berkata Ibnu Hajar dalam Fatawa Hadisiyah " Sangat Lemah". Tapi semakna dengan hadis
dalam Bukhari, Musnad Ahmad dan Muslim tetapi tanpa lafaz " Tuhan mencipta RUH
TERDAHULU DARI JASAD".


Wallahu a'lam.


7)Soalan-soalan:  

Soal:Riwayat dari Imran bin Husin dalam Bukhari, Sahabat bertanya berkenaan Awal
Penciptaan .Rasulullah saw menjawab "

Allah telah ada dan tidak ada sesuatu sebelumNya. Dan al-ArsyNya berada di atas air lalu Dia

menuliskan pada ad-Dzikr (Kitab Lauh Mahfuz) segala sesuatu dan Dia menciptakan langit dan
bumi……?.
Jawab: Hadis ini tidak mensorihkan atau memakai kalimat yang jelas seawwal-awwal kejadian .



Soal: Bagaimana pula dengan Hadis dalam Sunan Tirmizi dan Abu Daud dari Ubadah bin Samit pula "Rasulullah SAW bersabda : "Yang pertama diciptakan oleh Allah SWT adalah Qalam
( pena ) kemudian Dia berfirman kepada Qalam " Tulislah" . Qalam bertanya " Apakah yang akan ku tulis?. Berfirman Allah swt " Segala sesuatu yang akan terjadi sehingga hari Qiyamat".

Jawab: Awwal-awwal yg dimaksudkan pada semua hadis-hadis ini ialah AWAL-AWAL CIPTAAN ALLAH SWT SELEPAS ALLAH SWT MENCIPTAKAN AIR ANGIN DAN ARSY.
Maksudnya selepas Allah swt menciptakan ketiga-tiga perkara tersebut , barulah diciptakan Qalam. Bukan pula menunjjukan AWWAL SESUATU YANG TERCIPTA SEBELUM SESUATU adalah Qalam. Maka Hadis Qalam ini SEBENARNYA HANYALAH SEBAGAI MENAFSIRKAN Hadis riwayat Imran bin Husain , dalam Bukhary tersebut.

Kesimpulan: Tidak ternafi  awal ,jika terdapat riwayat yang menunjjukan ada sesuatu ciptaan yang mendahului setiap sesuatu ciptaan yang lain. Buktinya pada ulasan Mulla Ali Al Qori:

واختلفوا فى أول المخلوقات بعد النور المحمدى فقيل : العرش , لما صح من قوله صلى الله عليه وسلم
 ( قدر الله مقادير الخلق قبل ان يخلق السموات والآرض بخمسين ألف سنة وكان عرشه على ا لمأ ). فهذا صريح فى أن التقدير وقع عند أول خلق القلم لحديث عبادة بن الصامت مرفوعا أول ما خلق الله القلم , وقال له : أكتب , قال رب وما أكتب؟ قال أكتب مقادير الخلق كل شىء. ) رواه أحمد والترمذى وصححه لكن صح فى حديث مرفوع من حديث أبى رزين العقيلى رواه أحمد و الترمذى

ءان المأ خلق قبل العرش) . وفى قوله تعالى : ( وكان عرشه على ا لمأ ) ءاشارة ءاليه ودلالة عليه , نعلم أن أول الأشيأ قبل على الاءطلاق النور المحمدى صلى الله عليه وسلم , ثم المأ ثم العرش ثم القلم , فذكر الأولية فى غير النور المحمدى صلى الله عليه وسلم ءاضافية

- Kitab Maurid Rawi. Muka surat 23.

Ertinya: Ulamak khilaf pendapat berkenaan suatu yang terawal daripada makhluk selepas Nur Muhammad saw . Setengah ulamak berpendapat Arasy ,kerana sah riwayat daripada Nabi saw

" Telah mentaqdirkan oleh Allah swt semua Taqdir makhluk sebelum diciptakan tujuh petala
Langit dan Bumi tujuh ribu tahun terdahulunya, padahal Arasy sudah diatas air".
Maka ini nyata bahawa permulaan Taqdir berlaku diketika awal-awal ciptaan Qalam berdasarkan hadis Marfu' riwayat Ubadah bin Shomit. " Awal-awal perkara yang telah Allah ciptakan adalah Qalam. Firman Allah kepadanya : Tulislah . Berkata Qalam : Wahai Tuhanku, Apa yang akan saya tulis?. Firman Allah : Tulislah segala taqdir makhluk ,tiap-tiap satunya".


Riwayat Imam Ahmad ,Tarmizi dan beliau telah mensahihkannya tetapi telah sah dalam satu hadis yang Marfu' daripada Abi Zarin Al Uqaili yang telah meriwayatkannya oleh Imam Ahmad dan Tarmizi " Sesungguhnya air telah diciptakan sebelum Arsy lagi".





Dalam firman Allah ta'la:( Adalah ArsyNya diatas Air).

Megisyaratkan dan menunjjukkan atasnya ( yakni ciptaan Air terdahulu dari arsy pula), maka memahamkan kita bahawa sesungguhnya awal-awal segala sesuatu sebelum sesuatu secara mutlaknya, adalah Nur Muhammad saw, kemudian Air, kemudian Arsy kemudiannya barulah Qalam.
 .
Maka menyebut keawwalan sesuatu perkara sebelum Nur Muhammad saw adalah bermaksud Awal yang Idhofi saja ( bukan bermakna awwal Hakiki , yang sebenar-benar awwal yang tidak didahului kejadian sesuatu yang lain ).

Tammat.







KESIMPULAN

Oleh yang demikian , tiada syak lagi, Kerpercayaan atau Akidah Nur Muhammad saw bukanlah suatu akidah syirik dan mensekutukan Tuhan dengan makhluk . Tiada Syak , tiada Dzon dan tiada Waham terhadap Keesaan Tuhan dan Kerasulan Muhammad Saw. Akidah Nur Muhammad Awal Makhluk yang diciptakan tidak diambil dari akidah Greek Kuno, Syiah atau ajaran kebatinan.

 Jika timbul perkara-perkara lanjutan dari Akidah Nur Muhammad saw ini yang menjurus kepada Syirik , dan sesat ,maka semestinya di teliti semula punca timbul kesesatan dan syirik tersebut. Adakah dari Akidah Nur Muhammad atau campuran-campuran unsur ajaran Kebatinan yang telah maklum kedudukannya. Wallahu a'lam.