Thursday, September 19, 2013

Zikir sebut ' " الله الله " bid'ah, tidak ikut kaedah bahasa arab?.



Memandangkan terkilannya hati yang sudah berpuluh tahun terpendam didalam lubuk sanubari satu ketika dulu , bila kebetulan singgah disebuah dimasjid di Bukit Mertajam, penceramah jemputan disitu sedang merepek repek tentang berzikir dengan hanya sebut lafaz  "Allah Allah"  sahaja.  Kata penceramah bid'ah  zikir begitu dan tidak difaham maksudnya. Cakap tak lengkap. Serupalah kalau kita jumpa tok imam, bila     sampai depan tok imam, kita pun cakap : Tok Imam Tok Imam, Tok Imam Tok Imam .... Tok Imam pun dah pening dan tanya " Hang nak apaa?."... Kalau hang nak kawin habak la , "Tok Imam aku nak kawin". ..

 Haa nampak.  Sebabtu zikir lafaz Allah sahaja , tak boleh .  ... Habis al kisah.

Terkilannya saya masatu tidak dapat dikira lah. Mau rasanya bangun ketika itu berdebat dengan penceramah . Kenapalah terlalu dangkal sangat fahamannya yang cuba mencari pengaruh dikalangan orang kampung dengan argumentasi dan analogi  yang  tersasar jauh

Jawapan yang sesuai kepada penceramah tersebut atau mereka yang sama kefahamannya :


 1. Zikir dengan lafaz mufrad Allah Allah, tidak terkeluar dari kaedah ilmu NAHU, iaitu metod bahasa arab yang fashih  dan dapat difahami maksudnya.  Hebatnya ulamak melayu yang entah berapa ratus tahun dulu lamanya , telah mencapai kesarjanaan iaitu tahap keilmuan yang cemerlang, telah menulis dalam kitab mereka tentang zikir begitu sebagai  tidak bid'ah, jika di hadirkan dalam hati ketika lidah menyebut Allah... Hati menghadirkan " Ma'bud"- Ertinya  " Yang Disembah".  Bila disusunkan ayat penuhnya  , jadilah - "Allahu Ma'buud"- ertinya  "Allah Yang Disembah".  

Kesimpulannya , zikir dengan cara begitu sudah sempurna syarat-syaratnya sebagai  Kalam Mufid, iaitu ayat atau kalam yang berfaedah dan dapat difahami.

Perhatikan isi kitab Bidayatul Hidayah  datas tu.


2. Lafaz الله yang  pertama sebagi Mubtada, dan lafaz الله yang kedua sebagai Khobar.  Maka : الله  الله  , jika diterjemahkan jadilah  " الله adalah  الله  " .
Cara susunan ayat yang begini sebenarnya memang selalu digunakan oleh Para Ahli Ilmu Islam , misalnya dalam ilmu hadis , ada dicatit dalam kitab ilmu mustholah hadis, apabila ditanya tentang rijal yang sangat terkenal teguh , contohnya : Siapakah Ibnu Ma'in?. Maka dijawab : "Ibnu Ma'in Ibnu Ma'in" ertinya : "Ibnu Ma'in adalah Ibnu Ma'in"- maksudnya,  disebabkan Imam Ibnu Ma'in sangat terkenalnya keteguhan beliau dalam ciri sebagai perawi hadis yang thiqah, maka tidak memerlukan huraian yang panjang lebar lagi. Gukup dengan " Imam Ibnu Ma'in ialah Imam Ibnu Ma'in " yang sudah cukup dikenali siapa orangnya dan sifat-sifatnya.

Begitulah juga metod ayat dalam zikir " الله الله " - ertinya
" الله adalah  الله  " . Maksudnya : الله adalah الله  yang sangat dikenali.

Oleh yang demikian, tertolaklah perkataan  dari mereka  yang mengatakan tak sah ayat zikir, tidak dapat difahami, tidak mengikut kaedah bahasa arab dan sebagainya . 

Jika mereka minta rujukannya pulak?, habak depa, amboii ambooi... cmnaaa laa  pandai hadis sampai tak jumpa  pula  nooo....  


3. dan lain-lain lagi jawapan .


No comments: