Friday, September 15, 2006

SATU RENUNGAN, sempena menyambut Ramadhan al- Mubarak.

Berikut adalah pendapat-pendapat sebahagian ulamak terkenal yang menegaskan bahawa tidak boleh menggunakan hisab falak didalam menentukan awal Ramadhan.


1. Al-Majmuk, Imam Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Ad Darimi yang berbunyi :

"Tidak boleh berpuasa dengan berpegang kepada pendapat ahli bintang".

2.Imam Baghawi : "Tidak harus mengikut perkiraan ahli bintang samaada didalam berpuasa dan berhariraya".

3. Imam Rafiie: " Tidak wajib ahli bintang dan orang selainnya berpuasa dengan ketetapan yang diputuskan oleh perkiraan".

4. Hadis Soheh yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. :" Kami satu Umat yang Ummi, tidak menulis dan menghisab".

Imam Rafie mengulas : Maksudnya hadis tersebut " Tidak diakui perkiraan ahli bintang dan juga orang yang mengetahui peredaran bulan".

5. Imam Sya'rani didalam kitabnya al-Mizan al-Kubro : " Dan telah sepakat Para Imam yang empat bahawa tidak mengakui pengetahuan hisab dan peredaran bulan melainkan pada satu wajah (pendapat) yang diriwayatkan daripada Ibnu Suraij yang membolehkan puasa dengan secara hisab bagi pihak orang yang mengetahuinya saja".

6. al-Fiqh ala Mazahib al-Arba'ah : " Sabit awal Ramadhan dengan salah satu dari dua perkara

a.Nampak anak bulan apabila langit cerah dari sebarang yang menghalang kelihatan anak bulan, seperti awan, asap, debu atau sebagainya .

b.Mencukupkan bilangan Sya'ban tigapuluh hari, sekiranya ada halangan yang menyekat daripada ternampak anak bulan".

7. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolany - Fathul Baari:"Bahawasanya berpegang dengan hisab (falak) itu ialah mazhab yang batal yang diamalkan oleh Rawafidh, yang mana Mazhab ini tertolak dengan Ijmak Salaf-soleh sepertimana yang ditegaskan oleh Imam al-Baji".

Telah berkata Ibnu Buzaizah " Mazhab yang berpegang dengan hisab itu ialah Mazhab yang batal".

Kemudian beliau menyambung " Sesungguhnya syari'at Islam telah menegah mencampuri ilmu perjalanan bintang (falak) kerana ianya merupakan telahan dan tekaan yang tidak ada padanya kataputus dan tidak Zan yang kuat kerana kalau berpegang juga dengannya akan menjadi kesempitan kerana hanya sedikit sahaja orang yang mengetahuinya".

8.Imam-imam mazhab yang empat telah sebulat kata bahawa tidak harus menghukum orang ramai supaya berpuasa dengan berdasarkan hisab semata-mata dan Para Ulamak telah Ijmak atas tidak harus berfatwa dengan menghukum hukuman yang bertentangan dengan Mazhab yang empat.

Tersebut dalam I'anah al- Thoolibin " Tidak harus bertaqlid selain daripada Mazhab yang empat didalam memberi fatwa dan menghukum. Berkata Ibnu Hajar (al-Haitami) "Tiada harus beramal dengan Qaul Dhaif didalam Mazhab".



--- Hj. Mohd. Sanusi b. Hj. Mahmood.

Mufti Singapura yang pertama.
Bekas presiden mahkamah syariah Singapura.
Sedutan daripada buku "Kembali Kepada Ru'yah".


Walaubagaimanapun perhatikanlah juga :

Hidayah al Shyibyan fi Ma'rifah al-Islam wal-Iman - Tuan Husin Kedah

(Kedelapan) Dengan sebab percaya akan orang yang berpegang ia dengan HISAB dan orang Munjim dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya dan atas orang yang membenarkan kedua-dua , Puasa , telah berkatakan dia oleh Syekh Ramli. ..


Soal: APAKAH MAKSUD KUFU ATAU KAFAAH DALAM PANDANGAN MAZHAB SHAFIE?.


Jawab: Kufu atau kafaah adalah kesesuaian antara dua calon pengantin mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Misalnya sama -sama bangsa Arab. Kalau calon pengantin lelaki berbangsa Melayu dan calon perempuan Arab maka dikatakan tidak kufu atau tidak kafaah menurut fatwa fekah Mazhab kita Syafiey.

KUFU hanyalah merupakan hak pengantin perempuan dan wali untuk memilih jodoh. Bukan hak calon suami. Calon suami boleh memilih sesiapa sahaja golongan yang berkenan dihati. Dan perkahwinan tetap sah jika tidak mengikut ciri-ciri kafaah sekalipun. Wallahu a'lam.

Soal: Adakah tahap pengajian seseorang boleh jadi ukuran kufu?..

Jawab: Tidak ada halangan , jika sudah jodoh. Tahap pembelajaran seseorang calon pengantin bukan ciri-ciri kufu yang dimaksudkan.

Soal: Adakah wali mujbir berkuasa mutlak pada anak perempuannya dalam pemilihan jodoh?.

Jawab: Ya. Wali mujbir seperti bapa atau datuk mempunyai kuasa mutlak menentukan calon menantunya disekitar ciri-ciri kufu sahaja.

Maksudnya , boleh wali mujbir menjalankan pernikahan anak daranya dengan calon suami yang sekufu walaupun tanpa persetujuan anak dara nya. Di ulangi lagi , soal kufunya sahaja. Sebaliknya jika dengan calon yang tidak kufu , tiada hak wali mujbir memaksa pernikahan anak daranya tanpa persetujuan dulu.

Wallahu a'lam.
SOALAN: ADAKAH WAJIB DISISI HUKUM SYARA' MEMBAYAR ZAKAT FITRAH KEPADA AMIL YANG DILANTIK PEMERINTAH?.

JAWAB:

1. Tidak wajib diserahkan pembayaran zakat fitrah kepada amil melainkan jika atas perintah waliyul amri ( raja/ sultan yang memerintah).

Ini adalah pendapat yang asah / muktamad dalam mazhab syafiey. Maka sesorang lebih afdhal membayar sendiri zakat fitrahnya kepada sesiapa yang berhak menurut yang muktamadnya. wallahu a'lam.

2. Membayar zakat fitrah menurut yang muktamad nya mestilah dilakukan dengan maknan asasi sesuatu tempat. Tetapi mutakhirin Shafieyah, telah berijtihad keharusan bertaklid kepada mazhab Hanafi , untuk membayar zakat fitrah memadai dan sah jika hanya dibayar dengan wang . Maka sebarang bentuk wang dan tukaran wang seperti wang pos dan cek , adalah boleh digunakan sebagai pembayaran , atau terus diposkan atau dibayarkan kepada amil adalah sah menurut pendapat terakhir ini.

3. Bagi pribadi saya, lebih baik beramal dengan pendapat muktamad . Iaitu dibayarkan dengan makanan asasi misalnya dengan beras, dan dibayar terus kepada mereka yang berhak tanpa melalui amil. wallahu a'lam.

Thursday, September 14, 2006

IKHTILAF MEMBACA AL-QURAN KETIKA HAIDH.

Menurut Abu Hanifah (Imam Hanafi) dan Imam Ahmad , haram hukumnya orang yang haidh membaca Al Quran . Sedang menurut Imam Malik , terdapat dari padanya dua riwayat : Dibolehkan untuk pembacaan yang sedikit dan riwayat yang lain nya diperbolehkan membaca al- Quran dengan tidak ada batasnya. Yang terakhir ini adalah juga mazhab nya Imam Syafie dan Daud Az- Zohiri .

Adapun yang masyhur dalam mazhab Syafie , adalah haram bagi orang yang junub dan haidh , membaca al- Quran sedikitnya ataupun banyaknya dengan qasad tilawat . Inilah yang Mazhabnya.

Dalam hal ini , syekh Ibnu Hajar Al- Haitami ada mengutarakan dalam Al I,ab Syarhul Ubab , bahawa Ibnu Munzir dan Ad Darimi dan lainnya , bahawa boleh bagi orang haidh dan junub membaca seluruh al- Quran seluruhnya. Dan itulah satu qaul bagi As –Syafie. Dan telah berkata pula Az Zarkasyi , yang benar adalah menetapkan ini dalam qaul yang jadid.

Adapun hujjah bagi qaul yang mazhab yang mengharamkan membaca al- quran bagi orang yang haidh adalah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w , bersabda ia:

“Janganlah hendaknya membaca orang junub dan jangan lah pula orang haidh akan sesuatu dari pada Al- Quran” .

Hadis riwayat Abu Daud , At Tarmizi danIbnu Majah.

Dan pula hadis yang diriwayatkan dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda Ia;

“Janganlah hendaknya membaca oleh orang haidh dan orang nifas akan sesuatu dari pada al- Quran”.

Adapun hujjah mereka yang tidak mengharamkan orang haidh membaca al –Quran , kerana menurut penelitian nya bahwa kedua hadis ini “ Ghiru salihaini lil ihtijaj”. , belum patut untuk dijadikan hujjah kerana katanya belum memenuhi syarat-syarat untuk dijadikan hujjah .


Maka kesimpulan masalah ini bahwa dalam mazhab Jadid Imam Syafie terdapat dua Qaul. Dan yang mazhabnya adalah haram. Itulah yang disepakati oleh Syekhain An Nawawi dan Ar Rafie dan disepakati oleh Ibnu Hajar dan Ar Ramli. Dan itulah pula yang difatwakan.

-- Kiyai Syafie Hadzami ... Buku -"Seratus masalah agama".