Friday, September 15, 2006


Soal: APAKAH MAKSUD KUFU ATAU KAFAAH DALAM PANDANGAN MAZHAB SHAFIE?.


Jawab: Kufu atau kafaah adalah kesesuaian antara dua calon pengantin mengikut ciri-ciri yang tertentu.

Misalnya sama -sama bangsa Arab. Kalau calon pengantin lelaki berbangsa Melayu dan calon perempuan Arab maka dikatakan tidak kufu atau tidak kafaah menurut fatwa fekah Mazhab kita Syafiey.

KUFU hanyalah merupakan hak pengantin perempuan dan wali untuk memilih jodoh. Bukan hak calon suami. Calon suami boleh memilih sesiapa sahaja golongan yang berkenan dihati. Dan perkahwinan tetap sah jika tidak mengikut ciri-ciri kafaah sekalipun. Wallahu a'lam.

Soal: Adakah tahap pengajian seseorang boleh jadi ukuran kufu?..

Jawab: Tidak ada halangan , jika sudah jodoh. Tahap pembelajaran seseorang calon pengantin bukan ciri-ciri kufu yang dimaksudkan.

Soal: Adakah wali mujbir berkuasa mutlak pada anak perempuannya dalam pemilihan jodoh?.

Jawab: Ya. Wali mujbir seperti bapa atau datuk mempunyai kuasa mutlak menentukan calon menantunya disekitar ciri-ciri kufu sahaja.

Maksudnya , boleh wali mujbir menjalankan pernikahan anak daranya dengan calon suami yang sekufu walaupun tanpa persetujuan anak dara nya. Di ulangi lagi , soal kufunya sahaja. Sebaliknya jika dengan calon yang tidak kufu , tiada hak wali mujbir memaksa pernikahan anak daranya tanpa persetujuan dulu.

Wallahu a'lam.

No comments: