Friday, September 15, 2006

SATU RENUNGAN, sempena menyambut Ramadhan al- Mubarak.

Berikut adalah pendapat-pendapat sebahagian ulamak terkenal yang menegaskan bahawa tidak boleh menggunakan hisab falak didalam menentukan awal Ramadhan.


1. Al-Majmuk, Imam Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Ad Darimi yang berbunyi :

"Tidak boleh berpuasa dengan berpegang kepada pendapat ahli bintang".

2.Imam Baghawi : "Tidak harus mengikut perkiraan ahli bintang samaada didalam berpuasa dan berhariraya".

3. Imam Rafiie: " Tidak wajib ahli bintang dan orang selainnya berpuasa dengan ketetapan yang diputuskan oleh perkiraan".

4. Hadis Soheh yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar r.a. :" Kami satu Umat yang Ummi, tidak menulis dan menghisab".

Imam Rafie mengulas : Maksudnya hadis tersebut " Tidak diakui perkiraan ahli bintang dan juga orang yang mengetahui peredaran bulan".

5. Imam Sya'rani didalam kitabnya al-Mizan al-Kubro : " Dan telah sepakat Para Imam yang empat bahawa tidak mengakui pengetahuan hisab dan peredaran bulan melainkan pada satu wajah (pendapat) yang diriwayatkan daripada Ibnu Suraij yang membolehkan puasa dengan secara hisab bagi pihak orang yang mengetahuinya saja".

6. al-Fiqh ala Mazahib al-Arba'ah : " Sabit awal Ramadhan dengan salah satu dari dua perkara

a.Nampak anak bulan apabila langit cerah dari sebarang yang menghalang kelihatan anak bulan, seperti awan, asap, debu atau sebagainya .

b.Mencukupkan bilangan Sya'ban tigapuluh hari, sekiranya ada halangan yang menyekat daripada ternampak anak bulan".

7. Al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqolany - Fathul Baari:"Bahawasanya berpegang dengan hisab (falak) itu ialah mazhab yang batal yang diamalkan oleh Rawafidh, yang mana Mazhab ini tertolak dengan Ijmak Salaf-soleh sepertimana yang ditegaskan oleh Imam al-Baji".

Telah berkata Ibnu Buzaizah " Mazhab yang berpegang dengan hisab itu ialah Mazhab yang batal".

Kemudian beliau menyambung " Sesungguhnya syari'at Islam telah menegah mencampuri ilmu perjalanan bintang (falak) kerana ianya merupakan telahan dan tekaan yang tidak ada padanya kataputus dan tidak Zan yang kuat kerana kalau berpegang juga dengannya akan menjadi kesempitan kerana hanya sedikit sahaja orang yang mengetahuinya".

8.Imam-imam mazhab yang empat telah sebulat kata bahawa tidak harus menghukum orang ramai supaya berpuasa dengan berdasarkan hisab semata-mata dan Para Ulamak telah Ijmak atas tidak harus berfatwa dengan menghukum hukuman yang bertentangan dengan Mazhab yang empat.

Tersebut dalam I'anah al- Thoolibin " Tidak harus bertaqlid selain daripada Mazhab yang empat didalam memberi fatwa dan menghukum. Berkata Ibnu Hajar (al-Haitami) "Tiada harus beramal dengan Qaul Dhaif didalam Mazhab".



--- Hj. Mohd. Sanusi b. Hj. Mahmood.

Mufti Singapura yang pertama.
Bekas presiden mahkamah syariah Singapura.
Sedutan daripada buku "Kembali Kepada Ru'yah".


Walaubagaimanapun perhatikanlah juga :

Hidayah al Shyibyan fi Ma'rifah al-Islam wal-Iman - Tuan Husin Kedah

(Kedelapan) Dengan sebab percaya akan orang yang berpegang ia dengan HISAB dan orang Munjim dengan timbul bulan Ramadhan maka wajib atas keduanya dan atas orang yang membenarkan kedua-dua , Puasa , telah berkatakan dia oleh Syekh Ramli. ..

No comments: