Menurut Abu Hanifah (Imam Hanafi) dan Imam Ahmad , haram hukumnya orang yang haidh membaca Al Quran . Sedang menurut Imam Malik , terdapat dari padanya dua riwayat : Dibolehkan untuk pembacaan yang sedikit dan riwayat yang lain nya diperbolehkan membaca al- Quran dengan tidak ada batasnya. Yang terakhir ini adalah juga mazhab nya Imam Syafie dan Daud Az- Zohiri .
Adapun yang masyhur dalam mazhab Syafie , adalah haram bagi orang yang junub dan haidh , membaca al- Quran sedikitnya ataupun banyaknya dengan qasad tilawat . Inilah yang Mazhabnya.
Dalam hal ini , syekh Ibnu Hajar Al- Haitami ada mengutarakan dalam Al I,ab Syarhul Ubab , bahawa Ibnu Munzir dan Ad Darimi dan lainnya , bahawa boleh bagi orang haidh dan junub membaca seluruh al- Quran seluruhnya. Dan itulah satu qaul bagi As –Syafie. Dan telah berkata pula Az Zarkasyi , yang benar adalah menetapkan ini dalam qaul yang jadid.
Adapun hujjah bagi qaul yang mazhab yang mengharamkan membaca al- quran bagi orang yang haidh adalah hadis yang diriwayatkan dari Ibnu Umar dari Nabi s.a.w , bersabda ia:
“Janganlah hendaknya membaca orang junub dan jangan lah pula orang haidh akan sesuatu dari pada Al- Quran” .
Hadis riwayat Abu Daud , At Tarmizi danIbnu Majah.
Dan pula hadis yang diriwayatkan dari Jabir r.a. dari Nabi s.a.w. bersabda Ia;
“Janganlah hendaknya membaca oleh orang haidh dan orang nifas akan sesuatu dari pada al- Quran”.
Adapun hujjah mereka yang tidak mengharamkan orang haidh membaca al –Quran , kerana menurut penelitian nya bahwa kedua hadis ini “ Ghiru salihaini lil ihtijaj”. , belum patut untuk dijadikan hujjah kerana katanya belum memenuhi syarat-syarat untuk dijadikan hujjah .
Maka kesimpulan masalah ini bahwa dalam mazhab Jadid Imam Syafie terdapat dua Qaul. Dan yang mazhabnya adalah haram. Itulah yang disepakati oleh Syekhain An Nawawi dan Ar Rafie dan disepakati oleh Ibnu Hajar dan Ar Ramli. Dan itulah pula yang difatwakan.
-- Kiyai Syafie Hadzami ... Buku -"Seratus masalah agama".
No comments:
Post a Comment