Ialah kitab yang mempunyai kelebihan yang nyata dan kebaktian yang limpah lagi rata yang tiada dapat diadu-adukan kemuliannya dan ketinggiannya dan tiada boleh dikira-kirakan kebjikan dan kebudiannya. Ialah Kiyai yang mempunyai bijaksana dan kepintaran yang amat sempurna. Ialah yang mempunyai taqwa dan amal soleh yang berkekalan kelebihannya itu seperti barang yang engkau ketahui sangat masyhur. Adakah diingkarkan matahari yang pada ketika rembangnya yang bersangatan zhuhurnya . Memadalah akan dikau bahwa engkau lihat kan kitabnya ini dan engkau ketahuikan bicaranya . Nescaya engkau dapatkan laut ilmunya yang indah-indah mutiaranya . Dan langit makrifat yang berhiasan dengan segala matahari dan bulan dan bintangnya. Maka cuacalah kelam segala masalah yang payah dengan cahaya dan cermerlangnya. Betapa?. padahal Tuhfah dan Nihayah didalam kandungannya , demikian Mughni dan Irsyad dan lainnya . Maka seyogialah bagi tiap-tiap yang mempunyai ketinggian himmah dan gemar hendak mengetahuikan segala rahsia ilmu fiqah yang lepas dengan dia daripada sesat dan samar , bahawa bersegeralah mendapati akan ini kitab yang Nafis yang termegahlah dengan dia pada bahasa Melayu, Mazhab Imam Muhammad bin Idris telah mudahlah sekarang ini Bihamdillah mendapati dia kemudian daripadalah ia sangat payah dan mahal harganya atas segala yang menuntuti dia.