" Dan setengah daripadanya- maksiat tangan (memakai inai ) pada (dua tangan dan dua kaki- kalau bagi lelaki) dengan tiada uzurnya dan hajat. tetapi SUNAT bagi perempuan yang berkahwin dan sahya perempuan yang demikian itu (iaitu berinai)"- m.s 364. cetakan al muarif.
Maka bila dah ada fatwa ulamak dulu , jangan sangka takde dalilnya. Tentu dah dibincangkan dlm kitab-kitab berbahasa arab mutaqaddimin.
Contoh kitab Arab : Mirqot Shu'ud Thosdiq fi sullam al Tawfiq -komentar kitab matan Sullam al Tawfiq bagi al A'allamah al Sheikh Abdullah bin al Husien bin Thohir bin Muhammad bin Hashim ba'alawi. muka surat 79. cetakan Sulaiman mar'ie -rabie' thani 1343 h.
والحناء فى اليدين والرجلين للرجل بلا حاجة ) فان ذلك من التشبه بالنساء لانه مطلوب لهن كما قاله الرملى فى النهاية ويسن للمرأة المزوجة او المملوكة خضب كفها وقدمها بالحناء تعميما لانه زينة وهى مطلوبة منها لحليلها -اه
Berinai ditangan dan dua kaki "Tanpa ada Hajat", adalah maksiat. Kerana demikian itu sebahagian dari penyerupaan dengan perempuan. Demikian itu hanya dituntut bagi perempuan seperti berkata Sheikh Ramli didalam kitab Nihayah beliau. "Disunatkan perempuan yang dikahwini atau hamba perempuan yang dimiliki berinai seluruh tapak tangannya dan seluruh tumit kaki kerana demikian itu perhiasan yang dituntut untuk suaminya...

Adapun mengenai Tatoo - Baa alawi komen di m.s 80:
Diantara INAI dan Tattoo atau tatu adalah sangat berbeza . Jangan silap perhitungan.
والوشم -فى الخد أو اليد أو غير ذلك وهو غرز ها بابرة ثم يذر عليها النور وهو دخان الشحم حتى يخضر قال عليه السلام لعن الله الواشمة والموستوشمة
Diantara INAI dan Tattoo atau tatu adalah sangat berbeza . Jangan silap perhitungan.