Saturday, March 08, 2025

8 rakaat tak jadi terawikh?







Bila itlaq rakaat terawikh adalah 20 rakaat dan sekurang2nya 2 rakaat. Iaitu dapat pahala bila berterawikh dengan kurang dari 20 rakaat.


Baru nampak seimbang

Ini yang dimaksudkan oleh ulamak fekah 4 mazhab seperti yang tercatit didalam beberapa kitab rujukan muktabar antaranya; Mizanul Kubro, Bughyatul Mustarsyidin dan Hasyiah al Baijuri. 

Wallahu a'lam


 Sepatutnya tidak perlu sebut 8 rakaat, sebab isunya yang di rad (ditolak) oleh para alim ulamak  semenjak dulu kala lagi bukannya kalau kurang 20 iaitu 8 rakaat atau 13  tidak jadi terawikh, tapi bila menetapkan terawikh hanya 8 bukan 20 itu yang dipopularkan oleh kaum muda dan dibangkitkan semula oleh Albani serta pengikutnya


 Sekarang sudah jadi trend suatu pengiktirafan secara tak langsung bila beri ruang parking khas untuk yang 8 rakaat ( dengan tak di sebut umum "kurang 20 raakat") dan peyediaan more khas untuk yg 8 rakaat bukan untuk yang kurang 20 rakaat. Cara begitu mengundang polimik yang akan jadi bertambah hangat , panas yang payah sejuk.

Sepatutnya  maslah 8 itu bila kita faham ada kaitan dengn kaum muda dan Albani sudah tentu  kita hindari menyebut no 8 .

 Sebut saja 

BERTERAWIKH KITA KURANG DARI 20 JUGA DAPAT PAHALA.

Dan sediakan parking

UNTUK YANG BERTERAWIKH KURANG DARI 20 RAKAAT.

Juga morenya

UNTUK YANG TERAWIKH KURANG 20 RAKAAT.


Point yang Sepatutnya   pada angka 8 tu bila ia nya ditetapkan sebagai terawikh semata-mata dan diberi ruang istimewa. Itu yg perlu dihindari dan diperjelaskan kenapa,  sebab angka tu  bermasalah dan ia mempunyai kronologi  gelap disisi alam melayu kita. 



No comments: