KEPENTINGAN KITAB SYARAH AL MAHALLI SEBAGAI TEKS RUJUKAN RINGKAS.
Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan footnote kepada teks matan منهاج الطالبين penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .
Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu alam Melayu. Malaysia, Fathoni, Indonesia, Selatan Filifina, Brunai dan termasuk Kemboja.
Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti Islam.
1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى.
Pemilihan kitab المحلي djjadikan sebagai teks tahap minimum untuk kelas tertinggi dimadrasah, pondok dan universiti Al Azhar Syarif khasnya . Maklumat yang diwarisi dari para sesepuh kita mengatakan , telah menjadi tradisi para tuan guru, kiyai, baba , ustaz berusha sedaya upaya belajar , menadah , berlaqqi kitab syarah al Mahalli ala minhaj thoolibin ,bermusyafahah harfan bi harfin iaitu huruf demi huruf dibawah asuhan dan bacaan para guru mereka. Para santri, para pelajar pondok , para tok faqir pondok akan mencatit setiap ta'liq, taqrir, tarsyih dari kalam dan kalimat yang diluahkan oleh para Sheikh, Tuan Guru, Kiyai , Baba dan para Tuan Guru.
Sudah menjadi satu standard yang difahami oleh masyarakat ilmu dinusantara zaman silam , mengkhatamkan kitab Syrah al Mahalli ini merupakan bukti atau ijazah maknawi kealiman ssseorang pelajar dalam bidang fekah mazhab Shafie r.a. Walaupun sesorang santri, pelajar atau tok fakir pondok tersebut tidak diberikan pengiktirafan bertulis , sudah memadai dengan pengkhataman sebagai tanda atau simbol keizinan mengajar atau untuk diberikan title kealiman seseorang santri.
No comments:
Post a Comment