Di sekitar Suuq al Hamidi, sangat banyak makam atau dhoreh yang patut diziarahi untuk mengucap salam, membacakan al-fatihah, qulhuwallah, tahlil dan disudahi dengan doa kepada tuan punya makan atau dhoreh yang bersemadi. Masuk sahaja melalui babus soghir di kanan lorongnya kita akan berjumpa Abu Hurairah r.a. Terus sahaja dan masuk ke lorong kanan, bertemu pula dengan Nuruddin al Zinki, raja yang sangat soleh dan mempunyai catitan sejarah yang sangat menarik. Oh ya, di sebelah makam al Malik al Zinki ada masjid tersorok, boleh menumpang sembahyang jemaah
Salam dan doa ke atas mereka serta ucapan syukur di atas jasa-jasa mereka. Jazakumullaahhu khaira jaza, min ummati Muhammadin Sallalaahu a'laihi wassalam.
Kubur kubur kubur kubur kubur lagi-lagi kubur, kuburiyyun ka? Taasub bodoh ke kubur ka? Eh…dah eh..teringat ke hadis Nabi saw je, statusnya hadis Sahih dan "Hasan" ....
قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ:
كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْعَابِرُ سَبيْلِ وَ عُدَّ نَفْسَكَ فِى أَصْحَابِ الْقُبُوْر. .
Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang yang berdagang, atau seorang yang sedang melalui perjalanan, dan hitung/ anggaplah dirimu ADALAH SEBAHAGIAN DARI AHLI KUBUR
Di awal lorong Babus Soghir, jika kita masuk lorong kiri selepas makam Abu Hurairah r.a, kemudian belok ke kanan pula, di kawasan kedai-kedai menjual barangan besi, tembaga dan perak, lorong kedai-kedai/bazar yang dipenuhi jualan barangan logam yang sesuai untuk dibuat cenderahati. Ohh..rupanya di situ bertemu madrasah Al Ashrafiyah, tempat Imam Nawawi menuntut dan mengajar ilmu hadis. Bertuahnya rasa di hati terjumpa madrasah tersebut tanpa disangka-sangka. Sehingga sekarang (masa itu ari le) masih lagi kelihatan para mua'lim keluar masuk di sekitar madrasah tersebut…. Al Fatihah untuk Imam Nawawi dan doa pada beliau atas jasa-jasanya.Aminn..
Dalam bercerita-cerita tentang ziarah kubur dan makam ni, teringatlah saya ke kubur al allamah Ibnu Quddamah al Hanbali- pengarang kitab al Mughni- kitab rujukan fekah mazhab Hanbali. Bila teringat je ke Ibnu Quddamah al Hanbali ni , maka teringat terus pada satu fatwa beliau tentang Sunat berziarah Madinah bila setiap kali selesai Haji dan umrah ... inilah catitannya..
فاذا فرغ من الحج استحب له زيارة قبر النبى صلعم وقبر صاحبيه - المغنى
Bila sudah selesai dari ibadah Haji , maka disunatkan ziarah KUBUR Nabi s.a.w dan kubur 2 Sahabatnya. - al Mughni - juzuk 5 m.s 465 .
Ini bukan apa... cuma ada terdengar je , orang yang berceramah mengatakan hadis "Sesiapa yang berhaji , padahal tiada berziarah daku (kemadinah) , maka dia telah berkasar dgnku." aw kama qol... maka terdengar oleh telinga saya sampai ada orang yang bercakap cakap, tak payah lah pergi kemadinah lagi lepas selesai haji umrah.. buat apa... kan ke hadisnya pun dhaif?.. ish ish.. nasib le saya dulu dimadrasah tok guru pesan.. kena pi madinah gak.. makruh kalau tak pi madinah bila dah selesai haji umrah.. sayapun pegang tok gurulah. disamping tu cari-cari gak dalilnya yang kata makruh tu.. rupe-rupenya tok guru tak pesan perkara kosong.. ada isi oii..
No comments:
Post a Comment