OBJEKTIF
Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
- Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
- Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
- Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
- Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
- Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS
Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya
melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang
lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab
tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari
hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh
kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan
adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah
dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut
ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok),
ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.
No comments:
Post a Comment