Sunday, April 17, 2011

Buah tangan dari Turkie 20


Menziarahi ulamak besar Turkie. Hadrat Sheikh Mahmud Affandi An Naqshabandi al Kholidi.



Dengan hanya kita melihat dipendalaman sanubari orang-orang Turki, masih boleh kita katakan Turki masih mempunyai harapan untuk , mencapai kualiti ugama yang subur. Entah berapa ramai lagi para ulamak dan orang soleh yang masih hidup beselerak dipenjuru penjuru kampung dan bandar. Mungkin ratusan bahkan mungkin ribuan. Kita tentu masih ingat al Allamah Al Kawthari - seorang ulamak besar merupakan wakil masyaikh osmaniah yg berhijrah ke Mesir , kemudian mengajar dan jadi mahaguru dan rujukan para ulama dunia satu ketika dulu.


Hadrat Sheikh Mahmud Affandi al- Awfa, adalah murid kepada Mawlana Ali Haidar al-Akhnawi murid kepada Mawlana Ali Ar Ridho murid kepada Mawlana Khalil Nurullah murid kepada Mawlana Musthafa murid kepada Mawlana Abdullah al-Mujawwir murid kepada Mawlana Khalid al Baghdadi yang bermakam di Damsyiq , Sham (Syria).

Seorang ulamak tua yang sangat berkaliber, mempunyai murid dalam bilangan yag tidak sedikit, mempunyai kelas-kelas pengajian ilmu yg dijalankan oleh para murid beliau diseluruh Turki.

Sangat alim dalam bidang ilmu syariat dan hakikat. Semasa beliau dalam kesihatan pernah mengajar ilmu-ilmu alat, seperti nahwu, sharaf, mantik, balaghah, fekah Mazhab Hanafi, ilmu hadis , antara kitab-kitab hadis yang dapat dikesan pernah beliau mengajar ialah Riyadhus Sholihin, al Muwatha Imam Malik dan sebahagian dari Sunan Sittah.

Yang sangat menarik hati saya , beliau berkebolehan mengajar kitab Al- Maktubat -3 juzuk -2 jilid besar , karangan Imam Rabbani Faruq al Sirhindi. Sebuah kitab umdah yang jadi rujukan ilmu tasauf/tarekat khasnya Naqshabandiah.
Dapat dikesan apabila ada dikalangan para murid beliau yang boleh mengajar (Khoja) mampu mengajar kitab tersebut dan didapati Khoja khoja itu semuanya belajar kitab tersebut dengan Sheikh Mahmud Affandi. Mereka sentiasa merujuk kepada beliau bila kesulitan ibarat kitab itu khasnya bila bertemu kalimat-kalimat Parsi. Maasyaallah tuan.. tak pernah lagi saya bertemu tuan guru yang mengajar kitab maktubat itu, walaupun dikalangan pengamal tarikat Naqshbandi hatta khalifah khalifah besar ditanah air sekalipun. Cuma kitab itu sekali-sekala ada kedengaran disebut-sebut oleh sheikh sheikh tarekat yang alim dalam ceramah ceramah mereka.


Satu dari Kehebatan ulamak Turkia.. mereka mampu mempertahankan tulisan osmani dalam karangan mereka . Satu maklumat baru yang saya takpernah dengar sebelum ini.

cuba perhatikan tulisan dalam kitab ini , kemudian perhatikan pula tulisan dalam majallah diatas. Didapati kedua-duanya dalam bahasa Turkia. Tetapi sebenarnya berbeza di satu sudut,
Sebab:

Tulisan dalam majallah itu dikatakan Tulisan Turki dalam bahasa Turki.

Tulisan dalam kita kuning ini pula dikatakan Tulisan Osmani dalam bahasa Turkie.

Perhatikanlah perbezaan keduanya.

Satu lagi pula sebagai perhatian:

Maksud Tulisan Osmani (Khat Osmani) ialah Osmaniah, iaitu zaman Kerajaan Turki Osmaniah , bukan tulisan (Khat Uthmani Saidina Uthman bin Affan r.a) yang pada al Quran pula. Jangan silap faham.

Bagi saya, kalau begitu , masih ramai lagi dikalangan orang-orang Turkia yang masih sayangkan Empayar Osmaniah yang berjasa, gagah dan hebat itu. wallahu a'lam.


No comments: