Monday, June 19, 2017

masalah sembahyang witir dan terawih.

1. Soal : Jika sesorang sembahyang Terawih 4 rakaat 1 salam, adakah boleh dan sah Terawikhnya.

Jawab:  Tidak boleh buat Terawih 4 rakaat 1 salam  dan tidak sah sembahyangnya tersebut jika sengaja dia buat begitu. Sah dan jadi sembahyang itu sembahyang sunat mutlak , tidak jadi sembahyang Terawikh  jika dia tidak tahu larangan dibuat dengan 1 salam.

Alasan : Khilaf bagi yang di Syara'kan.  Kerana Terawih menyerupai sembahyang Fardu sepertimana asal di waridkan dia, maka tiada boleh berlaku perubahan dari asal mula diwaridkan kaifiat CARA RAKAAT sembahyangnya.

Rujukan:
a.Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad husien bin Abdul lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.
b. Sabilul Muhtadin- Sheikh Arshad al Banjari.
c. Furu' Masail.- Sheikh Daud al Fathoni.



a. Muka surat 158, juzuk ke dua Tok Kelaba menulis:

(( (Dan) Jikalau sembahyang ia empat rakaat dengan satu salam nescaya tiada SAH ia, jika ada ia senghaja lagi mengetahui . Dan jika TIADA, nescaya jadilah ia NAFAL YANG MUTLAK , kerana menyalahi bagi yang di SYARA'kan dengan bersalahan sunat zohor dan asar seperti barang yang telah difatwa dengan dia oleh Mushannif yakni Imam Nawawi .
Dan difaraq kan antara  keduanya dengan bahawasa Terawikh itu menyerupa ia akan segala fardhu seperti barang yang telah lalu ia MAKA TIADA BERUBAH IA DARIPADA BARANG YANG TELAH DATANG . )).

- Muka surat 130 , Tok Kelaba menulis juga:  Dan Hanya sesungguhnya tertegah oleh Himpun empat pada Terawikh kerana bahawasnya MENYERUPA IA AKAN SEGALA FARDHU DENGAN TUNTUT JEMAAH PADANYA.







2. Soal : Bolehkah Sembahyang Witir  dan Sembahyang Terawih diQadhokan bila tinggal dengan sengaja atau tidak sengaja?.
 
Jawab:Sunat diQadhokan .

Alasannya: Kerana wujud hadis2 Sahih Nabi s.a.w pernah mengqadhokan sembahyang2 sunat berwaktu seperti sembahyang sunat Qobliyah.

Rujukan: Kitab Hadaiqul al Shalawaat , karangan al Alim al Allamah Haji Muhammad Husien bin Abdul Lathif al Fathoni yang terkenal dengan gelaran Tok Kelaba.

Muka surat 141 juzuk ke 3 , beliau menulis:

((Sunat Qadho sembahyang sunat yang berwaktu.)).





No comments: