Soalan: Saya kematian bapa yang tinggal puasanya 1 hari pada tahun lepas, dan dalam ramdhan tahun ini beliau meninggal, abang saya pula akan tolong ganti puasakan untuk arwah, puasa yang 1 hari itu, macamana tu ustaz, sahkan puasa ganti tu , apa yang mesti dibuat lagi?.
Jawab: Puasa abang anda itu sah. waris wajib bayarkan 1 cupak beras lagi untuk fidyah . Fidyah boleh dibayar ditempat lain.
Nasnya: Kasfulitham juzuk 1, mukasurat 106:
(Masalah) Seorang mentakhirkan qadho Ramdhan dengan tiada uzur , hingga masuk Ramdhan yang lain ,kemudian mati ia , maka tiada sempat hendak mengqadhokan dia kemudian daripada Ramdhan yang kedua itu , maka wajib atas waris mengeluarkan 2 cupak didalam satu hari satu cupak bagi puasa dan satu cupak kerana takhir, Inilah jika tiada dipuasakan oleh waris itu ganti daripadanya . Adapun jika dipuasa oleh waris ganti daripadanya maka wajib satu cupak kerana takhir, dan tempat tasharruf fidyah itu kepada fakir dan miskin . dan jika diberi beberapa cupak itu bagi seorang fakir atau miskin sekalipun harus lagi memadalah.
(Masalah) Dan Harus dipindahkan beri itu kepada negeri yang lain - Bujairimi.
-------------
Huraian ringkas yang menarik disini:
1. Seseorang yang meninggal dunia, Jika tinggal puasa sebab uzur dan tiada peluang qadho hingga masuk ke bulan Ramdhan ditahun hadapannya, maka wajib 1 fidyah sahaja. Jika tiada uzur, wajib 2 fidyahnya, fidyahnya dibayar oleh waris.
2. Tetapi harus waris qadhokan puasanya. Maka yang wajib hanya 1 fidyah sahaja.
3. Fidyah mesti diberikan kepada fakir atau miskin.
4. Harus dikumpulkan semua fidyah yang banyak atau sedikit lalu diberikan kepada hanya seorang fakir atau miskin sahaja. Tidak wajib dibahagi-bahagikan fidyah seperti zakat wajib dipecahkan 3 bahagian pula.
5. Pembayaran fidyah tiada perselisihan pendapat harus dipindah-pindahkan ketempat lain, seperti seorang yang tinggal diSeremban , dibayar fidyah puasanya di Kuala Lumpur. Tidak seperti Zakat fitrah , telah berselisih pendapat ulamak mengharuskan memindahkan pembayaran zakat fitrah ketempat lain.
No comments:
Post a Comment