Wednesday, July 06, 2011

Siapa Imam Abu Daud?

http://ms.wikipedia.org/wiki/Imam_Abu_Daud
Imam Abu Daud atau nama sebenarnya Abu Da'ud Sulayman ibn Ash`ath al-Azadi al-Sijistani (Sistan 202 H (817 M) - Basrah 276 H (888 M)}, adalah salah seorang perawi Hadis NABI (S.A.W). Beliau adalah penulis kitab SUNAN ABI DAUD salah satu kitab yang dikategorikan di dalam enam kitab Hadis yang utama yang termasuk kitab Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim.

Latar belakang

Beliau dilahirkan di Sijistan (Sistan atau Sagestan, Afghanistan) pada tahun 817, dan meninggal pada tahun 888. Semasa hayatnya, beliau pernah mengembara ke Iraq, Mesir, Syria, Arab Saudi, Khurasan, Nisabur dan bayak lagi untuk mengumpulkan Hadis Rasulullah S.A.W. Kebanyakkan Hadis yang beliau kumpul lebih bertumpu kepada Hadis Hukum, iaitu hadis yang mengandungi hukum-hukum fiqh yang sesuai digunakan dalam bidang perundangan Islam. Jumlah Hadis yang berjaya dikumpulkan oleh Imam Abu Daud adalah sebanyak 50000 Hadis. Daripada jumlah itu, sebanyak 4800 Hadis telah beliau pilih untuk dimasukkan dalam kitab Sunannya. Semua Hadis dalam dikategorikan oleh Imam Abu Daud mengikut kepentingannya. Imam Abu Daud telah menulis lebih kurang 21 kitab termasuk Sunan Abi Daud. Menurut Imam Abu Daud, semua Hadis yang dimasukkan dalam kitab Sunannya adalah sahih kecuali jika beliau menyatakan sebaliknya. Namun, bukan semua Hadis beliau sahih kerana ada ulama' seperti Ibn Hajar berpendapat bahawa ada juga Hadis yang lemah di dalam Sunan Abi Daud. Antara kitab selain Sunan, Imam Abu Daud juga menulis Kitab al-Marasil. Dalam kitab ini, sebanyak 600 Hadis Mursal - Hadis yang perawinya dari kalangan Tabi'in meriwayatkan terus daripada Rasulullah S.A.W tanpa perantaraan sahabat.

Guru

Sebagai seorang perawi Hadis, Imam Abu Daud berguru dengan ramai Ulama untuk mendapatkan sesebuah Hadis. Antara guru-gurunya adalah:

  1. Imam Ahmad,
  2. Al-Qanabiy,
  3. Sulaiman bin Harb,
  4. Abu Amr adh-Dhariri,
  5. Abu Walid ath-Thayalisi,
  6. Abu Zakariya Yahya bin Ma'in,
  7. Abu Khaithamah,
  8. Zuhair bin Harb,
  9. ad-Darimi,
  10. Abu Uthman Sa'id bin Manshur,
  11. Ibn Abi Syaibah dan lain-lain.

Murid

Demikian juga murid beliau cukup banyak, antaranya:

  1. Imam at-Tarmizi.
  2. Imam Nasaie.
  3. Abu Ubaid Al Ajury
  4. Abu Thoyib Ahmad bin Ibrohim Al Baghdady (perawi Sunan Abi Daud dari beliau).
  5. Abu `Amr Ahmad bin Ali Al Bashry (perawi kitab Sunan dari beliau).
  6. Abu Bakr Ahmad bin Muhammad Al Khollal Al Faqih.
  7. Isma`il bin Muhammad Ash Shofar.
  8. Abu Bakr bin Abi Daud (anak beliau).
  9. Zakariya bin Yahya As Saajy.
  10. Abu Bakr Ibnu Abi Dunya.
  11. Ahmad bin Sulaiman An Najjar (perawi kitab Nasikh wal Mansukh dari beliau).
  12. Ali bin Hasan bin Al `Abd Al Anshory (perawi sunsn dari beliau).
  13. Muhammad bin Bakr bin Daasah At Tammaar (perawi sunan dari beliau).
  14. Abu `Ali Muhammad bin Ahmad Al Lu`lu`y (perawi sunan dari beliau).
  15. Muhammad bin Ahmad bin Ya`qub Al Matutsy Al Bashry (perawi kitab Al Qadar dari beliau).

No comments: