Monday, May 11, 2020

Adakah sah bayar zakat kepada penuntut2 dan guru ilmu agama seperti pelajar dan guru2 di madrasah tahfiz dan pondok2?.

.
Soal: Adakah sah bayar zakat kepada penuntut2 dan guru ilmu agama seperti pelajar dan guru2 di madrasah tahfiz dan pondok2?.

Jawab: Sah dan lebih baik.


Nas2nya:

1.Dari kitab al Majmuk Syrah Muhazzab karangan Imam Nawawi r.a.: 


ونقل الإمام النووي الشافعي في "المجموع شرح المهذب" (6/190) عن الأصحاب أنهم قالوا: "ولو قدر على كسب يليق بحاله إلا أنه مشتغل بتحصيل بعض العلوم الشرعية بحيث لو أقبل على الكسب لانقطع من التحصيل حلت له الزكاة؛ لأن تحصيل العلم فرض كفاية".
وقال الشيخ الخطيب الشربيني الشافعي في "الإقناع": "وإن تفرغ قادر على التكسب للعلم وتعذر الجمع أُعطِيَ، لا إن تفرغ للعبادة وإطعام الجائع ونحوه".



Ertinya: dinukilkan dari Ashab , mereka berkata: Jika mampu seseorang berusha yang layak dengannya untuk menghasilkan nafakah tetapi dia sebuk dengan belajar untuk mendapatkan sebahagian ilmu2 syarak, sekiranya jika dia menumpukan usha mencari rezeki , putuslah tumpuan menutut ilmu pula, maka dia layak untuk menerima bahagian zakat, sebab usha mendapatkan ilmu itu fardhu kifayah. 

(sekalipun dia kaya dengan usha yang layak, tapi boleh dimasukkan dibawah kategori asnaf
Fakir ).




2. Sheikh Khatib Syarbini pula berkata dalam kitab al Iqna'  : 

Dan jika sebuk mencari nafkah oleh seseorang penuntut/ pengajar  ilmu yang mampu berusha , hingga menyebabkan  tidak boleh tumpu pada ilmu, maka DIBERIKAN ZAKAT padanya.

Tidak pula boleh diberikan zakat kepada sesiapa yang sebuk beribadat atau khidmat memberi makan orang2 lapar atau sebagainya , hingga tidak sempat berusha mencari nafkah.

( sebab dia kekal bawah kategori kaya dengan usha yang layak ).







No comments: