Friday, October 03, 2008

soalan soalan fekah

6. Apakah tindakan yang mesti dibuat oleh seseorang yang tidak mampu membayar zakat fitrah tanggungannya?.

Jawab: Zakat fitrah wajib hukumnya atas diri sendiri dan semua orang yang jadi kewajipan menanggung nafakahnya, seperti isterinya, anak-anaknya yang belum baligh, ibu bapanya yang miskin dan hamba hamba nya. Jika seseorang itu tidak mampu bayar untuk tanggungannya, maka wajib dibayar untuk dirinya sahaja. Kalau mampu hanya untuk beberapa orang sahaja, wajib bayar ikut tertib, contohnya : dahulukan dirinya, kemudian jika ada lebih, untuk isterinya, kemudian anaknya, kemudian bapanya , kemudian ibunya dan akhir sekali hamba. Didahulukan bapa dari ibu dalam masalah zakat sebab kemuliaan anak berasal dari bapa, kalau masalah nafkah didahulukan hak ibu dari bapa sebab perempuan lebih berhajat kepada anak disudut nafakah.
kalau seseorang itu ada ramai anak pula, dan tidak mampu bayar zakat untuk kesemua mereka, maka bayar sekadar yang boleh sahaja dengan tidak mengira usia atau anak dari isteri yang mana, sebab semuanya sama taraf saja.

7. Adakah wajib bayar zakat untuk pembantu rumah (maid) dan bagaimana pula dengan anak angkat?.

Jawab: Pembantu rumah adalah wajib dirinya sendiri yang membayarkan zakat , bukan majikannya. dia tidak boleh dikategorikan sebagai hamba.
Anak angkat pula, kalau asalnya dari ibubapa Islam, maka ibu bapa mereka lah yang wajib bayar. seterusnya ikut tertib mereka yang wajib tanggung nafkah. Iaitu kalau takde ibubapa, maka datuknya seterusnyalah. Ibu Bapa angkatnya tidak wajib bayar. Kalau nak bayarkan juga, boleh , tapi kena izin dari mereka yang wajib menafkahkannya, seperti izin atau dimaklumkan terlebih dulu kepada ibu bapanya yang asal.

Kalau dari yang tidak Islam, maka tak wajib apa suatupun . Semua anak angkat yang sudah baligh , kawajipan tertanggung atas diri mereka sendiri, jika mampu.

No comments: