Monday, November 21, 2011

Gharib Khasful Litham 7

untuk sujud sahwi, baca mesti niat rukun?.


1. Soalan pertama:
Kalau terbaca atau sengaja membaca al Fatihah didalam ruku', adakah disunatkan sujud sahwi?.


Jawab: Ya disunatkan sujud sahwi. Sengaja memindahkan rukun qauli ketempat lain akan menyebabkan orang yang melakukannya disunatkan sujud sahwi. Cuma disisi pendapat yang muktamad yang dinukilkan dari az Ziyadi, untuk disunatkan sujud sahwi , mestilah diniatkan bacaan al fatihah sebagai bacaan rukun. Sebaliknya jika dibacakan didalam ruku' contohnya, tanpa niat sebagai rukun , misalnya sebagai zikir sahaja, maka tidaklah disunatkan sujud sahwi. Nasnya adalah seperti berikut: didalam kitab kasful Litham juzuk 1 mukasurat 35.




Ertinya: (masalah) Sunat sujud sahwi pada memindahkan Fatihah dan Tasyahud pada yang bukan tempatnya dengan syarat bahawa ada ia dengan niat akan rukunnya.

----------------------------

2. Soalan kedua: Apakan maksud memindahkan fatihah ke dalam sujud sehingga menyebabkan disunatkan sujud sahwi pula?. Bukankah fatihah adalah rukun yang tidak boleh dipindah kan ketempat lain?.

Jawab: Maksud memindahkan fatihah kedalam sujud atau ruku' dan disunatkan sujud sahwi , ialah dengan maksud, bacaan al fatihah telah dibacakan pada ketika berdiri (qiyam). Kemudian ketika ruku' atau sujud, diulang semula bacaan alfatihah itu. Keadaan begini tidak membatalkan sembahyang dan disunatkan sujud sahwi sebelum salam. Walaupun tidak diperintahkan mengulang bacaan fatihah didalam ruku' atau sujud , dan buat begitu makruh, mengurangkan pahala sembahyang, maka untuk menampung atau menutup kekurangan tersebut , kena sujud sahwi. Sujud sahwi hukumnya sunat sahaja.

Jangan pula ada sesiapa yang memahamkan diharuskan tidak membaca al fatihah semasa
berdiri sebelum ruku', kemudian terus ruku' , dibaca fatihah didalam ruku' , kemudian sebelum salam , sunat sujud sahwi.... fahaman ini adalah salah.

Sebab , jika seseorang itu sengaja tidak membaca fatihah ketika berdiri , sembahyangnya akan batal semasa beliau mula turun ruku'. Sebab telah sengaja meninggalkan rukun iaitu alfatihah. dalam masalah ini tidak timbul lagi apa yang dikatakan 'sunat sujud sahwi' sebab sembahyang sudah batal.

Sebaliknya , jika terlupa membaca al fatihah, kemudian terus ruku' dan teringat dalam ruku fatihah belum dibaca, beliau wajib bangun tegak (qiyam) semula untuk mula membaca alfatihah dan melakukan rukun sembahyang yang seterusnya. sebelum salam , disunatkan sujud sahwi . Cuma sunat sujud sahwi sebab terlupa ini masuk dibawah kategori sebab mengerjakan perkara yang membatalkan sembahyang dengan sengaja , tidak batal sebab terlupa. Bukan sebab memindahkan al fatihah ketempat lain.


Nas lain yang menyokong dan jadi sandaran kasful litham.



Kitab Hasyiah Jamal a'la Fathul Wahhab. juzuk 1 , muka surat 452.

Ertinya: Pendapat yang muktamad, bahawa apabila memindahkan bacaan tasyahhud awal atau qunut atau bacaan surah ( hendaklah) ia sujud , syaratnya jika ia berniat sedemikian (sebagai bacaanNya, iaitu kalau qunut sebagi bacaan qunut, kalau tasyahhud maka sebagai bacaan tasyahhud dsb ) , sebaliknya jika tidak berniat sedemikian maka tiada sujud sahwi. - Qalyubi.


Dimuka surat yang sama;



Ertinya : Tetapi dalam Hasyiah Guru kami Az Ziyadi, Khilaf bagi Fathul Wahhab , sekikira-kira beliau berkata : Dan Qunut, dengan berniat akanNya. Seperti demikianitulah, bacaan Tasyahhud dan Bacaan (al Fatihah dan Surah) takdapat tidak dari berniatkan keduanya kerana QIYAS atas bacaan Qunut.





Tetapi pada pendapat saya hamba yang faqir ini, masalah mesti niat atau tidak mesti pada al Fatihah dan Tasyahhud, telah berlaku khilaf.

1) Kalau menurut Sheikhul Islam Zakaria al Anshori dalam Fathul Wahhab beliau:
Dalam masalah pindah alfatihah dan Tasyahhud , adalah memada sunat sujud sahwi sekalipun tidak berniat bacaan tersebut sebagai rukun. Melainkan Bacaan memindahkan Qunut, Maka untuk sunat sujud sahwi, mesti berniat sebagai bacaan qunut.2) Taqrir dari Sheikh al Hafani pula;
1. Rukun Qauli jika dipindahkan berniat atau tidak - sujud sahwi,

2. Sunat ab'adh - jika dipindahkan, tiada sujud melainkan qunut, itupun syaratnya pindah dengan berniatkan sebagai qunut. jika tiada niat, tiada sujud sahwi.
3. Sunat Haiah- tiada sujud, samada pindah dengan niat atau tiada.

3) Qalyubi pula memantapkan seperti nukilan diatas tadi.

4) Az Ziyadi juga seperti nukilan diatas.


Kesimpulannya : Terdapat 4 pandangan . sementara Kitab Kasfullitham yang memfatwakan pindah Tasyahhud dan al Fatihah mesti berniat adalah sesuai dengan nukilan dari al Ziyadi dan al Qalyubi. Walaupun didalam kebanyakan kitab-kitab jawi (kitab-kitab turas bahasa melayu) yang lain tidak ada catitan disyaratkan berniat.

Cuba perhatikan Hasyiah Jamal dimuka surat yang sama. insyallah akan dipublishkn mukasuratnya nanti. wallahu a'lam.


-----------------------------------

3. Soalan ketiga: Mana nas ulamak , mesti baca fatihah ketika berdiri (qiyam) dahulu kemudian baca pula dalam ruku' misalnya , bagi tuntutan sunat sujud sahwi?.


Jawab: Masalah ini ada tersebut dalam kitab Nihayatuzzaien mukasurat 84:




Ertinya: Sebab yang ketiga (disunatkan sujud sahwi) kerana memindahkan qauli yang tidak membatalkan. Samada (qauli) itu rukun seperti fatihah, atau bukan rukun seperti bacaan surah. Samada memindahkannya secara sengaja atau terlupa. Tetapi tidakdapat tidak pada memindahkan rukun bahawa dibacakan dulu ditempatnya kemudian mengulangi bacaannya kali kedua pada bukan tempatnya . Contohnya seperti al fatihah apabila dibacakan ditempatnya (semasa berdiri) kemudian mengulangkan nya didalam ruku' . Seperti yang difahami dari ibarat perkataan pengarang " Yang tidak membatalkan". Adapun jika tidak membaca rukun (alfatihah) ditempatnya iaitu ketika berdiri contohnya : ruku' sebelum fatihah dibacakan , dengan sengaja, lagi tahu pula haramnya buat begitu, maka sesungguhnya batal sembahyangnya.

Tuan Husien Kedah juga telah mencatitkan seperti demikian dalam sebuah kitab beliau , Majmu' laaali - juzuk ke 4:



Ertinya: (Soal) Macamana rupa dipindah akan fatihah daripada tempatnya , iaitu berdiri atau gantinya kepada tempat lain . (Jawab) . Iaitu dibacakan dia didalam ruku' dengan niat mengulang akan fatihah yang sudah dibaca didalam berdiri dahulu daripadanya dengan syarat ia baca didalam berdiri dahulu daripada ruku' itu. Kerana jikalau ia tiada baca didalam berdiri dahulu daripada ruku' itu nescaya batal sembahyangnya dengan turunnya kepada ruku' nya dengan senghaja lagi diketahui akan haramnya
...................................................................


4. Soalan Keempat: Semasa sembahyang berjemaah, timbul rasa was-was rakaat tak cukup sebelum salam , sedangkan semua jemaah sudah memberi salam termasuk imam juga telah memberi salam, apa yang mesti saya buat?.


Jawab: Anda sebenarnya termasuk dibawah kaedah orang was-was. Anda mesti memerhatikan hati anda, tinggalkan bilangan rakaat yang was-was itu dan berpeganglah pada bilangan yang yakin. maksudnya anda mesti anggap rakaat masih belum cukup. Sebab tak cukup rakaat itu ialah keadaan yang yakin, sedangkan cukup rakaat itu dikatakan was-was. tinggalkan was-was dan berpeganglah kepada yang meyakinkan. Anda kena buat lagi satu rakaat. Sebelum salam anda disunatkan sujud sahwi.

Perlu diingat, keadaan yang anda lalui itu, tidak membolehkan anda berpegang dengan perbuatan orang ramai yang sudah memberi salam. Anda tidak boleh ikut mereka. Melainkan , jika mereka memberitahu anda dengan berkata bahwa sembahyang sudah cukup rakaatnya. Itupun dengan syarat, bilangan mereka yang memberitau anda sekurang-kurangnya 5 orang. Cntohnya: mereka bersuara tinggi seramai 5 orang atau lebih , mengatakan sembahyang sudah sempurna rakaatnya. Anda masih dalam sembahyang dan anda mendengarnya. Maka anda wajib ketika itu patuh pada maklumat yang mereka hebahkan. Anda tidak boleh menambah rakaat lagi. Wallahu a'lam.

Nasnya didalam Kasful litham jizik 1 muka surat 37




Ertinya: Jika seorang sembahyang bersama-sama dengan orang orang banyak jamaahnya , kemudian syak ia pada akhir sembahyangnya, pada bilangan rakaat, lazim ia binakan atas YAKIN iaitu kurang. Dan sempurnakan bilangannya dan tiada boleh ia kembali mengikut kaum pada perbuatan. Bersalahan pada khabaran merekaitu dengan perkataan , maka kita kembali mengikut kata merekaitu sekira-kira adalah merekaitu perhimpunan yang yang diamankan atas mufakat atas dusta.

Saturday, November 19, 2011

Al-Sayyid al-Sheikh Muhammad al-Hashimi al-Hasani (b. 1298 – d. 1381 H.)



Makam Imam Ibnu Amir- Seorang dari Imam qori yang 7. disemadikan diperkuburan berhampiran masjid Tawbah. Damsyik.



Al Arif Billah Sheikh Muhammad bin Ahmad al Hasyimi al Tilimsani- Alim yang mula membawa masuk Tarekat Syazaliah Darqawiyah ke Sham. Merupakan guru kepada para ulama dan masyaikh Sham. Guru kepada Sheikh Abd. Rahman Syaghuri

Monday, November 14, 2011

Kelas Pengajian Bulanan Kitab Kasful Litham

Kelas Pengajian Guru-guru Takmir Daerah Tampin akan diadakan pada 20 nov. hari ahad hujung minggu ini di dewan kuliah pejabat agama daerah Tampin. Waktu bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahhari. Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian.

Sunday, November 13, 2011

ijab kabul mabruk

pertunangan safwan- syakirah

بارك الله لكم وبارك عليكم وجمع بينكما فى خير





Wednesday, November 09, 2011

Terjemah Taqriz (kata-kata pujian) Sheikh Al Bouthi terhadap karangan Sheikh Al Majzub


Daripada Muhammad Sa’id Ramadhan Al-Buthi kepada yang ‘alim lagi faqih yang besar, Sheikh Hasyim Al-Majzub Hafizahullah. Semoga Allah memelihara beliau.
Adapun kemudian daripada itu, maka sesungguhnya saya telah membaca penulisan yang berfaedah dan yang bernilai ini, saya mendapat faedah daripadanya dan saya menjumpai perkara yang sebelumnya tidak ada daripada (pengetahuan) saya tentangnya.
Demikian itu (terjadi) , adalah disebabkan Tuan telah menukilkan daripada kalam Ibnu Hajar Al-Haitami ,daripada Kitab Tafsirnya yang merupakan sesuatu yang dicita-citakan , pada sesuatu ayat dengan perkataan (yang sebenarnya) yang dituturkan oleh Nabi atau Rasul. (sekira-kiranya kalau ) Sesiapa yang tuli, maka sesungguhnya syaitanlah yang mencampakkan perkara yang ia camppakkan dalam pendengaran, atau ( sekiranya) mereka yang mendengar (pula begitu juga dengan ) ,,, perkataan sedemikian itu.
Satu daripadanya, tafsiran Tuan berkenaan perkataan Saiyyidina Ibrahim ليطمئن قلبى Supaya tetaplah keinginan beliau dan melihat beliau kepada suatu pandangan yang ‘ajib yang tiada sangsi pada kekuasaan Allah atasnya.
Sesungguhnya saya telah melihat perkara yang Tuan sebutkan tentang dalil-dalil masalah talak tiga di majlis yang satu atau satu kalimah (tiga) nescaya jatuh talak tiga. Perkara tersebut adalah seperti mana yang terdapat di kalangan Imam Mazhab yang empat, iaitulah yang telah ditentukan di sisi mereka.
Itu semua adalah dalil-dalil yang nyata daripada kecemerlangan dan penerangan yang dimartabatkan. Sesungguhnya saya telah menjalani seperti mana ‘ain dalil yang Tuan sebutkan dalam kitab saya yang bertajuk محاضرات فى الفقه المقارن.
Berlindung dengan Allah (menganggap) dengan bahawa Saidina Umar Al-Khattab melebihkan maslahah dengan (meninggalkan) mengikut nas yang tsabit dalam Al-Qur’an dan Al-Sunnah.
Demikian juga saya telah membaca perkara yang Tuan telah tuliskan tentang ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat, berkenaan Tawassul dengan Rasulullah s.a.w. dengan dalil-dalil yang mensyariatkannya.
Sesungguhnya saya telah mendapat faedah daripada perkara yang Tuan terangkan tentang perkara tersebut. Semoga Allah memberi balasan kepada Tuan dengan sebaik-baik balasan dan menerima ia (amal bakti) daripada Tuan. Dan saya fikir kerja menyebarkan perkara ini yang Allah Taala mentaufiqkan Tuan bagi menerbitkannya……..

Tuesday, November 08, 2011

Takbir Ketika Sembelih Korban/ Akikah makruh?


Disunatkan ketika menyembelih 5 perkara
  1. Membaca bismillah.
  2. Selawat atas Nabi s.a.w
  3. Menghadap sembelihan kearah kiblat.
  4. TAKBIR.
  5. Doa mudahan diterima ibadat korbann/akikah .
Lihat Nasnya dalam kitab Kifayatul Akhyar Syarah Matan Ghoyah diatas : Berkenaan 'Takbir' - Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Kesimpulannya: Bertakbir ketika menyembelih haiwan korban/akikah tidak makruh , tetapi sebaliknya Ia ADALAH DISUNATKAN BERDASARKAN HADIS SAHIH AL-BUKHARI MUSLIM.

Sunday, October 30, 2011

Monday, October 24, 2011

Tangguh kelas Kasful Litham kebulan depan.

Pengajian Kitab Kasful Litham dan Durrus thamin untuk Tafaqquh guru-guru Takmir di dewan kuliah pejabat agama Tampin yang akan diadakan pada 30 okt. 2011 , iaitu pada hari ahad, kelas bermula pada pukul 9.30 pagi - 12 tghhari ditangguhkan ke bulan hadapan, iaitu bulan 11 (nov) kepada tarikh yang akan diberitau. Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian. wassalam.

Update : Ibadah Korban 2011

Assalamualaikum,

Update mengenai Ibadah Korban : Sebanyak 3 ekor lembu telah diconfirmkan untuk Ibadah Korban bagi tahun ini (2011).

Dan sekarang ini, bagi melengkapkan kepada seekor lembu lagi..ada 5 bahagian lagi kosong (2 bahagian - confirm) . Harga bagi satu bahagian ialah : RM400 (utk lembu.)

Kepada sesiapa yang berhajat utk melaksanakan ibadah korban, silalah hantar email kepada
anwar.ukm@gmail.com @ berhubung direct dengan al-fadhil Tuan Guru Ust Raof.

Bg yg berhajat utk email..Nyatakan didalam email..
1) Nama Tuan/Puan :
2) Nama org yg melaksanakan ibadah korban :
3) No Telefon :
4) Berapa bahagian :


InsyaALLAH, pihak Pondok Tampin akan menelefon dan menghubungi tuan/puan dengan lebih lanjut..

Majlis Ibadah Korban akan diadakan di Pondok Tampin, Tampin, Negeri Sembilan.. iaitu selepas sembahyang Aidil Adha..

Harap maklum.. Wallahualam

Friday, October 21, 2011

Majlis Perkahwinan Yaacob dan Safwan




Assalamualaikum. Dimaklumkan pada 12 nov. 2011 , Hari Sabtu, majlis perkahwinan 2 pasangan akan berlangsung dipondoktampin.

1. Saudara Yaacob bin Abd.Wahid dengan Ustazah Nur Farahin bt Abd. Hamid.

2. Saudara Safwan bin Zainal Azmin dengan Syakirah binti Nazlan.


Dijemput hadir untuk meraikan perkahwinan mereka kepada Kaum keluarga, sahabat handai, rakan kenalan dan kepada sesiapa yang mengenali mereka dan berkelapangan masa.


Aturcara majlis:

11 pagi- akad nikah.
11.40- selawat dan pertunjukan silat.
12 tghhari- jamuan makan- 4 petang.

Thursday, October 20, 2011

sekilas memori

Diawal tahun 80an , timbul kemaruk ingin mendapat ilmu setinggi yang boleh . Dimadrasah alIjtimaiyyah pondok kampong Dundang Sungai Jagung, Pendang Kedah menadah bacaan selaju berita dibacakan , daurah kitab2 kuning, dibawah asuhan tangan al Marhum Tuan Guru Haji Abdul Halim bin Haji Majid. Kami memanggil beliau dengan panggilan mesra "Pak Ngah".Selalu disebut-sebut nama Tok Guru Ayah Hashim. Kitab-kitab yang telah dikhatamkan oleh Pak Ngah , dihubungkan dengan Tuan Guru yang 3 beradek di Pondok Pasir Tumbuh itu. Kalau Sunan Abi Daud dan Mawta tu dengan Tuan Guru Haji Hashim lah, kalau Al Mahalli dengan Tuan Guru Haji Aziz dan Sunan Ibnu Majah tu dengan Ayah Pa. Lain-lain kitab pun yang kecik kecik pun biasanya disebut juga , Pak Ngah mengaji pada siapa. Pepagi lagi sekitar jam 5 pagi , dikejutkan dengan pukulan taboh, kekadang Pak Ngah sendiri yang datang bawa semambu , kejutkan bebudak pondok. Suhu air telaga yang dikorek para pelajar pondok sekitar 12-18 c. sejuk yang menyegarkan.. huuh..
Pak Ngah sangat semangat membaca kitab. Kalau letih duduk membaca , Pak Ngah akan berdiri.
ooh.. sungguh hebat hemah Pak Ngah. Tak pernah lagi jumpa Tuan Guru yang kuat mengajar macam Pak Ngah. Sayangnya Pak Ngah telah dipanggil Allah lebih cepat. Tidak seperti Pak Teh Kroh yang dilanjutkan usianya. Pak Teh Kroh selalu mengunjugi Pak Ngah . Pak Teh , teman rapat Pak Ngah masa di Pasir Tumbuh lagi.

Macam-macam kisah semasa Pak Ngah masih menuntut diPasir Tumbuh diceritakan kepada kami. Rerupanya Pak Ngah rapat dengan Ayah Hashim. Sebab menantu Ayah Hashim , iaitu Arwah Ustaz Yad , adek kandung Pak Ngah. Ooo patut la bila saya beritau pada Ayah Hashim saya mengaji dengan Pak Ngah, Ayah Hashim bercerita banyak.

Tu ada sekeping saja la gambar yang sempat disimpan , buat memori , siapa yang ada dalam gambar tu pun tak tau dimana lagi. Entah ke ada lagi dialam dunia ni ke entah telah kembali. kerahmat Allah s.w.t. Rasanya dalam gambar tu , ada yang sudah jadi ustaz-ustaz .


Wednesday, October 19, 2011

Kelas Pengajian Bulanan

Pengajian Kitab Kasful Litham dan Durrus thamin untuk Tafaqquh guru-guru Takmir di dewan kuliah pejabat agama Tampin akan diadakan pada 30 okt. 2011 , iaitu pada hari ahad, kelas bermula pada pukul 9.30 pagi - 12 tghhari insyallah. Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian. wassalam.

Sunday, October 16, 2011

Sheikh Muhammad Hashim al Majzub



Sebuah kitab penulisan seorang ulamak Sham termasyhur , sehingga digelar orang Shafie Shoghir. Ditaqriz oleh Sheikh Saed Ramadhan al Bouti. Sheikh Bouti , datang mencium tangan beliau. Betapa tidaknya. Sheikh Shafie Soghir adalah guru Sheikh Al Bouti.

Saturday, October 08, 2011

Pengumuman : Ibadah Korban 2011

Assalamualaikum,
InsyaALLAH, Pondok Tampin akan mengadakan Ibadah Korban bagi tahun ini (2011).Kepada sesiapa yang berhajat utk melaksanakan ibadah korban, silalah hantar email kepada
anwar.ukm@gmail.com

Nyatakan didalam email..
1) Nama Tuan/Puan :
2) Nama org yg melaksanakan ibadah korban :
3) No Telefon :
4) Berapa bahagian :

InsyaALLAH, pihak Pondok Tampin akan menelefon dan menghubungi tuan/puan dengan lebih lanjut..

Majlis Ibadah Korban akan diadakan di Pondok Tampin, Tampin, Negeri Sembilan.. iaitu selepas sembahyang Aidil Adha.. Harga bagi satu bahagian ialah : RM400 (utk lembu.)

harap maklum.. Wallahualam

Saturday, October 01, 2011

Kesian saudara seislam.

Assalamualalikum warahmatullah.

Pertama yang hendak dinyatakan:Semangat ingin tahu kesan kesan tamaddun Islam memang tersemat disanubari semenjak dibangku sekolah. Rezeki boleh datang ke Turki beberapa kali telah mengesan dijiwa. Tamaddun Osmaniah memang hebat.

Satu maklumat yang sedang ditahkik yang sangat menarik hati, Gambar Sultan-sultan Empayer Osmaniah yang terdapat di Muzium Topkapi.



A new of portying the entire Ottoman dnysty began during the regin of

Sulthan Murad 111 The first Shemailename or Historical text portying Ottoman


Sulthan was perpared during the second half of the 16 century and was titled

Kifayatul Insaniyah fi Semailul Osmaniye.

Demikian catitan pada gambar Sultan Murad 111 m tercatit keterangan dalam bahasa Turki dan English, mengatakan Tradisi melukis gambar Sultan telah bermula semenjak Sultan Murad 111 ( ayahnda Sultan Muhammad al Fateh) lagi. Pelukis terbaik dari negara jiran telah dipanggil melukis. Kalau begitu gambar Sultan Muhammad al Fateh yang masyhur itu boleh dipercayai sebagai gambar baginda. Walaupun khabarnya lukisan yang asli ada disimpan diBritan.
Ini sangat menarik, gambaran lukisan bagi rupa seorang Raja yang baik yang telah dapat menawan Kostantin , yang mana Raja tersebut diAkui Nabi s.a.w sebagai Raja terbaik.
Berserban pulak tu.


Kedua:
Peranan berita sangat penting dalam memberi peranan mengubah dan mengolah tindakan masyarakat dunia. Begitulah perhalnya dengan sebahagian orang kita malaysia.

Terpalit juga sedikit dengan sebahagian para pelajar melayu yang sedang menuntut di negara para kekasih Nabi s.a.w, SHAM yang diberkati.

Maka tersebar saja berita Malaysia dengan Turkia sudah dibuka pintu perhubungan yang akrab, visa para hamba rakyat juga sudah dimudahkan. Boleh duduk sepanjang hayat, tak perlu berulang ke pejabat lagi untuk mendapatkan duduk. Begitu le khabaranya yang tersebar. Sehingga orang melayu pun kata begitu, orang turkia pun macamtu juga. orang pejabat pun ada yang kata cmtu. cmna tak percaya lagi?.

Apa lagi,, bungkus le ke Turkia cari peluang. Rerupanya indah khabar dari berita. Berita yang umum itu sebenarnya bersifat khas. Yang tak perlu cop cop tu, pelajar universiti dan pekerja sahaja. Yang nak ziarah ,, tak boleh lebih harinya. Yang nak belajar quran tak boleh lebih had harinya... Yang nak beli belah tak boleh lebih had harinya.. boleh ..tapi macam biasa je. tiada istimewa apa pun.
...........Bungkus lee..cmtu.

Ketiga:
Kesian orang sham, berita tentangnya telah ditambah-tambah, mati sorang tulis sepuloh . sikit dikata banyak. sekampung dikata sebenua sham.. tu..cmna...berita lama diulan-ulang beratus kali, diedit edit,,, hingga nampak macam tadi , baru sebentar berlaku. Sham yang banyak dihuni sulaha (orang soleh) sudah dicemari berita berita tak betul.

Sham aman.. sham ok. ..arab tak semua jahat. kesian arab.. orang datang bawa duit.. orang lari... barangan tak laku... siapa rugi.. arab pun saudara kita juga.. yang muslimin tu ada yang ok nya. yang zalim.. yang fasik.. yang jahat pun memmang ada.. memang pun ada berlaku.. tapi jangan hukum sebenua.. .. itupun zalim juga namanya. Orang situ pun sudah mula fikir.. apa nak jadi .. tak kemana juga kalau dok tunjuk perasaan tak habis-habis.. nyawa melayang.. yang nak diharap turun pun tak turun-turun.. apa nak jadi.. merugikn diri sendiri saja. Orang baik-baik di Sham tak semua yang setuju buat cara merugikan diri sepertiitu.

Habis orang lari ..tinggalkn sham... akibat berita yg tak betul. yang nak duduk terus sham tak mahu langsung tengok, aljira ka. al apa kaa.. senang fikiran. lapang dada. tak susah hati dengan berita berita yang menyusahkan hati. Kita jangan terikut-ikut cara musuh Islam hendak memusnahkan orang Islam . Yahudi memang jahat. Kalau kita tengok berita arab dan dengar cerita orang arab disham ini, memang comfirm Yahudi jahat. Jahat Yahudi kita lupa-lupakan... jahat arab ..kita jelas-jelaskan.. Kita jangan jadi seperti sebab pijat kelambu dibakar... kesian saudara Islam arab kita di Sham.

Sham/syria masih aman. khasnya diDamsyik. kalau sekadar nak ziarah dan mengaji Quran takada masalah. Insyallah selamat. Ziarahlah negeri muqim para kekasih Nabi s.a.w.

Cuba fikir... ada kata kata orang sini.. orang arab di Iraq dah mula terkenang kenang zaman sadam. lekeh lekeh pun , barangan pun masih murah, makan senang... la ni apa jadik?.. cube memikio ... wassalam.

Tuesday, September 13, 2011

Assalamu alaikum warahmatullah.

Adalah dimaklumkan , al ustaz haji abd raof akan berangkat ke Turki dalam program ziarah . Flight dijangka pukul 2 pagi 16 september, dan cekin pada 12 tengah malam 15 september.
didoakan semuga selamat berangkat dan kembali ketanahair dan diberkati perjalanan. amin.

Friday, September 02, 2011

KHUTBAH AIDIL FITRI 1434 H




Maha Besar Allah, Tuhan sekelian alam. Yang telah menjadikan hari raya ini hari bergembira bagi orang yang benar niatnya. Yang diterima ibadat puasanya. pada siang hari sebulan Ramadhan. Dan diterima ibadat sembahyangnya pada waktu malamnya.

Hari bersukaria bagi orang yang tenteram jiwanya dan baik tingkahlakunya, perbuatannya dan perkataannya pada sebulan Ramadhan yang baru lalu.

Hari bermaaf-maafan dan melimpahkan kebajikan bagi orang yang suka memberi maaf terhadap saudaranya yang telah terlanjur membuat kesalahan. Hari berbuat kebaikan terhadap orang yang menganggunya , serta memperbaiki hubungan dan kebaikan umum dikalangan manusia.

Inilah hari raya dan kelazatan. Berhariraya ini hanya dapat dikecapi dan dirasai oleh orang yang betul-betul beragama. Bukan hanya , asal beragama saja, atau asal Islam saja. Tetapi , oleh sesiapa yang taat menjalankan perintah Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w.

Inilah hari keuntungan dan kemenangan , jika sifatnya bersatu hati, tidak bercerai-berai dan jatuh menjatuhkan.

Inilah hari bahagia , jika kita berusaha keras demi untuk kebaikan masa hadapan.

Kebahagiaan dan keuntungan akan berhasil sempurna jika kita berusha mendekatkan diri kepada Allah s.w.t dan selalu mengingati kekuasaan Allah , kebesaranNya dan memikirkan limpah kurnia nikmatNya yang tidak terhingga, juga sentiasa waspada dalam menjalankan tanggungjawab melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya serta selalu bersegra bertaubat , bila tergelincir kedalam dosa.

Lihat saja sebuah hadis Nabi s.a.w yang mencerminkan makna kebahagian dan keuntungan yang hakiki:
من سعادة المرء أن يطول عمره ويرزقه الله الانابة
Artinya: Daripada (makna hakiki) keberuntungan seseorang , iaitu Lanjut umurnya dan dikurniakan Taubat kepadanya dan Ikhlas beramal. ( riwayat al Hakim).




Wednesday, August 31, 2011

Al Fatihah buat Tuan Guru Haji Hashim Pondok Pasir Tumboh, Kelantan

Tuan Guru Hj Hashim Pondok Pasir Tumbuh kembali ke rahmatillah





Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar (Pondok Pasir Tumboh, Kelantan) telah meninggal dunia jam 1 tenghari (30 Ogos 2011 - bersamaan 1 Syawal 1432H).


Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau....

Sunday, August 28, 2011

Selamat Aidil Fitri




Pondoktampin dan al Ustaz Haji Abd.Raof serta keluarga dan warga pondoktampin, mengucapkan selamat menyambut Aidilfitri 1434 h, maaf zahir dan batin kepada semua warga pondok, penziarah, penjaring dan semua yang mengenali. ampun maaf jika salah silap. Halal makan minum.

Untuk makluman , pondoktampin akan mula takbir pada pukul 9 pagi dan sembahyang sunat aidilfitri pukul 10 pagi insyallah.

Friday, August 26, 2011

Sheikh Abdalhadi al- Kharsa menziarahi makam Tuan Husin Kedah (2)



Perkara kedua : Disuruh kita bila lalu kubur kafir dan kubur orang zalim agar lalu dengan segera, Kerana bimbang takut terkena kepada kita perkara yang menimpa mereka. Sebaliknya jika kita lalu kubur ,muslimin hendaklah kita berhenti sebentar, sebab agar kita pun mendapat juga rahmat yang turun kekubur itu.

Sheikh Abdalhadi al- Kharsa menziarahi makam Tuan Husin Kedah (1)


Sheikh Abdalhadi al Kharsa menasihatkan hadirin: Imam Nawawi r.ahu menyatakan dalam kitab beliau al Azkar , Nabi s.a.w menyuruh ahli mayat setelah menguburkan mayat agar duduk sebentar sekadar masa menyembelih unta dan membahagikan dagingnya. Maka Imam Nawawi telah menukilkan dari Imam Shafie (beliau merupakan seorang Imam Salaf), mengatakan :Pada masa berhenti sebentar disisi kubur itu untuk menetapkan mayyat dan menjinakkan mayat . Jika membaca quran sekhatam adalah lebih baik. Ini dari Imam Shafie. Maka ini dalil ulamak salaf mengharuskan membaca quran disisi kubur.
Ibu Qayyim pula menukilkan dalam kitab beliau “kitab alRuh”. Dari Imam Ahmad Hanbal, bahawa ulamak dizaman beliau , mereka mengambil (amalan ini) dari para Tab’iin adalah mereka berulang-alik kekubur membaca quran . Mereka membaca awal dan akhir surah al-Baqarah.

Wednesday, August 24, 2011

jawapan sheikh alkharsa

Kedudukan ibubapa Nabi s.a.w.

al - bukhari wa abu daawuud.

Sejarah hidup Imam al-Bukhari sangat menarik. Ada beberapa perkara yang tidak pernah terfikir atau didengar sebelum ini telah tersingkap semasa daurah baru-baru ini.

Pertamanya: Nisbah silsilah Imam al Bukhari, al Ju'fi. Nama penuh beliau, Imam Abi Abdillah muhammad bin Ismail bin Ibrahim Ibni al Mughirah al Ju'fi al Bukhari.
Sebenarnya al Ju'fi bukan datuk kepada Imam Bukhari yang sebenar. Al Ju'fi nama pemerintah Bukhara ketika itu. Bardizbah, Datuk Imam al Bukhari yang merupakan seorang Farsi, anak beliau Mughirah telah masuk Islam ditangan al Ju'fi. Maka dikatakan Mughirah al Ju'fi , Maka Imam Bukhari telah dinisbahkan keturunan beliau kepada al Ju'fi, Seolah-olahnya mencernakan makna " Daku adalah anak Islam". Lihatlah , satu keadaan , ditinggalkan nisbah keturunan lalu dinisbahkan kepada Islam. Iaitu dinisbahkan kepada seorang yang ditangannya masuk Islam. Ini satu perkara menarik juga untuk diperhatikan. Adapun bapa Imam Bukhari , adalah seorang yang alim. Bapa Imam Bukhari telah meriwayatkan hadis dari Imam Hamad bin Zaid dan Imam Malik dan telah meriwayatkan daripadanya oleh Iraqiyyun .

Tuesday, August 23, 2011

daurah berakhir , sheikh kharsa pulang ke syria.

Berakhir daurah hadis Nabawi,
Bukhari, Sunan Abi Daud maksud dicari,
menjadi bukti dibelakang hari,
sembah bakti kepada Ilahi.


Lama sudah tercari-cari,
Guru yang sudi baca lagi arabi,
Hadi Kharsa juga yang sudi berbakti,
Firas Salo muqri berbudi.



Terima kasih semua yang bantu,
Bantuan diberi apa yang perlu,
Jabatan Mufti memberi restu,
Pejabat Agama Tampin juga membantu.