Monday, December 31, 2007

KESYUKURAN.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran pada HARI SABTU 31 JANUARI 2009, insyallah, sempena perkahwinan Tuan Guru al-Haj al-Ustaz Abd. Raof bin Haji Nurin- Ummu Syarifah binti Haji Nazlan . Kepada sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir.
Sekian dimaklum.


Salaf al-sholeh adalah Insan yang Bijak..

Para salaf al-soleh menuju ke kuburan wali-wali Allah untuk ditunaikan hajat2??...

Antaranya :
1. Imam al Harabi- Sahabat Imam Ahmad, berkata "Kubur Ma'ruf al Karkhi al tiryaq yang mujarrab ( makbul bila berdoa disitu). Ibnu al Jawzi telah meriwayatkan cerita ini didalam Shifah al shofwah, al Zahabi juga meriwayatkannya didalam Siyar al A'lam Nubala.
2. Kubur Imam Harabi sendiripun makbul juga - diriwayatkan dalam Shifah al shofwah juga.
3.Manusia berdoa diturunkan hujan dikubur Abu Ayyub al Anshori- al Hilyah, Shifah al Shofwah, Siyar a'lam Nubala.
4. Al Daruquthni- Adalah kami bertabaruk di kubur Abi al fath al Qawsyi.
5.Imam Shafie r.a - Beliau ketika datang ke Baghdad beliau ziarah ke Pusara Imam Abi Hanifah , bertawassul dengannya agar ditunaikan hajat2 .- Khairat al Hissan fi manaqib al Nukman, Ibnu A'sakir juga telah meriwayatkan kisah Imam Shafie ini didalam Tarikh Baghdad dengan sanadnya .
6. Qadhi Al- Syarif Abi Ali al Hasyimi - menceritakan oleh Abu Muhammad al Tamimi-(merupakan guru Qadhi Ibnu Abi Yo'la) = "Daku telah menziarahi Kubur Imam Ahmad , sebab menemankan Al-Qadhi al- Syarif Abi Ali, Maka daku melihat beliau mencium ujung kaki kubur imam Ahmad?. Maka daku bertanya : Ada ke Athar (tentang perbuatan ini)??.. Maka beliau berkata: Imam Ahmad ni seorang yang besar ertinya buat diriku, daku tiada sangkaan bahwa Allah akan menyeksaku dengan sebab buat begini". Kisah ini diriwayatkan oleh al Qodhi Abi Yo'la dalam kitab Thabaqot al Hanabilah - fi tarjamah mufti al Hanabilah fi Baghdad al Qaodhi al Syarif Abi Ali al Hasyimi - salah seorang perawi akidah Imam Ahmad.-

Lihatlah !!
dan fikirkanlah...kalau nak dipakai pendapat orang2 yang anti sangat2 pada orang yang taksub bodoh kekubur sampai nak fitnah macam2 , maka adakah boleh dikatakan perawi ilmu akidah Imam Ahmad dan Penghulu2 Hanabilah adalah "Kuburiyuun" penyembah kubur?. Padahal kalau nak dibandingkan dengan para Ashab Mazhab lain2nya yang juga mengambil tabaruk dan tawassul dengan kubur para imam mereka - Tidaklah sehebat para Hanabilah-??..

7.

أنهم قحطوا فجاء رجل الى قبر النبى صلى الله عليه وسلم وقال يا محمد استسق لأمتك فانهم قد هلكوا
"Bahawa mereka ditimpa kemarau, maka datang seorang lelaki kekubur Nabi s.a.w berkata: Ya Muhammad, turunkan hujan kepada umatmu sebab mereka sungguhnya telah binasa"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Musannaf 12/13-33 , al Bukhari dalam Tarikh 7/304, al Hafiz Abu Yo'la dalam al Irsyad 23, al Baihaqi dalam dalilu an Nubuwwah 7/47, Al Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul baari 2/495 berkata: Isnadnya Sahih, Ibnu katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah 7/105 dan dalam Tafsir beliau 1/91 berkata: Isnadnya Sahih.

ada orang kata hadis ini dhoif.

cuba tengok sikit perbahasan sini.

sedikit sentuhan terhadap kritikan.

Sunday, December 30, 2007

b.t.d damsyik 9

Di sekitar Suuq al Hamidi, sangat banyak makam atau dhoreh yang patut diziarahi untuk mengucap salam, membacakan al-fatihah, qulhuwallah, tahlil dan disudahi dengan doa kepada tuan punya makan atau dhoreh yang bersemadi. Masuk sahaja melalui babus soghir di kanan lorongnya kita akan berjumpa Abu Hurairah r.a. Terus sahaja dan masuk ke lorong kanan, bertemu pula dengan Nuruddin al Zinki, raja yang sangat soleh dan mempunyai catitan sejarah yang sangat menarik. Oh ya, di sebelah makam al Malik al Zinki ada masjid tersorok, boleh menumpang sembahyang jemaah lima waktu dan yang menariknya di situ dikatakan tempat berhimpunnya para Masyaikh, bertalaqqi, berjumu serta berzikir . Terus berjalan di lorong al Zinqi tersebut, belok ke kanan, akan bertemu makam Muaz bin Jabal r. a. Jika kita terus ke Babus Soghir sampai ke pintu utama masjid Umawi, terus mengikut lorong yang mengarah ke belakang kiblat. Kemudian membelok pula ke kanan, akan berjumpa Abu Dardak r.a dan Muwaffiqquddin bin Quddamah al- Muqaddisi thumma al Dimsyaqi al Sholihi al Hanbali- seorang ulamak mazhab Hanbali.

Salam dan doa ke atas mereka serta ucapan syukur di atas jasa-jasa mereka. Jazakumullaahhu khaira jaza, min ummati Muhammadin Sallalaahu a'laihi wassalam.

Kubur kubur kubur kubur kubur lagi-lagi kubur, kuburiyyun ka? Taasub bodoh ke kubur ka? Eh…dah eh..teringat ke hadis Nabi saw je, statusnya hadis Sahih dan "Hasan" ....

قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ:

كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْعَابِرُ سَبيْلِ وَ عُدَّ نَفْسَكَ فِى أَصْحَابِ الْقُبُوْر. .

Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang yang berdagang, atau seorang yang sedang melalui perjalanan, dan hitung/ anggaplah dirimu ADALAH SEBAHAGIAN DARI AHLI KUBUR

Di awal lorong Babus Soghir, jika kita masuk lorong kiri selepas makam Abu Hurairah r.a, kemudian belok ke kanan pula, di kawasan kedai-kedai menjual barangan besi, tembaga dan perak, lorong kedai-kedai/bazar yang dipenuhi jualan barangan logam yang sesuai untuk dibuat cenderahati. Ohh..rupanya di situ bertemu madrasah Al Ashrafiyah, tempat Imam Nawawi menuntut dan mengajar ilmu hadis. Bertuahnya rasa di hati terjumpa madrasah tersebut tanpa disangka-sangka. Sehingga sekarang (masa itu ari le) masih lagi kelihatan para mua'lim keluar masuk di sekitar madrasah tersebut…. Al Fatihah untuk Imam Nawawi dan doa pada beliau atas jasa-jasanya.Aminn..

Dalam bercerita-cerita tentang ziarah kubur dan makam ni, teringatlah saya ke kubur al allamah Ibnu Quddamah al Hanbali- pengarang kitab al Mughni- kitab rujukan fekah mazhab Hanbali. Bila teringat je ke Ibnu Quddamah al Hanbali ni , maka teringat terus pada satu fatwa beliau tentang Sunat berziarah Madinah bila setiap kali selesai Haji dan umrah ... inilah catitannya..

فاذا فرغ من الحج استحب له زيارة قبر النبى صلعم وقبر صاحبيه - المغنى

Bila sudah selesai dari ibadah Haji , maka disunatkan ziarah KUBUR Nabi s.a.w dan kubur 2 Sahabatnya. - al Mughni - juzuk 5 m.s 465 .

Ohh.. kalau gitu Mazhab Shafie tidak keseorangan dalam soal ziarah lepas haji ni. Ibnu Quddamah al Hanbali sangat terhormat dalam fatwa2 fikihnya disisi Hanabilah .
Ini bukan apa... cuma ada terdengar je , orang yang berceramah mengatakan hadis "Sesiapa yang berhaji , padahal tiada berziarah daku (kemadinah) , maka dia telah berkasar dgnku." aw kama qol... maka terdengar oleh telinga saya sampai ada orang yang bercakap cakap, tak payah lah pergi kemadinah lagi lepas selesai haji umrah.. buat apa... kan ke hadisnya pun dhaif?.. ish ish.. nasib le saya dulu dimadrasah tok guru pesan.. kena pi madinah gak.. makruh kalau tak pi madinah bila dah selesai haji umrah.. sayapun pegang tok gurulah. disamping tu cari-cari gak dalilnya yang kata makruh tu.. rupe-rupenya tok guru tak pesan perkara kosong.. ada isi oii..

Friday, December 28, 2007

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI.r.a 2.

IMAM SAYUTHI DAN ILMU LUGHAH ARABIAH.

Tidak akan bertambah ilmu
pengetahuan melainkan berwasilahkan melalui BAHASA. Bahasa Arab sangat istimewa disebabkan anugerah Allah terhadap NabiNya yang penyudah dan diturunkun kitab Al- Quran dengannya. Seperti itu juga wajib mengetahui cara sembahyang dan zikir di dalam sembahyang menerusi Bahasa Arab. Oleh sebab yang demikian, Imam Al-Syafie telah menjelaskan perihal wajib mengetahui Bahasa Arab bagi setiap penuntut ilmu dan dan lazim bagi setiap Muslim mempelajarinya demi kesempurnaan agama. Boleh dilihat hal ini di dalam kitab al Risalah karangan Imam Al-Syafie mukasurat 48 hingga 49.

Al-Sayuti yang bermazhab Syafie, sangat mengamat- amati kalimah dan anjuran Imam Syafie, imam ikutannya yang agung itu. Beliau telah meluaskan pengetahuan Arabiahnya sehingga diberi gelaran Al A'lamah Al Lughawi (Imam yang sangat alim pada ilmu bahasa). Ada sarjana yang mengatakan karangan beliau tentang bahasa menjangkau 100 buah. Lihat sahaja kehebatan kitab al asbah wan nazhoir fin nahw (komentar matan alfiyah Ibnu Malik) berkenaan ilmu nahu yang sangat besar dan berjilid-jilid pula. Lihat juga al Muzhir, perbicaraan lughah/bahasa arab yang sangat halus dan luarbiasa.

Al-Sayuti mengkhabarkan puji-pujian guru beliau, Al Imam Taqiyuddin Ahmad bin Muhammad Al-Shumuni terhadap kitab Jamu'l Jawami' itu dengan taajubnya keheranan. Sheikh itu berkata, "Daku telah meneliti satu-satunya kitab Jamu'l Jawami' ini, dan karangan yang merupakan permata yang terkarang."

Al-A'lamah Mahyuddin al Kafiyaji, Al-Sayuti telah menceduk lautan ilmu selama 14 tahun daripada Sheikh ini. Beliau merupakan guru utama bagi Al- Sayuti, Al-Sayuti telah mensifatkan keperibadian Sheikhnya ini dalam kitab Al-Itqhon dengan ungkapan "Mahaguru bagi segala para ustaz, merupakan mata bagi seseorang manusia yang meneliti dan mengkaji, intisari bagi para ulamak semasa, A'llamah (ulamak yang sangat alim) semasa, kebanggaan zaman. Daku tidak pernah masuk menemuinya setiap kali dalam sehari melainkan akan mendapat faedah bertambah ilmu pada perkara yang tidak pernah aku dengar daripada pentahkikan yang sangat hebat dan berharga."

Di dalam kitab al Asbah wan Nazhoir, pada bicara ilmu Nahu, Al-Sayuti menceritakan pelajaran beliau dengan gurunya ini. "Pada suatu hari gurunya berkata, "Engkau i'rablah ayat 'Zaidun Qoo iimun'." Daku berkata. "Ya Sheikh, anda buat kami seperti dikedudukan kanak-kanak, anda hanya bertanya berkenaan hal ini sahaja?" Sheikhku menjawab, "Pada ayat "Zaidun Qoo iimun" terdapat 113 perbahasan" .

Maka As Sayuti merasa hairan dengan jawapan Sheikhnya itu lalu beliau tidak berdiri melainkan terus mencapai kitab-kitab beliau untuk mencatit setiap satu perbahasan tersebut, bermula daripada perbahasan ilmu Nahu sehingga hampir kepada perbahasan Falsafah dan Mantik. Yang demikian disebabkan Al A'lamah Mahyuddin al Kafiyaji sangat mendalami ilmu-ilmu Lughah dah 'Aqliah.

Wednesday, December 12, 2007

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI r.a . 1


Syekhul Islam al-Hafidz al-Imam al Allamah al-Sayuthi telah dilahirkan pada 849 h bersamaan 1445 m, mata beliau telah tertumpu pada kitab-kitab , fikiran beliau membaca, hati beliau menghalusi maklumatnya, mengenali, menghafal , melaksanakan, mentaati, menuruti, tangan kanan beliau memegang pena, melakari , menjalani tulisan demi tulisan tanpa lelah , tanpa jemu.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahi kepada Al-Sayuthi kekuatan ingatan , hafalan dan telah dibekalkan dengan kesabaran dalam pembelajaran . Perhatikanlah, beliau telah hafal al Quran padahal umurnya tidak sampai 8 tahun. Selepasnya menghafal pula kitab "al-Tanbih"- Imam Abi Ishaq al Sairazi, kemudiannya menghafal pula " Tahzib al-Furu' - Imam Baghawi , kemudiannya menghafal pula " Rawdhah al-Tholibin" - Imam Nawawi - 10 jilid !!!!, dan kemudiannya menghafal pula " Umdatul Ahkam"- al- Muqaddasi - matan hadis, kemudiannya lagi menghafal pula " Minhajul Usul " - al-Baidhawi " - ilmu usul fiqh, dan "al-Fiyah" - Ibnu Malik-ilmu Nahwu, padahal ketika belum lagi bergelar ulamak, ustaz maupun sheikh?..

Ini semua berlaku ditahap awal umur beliau, merupakan pesediaan untuk menghadapi medan ilmu yang sangat luas dan dalam. Terbukti dan ternyata "persediaan" beliau terserlah , apabila hadir dimajlis para ulamak , beliau menyebut semua hafalannya dari kitab kitab tersebut... kemampuannya memeranjatkan.... Maka tahap "persediaan" telah dilaluinya dengan cemerlang , sementara tahap kedua iaitu "menadah" , "duduk didalam halaqah-halaqah pengajian Ilmu" dan "bertalaqqi" ilmu dari para ulamak - Ini perkara yang tidak dapat tidak mesti dilalui untuk menghasilkan ilmu yang sebenar... juga telah dilalui beliau dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya para ulamak telah menganggap "hari-hari" yang sangat berharga sebagai suatu "Fardhu" kewajipan untuk melalui tahap kedua ini, bagi setiap mereka yang mahu mencapai kemuliaan "Ilmu" dengan title "al-Alim" "al-Ustaz" , "al-Allamah" , "al-sheikh" dan sebagainya..
Mengapakah tidak begitu?, memang akan begitulah syaratnya, sebab kitab-kitab dan buku-buku merupakan benda-benda yang bisu yang tidak akan berbicara melainkan dimajlis para ulamak, dengan isyarat dan pencerahan dari mereka.


Merekalah yang akan mengerak-gerakkan huruf-hurufnya. Akan memancarkan khazanah-khazanah gedung pengetahuan dari dasar lautannya. Seseorang penuntut itu hanya akan bertemankan buku-bukunya saja, itulah saja yang mampu dibuatnya jika tidak mengikut aturan-aturan ILMU .
Ilmu adalah AGAMA, maka perhatikanlah darimana diperolehi agama kita..


Guru-guru Imam Sayuthi.

Pada tahun 864 h , al-Sayuthi mula bertalaqqi ilmu dari para Sheikh . Tidak ada seorangpun yang pernah beliau kenali melainkan beliau akan mengadapnya , bermulazamah dengan sungguh-sungguh dan dalam masa yang lama . Beliau akan mendapatkan intisari ilmu yang ada pada setiap sheikh tersebut. Guru-guru yang sangat ramai menjangkau 150 orang, mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam pada peribadi al-Sayuthi. Jika dihimpunkan pula dengan guru-guru yang hanya mengijazahkan sanad-sanad dan sebagainya maka berjumlah 600 orang.
Bertuah Sungguh al-Sayuthi, guru terawal yang mengasuhnya adalah Al-Allamah al Muhaqiq Kamal bin Humam- pengarang kitab Fathul Qoder Syarah Hidayah- Fiqah Mazhab Hanafi, kitab rujukan Fiqh Hanafi.
Kemudian berguru pula kepada Sheikhul Islam, Qodhiul Qudhah al-Imam Al-Bulqini- al Sayuthi telah belajar dengan Sheikh ini dari tahun 865-868 h. Imam Bulqini ini telah mengijazahkan keizinan mengajar dan berfatwa kepada al-Sayuthi pada tahun 867 h.
Kemudian berguru pula kepada Al-Shulthan Al Hanafi- Shamsuddin Al-Hanafi - yang terkenal dengan kesolehan, uzlah , tumpuan ibadah dan mengajar. Al- Syauthi belajar kitab-kitab Lughah dan Akidah daripada beliau ini.
Kemudian berguru pula kepada Sheikh Syarafuddin Yahya Al-Manawi.- Al Sayuthi telah mulazamah dengan Sheikh ini selepas kewafatan al Bulqini tahun 868 h. Sheikh ini adalah guru Fiqah dan Ilmu-ilmu Syariat al Sayuthi.
Berguru kepada Imam Taqiyuddin Yahya bin Muhammad al-Syumuni.- Melazimi Sheikh ini selama 4 tahun bermula tahun 868 h , dan telah mengambil/belajar darinya ilmu hadis riwayah dan dirayah . Merupakan Sheikh yang teragung dalam Ilmu Arabiyah dan ilmu ma'ani.
Berguru pula kepada Al Allamah Mahyuddin al-Kafiiyaji- telah belajar al-Sayuthi kepada mahaguru ini selama 14 tahun . Kepada mahaguru ini al-Sayuthi telah melaziminya dalam masa yang sangat lama. al Sayuthi telah belajar dari mahaguru ini Ilmu Tafsir, Ilmu Usul, Nahwu dan semua pelajaran Bahasa Arab. Mahaguru ini telah mencatitkan Ijazah besar kepada al-Sayuthi untuk mengajar semua matapelajaran .

al-ٍٍSayuthi mengisahkan saat-saat pembelajaran
beliau: " Rutin setiap minggu ,daku setiap lepas subuh hadir kemajlis Imam Bulqini, sehingga hampir waktu Zuhur. Kemudian sehingga hampir masuk waktu Asar daku kemajlis Imam al-Syamuni - keadaan begini berlaku selama tiga hari : hari sabtu, isnin dan khamis. Manakala hari ahad dan selasa pula daku hadir kemajlis Sheikh Sahamsuddin al-hanafi pada awal pagi. Manakala selepas zuhurnya pula pada dua hari ini dan hari rabu, daku hadir kemajlis al sheikh Muhyuddin al Kaafiiyaji"

Rehlah Imam Sayuthi dalam pencarian Ilmu.

Begitulah kebiasaannya mesti seseorang ulamak itu menjelajah serata pelusuk dunia untuk mencari khazanah-khazanah ilmu yang terpendam atau menggali lombongnya.

Ini adalah tradisi para ulama Islam kita. Mereka menjelajah kenegara-negara lain, dengan mereguk kesusahan dalam perjalanan , mara–bahaya dalam perjalanan, rasa takutkan musuh, sejuk keseorangan, tidak dikenali untuk dihormati, maklumlah siapa yang kenal seorang ulama bila bermusafir ditempat yang tidak dikenali… demi untuk Ilmu dan Agama Lillah ta'ala, mereka lakukan juga.
Al-Sayuthi berangkat menuju ke Sham dan Hijaz untuk menunaikan haji pada tahun 869 h. Setahun kemudiannya beliau pergi ke daerah daerah di Mesir. Disetiap tempat yang dilaluinya beliau akan bertemu para ahli ilmu , mengambil ilmu dari mereka dan mereka pula mengambil darinya. Begitulah harta benda para ulamak. Perniagaan mereka tidak pula terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
Sangat Istimewa pada al-Sayuthi , beliau telah mencatit catitan disetiap perjalanan (rehlah ilmiah) beliau. Peristiwa yang berlaku, dan dengan siapa beliau telah bertemu, maka disetiap rehlah beliau terdapat kitabnya, sepertimana kita boleh menjumpainya dalam kitab "al-Rihlah al fayyumiyah, wal- makkiyah wal dumyathiyyah".
Dalam kitab Husn al muhadarat- "Daku telah bermusafir, Alhamdulillah, kenegeri Sham, Hijaz, Yamen, India, Maghribi dan Takarrur".
Sekalipun setengah pendapat mengatakan rehlah ilmiyah Al Sayuti tidak lebih daripada sekitar negara Mesir dan Mekah, tetapi dapat dipastikan Al Sayuti memang menjelajah ke luar negara dalam rehlah ilmiyah beliau.

Kehebatan al Sayuthi menghafal dan mencerna ilmu.

Sesungguhnya ilmu pengetahuan ditancapkan pada kewujudan Al-Sayuti, jikalau anda berkata Al-Sayuti hidup untuk ilmu dan hidup dengan bernyawakan ilmu, anda adalah benar dengan pendapat tersebut. Satu bukti yang sangat baik untuk pendapat tersebut ialah perkataan beliau, "Sesungguhnya daku seorang laki-laki yang diberi cinta terhadap ilmu, membuat penelitian padanya, yang halusnya ataupun yang zahirnya. Menyelami hakikat-hakikat, menyelusuri kehalusan, memeriksa asal usul. Daku telah dikurniakan sedemikian sehinggalah tidak ada lagi tempat tumbuh sehelai bulu ditubuhku melainkan akan disebatikan dengannya."

Nampaknya perkataan beliau seolah-olah berlaku riak, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku dan merupakan apa yang disebut sebagai tahaddus binni'mah. Perhatikanlah bagaimana akan berlaku sekiranya seseorang yang telah dilambung sesuatu perasaan cinta terhadap suatu perkara maka pertautan hati dan keasyikan akan berlaku. Begitulah keadaannya dengan Al Sayuti. Beliau tidak riak, bukan menunjuk-nunjuk, tidak sombong. Yang berlaku adalah asyik, kerinduan terhadap ilmu sehingga sampai ke dalam lubuk hatinya yang dalam dan menjalar keseluruh urat-urat dan sendi sehingga seluruh kehidupannya dicurahkan pada tiap sesuatu kearah mendapatkan ilmu , menghafal dan memeliharanya.

Beliau menyelami perbahasan kitab-kitab menerusi pemikiran yang tersembunyi dan daurah majlis ilmu dari siang hingga ke malamnya agar dapat memetik buah-buahan yang indah, agar dapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain. Telah diberitakan berkenaan sikapnya itu, "Beliau tidak tidur pada malam hari melainkan sedikit sekali. Tidak pernah setiap kali dikala daku melihat beliau melainkan beliau sedang membaca atau menulis atau membahaskan ilmu."

Sesunguhnya Al-Sayuti telah dianugerahkan kekuatan ingatan dan hafalan sehingga mengkagumkan para gurunya. Kekuatan tersebut menolongnya bagi mempertingkatkan pencapaian ilmiah beliau. Berkekalan sepanjang hayat beliau sehingga kematian beliau, tidak dijengah sifat lupa atau nyanyuk. Beliau pernah memperikan hal tersebut dengan katanya, "Tidak berlaku pada diriku satu perkara yang daku akan segera menanggapinya tanpa teliti dan kaji, dan tidak pernah mendengar atau melihat satu perkara kemudian melupakannya".
Sebenarnya kekuatan ingatan yang seperti ini merupakan persediaan dan satu pertolongan yang sangat mencukupi untuk menghafal nas-nas dan hadis-hadis Nabawi. Sehingga beliau melebihi rakan-rakan seangkatan dalam pencapaian ilmiah sebagaimana yang akan anda jumpai buktinya di dalam setiap sesuatu perbahasan ilmiahnya. Al-Sya'rani pernah menceritakan bahawa Al-Sayuti sangat banyak menjawab soalan-soalan pertanyaan dengan penjelasan yang mudah difahami. Setelah menjawab setiap soalan, beliau akan berkata, ("Azzihnu khawaan- Silalah buka kitab si polan dan kiralah muka surat sekian-sekian, baris sekian-sekian, nanti kamu akan menjumpai persoalan ini insyallah seperti mana yang telah aku katakan tadi".) Apabila diperiksa kitab-kitab rujukan tersebut maka didapati jawapannya adalah benar. Demikianlah adanya al-Imam Al-Sheikhul Islam Al-Sayuti.

Tuesday, December 11, 2007

Majlis Korban di aidil adha 2007 h

Insyallah pondok dan madrasah Tahfiz Asma Munawarah akan mengadakan majlis korban selepas sembahyang aidil adha tahun ini . sesiapa yg berminat menyertai korban dipersilakan berhubung dengan ust safwan abd halim . bhagian lembu rm 350 satu bahgian. kambing mengikut harga seekor kambing. wasslam .

Sunday, December 09, 2007

b.t.d damsyik 8

Udara sangat sejuk,, kalau malam mencecah 12- 9 celcius. Oiish sejukkknya. Pepagi beketul ingus brcmpur darah beku. Bersiar-siar mesti pakai baju/jubah tebal. tutup sekali leher, jangan ada udara sejuk masuk. Nanti demam lambat kebah. Semasa menapak di Suuq Hamidi... dengan keadaan kesejukkan dan panas dalam badan, tetiba je ternampak di pintu gerbang ke Jamik Umawi ada gerai jual jus delima???.. perahan pure delima.. tanpa tambahan air dan gula . Bagus tu.. boleh jadi penawar panas dalam badan... mujarrab sangat. Tak syirik pun.. tak sesat pun... Bissmillah bebetul,,, mohon pada Allah sembuhkan panas dalam badan dengan sebab minum pure jus delima ni.. baca selawat Syifa beberapa kali... macam makan panadol le.. apapun gitulah. tak ke de syirik bid'ahnya. Kalau betul i'tikadnya. Maasyallah.. jus masam , manis , kelat, warna maroon tu bagusnya.. kena 2 gelas pun dah cukup. Segar rasa badan . Hidung lega, kepala pun ringan . Alhamdulillahi rabbil a'lamin.



b.t.d .damsyik 7

Dicelah2 lorong di Suuq Hamidi.... macam2 barangan ada- manik karan, mutiara asli, mutiara ternakan. Permata Fairuz, Opal, Zamrud. Manik2 tasbih dari kayu koka - Turkie, Mesir. Biji tasbih kayu Gaharu, biji tasbih Anbar. Tongkat Avanus yang dititik dengan butiran emas putih- avanus - kayu dari benua afrika. Kain sejadah, kain rida selendang - perempuan , lelaki- wool dari Kashmir . Barangan kayu, kotak2 kayu yang ditanam dengan kulit mutiara , cantiknya... harganya pun cantik sampai usd 450 pun ada. Baju baju gamis Syrian fesyen, tulisan2 khat ayat2, pada kulit binatang dan tembaga. Minyak2 atar wangian terutamanya Zahratul Khalej berwarna hijau. Penjual barangan dikalangan Turkieya dan Syrian. Tak pernah ternampak pun orang Benggoli. Maka kita sebagai tourist dan tetamu ini agak mesra dilayan oleh peniaga2 disitu. Tak ada rasa tersinggung sebab pegang barangan mereka agak lama membelek-belek, walaupun tak jadi beli.. tersemat dihati, kalau ada rezeki nak datang lagi shopping.. he he.. tak nyesal, tak geram sebab ditengking herdik sebab belek barang tapi tak jadi beli.. ti he he.. apa idaknya .. tiba tiba disapa penjual.. assalamualaikum... antum min aiiyil bilaad... dengan slang nada lemah lembut.. teringat ke nada orang kelate bila bercakap.. hok kecek ye biaso biaso le.. jange maso maroh. Maso maroh ,,, sapo pung ake kecek mace petir,, yo dok?. ki ki,, gegurau je. satu lagi, sini takde panggilan "hongga bongga" macam kat mesir , jangan lupa lak. he he.

Rupa-rupa nya dikatakan cara percakapan orang2 Sham lemah lembut. Kalau dengar kuliah Dr Muhammad Said Ramadhan ... amboii... lembutnya nada.

Dikatakan Arab yang cakap lemah lembut- Syrian.
Dikatakan Arab yang sangat lembut hati - Yamen.
Wallahu a'lam.
Sebelum terlupa...lebih kurang 4 tahun dulu ana ziarah Yamen dan Hadhramaut, nak cerita.. di Suna'a Qodim ( Ibukota lama Sun'aa Yamen), juga macam Suuq Hamidi,,, tapi ada barang2 yang menarik di Sun'aa Qodim tak jumpa di Suuq Hamidi. Ana le yang tak jumpa tu. Antaranya karpet2 besar cantik2, tebal2 lagi hand made pulak daripada wool pulak . masa tu ana masuk Suna'a Qodim tu. Maasyaallah.. macam masuk gua .. tapi didalamnya penuh kedai2. Satu lagi di situ terjumpa kedai yang jual batu permata dan barang2 antik yang pelik2, antik dah seratus tahun, dah duaratus tahun. Tak tebeli dek esai aa.. mahal.
Begitulah.. benda2 lama kalau baik lagi berkualiti,apa punlah ,, memang disimpan orang. Peminatnya akan membeli perabih duit dipoket. Harganya pun bukan sebarang... sebab quality barangan dan pembuatannya. Macamtulah juga fatwa2 mazhab2 muktabar. walaupun sangat lama usianya ,, bukan sebarangan harga nilainya.. sebab teguh-tegap istidlal dan istinbath dan ahlinya. Allahu a'lam.

Thursday, December 06, 2007

b.t.d damsyik 6

Adapun mengenai Suuq Hamidi- maka dikatakan pasaraya (mall) yang tertua didunia, telah dibina atas perintah Sulthan Abdul Hamid , dikurun ke 18?. teringatlah saya ke chowkit pada waktu malam , dan lorong2 kedai disekitar Masjid Saidina Husin, diKaherah Mesir, ramainya orang. Kekadangtu susah nak berjalan. Masuk saja dipintu gerbang Suuq Hamidi, disebelah kanan nya selang 3 blok kedai akan berjumpa Sharaf - money changer- khabarnya tukaran -u.s.d = Syrian Lira - yang mengutungkan berbanding ditempat2 lain. Duit Malaysia tak ada m.changer nak ambik di Syria. Rupa2nya disebelah m.changer situ , ada makam Saidina Abu Hurairah r.a?. Ada pulak kitab Tarikh menyebut Abu Hurairah r.a wafat diMadinah, kuburnya diBaqi'?. Ada pula istilah "Maqam" dan "Dhorih" dua yang berbeza?. 'Maqam" tak mesti ada Sohib/jasadnya, "Dhorih" pulak akan ada jasad tuannya disitu?.. maka makam Saidiana Abu Hurairah di Suuq Hamidi dan Dhorih/Kuburnya di Baqi'?.. Allahu a'lm.
Melihat dan mencari2 perkara dan pengalaman baru dalam hidup sangat menyeronokkan. Begitulah ana yang dah separuh umur ni, meliarkan mata kot kot terjumpa perkara pelik atau barangan menarik di sepanjang deretan kedai2 didalam Suuq Hamidi. Singgah di kedai emas, harga barangan emas disitu murah sedikit dari harga diMalaysia. Tapi setelah dibelek2 , teringat ana akan kehalusan kualiti pembuatan di Malaysia lebih halus dan teliti. Sebentuk Cincin emas bertatahkan intan ,,, tapi seni Malaysia lebih terpahat dihati . Dikhabarkan antara sebab Asia lebih halus keseniannya kerana tangan-tangan Asian lebih halus?.
Barangan cenderahati sesuai dibeli disini. Satu yng tak dilupa , boleh kita jumpa penjual minuman, berpakaian klasik Turkie Osmaniah, sambil bekas tembaga besar seperti teakoh/jug air tirus , didukung dibelakangnya. ish ish menarik sungguh.... ingatkan apaa lah yg dijualnya. Rerupenye air asam jawa jee... he he..
Disebelah timur, arah kiblat, lorong2 yg boleh dilalui ke makam/kubur Saidina Mua'z bin Jabal r.a. Comfirm , memang Saidina Mua'az mmng wafat di Syam-disebut dalam kitab mukhtasar Tarikh Damsyiq . Saidina Mu'az , Sahabat utama Nabi s.a.w, Lagi ulama dikalangan para Sahabat r.a , Lagi Perawi Hadis2 Nabi yg selalu dijumpai dalam Sunan Sittah Bukhari Muslim... ahh.. siapa pulak yang tak kenal beliau ni... apa nak cerita lagi?.. ruginya kalau tak ambil peluang ziarah kekuburnya, bacakan doa untuknya , terima kasih padanya , sebab beliau adalah merupakan Mahaguru kepada semua Ulamak Islam dan Muslimin... jasanya meriwayatkan sabdaan Nabi s.a.w pun sudah cukup besar ertinya kepada kita... sunat ziarah kubur, apatah lagi yang bersemadi disitu Kesayangan Nabi lagi UlamakNya pulak. Macamtu lah yang disebut dalam kitab2. bukan sembah kuburnya.... bukan taksub kekuburnya...bukan kuburiyuun, bukan gosok-gosok batu nisan maupun dindingnya...bukan hantu kubur.. bukan lapar ke kubur.. ahhh ,, macam macam pulak sangkaan yang bukan bukan dek ketandusan maklumat.



Sunday, December 02, 2007

b.t.d.damsyik 5

Makam kepala Saidina Yahya a.s. didalam masjid Umayyah, sejarah tua yang sangat tua, kisah pengorbanan Saidina Yahya a.s yang sangat cinta kepada Allah, demi Iman tanpa jual beli.

Bila keluar melalui pintu kiri kiblat masjid, berjumpa pula kotak perak makam bekas kepala Cucunda Nabi s.a.w, iaitu Saidina Husain r.a , dikatakan disitu pernah terletak kepala Saidina Husain r.a. kemudian dipindahkan ke Kaherah, dimasjid Jamik Husain, menurut pendapat kuat Ahli sunnah waljama'ah, yang kemudiannya ditahkikkan oleh para masyaikh tarekat sufi, hingga diceritakan pernah satu peristiwa digali makam di Jamik Husain itu dan dijumpai kepala tersebut. Tetapi , Syiah tidak menerima kenyataan , kepala Saidina Husain cucunda Nabi telah dipindahkan ke Kaherah, mereka memadakan perkhabaran yang mengatakan kepala tersebut dipindahkan semula ke Karbala..???.- Rujukan-
(1) Kitab- Sayyidul Syabab ahlil jannah- tulisan Husien Muhammad Yusof.- dengan kata pendahuluan oleh Dr Abdul Halim Mahmud- mantan Sheikhul Azhar. cetakan darul syuab , kaherah, tahun 1988.
(2) Al Bayan - Dr Ali Juma'ah.

Maka hairanlah memikirkan ,,, macamana pulak dikatakan Sufi adalah Syiah?, sedangkan keduanya memang berbeza dari sudut apapun.

Kepala Saidina Husain di timur, masyriq menurut Syiah.
Kepala Saidina Husain di barat, maghrib menurut a.s.w.j, Sufi pula?.

Maka teringatlah saya , mungkin ada perkara yang " Serupa, tapi tak sama" atau " Sama, tapi tak serupa"..Contohnya - ayam kampung dan ayam hutan... serupa.... tapi tak sama. Wallahu a'lam.

Adapun berkenaan Kepala Saidina Yahya a.s
, Ibnu Katsir didalam al-Bidayah wan Nihayah telah meriwayatkan 2 riwayat:

1) Riwayat daripada A'masy daripada Syammir bin Athiyah- makam Yahya a.s berada di Baitul Maqdis.
2) Riwayat daripada Sa'id bin Musayyab - makamnya di Damsyik- ini sahih - telah disahihkankan oleh Ibnu Katsir... juz 2 m.s 50 cetakan darul kutob ilmiyah , tahun 1985 m.

al- Haafiz Ibnu Asyakir meriwayatkan dari jalan al Walid bin Muslim dari Zaid bin Waaqid ; berkata Zaid daku melihat kepala Yahya bin Zakaria ketika orang hendak membina masjid Damsyik, dikeluarkan dari satu tiang kiblat yang mengiringi mihrab sebelah timur. Adalah kulit dan rambut/bulunya masih kekal dalam keadaan asal, tiada perubahan , dalam satu riwayat "seolah2 saat baru dibunuh " - al bidayah wan nihayah, m.s yang sama.. Allahu a'lam.

Friday, November 30, 2007

b.t.d damsyik 4

Di masjid Umawi dan kebanyakan masjid2 sekitar Syria apabila selesai sembahyang lima waktu , imam mengiringinya dengan diikuti makmum dengan zikir2 ringkas yang biasa didapati diNusantara, dibaca jahar, berjemaah…. Nampaknya nak serupa dengan amalan zikir selepas sembahyang di Turkie. Kalau begitu masyarakat kita tidak keseorangan didunia dan akhirat dalam kontek beramal wirid zikir selepas sembahyang fardhu. …???

Bahkan di Turkie juga begitu.. cuba2lah kita berjemaah sembahyang di masjid sulthan muhammad al fateh. bersebelahan makam sultan. di fateh istanbul.. zikir2 dibaca kuat setiap selepas sembahyang.

Tuesday, November 27, 2007

buah tangan dari damsyik 3

bahrain moden

Syam atau Syiria, adalah negara yang mempunyai tamaddun yang sangat tua...
tercenganglah kita melihat kesan2 tamaddunnya ..
Satu contohnya , Suuq al Hamidiyyah.. Pasaraya tertua didunia.boleh dikatakan pasaraya2 hari ini mengambil idea dari Suuq alhamidiyyah. Masuk kedalamnya , kita bertemu dihujungnya pintu gerbang besar , tiang batu gagah peninggalan Empayar Bayzantium. ,,,kemudian terus ke masjid Umawi , yang asalnya sudah sangat tua... dikatakan asalnya adalah gereja. bertemu kita didalamnya makam kepala Nabi Yahya a.s. Terdapat bekas telaga pembaptisan yang telah ditutup simen. Beberapa Mihrab kelihatan dihadapan arah kiblat. Melihat keatas bumbungnya ,betapa indah dan kukuhnya kayu alang atap yang entah berapa ratus tahun usianya. Bila tiba waktu solat, terkejut lagi.... azan yang diulang2 dengan 7 orang muazzin ...sungguh mengkagumkan azan yang begitu.Ucapan muazzin pertama disambut muazzin ke 2, disambut 3 atau 4 lagi muazzin dibelakangnya. Tidak pernah dijumpai dimana2 tempat yang pernah ku sampai didunia ini, melainkan dimasjid Umawi, Damsyik ...satu2nya.

Baiknya kalau dapat kita menambah pengetahuan dan keluasan maklumat dengan bermusafir ,
khasnya di Syam yang masih segar dengan ilmu para ulamaknya. Melihat2 kitab2 yang tercetak dan terjual dikedai2 di sekitar Halabuni, Damsyik, berhampiran Suq al Hamidiyah..khasnya di Maktabah al Bayruti sangatlah menyenangkan hati yang dahagakan maklumat..dalam terbelek2 kitab.. terjumpa syarahan kitab fikih , Mughniyul Muhtaj... satu tesis oleh seorang pensyarah di Univ. Abun Nur... dua jilid besar . Jadi teks mahasiswa dikuliah jamiah tersebut.Terkejut saya bila mendapati penulisnya adalah seorang doktor "Alimah".. perempuan.

Menziarahi para ulama di syria yang sangat mahir berbahasa arab, rendah hati, berakhlak , pakar ilmu quran , hadis , tafsir , lagi tasawuf sufinya... sangatlah mendamaikan jiwa. Syam/Syiria ibaratkan bumi yang gersang...tetapi disitu penuh mutiara berlian yang terpendam tidak terlihat melainkan oleh sesiapa yang mengamati amatinya sahaja. Nama2 para Sahabat Nabi, ulamak , wali Allah yang selalu dijumpai dalam kitab2 ,,boleh terus saja menziarahi pusara mereka disekitar Damsyik.

anak2 turkie generasi baru...

buah tangan dari damsyik 2


Sebuah kitab (buku) , biografi lengkap Imam Sayuthi.... setebal 403 muka. Asal usul beliau. rehlah ilmiah beliau, guru2 beliau, kitab2 karangan, martabat beliau disisi ulamak dan umarak, dan sebagainya... patut sangat diterjemahkan kebahasa malaysia... sebab beliau merupakan ulamak yang sangat rapat hubungannya dengan masyarakat kita yang bermazhab Syafie...

Imam Sayuthi.. ilmu yang melaut... al aalim al bahr.. bergelar..(1) al allamah al-lughawi , (2) al allamah al- mufassir, (3) al- allamah al muhaddis, (4) al -allamah al- faqih, (5) al-allamah al muarrikh...
Sangat alim dibidang bahasa arab, tafsir, ilmu hadis, fiqah dan tawarikh. tak lupa juga sangat alim dibidang tasawuf ...
Karangan beliau yang sangat banyak sehingga berikhtilaf sarjana pada menghitung karangan beliau..
1) Dalam {fahras muallafat al Sayuthi} - lebih daripada 460 buah karangan dlm berbagai bidang ilmu.
2) Imam al-Laknawi menyebut- karangan beliau sehingga tahun 904 h, mencapai 530 buah.
3) broklman - 315 buah.
4) Sya'rani- 460 buah.
5) Ibnu Imad- lebih dari 500 buah,
6) Haji Khalifah- 576 buah.
7) al Kattani menukilkan dari murid Al Sayuthi- 600 buah.
8) Syarqawi- 725 buah.
9) Ahmad Khazandar- 981 buah.
10) Ibnu Qadhi yg wafat tahun 1025 h, - lebih dari 1 ribu buah karangan.
11) al Kattabi menukilkan -karangannya sangat banyak , tidak terhitung yang melebihi seribu buah.

Sunday, November 25, 2007

buah tangan dari damsyiq -1



Ahlus Sunnah Wal Jamaah A-syairah-
Penyaksian Para Ulamak Umat dan Dalil-dalil mereka.

Sebuah kitab (buku) yang benar-benar menjawab kemuskilan dan kesamaran terhadap akidah dan Para Pemuka mazhab Ahlissunnah waljamaah aliran Asyairah ( para pendukung fahaman Imam Abu Hasan al Ashari) . Iaitu fahaman pengajian tawhid (sifat 20) yg telah didukung berkurun-kurun lamanya oleh kiyai-kiyai, tuan-tuan guru pondok/pesentren dan awamnya, senusantara khasnya , dan dunia Islam amnya.
Sebuah buku yang telah ditaqriz (diberi kata-kata aluan dengan sanjungan dan pujian) oleh 10 orang ulama terkini yang terkemuka diseluruh dunia.
1. Dr. Muhammad Hasan Hito.
2. Dr. Muhammad Fawzi Faidhullah.
3. Dr. Muhammad Said Ramadhan.
4. Dr. Ujail Jasim an Nasyami.
5. Dr. Ali Jum'ah- Mufti Mesir.
6. Dr. Muhammad Abd. Ghaffar syarif.
7. Dr. Wahbah Zuhaili.
8. Dr. Abd. Fattah Bizam- Mufti Dimasyq.
9. Dr. Husain bin Abdullah al-Ali.
10. Al Habib Ali al Jifri.
Sebuah kitab (buku) yang membahaskan 51 tajuk dan disudahi dengan satu khatimah (penyudah) yang sangat menarik dan dapat membersihkan sangkaan buruk terhadap pelajaran tawhid sifat 20.
diantara kandungannya: biodata Imam Asyhari r.a , penolakan terhadap dakwaan tiga peringkat akidah Imam Ashaari, adakah Imam Abdillah bin Said bin Kilab ( Ibnu Kilab) menyeleweng dari jalan para salaf?, satu pengamatan terhadap kitab ibanah dan bukti perubahan2 yang berlaku pada teks makhthut (tulisan tangan) dan yang telah dicetak. Imam Tahawi berakidah yang bertepatan dengan akidah Asyairah. Adakah Asyairah menghampakan , mengosongkan Tuhan dari sifat-sifat?.. dan bahas2 yang mampu menyejukkan hati...

Saya sangat tertarik pada satu isi penghujjahan dimuka surat 266, satu daripada saksi yang meyabitkan kelebihan Asyairah dan Maturidiyyah kerana terdapat satu hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :
لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli) dan semua Sulthan Otthman Empayer adalah "Hanafiyan fil furu" , Maturidiyyan fil I'tiqod" - bermazhab Hanafi pada fekah dan bermazhab Maturidi pada akidah.

Soalnya : Adakah pujian Rasulullah s.a.w boleh berlaku untuk para mubtadi' dan sesat/penyesat?... m.s 266-268.

Pada pendapat saya, ini satu point, diibaratkan gunung Kinabalu yang tidak runtuh oleh tandukkan kambing .

Silalah dapatkannya di Halabuni atau bertanyakan al ustaz Mahfuz Muhammad. Kedai beliau di wangsa maju , kuala lumpur. Sayangnya buku ini juga dalam bahasa arab.



Lagi sebuah buku (kitab) menarik yang terdapat di kedai buku di Halabuni - Damsyik-

Baraah al asyairiyyin min aqaidil mukhalifin.
Ulamak Asyairah Bebas dari akidah akidah yang bertentang dengan ahlisunnah waljamaah.
Dua jilid serderhana , dikarang oleh Abi Hamid bin Marzuq . rhm. dicetak tahun 1967 m. Didalamnya membahaskan masalah-maslah yang timbul, yang bertentangan dengan fahaman para ulamak Asyairah. Menjelaskan persoalan ilmu tawhid uluhiyyah dan rububiyyah . Kitab yang sangat patut dimiliki dan ditatap.

Telah berkurun dulu, sangat masyhur kitab Tabyyin Kazibil Muftari- karangan Imam Ibnu Asyakir - yang mengulas tabaqat/biodata para ulamak Asyairah dan mempertahankan akidah Asyairah. Baru-baru ni , Semasa kami dalam perjalanan menziarahi makam Sayyidah Ummu Salamah dan Ummu Habibah r.anhuma, di Damsyik, saya ternampak satu kubur/makam berpagar di pinggir jalan , hati saya sangat tertarik kepadanya , setelah dihampiri , rupa-rupanya adalah makam/ kubur Imam Ibnu Asyakir . Hati saya sangat gembira sebab bertemu makam Tuan Kitab at-Tabyyin tersebut yang selalu saya tatap, tiba-tiba direzekikan Allah bertemu, tanpa disangka-sangka. Allhamdulillah.

Saturday, November 24, 2007

nasihat

Sebaiknya kita mengikut tradisi ulamak soleh duhuluan yang telah berjasa pada agama dan bangsa kita. itu terbaik lah. tak usahlah cari-cari jalan pergaduhan dengan sebab perkara furu'... jangan jadi jadi seperti golongan yang tidak beragama.

ingatlah satu kaedah yang telah diijmakkan oleh para ulamak " innama yunkaru al mujma alaih, wala yukaru al mukhtalafun fiih.. - ertinya hanyasanya yang dingkari jika sesuatu perkara itu bertentangan dengan ijmak', tidak pula diingkari jika sesuatu itu diikhtilafkan padanya...kaedah ini telah dilupakan atau dibuat-buat lupa atau telah diusahakan untuk dipinggirkan begitu saja tanpa disedari... padahal ianya adalah kaedah klasik yang telah menyelamatkan perpecahan umat semenjak lebih seribu tahun yang lampau...bukakan lah fikiran kita dgn meneliti tradisi para ulamak solihin. hormat menghormati jika sesuatu persoalan itu masih dalam lingkungn qawaid syariyyah.. yang masih ada rujukannya yang benar.

Saturday, October 20, 2007

Wednesday, October 10, 2007

Eid Saed..




natijah dari amal ibadah ibaratkan bunga yang indah....



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.. salam sejahtera kepada semua saudara muslimin . khasnya semua warga pondok tampin dan tahfiz asma al munawwarah. bersempena sambutan aidil fitri ni, bersama-samalah kita bersyukur dengan memuji Allah .. menjauhi maksiat dan perkara yang melalaikan yang kebiasaannya akan meruap ruap naik temperature nya pada setiap raya. maka saya mengingatkan diri saya dan saudara agar membanyakkan amalan kebajikan dan menambahkan amalan amalan khusus seperti sembahyang dan zikir dimusim ini, sebagai benteng kepada iman.khasnya puasa syawwal sebanyak 6 hari , jangan sekali kali dilupakan dan diringan ringan kan. kalau boleh pada 2 syawwal , mulakanlah puasa tersebut. insyallah berjaya kita mengawal dan mendidik nafsu .. aamin. saya juga mohon maaf semua salah silap , lakuan dan perkataan , tidak berlaku adil dan sebagainya .. juga sebaliknya dipihak saya begitu. minal aaidin wal faaizin.. eid saied..

Tuesday, October 09, 2007

Imsak sebelum waktu subuh bid'ah?.


Fatwa oleh Sheikh al Al-Allamah

فضيلة الشيخ حسنين محمد مخلوف
dar alifta


الســــؤال:
جرت عادة الناس أنه لا يكفون عن تناول الأكل والشرب وسائر المفطرات ليلا حتى أذان الفجر ومعلوم أن هناك إمساك والفرق بينه وبين الفجر عشرون دقيقة فهل يمسك الصائم حسب الإمساك أم حسب الفجر . وهل ما كان يفعله الرسول عليه الصلاة والسلام من قراءة خمسين آية بعد الإمساك ويؤذن بعد ذلك للفجر هل هذا من الفضائل أم دليل قاطع على عدم إباحة تعاطى مفطر فى هذه الفترة ؟
الـجـــواب:

إن الأكل والشرب فى ليلة الصيام مباح إلى أن يتبين الخيط الأبيض من الخيط الأسود من الفجر وهو سواد الليل وبياض النهار كما بينه رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم فى حديث عدى بن حاتم وعن عائشة رضى اللّه عنها أن بلالا كان يؤذن بليل فقال رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم كلوا واشربوا حتى يؤذن ابن أم مكتوم فإنه لا يؤذن حتى يطلع الفجر فأفاد ذلك أن غاية إباحة الأكل والشرب هى طلوع الفجر وهو الفجر الصادق فيحل له أن يأكل ويشرب إلى قبيل طلوعه بأيسر زمن ويحرم عليه الأكل والشرب إذا طلع الفجر فإن أكل وشرب على ظن عدم طلوعه ثم ظهر أنه كان قد طلع فسد صومه وعليه القضاء فقط عند الحنفية ويستحب تأخير السحور بحيث يكون بين الفراغ منه وبين الطلوع مقدار قراءة خمسين آية من القرآن كما فى حديث زيد بن ثابت رضى اللّه عنه قال تسحرنا مع النبى صلى اللّه عليه وسلم ثم قام إلى الصلاة وكان بين الآذان والسحور قدر خمسين آية قال الحافظ ابن حجر فى الفتح ( وهذا متفق عليه فينبغى العمل به وعدم العدول عنه لكونه أفضل وأحوط ) ، وقال صاحب البدائع إنه يستحب تأخير السحور وأن محل استحبابه إذا لم يشك فى بقاء الليل فإن شك فى بقائه كره الأكل فى الصحيح . ومن هذا يعلم أن الإمساك لا يجب إلا قبل الطلوع وأن المستحب أن يكون بينه وبين الطلوع قدر قراءة خمسين آية ويقدر ذلك زمنا بعشر دقائق تقريبا ومن هذا يعلم الجواب عن السؤال حيث كان الحال كما ذكر به واللّه أعلم

.

Thursday, October 04, 2007

Menegakkan Hujjah.


iqomatul hujjah -karangan al imam al allamah abi al hasanat abdil hayy al laknawi = Sebuah kitab yang mengupas persoalan definasi bid'ah, melebihkan ibadah yang tidak dilakukan Nabi s.aw , contohnya qiyamul lail sepanjang masa, membaca quran siang dan malam sekali khatam atau beberapa kali khatam dlm sehari, sembahyang seribu rakaat atau lebih dalam bentuk riayadhah dan mujahadah bukan satu bid'ah. bahkan adalah perkara yang disukai , disunatkan tetapi dengan beberapa syarat. menjelaskan setiap amalan yang pernah dilakukan oleh para salaf al soleh tidak boleh dinamakan bid'ah. sepatutnya kitab ini diteliti oleh setiap ilmuan dan dibahaskan dalam majlis-majlis kuliah...

Friday, September 21, 2007

advice

Can we fast from want?

If we do, certainty will begin to trickle in... Fast from your heart - not to want anything but Allah...we have done the fast of food & drink already, this year make the fasting not to want anything but Allah - to fast my desire, my yearning is You Ya Allah.... If you want your fasting to become your expereience, check your intention...Allahumma laka sumtu....O Allah, my fasting is for You...

~Sayyidi Sheikh 'Aleey, Sunday 9th Sept. 2007

Experience your articulation...

Saturday, September 15, 2007



berbuka puasa dengan air zam-zam... sesejuk air hujan dari langit .

zam-zam... dapat yang dicita, menurut niat peminum...

janji-janji indah padanya, seindah keindahan molekul nya..

Friday, September 14, 2007



RINGKASAN ADAB-ADAB BERDOA.


OLEH UST. ABD. RAOF NURIN AL BAHANJI .
TAMPIN NSDK.





Sepuluh adab-adab doa’.

Yg disebut oleh Imam Ghazali dalam Ihya Ulumiddin .

1.Mestilah memerhatikan waktu-waktu yang syarifah (mulia).Mencari waktu-waktu yg maqbul misalnya hari Arafah, Jumaat.
2 .Menuntut keadaan yg baik , misalnya keadaan sangat berhajat/ suntuk.
3.Menghadap kiblat.
4.Merendahkan suara diantara dengar dan tidak /
5.Tidak dengan cara takalluf. / tidak mengeraskan bunyi suara.
6.Disertai khuyuk /tadarru’ /rasa haibah dan rahabah kan tuhan.
7.Dengan jazam doa pasti diterima. Cuma masa saja hukmul waqti (berlaku hanya apabila tiba masanya).
8.Bersungguh-sungguh dan mengulang-ulangi doa’.
9.Dimulai dengan dengan nama Allah, selawat , zikrul Allah.

10.Adab batin.

Bertaubat dari dosa dan mazalim kerana dosa menghijab dari maqbulnya doa’.

Setengah dari adab doa yg batin :

Tidak berdoa’ secara isti’jal…. Misalnya berkata atau merungut dalam hati “ aku telah berdoa .. tapi tidak dimakbulkan”.

Sunat di mulai setiap doa’ dengan bacaan seperti :



اَللَّهُمَّ صَـلِّ وَ سَلِّمْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِى اْلأَوَّلِيْنَ وَ اْلآخِرِيْنَ وَ سَلِّمْ وَ رَضِيَ اللهُ تَباَرَكَ وَتَعَالىَ عَنْ ساَدَاتِناَ أَصْحاَبِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ . أَلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافىِ نِعَمَهُ وَ يُكَافِئُ مَزِيْدَهُ ياَ رَبَّناَ لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِى لِجَلاَلِ وَجْهِكَ وَ عَظِيْمِ سُلْطاَنِكَ اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ الْقُلُوْبِ وَدَوآئِهاَ وَ عَافِيَةِ اْلأَبْدَانِ وَ شِفآئِهاَ وَ نُوْرِ اْلأَبْصاَرِ وَ ضِيآئِهاَ وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ و سَلِّمْ
سُبْحاَنَ رَبِّىَ الْعَلِىِّ اْلأَعْلَى الْوَهَّاب ِ, لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ, رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً, اَللَّهُمَّ فاَطِرَ السَّموَاتِ وَ اْلأَرْ ضِ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ رَبَّ كُلِّ شَيْئٍ وَ مَلِيْكَهُ أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ أَنْتَ أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّ نَفْسِىْ وَ مِنْ شَرِّ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَ شِرْكِهِ , أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِى دِيْنِى وَدُنْيَاىَ وَأَهْلِى وَمَالِى, أَللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِىْ وَآمِنْ رَوْعَاتِىْ وَاكْشِفْ كُرْبَتِىْ وَاغْفِرْ زِلَّتِىْ ,
Kemudian dibaca:

بِـسْمِ اللهِ مَا شآءَ اللهُ لاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ , مَا شَآءَ اللهُ كُلُّ نِعْمَةٍ فَمِنَ اللهِ , مَا شآءَ اللهُ اَلْخَيْرُ كُلُّهُ بِيَدِ اللهِ , مَا شَآءَ اللهُ لاَ يَصْرِفُ السُّوْءَ إِلاَّ اللهُ.



Contoh-contoh doa’ yang baik diamalkan.

1: Doa Islah (membaiki agama) yang diriwayatkan daripada Nabi s.a.w.:

أللهمَّ أصَْلِحْ لِى فِى دِيْنِى الْذِّى هُوَ عِصْمَةُ أَمْرِى .

وَأَصِلِحْ لِى دُنْيَاىَ الَّتِى فِيْهَا مَعَاشِى وَأَصِلِحْ لِى أَخِرَتِى التى فِيْهَا مَعَادِى .
وَجْعَلِ الْحَيَاةَ زِيَادَةً لِىْ فِى كُلَّ خَيْرٍ وَالْمَوْتَ رَاحَةً لِى مِنْ كُلِّ شَرٍّ.

وَلاَ تَجْعَلْ مُصيِْبَتِى فِى دِيْنِى وَلاَ تَجْعَلِ الدُّنْيَا أَكْبَرَ هَمِّى وَلاَ مَبْلَغَ عِلْمِى.


Ertinya : Wahai Allah , baikilah bagiku agamaku yang mana ia adalah pemeliharaku urusanku.. Dan baikilah bagiku duniaku yang mana padanya tempat-tempat kehidupanku. Dan baikilah bagiku akhiratku yang mana padanya tempat-tempat-tempat kembaliku . dan jadikan hidupku bertambah bagiku pad tiap-tiap kebajikan , dan maut sebagai kerehatan bagiku dari tiap-tiap kejahatan. Janganlan engkau jadikan musibah /bala pada agamaku , dan janganlah engkau jadikan dunia yang lebih besar dari cita-citaku dan jangan jadikan dunia hujung-hujung kesudahan pengetahuanku.


2. Doa Isyroqiyah daripada Sayyidina Ali r.a


Bismillahir rahmanir rahim.
1.Asyaraqo Nuurullahi.
Telah terbit Cahaya Allah


2.Wazaharo Kalamuallahi.
Dan telah Zahir (nyata) Kalam Allah.

3.Wa thasabata amrullahi.
Dan telah tetaplah urusan Allah.

4.WaNafazo Hukmullahi.
Dan telah lulus hukum Allah.

5.Watawakkaltu a'la Allahi.
Bertawakkal (berserah) aku kepada Allah.

6.Maa syaa Allahi.
Barang yg dikehendaki Allah.

7.Wala haw la wala quwwata illa billahi.
Tidak ada daya helah, dan tidak ada quwwah melainkan dengan Allah .

8.Ta hassantu bikhafiyyi Luthfillahi .
Telah berkota aku dengan Lathif Allah yg tersembunyi.

9.Wa Bi Luthfi Shun illaahi.
Dan dengan (sifat) Lathif (Kehalusan) penciptaan Allah.

10.Wa bi Jamiili sat rillaahi.
Dan dengan (sifat) Keelokan tutupan Allah.

11.Wa bi Azhimi zikrillaahi.
Dan dengan Keagungan Zikir Allah.

12.Wa bi Quwwati sulthaanil Laahi.
Dan dengan Kekuatan Pemerintahan Allah.

13.Dakhaltu fi Kana filllaahi.
Telah masuklah daku didalam Kota Allah.


14.Was tajartu BiRasulilaahi s.a.w.
Dan telah berlindung aku dengan Rasulillah saw.


15.Tabara, tu bihawli wa quwwati.
Telah berlepas diri aku daripada helah ku dan Quwwahku (kekuatanku).


16.Was ta’antu bi hawlilaahi wa quwwatihi.
Dan aku meminta tolong dengan Helah Allah dan QuwwahNya.

17. Allahummasturni wahfaz’ni fi dini wadunyya waahli wamaali wa awlaadi waashaabi wa ahbaa bi bisatrikalazi satarta bihi zaataka falaa iynun taroka walayadun tasilu ilaika,


Ya Allah tutupilah dan peliharalah akan diriku pada agamaku, duniaku, keluargaku, hartaku, anak2ku, sahabat²ku dan kekasih²ku. Engkaulah Tuhan yang mendindingkan zatMu (diri Allah) maka tiadalah mata makhluk yang dapat melihatmu dengan pandangan mereka itu dan tiada kuasa untuk sampai kepadamu ya Allah.

18. Allahumma ya Ar Hamaraahi min.Uh jubni anil qau mil zoolimin. 3x
Ya Allah , Wahai yg sangat menyayangi daripada Para Penyayang .
Tutupilah daku dari Kaum yang Zalim 3 x.


19. Bi qud rotika Ya Qowwi ya matin Ya Ar Hamar Roohimin.
Bika nassta I’n.
Dengan berkat kekuasaan Mu, Wahai yang sangat Kuat, yang sangat Teguh, Wahai Yang Sangat Menyayangi daripada Para Penyayang, dengan Engkaulah Kami Meminta Pertolongan.

20. Allahumma Ya Saabiqal ghousi.
Allah , Wahai yg mendahului pertolongan.


21.Ya Saami’a s shouta.
Wahai yg mendengar suara.


22. Ya kaasi yal izhoma ba’dal mauta.
Wahai yg memakaikan tulang-tulang akan dagingnya ,selepas mati.


23. Aghis ni wa ajirni min hizyid dunnya wa azabil akhirah.
Tolongilah daku, hindarilah daku daripada kehinaan dunia dan azab negeri akhirat.


24. Wa La haw la wala quwwata illa billahil aliyyil a’zhim.
Tiada ada daya dan tiada ada upaya melainkan dengan Allah yg Maha Tinggi lagi Maha Agung.




أَشْرَقَ نُوْرُ اللَّهِ. وَظَهَرَ كَلاَمُ الله . وَثَبَتَ أَمْرُ اللَّهِ. وَنَفَذَ حُكْمُ اللًَّهِ. وَتَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ. مَا شَأَ اللَّه وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِااللَّهِ . تَحَصّنْتُ بِخَفِىِّ لُطْفِ اللَّهِ , وَبِلُطْفِ صُنْعِ اللّهِ, وَبِجَمِيْلِ سَتْرِ اللَّهِ وَبِعَظِيْمِ ذِكْرِ اللَّهِ, وَبِقُوَّةِ سُلْطَانِ اللَّهِ, دَخَلْتُ فِى كَنَفِ اللَّهِ, وَاسْتَجَرْتُ بِرَسُوْلِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , تَبَرَّأْتُ مِنْ حَوْلِى وَقُوَّتىِ, وَاسْتَعَنْتُ بِحَوْلِ اللَّهِ وَ قُوَّتِهِ. أَللَّهُمَّ اسْتُرْنِى وَاحْفَظْنِى فِى دِيْنِى وَدُنْيَايَ وَأَهْلِى وَمَالِى وَأَوْلاَدِى وَأَصْحَابِى وَأَحْبَابِى بِسَتْرِكَ الَّذِى سَتَرْتَ بِهِ ذَاتَكَ فَلاَ عَيْنٌ تَرَكَ وَلاَ يَدٌ تَصِلُ اِلَيْكَ. أَللَّهُمَّ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ أُحْجُبْنِى عَنِ الْقَوْمِ الظَّالِمِيْنَ.(3 مرَّة.). بِقُدْرَتِكَ يَا قَوِىُّ ياَمَتِيْنُ , يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ بِكَ نَسْتَعِيْنُ أَللَّهُمَّ ياَ سَابِقَ الْغَوْثِ, ياَسَامِعَ الصَّوْتِ, وَياَكَاسِىَ الْعِظَامِ لَحْماً بَعْدَ الْمَوْتِ , أَغِثْنىِ , وَأَجِرْنىِ مِنْ خِزْىِ الدُّنْياَ وَعَذاَبِ الآْخِرَةِ, وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِااللَّهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ.



3.Doa dari Syekh Abd. Qoder Al Jailani.

دعأ شيخ عبدالقادرالجيلانى.
رَبِّ أِنِّى مَغْلُوْبٌ فَانْتَصِرْ .
Ertinya: Wahai Tuhanku, Sesungguhnya Aku telah dikalahkan , maka tolongilah Daku.

وَاجْبُرْ قَلْبِى الْمُنْكَسِرَ وَاجْمَعْ شَمْلِى الْمُنْدَثِرَ .

Tutupilah hatiku yang pecah, Himpunkanlah sifatku yang luluh,

اِنَّكَ أَنْتَ الرَّّحْمَنُ الْمُقْتَدِرُ.اِكْفِنِى يَا كَافِى وَاَنَا
الْعَبْدُ الْمُفْتَقِرُ
Sesungguhnya Engkaulah yang Pemurah yang Mentaqdirkan. Pada kan daku wahai Yang Memadakan, Akulah hambaMu yang Berhajat,

وَكَفَى باِللَّهِ وَلِيًّا وَكَفَى بِاللَّهِ نَصِيْرًا .

Dan Memadailah dengan Allah sebagai Pembantu, Dan Memadailah dengan Penolong.

اِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيْمٌ .

Sesungguhnya syirik adalah suatu dosa yang sangat besar.

وَمَا اللهُ يُرِيْدُ ظُلْمًا لِلْعَبِيْدِ .


Dan tiadalah Allah menghendaki berlaku zalim kepada hambanya.

فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَلَمِيْنَ.


Maka di putuskan pengurusan kaum yang zalim , segala puji hanya bagi Allah , Tuhan seru sekelian Alam.




Adab doa’ menurut Husnul Hisan-Al Shawkani , yg dinukil oleh
Jam, ul Fawa id - Sheikh Daud al Fathoni.


Dan yang disuruh jauhkan itu yg ditegah menjauhkan mazalim dan dikembalikan mazalim manusia seperti yg tersebut dahulu dan menjauhkan makan yg haram dan minum yang haram dan pakaian yg haram dan usaha nya demikian pula sebolehnya.
( Maka ) tiada dapat doa yg mustajab melainkan yg suci daripada segala perkara yg tersebut itu dalam doanya dan thadaru’nya .maka adalah perkara yang seperti rukunnya pada qobul minta doa, bahawa mendahulukan amal yg soleh.Dan menyebutkan dia pada ketika kepayahannya dan bersuci dan membersihkan dirinya pada zahirnya dan batinnya daripada segala sifat yang kecelaan dan mengambil air sembahyang dan berhadap keqiblat tatkala minta doa, dan sembahyang jikalau dua rakaat dan berdiri atas lututnya dan memula dengan memuji atas Allah dan pada kesudahannya dan selawat atas Nabi s.a.w demikian pula dan menghamparkan dua tapak tangan nya dan mengangatkan keduanya dan bahawa adalah angkatnya itu hingga berbetulan dengan bahunya dan membukakan kedua nya serta beradab dan khusyuk dan berpegang kepada Allah seperti khusyuk engkau yg zahirnya dan jangan menggangkatkan matanya kelangit didalam berdoa’ pada sembahyang nya dan bahawa meminta doa’ dengan asma ul Allah al husna, dan dengan sifatnya yg ul ya, dan menjauhkan dengan bersaja’ , dan jangan diberatikan dirinya atas yg demikian itu seperti diberatkan dengan berlagu-lagu dan baik suaranya .Dan hendaklah ia tawassul kepada Allah dengan Anbia nya dan orang yang solehin daripada hambanya .dan perlahankan suaranya dan mengaku dengan kesalahannya dan taqsirnya dan memilih akan doa’ yang sahih daripada Nabi s.a.w. maka bahawasanya tiada berkenhendak akan yg lainnya . dan memilih akan doa’ yang jawamiul kalim
tammat.

contoh doa yang diamalkan dlm bulan puasa.

أَعوُذُ بِاللهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ

* بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ *

إِنَّ اللهَ وَ مَلآئِـكَتَهُ يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِىِّ يآ أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوْا َصلُّوْا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا * لَبَّيْكَ .

اَللَّهُمَّ صَـلِّ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ النَّبِىِّ الأُمِّى وَ عَـلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ (10×) .

صَـلِّ وَسَلِّمْ يَا رَبِّى عَلىَ حبيبك مُحَمَّدٍ وَ عَـلىَ جَمِيْعِ اْلأَنْبِيآء وَاْلمُرْسَلِيْنَ وَ عَـلىَ آلِ كُلٍّ وَصَحْبِ كُلٍّ أَجْمَعِيْنَ آمين . َواْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ .

أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ , وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَ رَسُوْلُهُ (3×)
أَسْتَغْفِرُ الله (25×)

اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ الَّذِِى لاَ اِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَىُّ الْقَيُّوْمُ وَ أَتُوْبُ إِلَيْهِ إِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ .
مِنْ كُلِّ ذَنْبٍ وَ مَعْصِيَةٍ , مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ دِيْنَ اْلإِسْلاَمِ,
مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الشَّرِيْعَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الطَّرِيْقَةَ,
مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْحـَقيْقَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْـمَعْرِفَةَ, مِنْ كُلِّ ماَ يُخاَلِفُ الْعَزِيْمَةَ , يَا اَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ.

أَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فاَعْفُ عَنَّا .

أَللَّهُمَّ اِنِّى أَسْتَجِيْرُكَ مِنْ جَمِيْعِ كُلِّ شَيْءٍ خَلَقْتَ وَاحْتَرِسُ بِكَ مِنْهُنَّ وَأُقَدِمُ بَيْنَ يَدَىَّ .


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

* قُلْ هُوَ اللهُ أَحَدٌ * اللهُ الصَّمَدُ * لَمْ يَلِدْ وَ لَمْ يُوْلَدْ وَ لَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ * (3×)

مِنْ أَمَامِى وَمِنْ خَلْفِى وَعَنْ شِمَالِى وَمِنْ فَوْقِى وَمِنْ تَحْتِى خَلَقْتَ رَبَّنَا فَسَوَّيْتَ وَقَدَّرْتَ رَبَّنَا فَقَضَيْتَ وَ عَلَى عَرْشِكَ اِسْتَوَيْتَ وَأَمَتَّ فَأَحْيَيْتَ وَأَطْعَمْتَ فَأَشْبَعْتَ وَأَسْقَيْتَ فَأَرْوَيْتَ وَحَمَلْتَ فِى بَرِّكَ وَبَحْرِكَ عَلَى فُلْكِكَ وَ عَلَى دَوَآبِّكَ وَ عَلَى أَنْعَامِكَ فَاجْعَلْ لِى عِنْدَكَ وَلِيْجَةً وَاجْعَلْ لِى عِنْدَكَ زُلْفَى وَحُسْنَ مَآَبٍ. وَاجْعَلْنِى مِمَّنْ يَخَافُ مَقَامَكَ وَوَعِيْدَكَ وَيَرْجُوْا لِقآَئَكَ . وَاجْعَلْنِى مِمَّنْ يَتُوْبُ اِلَيْكَ تَوْبَةً نَصُوْحًا وَأَسْأَلُكَ عَمَلاً مُتَقَبَّلاً وَعِلْمًا نَجِيْحًا وَسَعْيًا مَشْكُوْرًا وَتِجَارَةً لَنْ تَبُوْرًا. أَللَّهُمَّ اِنَّى أُشْهِدُكَ بِمَا شَهِدْتَ بِهِ عَلَى نَفْسِكَ وَ شَهِدَتْ بِهِ مَلآئِكَتُكَ وَأَنْبِيآئُكَ وَأُوْلُوْ الْعِلْمِ وَمَنْ لَمْ يَشْهَدْ بِمَا شَهِدْتَ بِهِ فَاكْتُبْ شَهَادَتِى مَكَانَ شَهَادَتِهِ أَنْتَ السًّلاَمُ وَ مِنْكَ السَّلاَمُ تَبَارَكْتَ يَا ذَا اْلجَلاَلِ وَاْلإِكْرَامِ . أَللَّهُمَّ إِنِّى أَسْئَلُكَ فِكاَكَ رَقَبَتِى مِنَ النَّارِ. اَللّهُمَّ أَعِنِّىْ عَـلَى غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَسَكَرَاتِ الْمَوْتِ وَآَخِرُ دُعَآئِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ , اَللّهُمَّ اغْفِرْلِى وَارْحَمْنِى وَأَلْحِقْنِى بِالرَّفِيْقِ الأَعْلَى . سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ وَ سَلاَمٌ عَلىَ الْمُرْسَلِيْنَ وَ اْلحَمْدُ للهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ, لَهُ اْلمُلْكُ وَ لَهُ اْلحَمْدُ يُحْيـِىْ وَ يُمِـيْتُ وَ هُوَ حَىٌّ لاَ يَمُوْتُ بِيَدِهِ اْلخَيْرُ وَهُوَ عَـلَى كُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٌ. رَضِيْتُ بِاللهِ رَبًّا وَبِاْلإِسْلاَمِ دِيْنًا و ِبمُحَمَّدٍ صَـلِّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَبِيًّا وَرَسُوْلاً. حَسْبِىَ اللَّهُ لاَ اِلَهَ اِلاَّ هُو . حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ . نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ .لاَ يَحْزُنُهُمُ الْفَزَعُ الأَكْبَرُ . اِيَّاكَ نَعْبُدُ وَ اِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ . وَاْلحَمْدُ ِللهِ رَبِّ اْلعَالَمِيْنَ




doa ramdhan untuk para muridin.

اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً

وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ اْلقُرْآنِ فِى شَهْرِ رَمَضَانِ وَعَلى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ

dibaca 40 x dlm sehari.

Monday, September 10, 2007

Memperbaiki Adab-adab Puasa di bulan Ramdhan.



RAMADHAN AL MUBARAK... BULAN DIBERKATI, PENGAMPUNAN DAN LATIHAN.

اللهم انك تحب العفو فاعفوا عنا وعن والدينا وعن جميع المسلمين والمؤمنين والمؤمنات ..آمين... يا رب العالمين

Sempena bulan puasa ni , marilah kita menambahkan amal kebajikan sebanyak mungkin mudahan dimakbul Allah dan dibaiki sifat-sifat ubudiah kita terhadap Yang Maha Kuasa.

Rahsia Huruf dalam kalimah
صوم
Shaum ertinya Puasa..

Huruf Shad - mengisyaratkan الصبر = Sabar.
"Sesungguhnya dibalasi pahala orang yang bersabar dengan tanpa Hisab".. al Quran.

Huruf Waw- mengisyaratkan الورع = Wara. iaitu meninggal perkara yang samar (syubhat).
" Wara itu penghulu amalan" -al hadis riwayat al Tirmizi.

Huruf Mim- mengisyaratkan المحسن = Muhsin. Berbuat ihsan.
" Sesungguhnya Allah telah mewajibkan berlaku IHSAN diatas setiap perkara"- al hadis riwayat Muslim.

Sangatlah perlu memerhatikan tiga sifat ini apabila seseorang itu sedang berpuasa. Kebiasaannya perkara-perkara yang menjuruskan kepada tiga perkara inilah atau sebaliknya yang menjadi fokus latihan, ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t kepada kita ketika menjalani ibadah puasa yang sempurna. Samaada puasa tingkatan khusus atau khusus al khusus. Sebaliknya kemungkinan puasa awami yang kita miliki, yang hanya menahan lapar dan dahaga disiang hari, jika kita tidak menjaga dan mengawasi ketiga-tiga perkara tersebut.

Allahu Musta'an...

Rujukan:
1. Asrarus al Shyiam.. Sheikh Soleh Al-Ja'fari.
2. Ihya Ulumiddin...... Imam Ghazali.
3. Siyarus Saalikin...... Sheikh Abd. Shamad al Falambani.