Sunday, April 19, 2015

Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.


Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.  

Disediakan oleh al Faqir wal Haqir Haji Abdul Raof Bin Nurin . PondokTampin. 

Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.



Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.

1. Ihya Ulumiddin.

2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.

Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi  Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458,  berkata: 

Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah bin Ja’far  r.a,  Abdullah bin Zubir r.a,  Mughirah bin Syubah,  Muawiyah  r.a dan selain mereka.}.


Dimuka surat 465 beliau menyambung:

Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat seperti  hari –hari Tasyriq}  -  Ittihaf Saadatul Muttaqin ,  Juzuk 6,   – 468 , cetakan  Dar Fikar.


Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas  majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:


Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan syarak.2


 Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang penulis terjemahkan seperti berikut:



Maksud  Sama’:  Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1

Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.

Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.


(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.


 Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.

 Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah,  lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam  juzuk 1 muka surat 245,  Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.

Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai  tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak.  Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :


Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.

Terjemahannya.

Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari  (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh)  dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya:  Tarian pada majlis sama’  dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya  suatu  ghalabah (dikalahkan)  oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya.  Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs)  yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah  seperti  berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas  syara’  pada keharaman mahupun keharusan  maka  Zahir nas-nas menunjukkan Harus. 
Sheikh Ibn Ajibah  meneruskan lagi  : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya  disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan  alat-alat muzik yang diharamkan.  Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
 Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada  dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga  dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan

Ketika  majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang  membawa kepada haram.





Imam Sayuthi   juga   membahaskan  Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .


Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.  
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’

Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:

 Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
 “Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang  Habsyi  menari sebagai  menyambut raya dalam  masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,

Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas:  Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).

Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus  (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .

Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah  tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.



 Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:



Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).


Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).


Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :

[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]

Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi  r.a. 
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk,  dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha  berkata,   { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}

’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w  bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}


Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.

Tamat terjemahan 

1. Ihya Ulumiddin. 
2. Al futuhatul lahiyyah..


...........................................................................................................................................

1 Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti  Racun yang membunuh.

4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi  Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.- 
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi

Beliau menghafal kitab hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:

”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang  dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir  mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.




Saturday, March 28, 2015

Daurah Sunan Sittah kali ke 3 , pada 22 feb. 2015 .

Majlis Khatam Periwayatan Hadis Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Darimi dan Sambutan Maulidur Rasul SAW. Pondok Tampin. 22 Februari 2015.













Tuesday, March 24, 2015

Friday, March 06, 2015

IMAM SAYUTHI DHOIFKAN HADIS MUSLIM ?.
Kritik atau naqd hadis2 dalam Jamik Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serupa macam kritik terhadap  Imam Shafie . Tidak akan jadi kesan yang menjejaskan  pada Mazhab Shafie.  Begitu juga kalau sekalipun dinaqad hadis2 dalam kedua kitab tersebut , tidak akan terjejas sedikit pun kesahihan hadis2 dalam kedua sahih trsebut.
Imam Dumyathi , dalam Hasyiah matan nazam Baiquniyah mencatit jumlah hadis2 dalam kedua sahih trsebut yang dikritik orang , tetapi didapati ijmak mensahihkn kesemua isi kandungan  kedua-duanya.
Al qurthubi, dalam Syrah Jamik Sahih Muslim , menukilkn  telah serlaku ijmak pada dinamakan kedua2 jamik  tersebut , sebagai Jamik Sahih iaitu Himpunan Hadis2 Sahih.
Dalam risalah  berjodol - Wazifah hadis2 Dhoif-  karangan Sheikh Zaki Ibrahim, Raaid Asyirah Muhammadiyah, Syazuliyyah Mesir. Al Fakir telah terjmahknnya kebahasa melayu. Alhmdullilah.
telah menyatak : ....semua hadis dlm keduanya terdpt yg dikritik orang sebagai dhoif, sebenarnya mudho'af,-  Maksudnya,  terdapat Khilaf orang lain pada menilai rijal2 hadis Bukhari Muslim dalam  Kitab  Jamik keduanya.


Al Faqir mengigatkan, satu kesimpulan dalam satu sesi dialog selepas sembahyang maghrib semasa daurah dipondoktamin bersama sheikh Samer Nass baru2 ni, ... Bukhari adalah Mujtahid dibidang Hadis. Sekalipun terdapat
rijal2 beliau yg dikritik , tapi beliau masukkn juga kedalam jamik sahih beliau atas ijtihad beliau dan beliau mempunyai sebab2 lain yang rumit diketahui melainkn mereka yang benar2 masak pelajaran mustholahnya, jarh wata'dil dan ilmu rijal.
Al Faqir mengigatkan...dalam dunia ini, thabaqoh selepas Imam Bukhari, belum pernah wujud orang yang mengatasi Imam Bukhari dalam ketajaman syarat2 jarh wat ta,dil.
Jadi...bagaimana boleh dihukum terdapat hadis dhoif dlm jamik keduanya?. Itu tidak munkin berlaku jika dipandang terkehadapannya Bukhari pada Syarat2 beliau, dan itulah realitinya yg brlaku dengan sebab itu lah para ulamak selepas beliau sekata bersetuju menamakn dan menerima kedua2nya sebagai perhimpunan hadis2 sahih (Jamik Sahih),
Dlm kitab at- Ta'zim  wal Minnah , Imam Sayuthi tidak sorihkn kata hadis riwayat Imam Muslim ..tentang bapa nabi dlm neraka tu sebagai dhoif. Imam Sayuti bahas hadis tu ma' lul dan ada takwilnya dengan jalan Kaedah Tawriyah  menurut Ilmu Balaghah. Tiada satu kalimat dhoif pun dalam kitab Imam Sayuti tersebut yang  dicatit hadis tersebut dihukum dhoif. Sebaliknya ketika ditakwil dengan Tawriyah, dicatit kalimat (asbatu) iaitu riwayat at thobarani , al bazzar lebih thabit , Sayuthi mengunakan kalimat isim tafdhil.
Lagi pula sayuthi kata diakhir komen dia....wa la yakunu zalika qadhan fi sihhatil hadis min ashlihi, bal fi hazal lafzi faqd....intaha...mukas 50....ta,zimul minnah.
Oleh itu...
Hadis2 dlm jamik sahih bukhari dan muslim kena cermat.
Kalau kita sahihkn hadis bapa nabi dlm muslim itu , bukan pula mknanya kita terpengaruh dgn wahabi. Sebenarnya kita ikut ijmak. Ijmak lebih besr dan kuat dari thuruq hadis itu sendiri walaupun thuruq hadis itu ada ma'lul nya mcm yg sayuthi bincang ma'lulnya tu. Sakhawi dlm fathul mughis... bahas , dua jamik tu telah ijmak sahih kandungan keduanya. Bukn aghlabiyyah lagi. Walupun ada qiil kata sahih A'la zanni.
Sebab itu salah , bila diitlaqkan ayat atau kalimat Dhoif untuk dinisbahkan pada kedua jamik tu. ...hubaya hubaya... wahabi pun tak buat begitu...
Mereka salah dalam memahamkan makna2 hadis itu. Dan itu telah maklum style mereka mmng cmtu biasanya.
Albani , bila menulis taklik sahih bukhari dan muslim dalm kitab silsilah dia..dan dicetak...ramai orang alim bising...sbb albani seolah2 cuba mewas2kan orang ramai pada 2 kitab tu dgn buat taklik dibawah hadis bukhari,,,catit pula ini hadis sahih...?..apa dlm bukhari ada yg tak sahih ke, sampai perlu ditanbihkan begitu disetiap hadisnya?, termasuk yg bising adalh qardawi sendiri pun bising juga, sbb tak munasabah langsung . Ulmak lain yang tegur mmng ramai...tetapi tengelam begitu saja lah. Kalau hendak  buat camana....dah zman ni zaman fasad.

Sunday, March 01, 2015

Biodata ringkas Tuan Guru Sheikh Daud Malau

Catitan ini  disalin  dari kertas milik Isteri Tuan Guru - catitan oleh Bahagian penerangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Negeri Kedah - biodata Tuan Guru  pada 19 robi' akhir 1400 hijrah bersamaa 7 march 1980 masihi.  




Nama: Tuan Guru Haji Daud bin Haji Hasan.

Lahir: Dalam tahun 1934 masihi diKampung Panji, Kota Bhru , Kelantan Darul Naim.

Tempat tinggal: Bermaustatin di Pekan Malau , Mukim Bakai, Baling, Kedah Darul Aman.



Pelajaran:

- Mula bersekolah di Madrasah Aziziah Kampung Beris, Jambu, Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Muhammad bin Idris digelar dengan nama Muhammad Bukhari - lebih kurang 10 tahun.

- Pada tahun 1954  masihi pindah kePondok Bunut Payung , Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  sehingga tahun 1959 masihi dan diberi pula tugas sebagai guru tambahan.

- Akhir tahun 1959 masihi berangkat ketanah suci Mekah  al Mukarramah dan belajar di Darul Ulum ad Diniyyah , Mekah - selama 2  tahun., mendapat Syahadah al Aliyyah ( Sijil tertinggi).

- Kemudian jadi Ahli Fatwa di Mekah, kemudian menjadi Ahli fatwa Alim Ulamak Malaysia di Mekah al Mukarramah serta menyusun sebuah kitab bernama "Panduan Zaman tergantung didalamnya beberapa fatwa mengenai masalah Fekah , Tawhid dan Tasawuf.

- Pada tahun 1962 masihi menerima Tauliah mengajar diMasjid al Haram daripada Pengetua Masjid al Haram . Pernah menjadi guru diDarul Ulum selama 4 tahun. Pernah menjadi Ahli Penerangan kepada Jemaah2 Haji Malaysia bagi pihak Persatuan Penuntut2 Malaysia di Mekah.

-Pada tahun 1967 masihi kembali kePekan Malau.


- Berkahwin di Mekah  pada tahun 1966 masihi , telah mendapat 5 orang cahayamata .



Tugas-tugas asas 

- Pada tahun 1967 sebagai pensyarah sukarela di Masjid2  iaitu setelah  mendapat galakan dari Tuan Haji Tajuddin Qadhi Daerah Baling.

- Mengajar orang2 kampung diMadrasah sendiri diPekan Malau pada tiap2 hari Jumaat hingga kehari ini . Antara 200 ke 300 orang hadir .

-Pada akhir 1967 meminta pecah kariah daripada kariah Bakai kepada kariah Malau .

- Menjadi Imam di Masjid kariah tersebut hingga ke hari ini .

- Membuka Sekolah Agama dengan sukarela pada akhir tahun 1968 dengan tidak memungut yuran selama 3 tahun, kemudian mendapat bantuan pejabat zakat dan Fedral hingga hari ini, bahagian agama hingga tingkatan 6 dan bahagian akademik hingga tingkatan 5.

- Sebagai guru besar sekolah tersebut.

 Tugas sukarela.

- Menjadi Ahli Majlis Agama Islam mulai awal tahun 1971.

- Menjadi ahli jawatankuasa kampung.

-Pemeriksa bakal2 pegawai masjid daerah Baling.

- Pengerusi penerangan PERKIM Daerah Baling.

- Dakwah sukerela seperti membasmi amalan2 menyeleweng.

- Menjadi guru agama mengajar didalam Negeri Kedah , Perak, dan Pulau Pinang serta menjadi guru tetap IJTIMAK PADANG LALANG , Bukit Mertajam.


Mata pencarian.

- Kebun.
-Bendang.





Friday, February 20, 2015

Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015


Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015 PONDOKTAMPIN



Tarikh: 22 feb. Hari Ahad malam Isnin . 


Masa: 9.30 malam - 11 malam.






---------------------------------------------------------------------------

9.30-mlm : ketibaaan  .

9.35-mlm :  Majlis bermula dengan bacaan Al Quran.

9.40-Qasidah dan selawat.

9.50-Ucapan aluan oleh Mudir Pondoktampin.

10.00-Ucapan Setiausha MAINS

10.10 - Qosidah dan Selawat.

10.20 - Ucapan dan pengijazahan Sanad Sunan Nasaie dan Ibnu Majah oleh Sheikh Dr Samer Nass

10. 50- Taushiah oleh Sheikh Ali London.

11.00 - qosidah dan Selawat.

----jamuan makan malam dan bersurai.



Wednesday, February 18, 2015

Friday, February 06, 2015

Thursday, February 05, 2015

Program Tangguh Sehari.








Dimaklumkan bacaan Hadis dimajlis daurah ketiga kalinya ditangguhkan sehari ke hari sabtu 7 feb. Sebab penangguhan flight Sheikh Samer dari Bairut ke Dubai sehari. Sekian dimaklumkan. 

Saturday, January 31, 2015

Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah pada 6 hingga 22 feb 2015.




*Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah  pada 6 hingga 22 feb 2015.








6 Februari 2015 hingga
22 Februari 2015
12.00 malam- 5.00 pagi
Istirehat
5.00 pagi
Kendiri
6.00 pagi – 7.00 pagi
Solat Subuh & wirid ringkas
7.00 pagi – 8.00 pagi
Kendiri
8.00 pagi – 9.00 pagi
Sarapan
9.00 pagi – 10.45 pagi
Bacaan Hadis
10.45 pagi – 11.00 pagi
Rehat
11.00 pagi – 1.00 petang
Bacaan Hadis
1.00 petang – 2.30 petang
Solat Zohor dan Makan Tengahari
2.30 petang – 5.00 petang
Bacaan Hadis bermula
5.00 petang – 5.30 petang
Solat Asar & wirid ringkas
5.30 petang – 6.30 petang
Bacaan Hadis
6.30 petang – 7.00 malam
Kendiri
7.00 malam – 7.30 malam
Solat Maghrib & wirid ringkas
7.30 malam – 8.30 malam
Makan Malam



* Tertakluk pada pindaan dan kesediaan  Sheikh.









Friday, January 16, 2015

Daurah Sunan Sittah kali ke 3- Untuk Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah. 5 - 22 Febuari 2015 m .




Objektif Daurah Hadis 





Method penulisan Sunan Nasaie 




Method penulisan Sunan Ibnu Majah




Biodata Pengajar Jemputan Khas - al Allamah Sheikh Samer An Nass. 


boleh lihat  website English, atau web sheikh samir atau  facebook beliau atau dalam YouTube




PERHATIAN:
Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian .

Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan. 
Maklumat lanjut akan diupdatekan dari semasa ke semasa ,  insyallah.







Thursday, November 13, 2014

Program tafaqquh Ilmu tawhid- Kitab Matan Ummul barahin dan Jawharah Tawhid.

Dengan Harapan kehadiran lebih ramai pencinta Ilmu dan ahli sunnah wal jama,ah,.

Friday, November 07, 2014

Monday, October 27, 2014

Bukan soal taksub mazhab

Program " Saya nak sentuh Anjing". tidak sepatutnya diberi keizinan oleh pihak berkuasa agama.
Sebabnya : Bukan soal taksub mazhab, tetapi, apa alasan yang kukuh sehingga perlu diadakan majlis khas seperti itu dengan terbuka?.
memang tak ada alasan. alasan2 yang diberikan hanya sekadar alasan tidak matang. dan penyokong2 yang bersuara selepas timbul kritikan pun tiada idea yang bernas nampaknya.
Faktor yang sangat jelas untuk tidak lagi diadakan majlis seperti itu ada 2:
1. memandangkan tiada langsung anjuran agama melalui hadis2 Nabi s.a.w maupun para sahabat r.anhum untuk merapatkan tubuh badan manusia dengan haiwan yang bernama anjing. kalau pun dikatakan air liur anjing tidak dihukum najis samada mutawasitah atau mughallazah mengikut mazhab2 fikah selain Mazhab Shafie?, itupun bukan hujjah yang kukuh ,sebab semua Mazhab bersetuju untuk membasuh setiap benda yang dijilat oleh lidah anjing.
Perintah membasuh adalah maktub didalam hadis2 yang sahih dari Nabi s.a.w, oleh itu tiada terdapat percanggahan pendapat para fukaha atas tuntutan basuh ini.
Cuba perhatikan banyak hadis2 yang menunjjukan makna "jahui dari jasad anjing" kalau pun ada manfaatnya boleh diambil, mestilah dalam bentuk menjauhi juga iaitu keharusan mengambil anjing sebagai penjaga harta benda, rumah dan kebun. tetapi tidak boleh dibawa masuk kedalam rumah.
- hadis2 perintah membasuh jilatan anjing yang kena pada setiap bekas trmasuk lah tubuh.
- hadis2 yang melarang memelihara anjing2,
- hadis2 yang melarang mengambil hasil jualan anjing disamakan dgn hasil perempuan jalang.
- hadis2 yang melarang masuk anjing kedalam rumah , malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada patung dan anjing.
- dalam fathul baari.. larangan Saidina umar r.a. , membiarkan anjing masuk kedlam masjid Nabi dan berkeliaran .
- dan banyak lagi..
cuba fikir.. apakah maksud larangan2 Nabi s.a.w tersebut maknanya kita disuruh mendekatikan diri kita dengan anjing2, kucup2, biarkan dijilat2nya?...
Hadis2 tersebut maknanya kita disuruh karib dgn anjing atau menjauhinya?.
2. Menghormati fatwa2 Syariah adalah wajib. Semua Ulamak Islam telah Ijmak terhadap kewajipan menghormati fatwa2 syarak.
Jika pengajuran majlis2 seperti itu atas niat untuk melekeh2kan fatwa mazhab shafie yang telah berakar umbi diamalkan di tanah melayu ini, maka saya tidak berani menhukum haram perbuatan tersebut , tetapi maksud dari teks para ulamak menghukumkan begitu. wallahu a'lam.

Friday, October 10, 2014

Monday, September 08, 2014

Majlis Ibadah Qurban 2014 (1435H)

 السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ 

InsyaAllah, bersempena AidilAdha pada tahun ini 2014 (1435H), adalah dimaklumkan bahawa, PondokTampin akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban.

Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berhajat menyertai, boleh berhubung terus dengan Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Raof (pondok_tampin@yahoo.com) atau kepada Saudara Anwar (anwar.ukm@gmail.com)

Harga : a) 1 Bahagian Lembu : RM500
b) 1 Ekor Kambing : RM800

Bersempena majlis ini, Pihak Urusetia juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan majlis ini.

Sekian dimaklumkan.



Maklumat Tambahan :
Terdapat seekor lembu - Cadangan untuk Korban dan Akikah (Seperti gambar dibawah)

Harga :  
1 Seekor Lembu : RM4500 (1 Bahagian : RM650 )






Boleh menghubungi Pihak Urusetia untuk maklumat lanjut.

Sekian dimaklumkan.

Tuesday, August 19, 2014

kitab-kitab umdah (rujukan utama) fekah mazhab Shafie berbahasa arab



Ada beberapa buah kitab panduan fatwa dalam bahasa arab , yang mengumpulkan istilah-istilah fekah mazhab Shafie dan tertib susunan berfatwa mengikut cara tertib kitab para fukaha mazhab Shafie. Khasnya ditujukan kepada para Mufti dan Qadhi yang tidak sampai darjat mujtahid. Maksudnya bagi mereka yang mujtahid ,  jika tidak mengikut kaedah tertib ini, maka tidak perlu kepada penyusunan dahulu kemudian isi kandungan kitab-kitab tersebut.


Antaranya yang biasa dijadikan panduan dan selalu dijumpai dalam karangan berkaitan fatwa fekah:


1.كنب سبعة المفيدة

2. فوائد مدينة 

3 فوائد مكية

.....

Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut  dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan  footnote kepada teks  matan  منهاج الطالبين  penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .

Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap  matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu Melayu.

Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti  Islam. 


1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى. 


 bersambung...insyallah..




Tuesday, August 12, 2014

masalah khabar /berita. Bukan soal yakin

Soalan:  Dalam fathul muin dari syarah minhaj...1 hadith Rasullah memakan keju syria yg di buat dr susu yang di ambil dr perut anak babi yang br menyusu...boleh x syeikh tlg terangkan...


 

J
awab:  Itu masalah khabar /berita. Bukan soal dah yakin . Sebab itu dalam kitab fathul muin dan hasyiahnya , ada ulasan ulamak -as syuhrah la taqtadhi sihhah- maksudnya setiap cerita dan khabar yang masyhur tersebar dikalangan orang ramai itu tidak semestinya benar. Kalau mahu dijadikan kata pemutus hukum haram makan keju itu dengan sebab ada khabar2 yang tersebar ianya dibuat dari bahan babi, maka tak boleh lah dihukum haram. Cerita masih ditahap tidak meyakinkan. Jadi, keju itu masih mengikut hukum asalnya iaitu halal dimakan .

Ini berlainan dengan keadaan yang meyakinkan , sekalipun hanya melalui khabar, tetapi telah terbukti dari pengakuan pihak2 yang berkaitan dgn isu DNA yang masih hangat dibincangkan sekarang. Takada jalan nak bermudah2 berhukum dengan guna kaedah (HUKUM ASAL ) , sedangkan keadaan yang YAKIN. Cuba2 lah bincang secara telus . wassalam.

FAEDAH DAN PADAH MAKAN BABI.

FAEDAH DAN PADAH MAKAN BABI.

A. Dinukilkan dari kitab Hayat Hayawanul Kobro- karangan Sheikh Kamaluddin Ad Damiri- juzuk pertama muka surat 303 . cetakan Darul Fikar- tanpa tahun.

Beliau berkata:

Meriwayatkan al Bukhari dan Muslim dan selain dari mereka berdua, dari Abu Hurairah r.a Bahawa Nabi s.a.w bersabda , Demi Diriku ditangan kekuasaan Nya, Sesungguhnya hampirlah diturunkan pada kamu Ibnu Maryam alaihissalam, menghukum dengan keadilan, Memecah cross, MEMBUNUH BABI , membatalkan jizyah dan melimpah-ruahkan harta sehngga tiada lagi orang yang mahu menerima (harta sebab sudah terlalu banyak).

- Diantara keajaiban perkara BABI - Apabila di cabut sebelah matanya saja , dia akan mati dengan cepat.

- ( Hukumnya) Tidak Harus menjual babi, kerana riwayat Abu Daud dari Hadis Abi Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah azza wajalla telah mengharamkan khamar dan harganya, mengharamkan bangkai dan harganya, DAN MENGHARAMKAN BABI DAN HARGANYA .

B. Dinukilkan dari KITAB AZZAWAJIR_ karangan Sheikh Ibnu Hajar Al Haitami. juzuk 1 mukasurat 361. Cetakan Darul Fikar- tanpa tahun.

Sebab keharamnanya adalah dia Najis.

Memakannya akan menumbuhkan zat2 badan. dan akan menghasilkan akhlak2 dan sifat2, Ia pula akan mengikut jenis pemakanan yang dimakan.

BABI- TERCIPTA ATAS AKHLAK YANG SANGAT KEJI,
SETENGAH ( akhlak kejinya);

1. TAMAK YANG KEJI.

2. SANGAT GEMAR MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG.

3. TIADA SIFAT CEMBURU .

TELAH DIHARAMKAN SESEORANG INSAN DARI MEMAKANNYA AGAR TERHINDAR DARI DAPAT SIFAT2 YANG BURUK LAGI KEJI ITU.

DARI KERANA ITU , ORANG2 NASRANI YANG SELALU MELAZIMI MEMAKANNYA, ISTEMEWA ORANG DARI EROPAH , TELAH DIWARISKAN KEPADA MEREKA BERSIFAT;

TAMAK YANG BESAR,

GEMAR MELAKUKAN PERKARA YANG TERLARANG, DAN

TIADA SIFAT CEMBURU . SEBAB TERLIHAT ADA LELAKI YANG MENJIMAK ISTERI MEREKA, TIADA PULA DIBANTAHI.

--- ..... Tammat ringkasan cedukan dari kitab2 tersebut..

YA TUHAN, JAUHI KAMI BENDA2 ITU... ALLAHUMMA AMIIN...

JAUHILAH KAMI DAN KAUM KAMI BERMUDAH2 DENGAN BENDA ITU..

JAUHI KAMU TERIKUT2 FAHAMAN YANG BERMUDAH2 ITU.. AAMIN...

Tuesday, August 05, 2014

Hukum pukul darbuka/yenki/darbakah.



Kesimpulan Nya: 

Haram menurut qaul muktamad  - menurut Sheikh ibnu Hajar.

Harus menurut qoul Muqobilnya- menurut Imam Harmain, Imam Rafaie dan Imam Ghazali selagi tiada unsur-unsur tasyabbuh dengan permainan melalaikan dari golongan pondan atau seumpamanya.


Ulasan.

Sekalipun pendapat kedua ini adalah qaul yang dianggap lemah, tetapi harus diamalkan bila diikuti syarat2nya dan istemewa pula bila amalan bernasyhid dan bermadih yang menggunakan salahsatu alatnya dengan darbuka/yenki/darbakah. telah umumul balwa diamalkan oleh masyarakat Islam di Nusantara dari golongan orang2 soleh dan para ulamaknya , walaupun ini dengan dipandang tiadanya percanggahan pendapat tentang definasi al kuubah yang dimaksudkan didalam hadis tersebut dan hukum haramnya berillah atau tidak, maka tidak dengan mudah kita beramalkan dengan qaul yang muktamad itu yang terus mengharamkan darbuka. Ini disudut amalan bukan fatwa dan ifta.

Sebaliknya Jika dipandang disudut terdapatnya percanggahan pendapat tentang definasi al kuubah , maka  telah mantaplah berlainan maksud hadis dengan hukum untuk perkara yang dimaksudkan , maka keharusannya adalah lebih jelas tanpa perlu didetailkan lagi. Wallahu a'lam. wassalam.