Monday, March 19, 2007

Persoalan Akidah Imam Ahmad Bin Hanbal r.a .



Sesapa yang boleh baca arab , cecuba le peratikan sesikit hak yg dalam kitab fatawa s. ibn hajar ni ha... abih tidak nya dapat lah kita reti, akidah Tuhan bertempat/mempunyai pihak/berjihat/ pihak yg enam, tu isnadnya tak mutawatir. tak sekata ahli ilmu Islam yg faham gitu. abihtu?. nak pakai ke ilmu akidah yg kucar kacir riwayatnya tuh?.. memikir le kita, jgn tak memikir. kalau dema kata ,, eeh akidah tuhan tak bertempat tu ada dimasuki falsafah..?.. eeeh kita pulak mnjawab,, bukan soal falsafah -falsampahnya... sbb bila dah sampai periwayatan ilmu akidah ketabaqah salfussoleh , kok mane falsafahnya lagi?. bahkan akidah deme tu yg kate Tuhan bertempat ,,nampak-nampaknya mcm telah dimasuki faham mujassimah... ingatle sikit.. yg tak Islam pun berakidahkan Tuhan bertempat.

sesapa pulak yg rajin mmbc buku, beli le dan bacale pulak buku ustaz abdullah mustaqim "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT". - jahabersa. buku ni walaupun ade anak pak wahab sorangtu yg kritik ,kononya dah dijawab oleh sorng ustaz deme, tak kesah kita , sbb isi kandungn buku tu betul ngn akidah ASWJ yg sebenar.. sbb dalil dan hujjah2nya boleh dikorek dlm kitab2 aslinya yg bahasa arab yg jadi rujukan buku tuh...


Friday, March 16, 2007

ALLAH TIADA BERTEMPAT AKIDAH MUKTAZILAH SESAT?.

soalan tawhid:

aslmkum ustaz.
1.adakah benar akidah Allah tak bertempat akidah muktazilah?.
2. adakah betul imam abu hasan asha'ri ade tulis dlm kitab maqolat islamiyyin beliau?. syukran jzakumullah ustaz. -mohd azmin. ipoh.


walaikummuslm.
JAWAB:
1.Ya, tetapi tidak semestinya mereka yang beri'tiqod begitu akan dikategorikan sebagai pengikut muktazilah . Kerana bukan akidah Muktazilah sahaja yang menafikan Allah bertempat. Bahkah akidah Ahlusunnah wal Jama'ah yang benar, beri'tiqod "Allah tiada bertempat". Lihat sajalah buktinya akidah AHLUSUNNAH WAL JAMA'AH yang telah dinukil oleh Imam Abu Hanifah dalam kitab beliau "Fiqh al-Absath" ,

كان الله ولا مكان كان قبل أن يخلق الخلق ولم يكن أين
(ALLAH ADA, TIADA MEMPUNYAI TEMPAT. ADANYA ALLAH SEBELUM MENCIPTA MAKHLUK DAN TIDAK ADA PADANYA KALIMAH "DIMANA?". )

Siapakah IMAM ABU HANIFAH?. Tak perlu bahas. Bahkan Imam Abu Hanifah lebih mengerti apa itu akidah SALAF, sebab beliau adalah salah seorang Salaf yang hakiki. Menuntut ilmu dengan Sahabat Nabi s.a.w.


2.Ya, memang ade dlm Maqolatul Islamiyyin , tetapi tak boleh juga dibuat modal cek ooi , sebab perkataan Imam Abu Hasan dalam Maqoolat tersebut tidak mengatakan akidah "Allah tidak bertempat sebagai bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak ade sebut pun "Akidah, Allah tidak bertempat bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak de pun dlm kitab tu kata gitu. Imam Abu Hasan Ashaari hanya menyatakan akidah-akidah yang sepakat antara pemuka muktazilah dan akidah-akidah yang berikhtilaf antara sesama mereka dalam bab "هذا شرح قول المعتزلة فى التوحيد وغيره." bukannya antara muktazilah dengan ahli sunnah. cube cube le peratikan bebetul tajuk di m.s235 tuh.

kalau nak pakai fahaman "Imam Abu Hasan Ashaariy telah menyatakan I'tiqod Tuhan Tidak Bertempat Adalah I'tiqod Muktazilah Yang Sesat bukan I'tiqod Ahli Sunnah Wal Jama'ah" , sepertimana yang beliau nyatakan dalam kitab Maqoolat Islamiyyin"...???
kena lah masukkan juga " I'tiqod Allah tidak menyerupai sesuatu , bersifat sama' , basar, tidak berjisim, tidak berdaging, tidak berdarah....... adalah AKIDAH MUKTAZILAH yang sesat". Sebab perkataan begitu juga dicatit diawal bab ???.
---------------------------
perhatian:
KALAU ADA ORANG YANG MENDAKWA I'TIQOD TUHAN TIADA BERTEMPAT ADALAH MUKTAZILAH YANG SESAT SEMATA DAN BUKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH, BUANGKANLAH SAJA PERKATAANNYA SEBAB KATA-KATA YANG BEGITU TERBIT DARI ORANG YANG TIDAK MENGERTI APA ITU AKIDAH TAWHID, SATU PERCUBAAN UNTUK MENYESATKAN UMAT .

Sunday, March 04, 2007

Berkompang semasa Nashid dan selawat contohnya berkompang dimajlis bacaan qosidah burdah untuk majlis maulud Nabi dan sebagainya, dilakukan didalam masjid adalah HARUS .

Allamah Ibnu Hajar al Haitami menyebut dalam tiga kitab beliau, kitab
1. Kaffu Ruaa',
2..Fatawa al Kubro dan
3.Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad:

Ibnu Hajar berkata dalam Kaffu Rua'a- di Haamisy Az Zawajir 1/81:


قال شيخان : حيث أبحنا الدف فهو فيما اذا لم يكن فيه جلاحل, فان كانت فيه فلأصح حلّه أيضا.

Berkata Imam Rafi'e dan Imam Nawawi: manakala kami mengharuskan kompang maka bermaksud pada kompang yang tiada alat berbunyi kelencing, jika ada (alat kelencing), maka Qaul Ashah adalah Halal juga.

dalam Fatawa al Kubro - 3/356

وقد رقص الحبشة فى المسجد وهو صلعم ينظرهم ويقرهم على ذلك . وفى الترمذى وسنن ابن ماجه عن عائشة رضى الله تعالى عنها أن النبى صلى الله عليه وسلم قال :( أعلنوا هذا النكاح وافعلوا فى المسجد واضربوا عليه بالدف )

وفيه ايماء الى جواز ضرب الدف فى المساجد لأجل ذلك فعلى تسليمه يقاس به غيره


Sesungguhnya orang Habsyi ber RUQS didalam Masjid Nabi, Nabi melihat dan mengakui/tidak membantah perbuatan mereka. Didalam hadis Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah dari Siti Aisyah r.anha, dari Nabi s.a.w Beliau bersabda: Iklankan oleh kamu akan pernikahan , dan lakukannya dimasjid-masjid, dan pukullah kompang kerananya .

Pada hadis ini terdapat satu isyarat menunjjukan Harus memukul kompang didalam MASJID-MASJID sebab mengiklankan perkahwinan, maka atas persetujuan kefahaman ini ,diqiyaskan dengannya pada keadaan-keadaan yang lain.

Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad - 2/406

ويباح الدف وان كان فيه نحو جلاجل , لرجل وامرأة ولو بلا سبب


DiHARUSkan kompang , sekalipun pada yang mempunyai kelencing, keharusan itu bagi lelaki dan perempuan sekalipun tanpa sebab.

Saturday, March 03, 2007

Sunday, February 25, 2007



A-cd tayangan slide multimedia pada hari ijtimak ---------- RM 5 sahaja.

B-cd Huraian matan al Hikam- Prof Muhibuddin al-Waliyy- vcd 1, 2 dan 3 - RM 5 - setiap satu vcd.

C- cd kupasan ayat-ayat mutasayabihat- T.G.Hj. Ismail sepanjang-vcd 1 , 2 , 3 dan 4 - RM 5 setiap satu vcd.

D- cd Forum -"Pengajian Tradisional antara Cabaran dan Harapan"-vcd 1 , 2 dan 3- RM 5 setiap satu vcd.

CD-CD rakaman video sepanjang majlis boleh ditempah dengan menghantar email ke pondok_tampin@yahoo.com .

Tuesday, February 20, 2007

Majlis Ijtimak Tholabah Pondok Berjalan lancar Alhamdulillah.

Majlis Ijtimak Tholabah Pondok Semalaysia yang berlangsung pada 16 feb - 18 feb di Madrasah Islamiah kg Bongek Acheh telah selesai dengan berjalan lancar. Kehadiran selama 3 hari tersebut dianggarkan melebihi 4 ribu orang. Para Ulama , Para Penuntut Pondok dan madrasah, penuntut universiti , sekolah dan orang ramai yang telah hadir dan berpuas hati dengan program yang ada . Sementara itu , beberapa Tuan Guru telah mengesyorkan agar diperkemaskan lagi beberapa acara dan pengurusan pada masa yang akan datang jika diadakan lagi program seumpamanya.

Pihak ahli jawatankuasa penganjur berharap dapat diadakan lagi program ijtimak tholabah ini dimasa yang akan datang samaada ditempat yang sama atau dimana-mana juga , mudah-mudahan dapat memperkemaskan lagi maklumat, tarbiah dan dakwah Islamiah kepada masyarakat Islam khas dinegara ini dan seluruh rakyat amnya. Insyallah.

CD-CD rakaman video sepanjang majlis boleh ditempah dengan menghantar email ke pondok_tampin@yahoo.com atau sms no 0199050204 - Ustaz Saifullah.



Tuesday, February 06, 2007


Info Terkini...

Insyallah Tuan Guru Prof. K.H. Muhibuddin al-Waliyy akan mengupas matan al Hikam pada program ijtimak nanti. beliau akan mengulas matan 1-10 (jilid 1) dan matan yang ke100-111 (jilid 2), berdasarkan buku Hakikat Hikmah Tawhid dan Tasawuf (syarah al-Hikam susunan beliau sendiri). Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf cetakan Pustaka Nasional Singapore - 2 jilid- terjual dikedai-kedai sekitar lembah kelang dan seluruh negara. Insyallah teks matan-matan Hikam yang akan digunakan akan di dijual dimajlis ijtimak nanti. Bagi sesiapa yang tidak mempunyai buku Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf tersebut boleh mendapatkan matan tersebut dimajlis nanti.
Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang pula akan membahaskan perbahasan menggunakan teks karangan beliau sendiri. Boleh dibeli di majlis ijtimak nanti. Insyallah.

Mawaizul al-Iman bicara ayat-ayat mutasyabihat.

Ahli panel Program forum perdana yang terdiri daripada Prof. Muhibuddin, Tuan Guru Haji Ismail dan Tuan Guru Haji Wan Shagir , bagi membincangkan tajuk "Pengajian Tradisional diantara cabaran dan harapan" adalah acara kemuncak ijtimak, dijangkakan akan dapat memberi input terbaik kepada masyarakat Islam diNusantara dan Negeri Sembilan khasnya.

Soal-jawab akan dibuka setiap kali selesai Tuan Guru - tuan guru menyampaikan kuliah.

Semua pengunjung diminta mendaftar diri, pendaftaran adalah percuma dan setiap yang mendaftar akan diberikan cenderamata percuma.

Maklumat lanjut sila berhubung : Ustaz Khairuddin -012 3752240.
En. Ismail - 016 3184397.

Muslimin dan muslimat dijemput hadir .



Monday, January 22, 2007


Majlis Ulangtahun ke 70 Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim -Bongek.
akan dirasmikan oleh Y.A.B Menteri Besar Negeri Sembilan.
disertai:
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA.

sila klik untuk download:

Biografi Ulamak Undangan
IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA
Perhimpunan Penuntut-penuntut Pondok SeMalaysia.

Sila sebarkan ... Insyallah, tabarakallah.

Tuan Guru Haji Ibrahim , Bongek. Alim ilmu Falakiah, meninggalkan karangan bermutu dibidang falak/hisab untuk menentukan tarikh raya ,puasa , waktu sembahyang dan berbuka.
Beliau pernah berguru dengan tokoh-tokoh ulamak yang masyhur, diantaranya: Tok Kenali yang sangat terkenal, Pak Wan Sulaiman (Sheikhul Islam negeri Kedah- Mufti dizaman penjajahan), juga Tok Shafie telok bagan ( seorang ulamak tasawuf diMekah). Kegigihan mengajar, mendidik dan mengasuh masyarakat tiada tolak bandingnya diakui .
Tuan Guru Dr. Sheikh Muhibbuddin al Waliy akan mengupas matan al Hikam karangan Ibnu Ataillah as-Sakandari. Dr. al Sheikh ini , yang menuntut ilmu pada al Marhum Ayahnda beliau- Tengku Muda Waliy al-Khalidi, yg sangat mahir diberbagai cabang ilmu, khasnya ilmu alat, kemudiannya ke Mesir menyambung pengajian lalu meraih Doktorah Usul Fiqah. Dari pengakuan beliau , mempelajari kitab al Hikam dari Ayahnda beliau. Bersama kita mendengarkan kupasan yg jitu dan dialog yg menjernihkan kekerohan.. insyallah.

Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang- Ulamak terkini dari Fathoni Darussalam , berjaya memikat hati perserta kuliah berkitab beliau pada setiap hujung minggu di Masjid Bandar Patani dan Nibung (Yala) dengan kehadiran ribuan orang. Diakui berkebolehan mendamaikan masyarakat sehingga kebolehan beliau diakui pemerintah. Beliau insyallah akan menjelaskan masalah Ilmu Tawhid, khasnya soal ayat-ayat mutasyabihat. Kitab yang akan dijadikan teks kuliah majlis adalah kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan"- karang beliau sendiri , dan sebuah lagi kitab terjemahan matan "Tijan al-darari"- juga karangan beliau. Ditambahkan seri lagi dengan sesi soal jawab kemuskilan. Insyallah bersama kita mengambil manfaat.

Tuan Guru Haji Wan Saghir- Pengkaji sejarah Ulamak-ulamak melayu yang tidak asing lagi. Ilmu dan kajian beliau yang melaut , dapat memuaskan kemuskilan khasnya berkenaan Keilmuan dialam Melayu yang dikaitkan dengan method pengajian tradisional (pondok).

Dimanakah hebatnya bangunan batu?,
jika tidak asalnya dari pasir dan batu..
Dimanakah pula lebihnya alim lulusan U?,,,
jika tidak asalnya dari ulamak melayu dulu-dulu....






Sila klik untuk download
PETA KE MADRASAH AL_ISLAMIAH –
PONDOK TUAN GURU HAJI IBRAHIM BONGEK

ACARA KEMUNCAK- FORUM PERDANA -AHLI PANEL ADALAH TIGA ULAMAK UNDANGAN TERSEBUT.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya, insyallah. Antara acara selingan yang menarik, pameran sejarah ulamak melayu daripada Khazanah Fathoniah dan jualan kitab-kitab ulamak melayu yang bermutu . Kitab "Mawaizul iman fi tarjamah ba'dh manahil al irfan" dan kitab "terjemahan matan Tijan al-darari" karangan Tuan Guru Haji ismail sepanjang juga terjual sebagai teks pengajian untuk majlis ijtimak.

Wednesday, January 17, 2007



(Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997).

Peta jalan ke BONGEK
Jalan ke “Bongek” Rembau – N9

Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.

Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.
Tempat-tempat berehat yg dicadangkan semasa Majlis Ijtimak:
Bayaran yang berpatutan-
1. Rumah rehat di Tampin. Tel : 06-4413862.
2.Hotel Tampin. Tel: 064411138.
2. Chelet di Seperi.
3. Hotel sekitar Rembau/ Seremban.
4. Free of charge-Masjid-masjid dan surau disekitar Bongek dan Seremban.
5. Insyallah mungkin terdapat rumah2 tumpangan di sekitar kampung Bongek...lain-lain

Monday, January 08, 2007

PENGUMUMAN.
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

BERSEMPENA DENGAN

"MAJLIS SAMBUTAN 70 TAHUN MADRASAH AL-ISLAMIAH TUAN GURU HAJI IBRAHIM"


BONGEK ACHEH 71300 REMBAU NEGERI SEMBILAN , akan DIADAKAN PROGRAM

"IJTIMAK THOLABAH PONDOK SEMALAYSIA"
(Perhimpunan penuntut-penuntut pondok semalaysia)
pada 16 hingga 18 feb 2007 m.

diantara tokoh-tokoh ulama semasa yang akan dijemput untuk pembacaan/pengupasan kitab turas, pembentangan kertaskerja, forum dan sesi soal-jawab :

1.Tuan Guru Al-Sheikh Professor Doktor Haji Muhibuddin al-Waliyy al-Khalidi - dari Acheh.

2.Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang ( Baba Ismail )- daripada Fathoni.


3.Tuan Guru Haji Wan Shaghir - dari Khazanah Fathoniah. Kuala Lumpur.

Semua Penuntut-penuntut Pondok , pelajar-pelajar Universiti dan orang ramai dijemput hadir dengan sukacitanya, jamuan makan dan tempat berehat akan disediakan ala kadarnya insyallah. .

Jadual Pengajian/dialog dan forum perdana .

Tuan Guru Professor Doktor K.H Muhibbuddin Al-Waliy -Acheh Darussalam-

1.Jumaat 16 feb 2007- 8.00 malam - 10.00 malam.- Pengupasan Kitab Al-Hikam serta soal jawab.
2. Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam - 11.3
0 malam - Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Tuan Guru Haji Isma
il Sepanjang (Baba Ismail).-Fathoni Daarussalam-

1.Sabtu 17 feb 2007- 8.30 pagi - 11.30 pagi - Pengajian Ilmu Tauhid berkitab ( kitab-kitab karangan Tuan Guru Haji Ismail sendiri) dan kupasan ayat-ayat mutasyabihat serta soal- jawab.
2.
Sabtu 17 feb 2007 - 9.00 malam- 11.30 malam- Forum Perdana serta soal jawab -bersama ahli panel yang lain, tajuk forum ( Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).


Tuan Guru Haji Wan Shaghir- Khazanah Fathoniah -Kuala Lumpur-

1.Sabtu 17 feb 2007- 2.00 petang- 5.00 petang - Pembentang
an kertas kerja- (Tajuk belum diputuskan).
2. Sabtu 17 feb 2007- 9.00 malam -1
1.30 malam -Forum Perdana serta soal jawab- bersama ahli panel yang lain, tajuk forum (Pengajian Tradisional antara cabaran dan harapan).

Akan bersama meraikan majlis dengan tetamu khas terdiri dari para Ulama.
Aturcara penuh ber
mula 16-18 feb seperti berikut insyallah:

.

Saturday, December 30, 2006

Assalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pondoktampin


mengucapkan selamat hariraya aidil adha .. semoga diberkati semua pengorbanan dan bakti kepada Allah dan Rasul Nya s.a.w.

Aamin yaa rab..

Monday, December 25, 2006






Kitab al khazainus saniah.. karangan Sheikh Abd. Qoder al Mendeli...catitan mustalahah fiqh mazhab Shafie r.anhu .










Al Syams al thooli'ah... sebuah kitab karngan Tuan Guru Haji wan ali Wan Ya'kob.. al jambu al sholuti.. membahaskan terperinci , soal khenduri arwah adalah harus dengan dalil-dalil yang mantap ... kitab yg menolak fatwa haji abdullah bendang kebun ..yang berfatwa haram khenduri arwah...

Wednesday, December 20, 2006


Siri 1
UMDAH AL-MUTATOHHIRIN.
al ustaz abd. raof al bahanji al aliyy. pondok tampin.
Sesungguhnya sebahagian daripada Ikhwan telah meminta kepada saya suatu permintaan yang tidak mungkin menolaknya . Bahawa saya karangkan untuk mereka satu risalah yang kecil, ringkas dan memberi faham berkenaan ilmu fiqah Mazhab Imam Syafie r.a.
Maka saya tunaikan permintaan mereka sekalipun saya bukan ahli bagi bidang tersebut. Sesungguhnya saya telah berfikir sejak saya mula menuntut lagi, tentang orang awam (golongan awam). Sebahagian mereka yang dibimbangi dengan usaha penghidupan sehingga meninggalkan ilmu ilmu asas (fardu ain).Beramallah mereka tanpa ilmu pengetahuan, maka berjalanlah mereka dimalam hari dengan ketiadaan cahaya yang menerangi ataupun mereka tidak beramal langsung, kerana jahil dengan perkara yang penting daripada maksud kehidupan maka binasalah mereka sebagai kebinasaan yang besar. Melainkan petunjuk daripada Tuhan. Sebahagian daripada mereka suka kepada ilmu pengetahuan tetapi lantaran mereka sibuk dengan urusan urusan yang tidak membolehkan mereka hadir dimajlis majlis ilmu, langsung mereka mengambil ilmu ilmu asas iaitu fardhu ain dari buku buku yang pada gambarannya berciri pembaharuan pada dakwa, maka mereka menjalani jalan yang bergoncang lantaran tidak berpijak diatas jalan jalan yang terang dan nyata.

Lalu mereka berpegang sebagai pegangan yang tidak akan beroleh kejayaan. sebahagian mereka pula disebabkan kerana terlalu ingin kepada keaslian yang sebenar benar asal. Hampir terlebih hampir yang hakiki. Maka lalu berjalan dengan jalan (cara) munasabah aqal semata-mata .

Lalu mengambil keputusan sebenar benar jalan atau cara atau method ialah jalan al-Quran dan sunnah sahaja. Golongan lain tidak mengikut al-Quran dan al-Sunnah. penghujung kesudahan daripada sikap sikap tersebut, terbangun dan tercetus perasaan perasaan taasub (fanatik) seolah olah jalan al-Haq yang sebenar tidak ada melainkan hanyalah satu. Padahal Tuhan kita Jalla wa Azza berfirman .........
" Jalan-jalan Kami".

Ini bermakna jalan yang sebenar adalah banyak tidak terkira.

Sepertimana juga telah berkata sebahagian al Arifin billah ........

"Jalan jalan menuju Allah ta'ala adalah banyak dengan sebilang bilang nafas yang turun naik".

Mereka juga menudingkan jari telunjuk kepada pihak lain menyatakan pihak disana disini silap, bid'ah, jahil dan syirik dengan penuh yakin. Aduhai cita citaku kalau boleh tahu apakah fikiran ummat masa kini umat akhir zaman padahal jaminan diberi bahawa tidak bersatu ummat didalam kesesatan dan berlainan pendapat dibolehkan, diberi pahala, asalkan yang berfatwa dan perkara yang difatwakan mengikut syarat syarat yang termaklum.

Penyelidikan dan kajian terhadap fatwa fatwa mazhab dibuat menunjukkan kesemua Mazhab mempunyai hujjah hujjah dan dalil yang terang nyata, keputusan dibuat menunjukkan ahli ahli Mazhab didalam keselamatan dan kebahagiaan .

Oleh yang demikian saya seorang hamba yang sangat dhaif nisbah ilmu, iman dan pengamatan , disebabkan rasa kasihan belas dan perihatin, menyusun risalah ini sebagai petunjuk kepada penuntut petunjuk, maksud dan hujjah bagi pengkaji dan penyelidik .


Disebabkan kecil zatnya dan sedikit bahasannya tetapi insyallah mungkin dalam makna dan maksudnya. Demi Allah tidaklah saya menyucikan diri saya beserta Allah taala yakni tidaklah saya bermaksud melebih-lebihkan diri saya, betapa tidak boleh dikatakan begitu ? padahal ia adalah diambil daripada dalam kitab-kitab yang mana merupakan {Umdah Mazhab}, kitab-kitab teras bagi Mazhab Syafie, teristimewa kitab Tuhfah, Nihayah dan Mughni al- Muhtahjaj.

Tak ada apa apa dipihak saya melainkan hanyalah menukil dan memetik daripada taman taman dan lautan ilmu mereka R.A saja. Mudah-mudahan Allah taala jadikan karangan ini suatu simpanan dan nilai diakhirat pada hari yang tiada lindungan melainkan lindunganNya. Dialah yang memadakan bagi ku dan pegangan ku, tiada daya dan upaya melainkan denganNya. Diakhir, wassalamu alaikum waroh matullahi wabarokatuh.



Rujukan.


1 -Hidayatul Shibyan.
2 -Anak Kunci Syurga
3-Matlaul badrain
4-Bughyah al-Thullab.
5- Sabilul Muhtadin
6-Fathul Qorib.
7-Fathul Muin.
8- al-Baajuri - Hasyah Fathul Qorib
9-Tawsih ala ibni Qosim
10-I 'anatul Tholibin
11-Kifayatul Akhyar
12-al-Iqna'
13-Bujairimi a'la al- Iqna'
14-Minhajul Tholibin
15-Fathul Wahhab
17–Bujairimi Fathul Wahhab
18-Tuhfah al- Muhtaj
19–Mughni al- Muhtaj
20-Nihayah al- Muhtaj
21- al-Majmu' syarah al-Muhazzab
22-al-Hawi lil-fatawa
23-al-Fatawa Hahisiyah
24- Idohul Qawai'd
25-al-Durar al-Bahiyah.
26-al-Ashbah wan-Nazoir.



Mabadi ilmu fiqah.


1. Namanya: Ilmu fiqah.

2: Pengertian nya: llmu berkenaan hukum hukum syariat bangsa amalan yang dipetik daripada beberapa dalil yang tafsili ( Terperinci ) .

3.Tempat ambilannya: Daripada kitab al-Quran al-Karim, Hadis-hadis Nabi s.a.w , Ijmak (kesepakatan ulama mujtahidin pada sesuatu hukum) dan Qias (analogi). kesepakatan Ahli Ijtihad daripada ummat Muhammad s.a.w yang semasa atas suatu perkara keugamaan.


4.Faedahnya : Dapat menunaikan segala perintah Allah ta'ala dan meninggalkan segala larangannya.

5.Tempat perbahasannya: Segala perbuatan mekalaf daripada sekira kira kedatangan segala hukum baginya.

6. Hukum mempelajarinya: Fardu ain ataau fardu kifayah.

7.Masalah masalahnya: Segala Qodiyah* seperti niat adalam wajib, berwuduk adalah syarat sah bagi sembahyang, masuk waktu adalah sebab bagi wajib sembahyang .


8. Penyusunnya segala ulama yang Mujtahid.

9. Nisbahnya dengan ilmu ilmu lain: Berlainannya daripada ilmu ilmu yang lain .

10. Kelebihannya: Meningginya diatas sekalian ilmu .

''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''
nota:

*qodiyah yang dimaksudkan disini adalah susunan perkataan yang meliputi (mengandungi) hukum misalnya ayat niat adalah wajib , maksudnya hukum berniat adalah wajib atas sesuatu amalan berwuduk adalah wajib maksudnya berwuduk adalah hukumnya sebagai syarat bagi kesohihan sesuatu sembahyang begitulah seterusnya.






Sunday, December 10, 2006



Ar-Ruqas inda majlis al zikr ?....
al haawi lil fatawa- lil imam al sayuthi.. m.s 234 juzuk 2 , cetakan al riyadh al hadisiyah:
Masalah: Berkenaan satu jemaah ahli sufiyah , berhimpun dimajlis zikir , kemudian bangun seorang dari ahli jemaah dlm keadaan berzikir , sentiasa begitu disebabkan waarid yg didapatinya , adakah boleh dia buat begitu, samada dengan ikhtiarnya sendiri berlaku begitu atau tidak, adakah perlu ada orang yg menahannya dan melarangnya daripada buat begitu?..

Al jawab: Tidak ada (keperluan) mengingkarinya pada perbuatan begitu.Sesungguhnya telah ditanya dengan ain soalan tersebut kepada Sheikhul Islam Sirajuddin al Bulqini , maka beliau menjawab " Bahawa tidak dingkari pada (perbuatan lelaki tersebut) , tiada (hak seseorang penegah) menegah sesiapa yang sengaja buat begitu , dan tidak lazim ta'zir sebab ia sengaja buat begitu. Telah ditanya al Allamah Burhanduddin al Anbaasi maka beliau menjawab sepertiitu juga dan beliau menambah lagi : Bahawa sesorang yang mempunyai "HAL" maghlub (keadaannya yang dikalahkan) oleh HALnya, sedangkan orang-orang yang ingkar akan diharamkan dari merasai kelazatan TAWAJUD dan KEBERSIHAN minuman ... hingga akhir jawapannya: Kesimpulannya : Maka yang selamat adalah mentaslimkan (menyerahkan fahaman ) keadaan mereka kepada mereka sendiri (al qaum). Sebahagian Imam-imam Hanafiah menjawab serupa itu juga. Golongan Maliki semuanya menulis berkenaan persoalan ini dengan jawapan yang sama tanpa bercanggah. ...

( Daku berkata { Imam Sayuthi}) : Bagaimana boleh diingkarkan zikir cara berdiri dan orang yang berdiri berzikir?.. padahal sesungguhnya Allah ta'la telah berfirman { mereka yang berzikir akan Allah dalam keadaan berdiri dan duduk , dan atas lambung mereka ( sambil baring) }?... Telah berkata Siti Aisyah ra.ha { Adalah Nabi s.a.w berzikir akan Allah pada setiap keadaannya}.

Jikalau dihimpunkan pada (zikir keadaan ) berdiri sambil ruqas dan seumpamanya , maka tak bolehlah diingkari pada perbuatan mereka itu. Berlakunya sedemikian kerana sebab kelazatan shuyud atau wujdan . Sesungguhnya telah datang pada hadis { Telah menari (ruqs) Sayidina Ja'far bin Abi Tholib dihadapan Nabi s.a.w Semasa baginda bersabda { Dikau meyerupai kejadianku dan akhlakku} , sebab berlaku demikian kerana lazat tuturan sabdaan Nabi s.a.w padahal Nabi s.a.w tidak mengingkarinya.

Maka INI, telah jadi punca (dalil) pada keharusan ruqas disisi ahli sufi.
Sesungguhnya telah sah , berdiri dan ruqas dalam majlis zikir dan sama' , dikalangan segolongan imam-imam , salah-seorang mereka Sheikhul al-Islam Izzuddin bin Abdis- salam. 

...................

Komen:
Terdapat 3 dalil asas keharusan tarian dalam majlis zikir , menurut Imam Sayuthi dalam kitab al Hawi ini.
1. Ayat Al Quran .
2. Hadis pujian Nabi s.a.w kepada Sayyidina  Jakfar r.a.
3. Taqrir dan pengakuan dari Ulamak2 Besar Islam. 

Friday, December 08, 2006

Pelajaran Sifat 20..

Petikan kuliah al ustaz Haji Abd.Raof al bahanji..

Monday, November 27, 2006


Al Allamah Al Sheikh Abdul Qoder Al Mandeli... Mahaguru bagi Para Ulamak Nusantara.
Al Allamah Al Sheikh Al Sayyed Muhammad Al Maaliki Al Hasani di Pondok Ustaz Fuad Rembau.



Wednesday, November 15, 2006

Petikan kitab Tanwir al Qulub oleh Sheikh Muhammad Amin al-Kurdi

di dalam membicarakan

Syarat-syarat Taqlid

(Klik sini)

Wednesday, November 08, 2006

Soalan dari LONDON , ENGLAND:


Binatang, sebelum disembelih, dikenakan kejutan eletrik pada kadar yang sangat sedikit, yang disebut STUNNING, binatang tersebut akan sedar setelah/ketika luka sembelihan dan biasanya akan melakukan gerakan yang kuat, bunyi, serta darah tersembur dari leher sembelihan, dapat disahkan ketika pengsan itu jantung tetap berdenyut seperti biasa.

ADAKAH HALAL lembu atau kambing sembelihan yang mengikut cara sembelihan tersebut?
..


Jawab: Allahumma, Hidayatan lil Showab..

Al Quran menggariskan peraturan bagi jenis-jenis binatang yang halal dan haram dan jenis-jenis kematiannya yang halal atau haram dimakan dalam surah al Maidah ayat 3:

حرمت عليكم الميتة والدم ولحم الخنزير وما أهل لغير الله به والمنخنقة والموقوذة والمتردية وانطيحة وما اكل السبع الا ما ذكيتم

Tafsirnya:
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[1], daging babi, (daging binatang) yang disembelih kerana selain Allah [2], yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[3]".

Note:

[1] ialah: darah yang keluar dari tubuh, sebagaimana tersebut dalam surat Al An-aam ayat 145.
[2] tujuan sembelihan untuk sembahan atau membesarkan atau taqarrub kepada selain Allah .
[3] maksudnya ialah: binatang yang tercekik, yang dipukul, yang jatuh, yang ditanduk dan yang diterkam binatang buas adalah halal kalau sempat disembelih sebelum mati, iaitu mempunyai hayat mustaqirrah .

Berkata Ibnu Abbas: " apabila matanya melihat, atau kakinya menolak-nolak atau kakinya bergerak-gerak , maka kamu sembelih akannya, maka itu halal".

Cara sempat menyembelih , berkata ahli Tafsir " Jika kamu sempat jumpa hidupnya seperti matanya melihat atau ekornya bergerak-gerak , maka memakan binatang itu adalah HARUS dengan (syarat) disembelih akandia ketikaitu".


Tersebut dalam kitab Bughyatul Al Murtasyidin, fi talkhis fatawa badh' al aaimmath min ulama al mutakhririn.. karangan Baa Alawi- muka surat 256 cetakan Sulaiman Mar'ie, Singapore tahun 1371 h- 1952 m.

ومثله ع ش ولو جرح ذئب شاة فقطع بعض حلقومها ىبقيت حياة مستقرة فذبحت فى موضع الجرح وأتمهما حلت قاله أبو مخرمة. اه

Ertinya: Dan sepertinya[1] juga berkata Ali Syibramullisi. ( Jikalau seekor Serigala melukai kambing, maka terpotong sebahagian urat halkum kambing, padahal masih kekal "HAYAT MUTAQQIRRAH" [2], lalu disembelih pada tempat potong tersebut ,dengan menyempurnakan potong kedua urat (halkum dan mari) tersebut, hukumnya HALAL ia , telah berkata (halal sembelihan sepertiitu oleh Baa Makhramah)".

Note:
[1]. iaitu HALAL, seperti nukilan dalam kitab Tuhfah .
[2]. berada dalam kehidupan nyawa dalam bentuk yang tetap iaitu masih tetap bernyawa normal sekalipun akan mati juga tidak lama selepasitu. Lawannya HAYAT MAZBUH , iaitu kehidupan nyawa sembelihan, nyawa-nyawa ikan,keadaan bernyawa yang pasti akan mati sebentar lagi .

Baa Alawi menukilkan lagi dimuka surat yang sama:

مسألة ك : تعرف الحياة المستقرة بامارة كحركة شديدة بعد القطع أو الجرح أو تفجر الدم أو تدفقه أو صوت الحلق أو بقاء الدم على قوامه وطبيعته وتكفى الأولى وحدها وما يغلب على الظن ابقاؤها من الأخرات فان شك فكعدمها قاله فى التحفة

(Masalah Kaf) Dikenali Hayat Mustaqqirah dengan melalui tanda-tanda , seperti:

[1]gerakan yang kuat selepas putus (dua urat) atau (selepas) luka ,
[2] atau terpancar darah atau memancut,
[3] atau bersuara dari kerongkong , atau ..
[4] kekal darah didalam anggotanya dan keadaan asalnya.

Memadalah (penentuan hayat mustaqirrah dengan ) tanda yang pertama ( iaitu gerakan yang kuat) sahaja. Adapun tanda-tanda yang (3) lagi, (valid jika ada ) zan (berat sangka) masih lagi ada hayat maustaqirrah. Maka jika syak pada adanya hayat mustaqirrah maka dianggap tiada hayat mustaqirrah (iaitu dihukumkan hayat mazbuh saja). Ibnu Hajar berkata seperti itu dalam Tuhfah.


Kesimpulan:

Kenyataan- kenyataan tersebut menunjjukkan stunning yang menjadikan binatang pengsan sehingga selesai sembelihan dan mati terus tanpa terdapat tanda-tanda hayat mustaqqirah adalah menjadikan binatang tersebut bangkai, haram dimakan.

Sebaliknya , binatang yang disembelih menurut kaedah stunning yang sifatnya seperti dinyatakan dalam soalan , iaitu masih lagi mempunyai ciri-ciri HAYAT MUSTAQQIRAH , maka ia adalah HALAL dimakan oleh Muslimin. Wallahua'lam.

Saturday, November 04, 2006





SINARAN MATAHARI BUAT PENYULUH KESILAPAN ABU BAKAR ASHA'ARI
.
Sesuai dengan namanya, sebuah kitab yang menyuluh 56 masalah yang diungkit oleh Ustaz Abu Bakar al Ash'ari, dalam bukunya (Ibadat Rasulullah s.a.w). Mengupas persoalan dengan jawapan yang jitu, berdasarkan dalil-dalil yang mantap menurut displin keilmuan. Apa tidaknya, Sheikh al Allamah Abdul Qoder Al Mendeli, adalah asal gelaran, sebenar, jati ulamak mendeling yang ulung tiada tandingnya.

Wednesday, November 01, 2006


Kitab karangan mahaguru kepada para ulama seNusantara , mengajar di masjidil Haram Mekah sekitar tahun 50an. Sheikh Abdul Qoder bin Abdul Mutalib Al-Mandeley rhm. Membahaskan persoalan berMAZHAB dengan terperinci. "Al Mazhab atau tiada haram bermazhab".
Sheikh al- Allamah ini , seperti yang saya dengar kisahnya dari guru guru saya.

1. Satu ketika dulu lebih kurang lebih dari 25 tahun dulu , disatu kampong ,Kubur Panjang , Kota Setar Kedah, saya menziarahi sorang guru tua. Umurnya dkt 100 thn . Orang memanggil beliau dgn gelaran Pak Su Lah. Beliau salah sorang dari tiga sahabat Sheikh Abd. Qoder al mendeli yang datang musafir ke tanah melayu dgn tujuan menuntut ilmu. Seorang lagi , bernama haji Abbas, guru juga , dikatakan hj Abbas adalh menantu kepada Tuan Guru salah satu pondok diMerbok, Kedah. Cerita Pak Su Lah, mereka masuk ke Malaya mencari pondok pengajian. sampai ke Sebrang Prai, Kulim singgah ditiap2 pondok untuk memilih tempat belajar yang sesuai, akhirnya sampai di Pondok gajah Mati , pondok Tuan Guru Pak Cu Him. Sebelumtu pak Su Lah menceritakan sebelum sampai ke Pondok Gajah Mati mereka singgah disatu pondok di hujung negeri Kedah sempadan Perak, Tuan Guru disitu mengajar fekah , {mengajak (mengajar) kitab Kasful Litham.. ambooi.. haluihnya ...(bahas) tapi (sayangnya disitu hanya ) baca kitab jawi ja.}.
Inilah ayat yang saya masih ingat dari arwah pak su. Pak su ni mempunyai sorang anak , ustaz Mahmud . Mengajar pondok almarhum ustaz Nikmat Derang.

2. Al Marhum Tuan Guru Haji Abd. Halim , guru saya, oleh kerana semasa dengan S. Qoder tetapi muda, pernah menghikayatkan kisah pembelajaran Sheikh Abd. Qoder , semasa masih menuntut di Pondok Gajah Mati, {Tuan Sheikh Qoder sangat kuat menghapai ( hafal matan-matan ilmu) , sedang mandi disungai, selesai je mandi selesailah satu matan (alfiyah - ilmu nahu). }. Satu ketika setelah S. Qoder digelar orang Sheikh , pulang menziarahi Malaya, datang kepondok Gajah Mati, menziarahi Tuan Guru beliau, ketika sampai di Pendang beliau disambut oleh Guru saya ( T. Guru Abd Halim) semasaitu beliau belum guru lagi, tapi sebab rapat tali persaudaraan beliau dgn Tuan Guru Pak Cu Him , beliau diarahkan menjemput S. Qoder di Pekan Pendang dengan basikal. Apabila sampai saja hampir Pondok, S. Qoder menyuruh berhenti, ( berenti, berenti Tok Guru, Tok Guru)... kata S. Qoder.. maksud beliau , hanya mahu berjalan kaki saja menuju kerumah Tuan Gurunya, tanda Hormat dan Tawadhu'.... itu le sifatnya ulama' aamilin.

3.Al Marhum Tuan Guru Haji Yahya Telok, juga guru saya yang dikasihi.. menceritakan, S. Qoder ini , (sambil memukul padi pun menderaih matan...) maksudnya sangat kuat menjaga hafalan..kata beliau lagi , (satu masa Tok Sheikh Qoder, dijemput ke Perlis.. debat dgn puak kaum muda,,, abih lah alah depa... dia ingat sungguh...) maksudnya, Tuan Sheikh Qoder sangat hafal dalil-dalil, baik Quran mahupun hadis-hadis..

4.Al Marhum Tuan Guru Haji Husin , kampong kubang buaya, Derga , Alor setar, juga guru saya, menceritakan.. (masa saya naik pi Mekah , sekapai dengan Tok Sheikh Qoder, dalam kapai dia dok menderaih sittun mutun tuuh.. tulaa dia boleh alimm..orang pun mulaa kenai dia alimm. bila sampai mekah,,, mula-mula depa mintak dia baca mutammimah... paih tu naik naik ke kitab besak ..) . Kitab (Sittun Mutun), himpunan 60 matan-matan ilmu Islam. maasyallah.. tuan , saya ni 2 ,3 matan pun tak lepas... inikan pula 60 matan . saya pun itulah kali pertama mendengar nama kitab tu, dan itulah kali pertama dan terakhir disebut dan melihat nya dirumah Tuan guru saya tu.. kitab majmu' kabir pun tak sampai 60 matan dalamnya...
5. Al Marhum Kiyai Ma'shum ..Kg. Sungai Tengar, Sabak Bernam Selangor.... beliau menadah kitab di Masjid al Haram mekah di halaqah Tuan Sheikh Qoder... " Sheikh Qoder bila mengajar,,, beratus orang penuntut yg menadah , suaranya dengar jelas walaupun yg duduk jauh dihujung halaqah.. boleh dikatakan kalau musim haji semua ulamak dan awam dari nusantara tidak akan melepaskan peluang singgah mendengar dan mencenduk mutiara dihalaqah S. Qoder... semua, qodhi2, mufti2 duduk ..."..

6. Mengenai hal murid-murid beliau , Al- allamah ini, mempunyai murid yang sangat ramai dikalangan para ulamak diNusantara. kalau kita berziarah ke Fathoni, didapati majoriti Tuan-tuan Guru disitu adalah murid beliau atau murid kepada murid beliau. Al-Marhum2 Tuan Guru Rashid wara', dan Tuan Guru Baba Yeh serta beberapa lagi ulama besar Fathoni . Tak kurang juga di Malaysia...Tuan Guru Haji Abdullah pondok Lubuk Tapah,, pasir mas. Tuan Guru Haji Hashim pondok Pasir Tumbuh..

7. Adapun mengenai anak beliau yang tidak sefahaman dgn fahaman ayahndanya... maka telah meriwayatkan oleh al alim Tuan Guru Haji Abdullah Sarah, pondok bendang badang, Fathoni.. daripada guru beliau, berkata T.G. Hj. Abdullah " mullah baba ghoyat... {mulonyo baba .. anak tok seaa ngaji, gi ata masuk sekolah Saudi metaa, belaa2 ngaji,,, pah.. tarik kelek, celoh tu baba maati. emmh paah habiih kok tuu}"..

inilah alkisahnya.. tak boleh lah nak disalahkan atau nak dinegatifkan al allamah ini.. sudahlah nasib dan cubaan diakhir zaman.. kalau kita ,, kalau boleh jangan lah sekali-kali menghantar anak2 ke pendidikan yang tidak sesuai dgn pegangan kita.. masalahlah nnti dimasa depan..

8. Adapun mengenai pelajaran yang diajar oleh al-Allamah ini, berkata murid beliau Tuan Guru Pak lang Zakaria, Pondok Kubang Rotan , Alor Setar, Kedah... " Pak Lang,,, kitab Fathul Wahhab, khatam dengan Sheikh Qoder,,, 8 tahun ".. maksudnya beliau menghabiskan pembacaan kitab ilmu fiqah , Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakaria al-Anshori selama 8 tahun menadah kulit ke kulit sampai tamat pada S. Qoder.. maasyallah.. tuan.

Tuan Guru-tuan guru di Fathoni pula boleh dikatakan kebanyakan mereka meriyawatkan nota-nota kitab al Mahalli dari al Allamah ini.

Al-marhum Tuan Guru Baba Hasan Leweh, ketika mengajar kitab al Mahalli , akan menyebut dgn detail dhobit2/note S. Qoder yg diriwayatkan dari 2 orang Guru beliau , iaitu Tuan Guru Baba Yeh dan Tuan Guru Baba Rashid wara'. Ini menunjjukkan pengaruh uslub ibarah kitab fiqah yang ilmiah untuk memahami isi kandungan kitab fiqah peringkat tinggi, yang diwarisi dari S. Qoder sangat berpengaruh diNusantara ini.

Al- marhum Tuan Guru Hj Halim, menceritakan " Shekih Qoder, kadangtu, tengah mengajar mahalli , berenti berdiri minum air".

Al- Marhum Tuan Guru Hj Yahya menceritakan " Ada sorang tu kawan saya, lepaih pondok bunut payung , pi mekah , mengaji dgn S. Qoder kitab Tafsir Baidhowi (arab).. habih.. (khatam).. dhobit S. Qoder".

Menceritakan oleh Tuan Guru Hj Abdullah Sarah , Pondok Bendang Badang, Fathoni, " Baba Sid Wara' tu,, abih Sunnan Sittah dgn muloh Sheikh Qoder, sumo yeng naik ke mekoh dari jawi gi telaah ngan dio blako"..
Dan berbagai-bagai lagilah ilmu yg disampaikan oleh al Allamah ini..menurut maklumat anak murid beliau... wslm..


Monday, October 30, 2006


Dialog: Aurat Perempuan berseluar Jeans?..

gunung semanggol

Assalamualaikum al ustaz. ana nak tanya sikit,perempuan remaja kini khasnya pelajar dan penuntu ipt , kebanyakkan mereka berpakaian seluar ketat tapi bertudung,, apa pandangan al ustaz pada fenomena ni, adakah memadai menutup aurat cara tu?. apa saranan ustaz.. terima kasih ustaz.
al ustaz
walaikum slm warahmatullah.. satu soalan yg sangat menarik, kalau ditanya pandangan saya, terjadinya hal yg begitu banyak sebab, salahsatunya maklumat yg salah dan tidak tepat pada had aurat bagi wanita yg sudah akil baligh, kedua: sangat berkurangan nya dimasa kini para penceramah dan daie yg menghighlightkan masalah aurat wanita ketika menyampaikan sebarang kuliah dan penerangan agama dimasyarakat skrang, berbanding dgn 20-30 tahun dulu, kebanyakan penceramah dimasa itu banyak menyampaikan syarahan berbentuk targhib dan tarhib... dikala itu kita jumpa jaguh2 dakwah yg bahas hukum aurat
jaguh2 dakwah yg bahas soal aurat wanita dlm kuliah mereka yg sangat menusuk hati hingga ada dikalangan pendengar yg menangis teresak2, ini sangat berbeza dgn sekarang, tak ramai penceramah yg bgitu
yg cerita politik , bahas soal khilafiyah ,,mmng lah banyak,,, 2 topik ini biasanya , tidaklah mmbwa perubahan sikap orang awam. wallahu a'lam. ketiga: timbulnya fahaman songsang yg anti penutupan aurat yg sempurna yg berbentuk taqwa yg sesuai dgn penafsiran para ulamak muktabar, mereka yg anti ni yg terdiri dari juhalak yg walaupun pandai berbahasa arab dan baca kitab , sebut mazhab itu ini, bahkan yg sedihnya lagi di bincangkan hukum aurat dlm sebaran awam , ahli panelnya penyayi dan pelakon yg memang dah maklum tak tutup aurat biasanya gitulah.. takkan lah depa nak sokong tutup aurat yg sempurna dan cara yg betul?..
gitulah adenye keadaan akhir zaman cik gunung... cik gunung.. pakai seluar jeans ketat walaupun bertudung , masih dikira tidak menutup aurat yg dituntut al quran dan hadis. haramlah hukumnya wanita yg akil baligh pakai gitu.. marilah cik gunung ..kita seru anak anak kita generasi yg pelapis agar berpakaian sopan dgn menutup aurat yg betul. yg sesuai dgn hukum taqwa bukan hukum fatwa sahaja....wslm
gunung semanggol
aslmkum al ustaz,, tanya lagi, adakah hadis-hadis yg menunjjukkn perempuan haram pakai seluar ketat macm seluar jeans dsbnye?.. jwpn ustaz diucpkn syukrn jazakumullah..
al ustaz
walaikumslm. cik semanggol boleh rujuk satu hadis sahih atau hasan yg diriwayatkan oleh imam muslim dan imam ibnu hibban , kedua2 hadis tersbut telah diulas oleh sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dlm kitab beliau az zawajir an iqtiraf al kabaair.. m.s 257 cetakan dar alfikar tahun 1987, juga cik boleh rujuk kitab al kabaair bagi Imam Az zahabi m.s 145 cetakan dar al manar tahun 2000 m . dlm kedua buah kitab tersebut dapat keterangan yg memuaskan hati berkenaan persoalan tersebut. perkara ini mmng telah kurang diperhatikan oleh masyarakat kita kini,,
tapi cik semanggol.. kitab tersbut sayangnya dlm bahasa arab. mungkin juga cik mmpu menelaahnya, silakan. tetapi perlu juga diingatkan , saya tidak pula memaksudkan haram mutlak pemakaian seluar panjang bagi wanita. kalau seluar panjang yg dipakai itu besar , labuh menutupi tumit dan tidak menampakkan bentuk tubuh ketika berjalan, dan tiada unsur2 tabarruj jaahiliyyah silakan boleh saja . atau seluar tersebut yg ketat itu dipakai dan berada didalam baju labuh , atau dalam jubah , atau dalam kain , dgn maksud pemakaian seluar tersebut tiada menampakkan bentuk tubuh , silakan boleh saja.. tabarruj jahiliyyah bermaksud "meniru cara jahiliyyah berhias diri- jahiliyyah dimaksudkan kepada umat yang sebelum diUtuskan Rasulullah s.a.w. maka maknanya " seseorang yang meniru2 cara besolek dan berhias dgn menampakkan bahagian dada, leher, kepala kecuali muka ,tangan kecuali tapak tangan dan belakangnya , peha , betis, kaki , meletakkan loceng atau sbrang alat berbunyi dikaki utk menarik minat lelaki, menampakkan bentuk2 raut tubuh dgn memakai pakaian yg ketat , mengaya-gayakan pergerakan utk menarik minat lelaki, pakai warna2 yg menarik dan merangsangkan lelaki sprti (warna terlalu cerah), berwangian bukan utk suami, adalah tabarruj (berhias-hias) cara jahiliyyah".wallahu a'lam


min:

cmna plk kalau pmpuan pakai tutup muka, tak ker ketinggalan zaman ?.

al ustaz:

A'uzu billahi an akuuna minal jaahilin.. daku berlindung dengan Allah , bahwa daku menjadi sebahagian dari gulungan yg jahil. Min, yg dikasihi, kalau nak dikatakan ketinggalaln zaman, mereka yg tak tutup aurat atau tak pakai purdah lebih layak dikategorikn dgnnya, sbb manusia zaman batu mmng pakaiannya tak tutup aurat, kain tak cukup mungkin. itu bukn sbbnya lah. Ini soal tutup aurat atau purdah adalh perintah Allah dan RasulNya. Dialah yg sangat mengetahui hikmah hukum ahkamNya , titah perintahNya. Kalau kita lihat al quran sendiri mnyebut satu hikmahnya " Zaalika adna an yu'rafna".. {demikianitu (menutup aurat hikmahnya agar) bahwa mereka mudah dikenali}. iaitu prmpuan mukminah mudah dikenali bila menutup aurat. ini pengakuan Quran sendiri. Maknanya pemakaian tutup aurat adalah lambang atau uniform orang2 beriman. wallahu a'lm. saya suka juga menceritakn jawapan dari al-allamah Ahmad Rafiq Basha seperti yg dinukilkn oleh Sheikh al-Kawthari dlm maqolat beliau m.s 331 , ketika ditanya oleh para diplomat barat disatu persidngn: "mengapa wanita2 timur masih berhijab ,, tidak brcampu gaul dgn lelaki ,tidak bergaul dlm majlis2?". beliau mnjawab dgn spontan: "Sebab mereka tidak suka beranak tanpa suami" ..... ini satu jawapan seperti air yg disiramkan atas api yg menyala... wallahu a'lam.. mudhn2 min dan kawan2 semua puas hati...wslm.

Sunday, October 29, 2006


Bolehlah kita menatap petikan isi kitab al- zawajir ini, insyallah ...


muka surat 6 dan 7 kitab "Petunjuk bagi umat" pada menerangkan dalil sembahyang sunat qobliyah bagi jumat, Sheikh Qodir al Mendeli, yang tertinggal dalam kitab dan risalah pondok tampin..

Wednesday, October 25, 2006




Minal aa idin wal faaizin, kull aam wa antum bikhair...


Selamat menyambut aidil fithri... maaf zahir batin

Sunday, October 15, 2006


SELAMAT BERHARI RAYA, Aidil Fitri, Maaf zahir batin... al-ustaz haji abd raof al-bahanji...