Monday, December 31, 2012

adussss.... masalah obesiti....




















Berat badan tidak seimbang,  lemak berlebihan,  gula berlebihan,  air kekurangan dalam tubuh akan mengakibatkan berbagai penyakit .....stress, strok tiba2, tekanan darah tinggi, kencing manis , gaot,  masalah perkelaminan dan beribu  penyakit  lagi yang tak tersangka .....

Kenapa salahkan penyakit.... sedangkan puncanya boleh diselesaikan dengan cara yang amat mudah...

You Are What You Eat.

dapatkan nasihat dan motivasi dari  DR KHADIJAH  MD JADI. pada Ahad  6 januari ini. Jam: 11 pagi -1 petang. Di PONDOKTAMPIN .
Memaksimumkan kesihatan ANDA dengan Nutrisi Selular..InsyaAllah..

Sunday, December 30, 2012

Jadual Kelas Pemantapan Ilmu Pegawai2 Masjid Daerah Tampin 2013

Kelas Pengajian Fekah -Kitab Hidayatus Shibyan - Karangan Al- Marhum Tuan Husin Kedah.

Diadakan setiap bulan mengikut jadual diatas diPejabat Agama Tampin , N. Sembilan.

Penyampai: Al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin - Mudir Pondok Tampin.

Kelas juga selain jemputan khas kepada pegawai-pegawai Masjid Daerah, terbuka kepada semua muslimin muslimat.

Sekian dimaklumkan.

Thursday, December 27, 2012

TAFAQQUH PERDANA- KITAB MUNYATUL MUSHOLLI DAN BAHJATUL MARDHIYYAH .


DIMAKLUMKAN  BAHAWA TAFAQQUH PERDANA AKAN DIADAKAN

PADA :19 JANUARI 2013. HARI SABTU .

WAKTU: 8.30 PAGI- 12 TGH.
                 2 PTG- 5  PTG

BERTEMPAT DI PEJABAT AGAMA TAMPIN, NEGERI SEMBILAN.

SAMBUNGAN KITAB MUNYATUL MUSHOLLI DAN BAHJATUL MARDHIYYAH - BAB SEMBAHYANG BERJEMAAH - MUWAFIQ DAN MASBUQ. . 


Penyampai  : Al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin- Mudir Pondok Tampin.


INSYALLAH.



Monday, December 24, 2012

Syukran Lillah.



Baarakallahu lanaa bik ya walad.  Aamin.

NurMaryam Waahidah Bintu Abd.Raof.


 



Saturday, December 22, 2012

Cahayamata Tuan Guru Haji Abd Raof

 



Allahumma lakal hamdu wa lakas syukru.. Syukur.. Syukur.. Syukur..
Adalah dimaklumkan bahawa, Tuan Guru Haji Abd Raof bin Nurin telah dikurniakan Allah SWT, seorang cahayamata iaitu anak perempuan pada 22 Disember 2012 (8 Safar 1434) pukul 4.43 pagi tadi..

Semoga diberkati kehidupannya, dunia dan akhirat.. Taat kepada Tuhan dan kedua ibubapanya sepanjang hayatnya di dunia.. Amin.. Amin Ya Robbal Alamin..

| dicatat oleh : anwar ukm |

Wednesday, December 19, 2012

Anak perempuan adalah Satu Rahmat Allah.



6652: "Sesiapa yang dicuba/dibalai anak-anak perempuan dengan sesuatu (kepayahan) maka dia berbuat baik terhadapnya , nescaya mereka akan menjadi pendinding baginya dari api neraka". .. riwayat Muslim didalam Sahih.


Syarahan  oleh Sheikh Taqi Usmani:

Maksud dibala itu, isyarat kepada mendidik dan mentarbiyah anak-anak perempuan lebih susah dikalangan anak - anak , sebabnya kebimbangan ibu-bapa terhadap anak-anak perempuan lebih banyak dari anak-anak lelaki.

al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas pula: maksud bala dalam hadis tersebut adalah Ikhtibar- iaitu memberi pengajaran.
---------------------------------------------------
ulasan - pangajaran kepada ibu-bapa.

Allah Allahu....

Fathul Mulhim bi Syrh Sahih Muslim... juzuk 6 , m.s 228 - al Allamah Sheikh Taqi Usmani

Tuesday, December 18, 2012

USIA UMATKU....................


Sunan Tarmizi:


2484: Daripada Abu Hurairah r.anhu: Beliau berkata: Telah Bersabda Rasulullah s.a.w : Usia umatKu, antara enam puluh (60)  ke tujuh puluh (70)  tahun. 

Berkata Imam Tarmizi : Ini Hadis Hasan Gharib. *


............................................
*Terdapat 2 kali mencatit Imam Tarmizi hadis ini dalam Sunannya. Isnad hadis ini juga dinilai sebagai Hasan berdasarkan jalan riwayat yang lain.


Tanbih.



Allah Allah... inilah gambar Tuan Guru, (semuga ALLAH cucuri rahmat keatas ruhnya) ... yang sangat tawadduk, yang sangat ingat kepada umur ketika tua, beliau karangkan kitab  tentang umur.   Beliau juga adalah guru kepada Ayahnda ku,  ayahku diijazahkan belitan serban oleh beliau di Mekah. Ayahku selalu menceritakan tentang gurunya ini... sangat berkat lagi tahkik ilmunya.. siapa Tuan guru ni ye ?..


Umur UmatKu.....Baik dan jahatnya...


Sunan Tarmizi: 

2482:  Daripada Abdulla bin Busr : Bahawa sesungguhnya  seorang arab badui berkata: Wahai Rasulullah, Siapakah sebaik-baik manusia?. Baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.

Kata Imam Tarmizi. Hadis Hasan Gharib dari wajah ini.


- hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah (3793) dengan sanad yang kuat,  Imam Ahmad dalam Musnad  (1768), dan  Sahih Ibnu Hibban (814).



2483: Daripada Abd. Rahman bin Abi Bakrah, daripada bapanya: Bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, Manakah manusia yang terbaik?. Bersabda baginda s..a.w: Sesiapa yang panjang usianya dan baik amalnya. Berkata lagi lelaki itu: Siapakah manusia yang paling jahat?. Bersabda baginda s.a.w: Sesiapa yang lanjut usianya dan jahat amalannya.

Kata Imam Tarmizi: Hadis ini Hasan Sahih.



,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ooooh Tuhanku.... Anugerahilah keberkatan umurku , lanjutkanlah usiaku didalam kebajikan, dan mentaatiMu Ya Allah.. Ampuniku dan rahmati selepas kematianku..


huk huk huk..... 




Thursday, December 13, 2012

Mawazanah- Sheikh Dr Nuruddin Ittir


Al Allamah Doktor Sheikh Nuruddin Ittir




 Nama lengkap beliau:  Nuruddin Muhammad Hasan 'Itr. Lahir di Halab  (Alleppo) (Sebuah daerah di wilayah Syam, Syria sekarang) pada tahun 1937 M / 1256 H.

 Permulaannya beliau berguru dengan Ayah beliau, kemudian Datuknya Sheikh Al-Muhaddits Najib Siraj Al-Husaini. Kemudian  ke Al Azhar meraih Ijazah Kedoktoran dalam bidang Hadis. 

Mengajar di Universiti Islam MAdinah, kemudian Universiti  Damsik.

Buku Mustolah karangn beliau:

1. Al-Imam at-Tirmidzi wa Al- Muwazanah bayna Jami'ahu wa Shohihain

2. I'lamul Anam ( Kitab penjelasan hadits-hadits dalam kitab Bulughul Maram )

3. Syarah 'Ilal At-Tirmidzi

4. Manhaj An-Naqd fi ulum Al-Hadits

5. Al-Mughni fi Ad-Dlu'afa li Al-Imam Adz-Dzahabi
6. Tahkik beliau atas kitab Nuzhatun Nazhor Karya Imam Ibn Hajar Al-Asqalani

Monday, December 10, 2012

Pandangan Sheikh Shuib Arnaut atas Neraca timbangan.



Sheikh Shuib Arnaut... Pernah berguru dengan  Sheikh Abdul Qodir Arnaut... Salafiyyun Layyinuun. 

Tidak syadid seperti Sheikh Nasharuddin al Bani.

Begitu juga dengan Sheikh Shuib Arnaut ni... Alim, lagi wari'., Salafiyy Layyiin.... mempunyai karangan menarik berkenaan ilmu hadis, mentahkikkan kitab2 hadis besar2, seperti Sunan Abi Daud, Ibn Hibban bi Tartib  Ibn balban... berbelas2 juzuk.. tabarakallah . Saya meminati komentar2 beliau tentang Hadis2 walau pun dalam banyak perkara saya tak ikut pendapat beliau terutama dalam bidang asas agama, tawhid, fekah , tasawuf.... 

Usaha beliau mengorek naskhah2 Sunan Tarmizi contohnya patut dihargai...
Penemuan2 beliau terhadap naskhah2 yang ikhtilaf memang sangat berguna. Jazahullah khoir.

Kita sedia maklum, Kalau Naskhah Bukhari ada rujukannya  naskhah Yanini yang dicetak di Turki Asalnya , begitu Muslim telah ada kamus ikhtilaf naskhahnya.. adapun Jamik Tarmizi masih berselerak lagi rujukannya..



Pernah ditanyai Sheikh Samer Nass tentang usha-usha Sheikh Shuib Arnaut , beliau jawab, boleh bekira,,, (ya'ni).. walaupun ada perkara Sheikh Shuib Arnaut tak patut sentuh,  Sheikh Nuruddin Ittir  pun  ada beri pandangan sikit tentang S.Shuib  menurut Sheikh Samer... 

Allah, Allah.. kalaulah Sheikh Nuruddin Ittir sendiri dpt mentahkikkan Sunan sittah, Musnad Ahmad dan Sahih Ibn Hibban alangkah bagusnya...


........... Allahu Musta'an.


Contoh perkara yang Sheikh Shuib komen yang tidak  sesuai dengan kita... Beliau kata Imam Tarmizi maksudkan "Makruh" dalam setiap ulasan hadis dalam Jamik Tarmizi adalah bererti HARAM. ...dan itu juga maksud  itlak kalimat MAKRUH  Imam Mazhab kita Shafie, tapi orang kemudian telah ubah makna makruh tu tak mesti makna haram, maka masuk juga makna "perkara yang tanzih , tinggal yg awla,  tapi tak haram" iaitu makruh seperti dalam istilah  usul fikah kita.. ini sudah bertentangan dengan fahaman kita..

Allah A'lam.



Harapkan Allah permudahkan Sheikh kita, Sheikh Samer Nass mengarang Tahkik Jamik Tarmizi .. mudah2an lapang hati kita........Amin amin..


Sunday, December 09, 2012

Metod Penulisan Sunan Sittah - Ibn Majah


 Adapun Ibnu Majah- Maka kitab beliau memberi manfaat yang sangat kuat dalam bidang Fikah sepert yang disebut oleh Ibnu Atsir. Tetapi didalamnya terdapat hadis2 dhoif bahkan  Hadis2 Munkar.

Abu Abdullah bin Ryusyaid menyebut: Kitab Ibnu Majah, mana2  yang tunggal (satu jalan riwayat sahaja)  meriwayatkan hadisnya dari perawi2 yang dituduh dusta dan sariq hadis, yang mana sebahagiannya terdapat hadis2 yang perawinya tidak dikenali (majhul) melainkan dari pihak mereka  sahaja, seperti   Habib bin Abi Habib - juru tulis Imam Malik, al Alaa bin Zaid, Daud bin al Muhabbar, Abdullah al Wahhab bin al Dahhak, Ismail bin Ziyad as Sakuuni, Abdus Salam bin Abi al Janub dan selain mereka.
Abu Zura'ah telah menghukumkan banyak hadis2 dalam Ibnu Majah sebagai Batil, Saqith, atau Munkarah. Demikian telah dihikayatkan dalam kitab al Ilal karangan Ibn Abi Hatim. 

Kami berpendapat: Dikeranakan jika  ketunggalannya (Ibn Majah) meriwayatkan hadis dhoif jadi Dhoif hadis tersebut,  Ramai ulamak hadis tidak menambahkan jumlah kitab2 hadis yang Sahih melebihi 5 buah sahaja. Iaitu tidak termasuk Ibnu Majah.

Al Hafiz Solahuddin al Alaai berkata: Sepatutnya dibilang kitab yang keenam adalah Sunan Darimi pengganti Ibnu Majah sebab didalam Sunan Darimi sangat sedikit perawi2 yang dhoif, sedikit sangat hadis2 yang Munkar dan Syazz. Sekalipun terdapat didalamnya Hadis2 mursal dan Hadis2 Mawquf. Maka sebab itu Kitab Sunan Darimi lebih utama dari Ibnu Majah. 

Ibnu Hajar al Asqolani pula mengatakan : Sebahagian ahli Ilmu membilang Sunan yang keenam adalah al Muwatak karangan  Imam Malik  seperti yang telah dicontohi oleh as Sarqusthi dan telah diikuti oleh Ibnu Atsir didalam kitab Jami' Ushul .

Ibnu Hajar juga telah menyebut: Orang pertama yang memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah yang jadi Asas sumber agama, adalah Abu Fadhal Ibnu Tohir, dengan cara memasukkan  kitab Hadis Ibnu Majah kedalam Athraaf  (Ensiklopedia hadis ) beliau. Begitu juga  dalam  kitab "Syuruth aimmah sittah ", . al Hafiz Abd Ghani alMuqaddisi dalam "al Kamal fi asmaair Rijal",  yang telah menyaringkannya oleh al Mizzi ...


Sebab dimasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah.

Ibnu Hajar al Asqolani  menyebut: Ibnu Tohir telah menyisihkan al Muwatak lalu membilang Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah, kerana keadaan al Mawatak hanya menambah sedikit sahaja  hadis2 Marfu kedalam Sunan yang lima. Berbanding Ibnu Majah, yang telah mengumpulkan hadis2 marfu dalam jumlah yang besar. Maka  maksud dan tujuan para ulamak memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan yang Enam adalah untuk memperbanyakkan hadis2 yang Marfu  bersama  himpunan  Sunan yang lima. Wallahu A'lam.

 





Metod Penulisan Sunan Sittah - Sunan Nasaie

Adapun Kitab Nasaie, mementingkan ketelitiannya dengan membanyakkan jalan riwayat (thuruq)  hadis dan berlainan orang yang menukilkannya.

Abu Abdullah bin Ryushyaid berkata dalam kitab beliau : Kitab Nasaie adalah satu pembahruan cara karangan kitab2 hadis sunan. Karangan yang lebih elok dan susunan yang terbaik. Seolah2nya kitab Nasaie telah menghimpunkan dua metod iaitu Metod Bukhari dan metod Muslim   serta sebahagian besarnya disertai  keterangan ilat2  setiap hadisnya.
Kesimpulannya , Hadis2 dalam Kitab al Mujtaba Imam Nasaie sangat sedikit terdapat Hadis2 Dhoif dan perawi2 yang dimajruhkan ( dikritik).

Nukilan Ibnu Ryushyaid ini juga telah dicatit oleh Ibn Hajar al Asqolani dalam Nukat Ibn Sholah  dan Imam  Sayuthi dalam Kitab Zuhr  beliau- ta'lik Nasaie..


MetodSunan Sittah.. 







Saturday, December 08, 2012

memori daurah 5

 tawadhu'  ulamak sham...
 himmah tinggi, berupaya menghabiskan sendiri bacaan hadis selama hampir 8 jam sehari selama 20 hari.




 menjawab soalan . kemahiran Sheikh Samer tentang ilmu hadis..Beliau bercita2 untuk mengarang tahkik Kitab Jamik Tarmizi yang mengumpulkan semua naskhah Jamik Tarmizi yang berlainan. Mudahan dikabulkan Allah.





 imam masjid kampung keling , bandar melaka.


 pondok jorak. bersama ustaz Din.

memori daurah 4


dikasihi para suriyyiin.



memori daurah 3





memori daurah 2