Sunday, December 13, 2009
Monday, November 30, 2009
waktu korban
Perbuatan Sembahyang bukan syarat masuk waktu.
Sekalipun hadis tersebut sahih , tetapi disudut maknanya, kalau diperhatikan , kalimat "attamma" tidak juga boleh dijadikan bukti syarat masuk waktu korban , sebab "attamma" bermakna " telah menyempurnakan " maka yang sempurna tidak menafikan yang kurang sempurna. wallahu a'lam.
Friday, November 27, 2009
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Wednesday, November 18, 2009
Wednesday, November 11, 2009
TERAPI KAMBING
Kambing sering dikaitkan dengan penyakit darah tinggi. Tetapi hakikat sebenarnya banyak sungguh manfaat, khasiat dan kesan daripada kambing sama ada memakan dagingnya atau digembala sehingga ia digelar terapi kambing. Daging kambing tidak memiliki protein yang tinggi, oleh itu ia terkecuali daripada membentuk sebarang ikatan kolestrol akibat amalan pemakanan seperti yang dinyatakan di atas. Ikatan kolestrol tepu boleh dicegah sekiranya terdapat Omega 3 di dalam darah, tetapi Omega 3 tidak mampu mengurai kolestrol yang telah terbentuk. Hanya ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol lembut) sahaja yang boleh menguraikan ikatan hidrogen dan karbon (kolestrol kasar). Oleh itu, kolestrol yang terbentuk dalam badan tidak boleh diurai dengan sebarang bahan melainkan ia hanya boleh diurai dengan kolestrol kambing sahaja. ---------------------------------------------------------- komen le yek.. |
Selamat Aidil Adha.
1. Bolehkan dikongsi korban dan akikah pada seekor lembu?
Jawab: Harus .
Nasnya: " Dan memadai seekor unta atau lembu atau kerbau daripada tujuh orang samaada sekelian mereka itu menghendaki akan korban atau tiada". - sabilul muhtadin juz 2 , m.s 224.
2. Masalah seorang ditanya " kambing apa tu?; dijawab tuannya" korban.". adakah jadi korban nazar atau tidak?.
Jawab: Tidak jadi korban nazar, masih tetap korban sunat. sebab tiada bentuk ta'yin. kecuali tuan kambing itu menjawab " Ini nak buat korban"., atau "kambing ini nak buat korban" maka jadi korban nazar/ wajib. Maksudnya, berhubung soalan diatas , mesti ada lafaz ta'yin, iaitu lafaz yang menunjjukkn dan menentukan yang ditunjukan kepada binatang tersebut adalah sebagai korban.
Nasnya: Sila rujuk kasyful litham.. syekh zainuddin al fathoni.
3. Adakah jadi syarat sah sembelihan korban mesti selepas sembahyang raya haji?.
Jawab: Tidak jadi syarat sah korban. hanya sunat dan waktu yang afdhal saja. Maka kalau disembelih selepas terbit matahari hari aidil adha ,sebelum sembahyang raya haji , sah sembelihan itu dan sah korbannya.
Nasnya: " Tiada wajib mendahulukan sembahyang a'id dan dua khutbahnya , hanya sunat ia kemudian daripada keduanya hingga dhuha segalah itu afdhal. Dan memadalah manakala keluar matahari dikira2kan kadar sembahyang dua rakaat dan dua khutbah yang ringan keduanya, masuk waktunya... " furu' masail .. juz 1 . m.s 263
Thursday, September 10, 2009
Selamat aidil fitri
Sempena Hari Raya Aidil Fitri.
kepada semua warga pondoktampin, peziarah, ahli pengajian , ...
kemaafan di aidil fitri sesejuk embun air zamzam...
Sunday, September 06, 2009
Semuga Al Ustaz mendapat umrah mabrur wa sa'yan masykur.. amin
Wednesday, August 19, 2009
Ramadhan al Mubarak.
Ramadhan Karim...
Ya Allah daku berpuasa kerana Mu ya Allah.
1. memperbaiki adab-adab puasa
2.oo allah
3. contoh Doa/selawat sepanjang puasa..
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ سيد الشاكرين والحامدين صَلاَةً تَكُوْنُ لَكَ رِضَاءً
وَلِحَقِّهِ أَدَاءً بِعَدَدِ ثَوَابِ حُرُوْفِ اْلقُرْآنِ فِى شَهْرِ رَمَضَانِ وَعَلى
اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ
dibaca 40 x dlm sehari.
Saturday, August 15, 2009
ziarah mahabbah dan curahan ilmu
Thursday, August 06, 2009
apa istemewanya gambar ini?.
ini le antara istimewanya maghrib... maghrib ooo maghrib..
apa istimewanya gambar ini?.. siapa yg tak dpt teka betul tekaannya ... tak dpt hadiah..siapa yang dapat teka ...pun tak dpt hadiah. hah teka le..
gambar ni mahal ooo.. bkn hrga nya nak dijual2.. tapi utk perkongsian maklumat dan sama2 dpt melihat dan berpaling pandangan kearah syukur kepada Allah yg telah menjadikan kita Islam dan duduk dinegara yang diwarisi orang islam yang tak kurang juga istimewa dan mmpunyai nilai2nya yang tersendiri.
Tuesday, August 04, 2009
nisfu sya'ban.
berehat sekejap..minum tea nipis je , campur ni' nak (pudina)...amboi.. maghrib.. dengan batang2 dan daun2 segar tu direndam dlm gelas tuu.. kita minum macamtu je le.. tak tapis2.. pure ni'nak. tapi sedap oo..
nak tanya.. ada tak pernah jumpa dimana2.. kat mesir ke.. ordon ke. sham ke?. turkieya ke.. yang buh ni'nak terus camtu..rasanya tak de le. .. kat maghrib je ..
Loceng, yang sempat diangkut dari andalus kemaghrib sebelum kejatuhan kerajaan islam dispanyol. Yang ini telah diabadikan dimasjid Qorowiyyin..Fes.
Tidak indah kisah maghrib jika tidak disebutkan Andalusia.
maka telah menulislah prof.hamka dalam buku sejarah umat islam:
Kerajaan Islam Di Andalusia.
Bani Umayah.
Se bagaimana dahulu pernah dinyatakan , maka nya berdaulat kerajaan Bani Umayah di Andalusia (Sepanyol) , ialah seketika Bani Umayah di kejar2 dan disapu berseh oleh Bani Abbas, ada seorang diantara mereka yang dapat melarikan diri dari bahaya kematian , iaitu Abdur Rahman Dakhil ( yang masok , sebab dia masok ke Andalusia) . Kecerdekannya itu sehingga dapat dia mendirikan kerajaan baru disana, menyebabkan al Mansor , nenek dan pendiri Daulat Abbasiah itu menjadi kagum dan memberinya gelar "Sakhar Quraish" garuda quraish. .....
Wednesday, July 29, 2009
massagge yang nak disampaikan... hasil pergaulan dan pemerhatian dimuktamar , para masyaikh tarekat tasawuf di luar sana kebiasaannya adalah ulamak. semasa dalam kenderaan dari airport dicasablanca ke marakesh.. bermesra dengan Sheikh Musa dari Sudan..seorang sheikh tarekat tijaniah.. masyallah .. alim ... banyak sangat ilmu dicurahkan. tapi ajibnya setelah 2 hari dimuktamar, kami bertembung beliau ditengah jalan kebilik mufti nageria... rupa-rupanya beliau juga menerima ijazah dari sheikh ibrahim soleh...???.
Sheikh Abdullah bayyah...salah seorang pembentang kertas kerja... ulamak dari mauratania... sangat alim... sheikh hamzah yusuf murid beliau ..