Saturday, December 08, 2012
Saturday, December 01, 2012
Keberangkatan Pulang Sheikh Samer ke Sham (confirm).
Dimaklumkan , penerbangan pulang Sheikh Samer an Nash serta rombongan dijadualkan pada pukul 2 pagi hari Isnin, 2 dec. 2012, melalui Bairut , Lubnan insyallah. Semuga Allah balasi jasa-jasa beliau menabur ilmu dan bakti diTanah Melayu ini, kepada anak bangsa ini . Allah selamatkan beliau dan rombongan serta keluarga beliau khasnya dan kepada Ahli Sham amnya, dari mara bahaya.
Amin amin ya rabbal a'lamin.
Harap tidak keliru kepada mereka yang ingin bertemu beliau diKLIA sebelum berangkat, pastikan datang KLIA besok malam... sebab 2 pagi isnin tu maknanya lepas pukul 12 malam besok, bukan lepas pukul 12 malam lusa..( hari isnin). Sekian harap maklum..
Flight ditangguhkan..
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH..
DIMAKLUMKAN , KEPULANGAN BESOK SHEIKH SAMER DAN ROMBONGAN KE DAMSYIK ,
SYRIA DITANGGUHKAN , DISEBABKAN AIRPORT DISYRIA TELAH DITUTUP. SEKARANG
MASIH DALAM USHA UNTUK MENGHUBUNGI PIHAK EMERITE
UNTUK
MENDAPATKAN TARIKH PENERBANGAN AKAN DIBERITAU NANTI. HARAP HEBAHKAN
KEPADA MEREKA YANG NAK DATANG KE KLIA ESOK. PENERBANGAN DITANGGUHKAN
SEHINGGA DIBERITAU.. SEMUGA ALLAH MUDAHKAN URUSAN PARA ULAMA UNTUK
MENJALANKAN TUGAS DAKWAH MEREKA. WASSALAM.
Friday, November 30, 2012
Program Sheikh Samer untuk hari ini hingga Ahad.
1. Lepas Asar - menziarahi Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kg. Keling - Bandar Melaka. MELAKA.
2. Esok - menziarahi Pondok Ustaz ( Ustaz Nazaruddin).. Ust Din Jorak, Muar, JOHOR.
3. Ahad- 2.00 am flight depart... to dubai to damsq.
2. Esok - menziarahi Pondok Ustaz ( Ustaz Nazaruddin).. Ust Din Jorak, Muar, JOHOR.
3. Ahad- 2.00 am flight depart... to dubai to damsq.
Sheikh Samer an Nass Berangkat Pulang....
Keberangkatan pulang 2 ulamak besar Sham.... Sheikh Samer an Nass da sheikh Firas Salu pada pukul 7 malam. ahad ini.
sila berada 3 jam awal kpda sesiapa yang nak menghantar diKLIA.
Thursday, November 29, 2012
Majlis Daurah Tamat.
Majlis Daurah Kitab Hadis Jamik Tarmizi telah tamat semalam. Seramai 150 peserta telah menghadiri dan telah diijazahkan sanad Sunan Tarmizi oleh Fadhilatus Sheikh Samer al Nash , ulamak dari negara Sham, Syria. ...Semuga sambungannya ditahun depan untuk Sunan Nasaie dan Sunan Ibn Majah dapat diadakan lagi. Aamin.
Wednesday, November 28, 2012
Monday, November 26, 2012
Jamik Tarmizi menurut Sheikh Marbawi
Adapun kemudian daripada itu , maka lebih dahulu daripada aku masuk didalam mengarang kitab ini dengan tawadhu" aku kepada Allah subhanawata'ala kiranya dipohonkan kepadaNYA , tiada salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku :
Adalah kemudian daripada sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih Tarmizi , sudahlah jatuh didalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataannya pada segala hukum syariat Nabi Muhammad s.a.w . Dengan kerana beribu-ribu bab dan Ahadis serta diikutnya tiap-tiap hadisnya keterangan imam-imam mazhab lebih dari mazhab empat yang ma'ruf . JANGAN BICARA LAGI PADA SANAD HADIS ITU BUKAN MAIN LAGI DIPERHALUSI DAN LAIN DARIPADANYA BEBERAPA ILMU. .. intaha .. perkataan Sheikh Marbawi.
Sunday, November 25, 2012
Metod Penulisan Sunan Sittah- Bukhari, Muslim, Abi Daud dan Tarmizi
Setiap Kitab Hadis yang 6, iaitu BUKHARI,
MUSLIM, SUNAN ABI DAUD, TARMIZI, NASAIE, DAN IBN MAJAH, masing-masing
-masing telah di karang mengikut metod penulisan yang tersendiri.
-Kitab Sahih Bukhari..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis yang
Sahih yang berhubung sanadnya dari hadis-hadis lain yang tidak berhubung sanadnya sekalipun Sahih.
- Muslim..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis Sahih yang telah
ijmak para ahli hadis bahawa hadis itu berhubung sanadnya sekalipun dgn
cara Marfu"... kaedah ini jika dibandingkan dgn Bukhari,,, Bukhari
lebih tegas dalam susunan Sahih beliau trsebut..
- Abu Daud....
pula ditulis untuk menghimpunkan hadis-hadis yang boleh dibuat dalil
dengannya , yang beredar dikalangan ulamak fekah , yang dibinakan hukum
ahkam dengannya. oleh itu Sunan Abi Daud terdapat didalamnya hadis-hadis
Sahih, Hasan , Dhoif , yang patut diamalkan menurut pengarang .
- Jamik TARMIZI juga telah mengumpulkan kedua-dua aliran iaitu metod Sahih Bukhari, Sahih Muslim dengan metod Sunan Abi Daud , dan menambahkannya lagi dengan meringkaskan turuq setiap hadis seringkas yang mungkin, jadilah dengan hanya
dicatit satu sahaja hadis , dan yang selainnya memadai dengan cara
diisyaratkan
Tarmizi juga menjelaskan martabat2 setiap hadis ,
Sahihnya, Hasan, Dhoif , Mungkar, dan juga menjelaskan bagaimana boleh
jadi hadis itu Dhoif.
Tujuannya supaya setiap penuntut ilmu
hadis dapat mengambil iktibar cara menilai setiap hadis. Dijelaskan juga
mana yang telah diterima dengan ijmak, mana yang Gharib.
Di
terangkan mazhab-mazhab para Sahabat r.anhum, dan mazhab-mazhab fukaha .
Dicatit juga setiap nama perawi jika perlu disebut namanya, dan jika
perlu kuniah juga disebutkan pula.
Jamik Tarmizi tiada
mengundang kesamaran bagi sesiapa yang Ahli Ilmu, olehitu Jamik Tarmizi
memadai untuk para Mujtahid dan mencukupi bagi rujukan para Ahli Taqlid.
Wallahu a'lam...Allah sahaja yang Maha sempurna pengetahuannya.
Saturday, November 24, 2012
daurah tarmizi
Imam Tarmizi , dikatakan telah menyusun kitab jamiknya,,, dan mengulas hadis2nya mengikut pendapat2 ulamak fiqh ,, dikatakan beliau ulamak terawal menyusun fiqah muqarran- perbandingan mazhab dalam fiqh. wallahu a'lam.
..
hadis -hadis dalam jamik tarmizi sungguh bernilai dan bermakna dalam perbahasan fikah... jelas sungguh seperti catitan dalam kitab bahrul maazi karangan sheikh marbawi... baru la dapat difahami,, mengapa sheikh marbawi dalam bahrul maazi beliau mensyarahkan dan menghuraikan setiap hadis sunan tarmizi dengan nukilan-nukilan para ulama fikah muktabar yang hebat2, seperti, imam nawaawi dari syarah
muslim, majmuk syarah muhazzab, imam qurthubi,,, dan sebagainya.
kata sheikh marbawi lagi... usah lah didikata apa perihal sanad dan riwayatnya yang sungguh teguh..
maknanye.. kalau setakat nak beramal dgn hadis2 dlm sunan tarmizi tak payah le susah2 bahas sanadnya boleh pakai ke tak bolee.. pakai je lee..
kagummnya .....
keilmuan ulamak dahulu kala... maasyaallah ...
Tuesday, November 20, 2012
Monday, November 12, 2012
Sunday, November 11, 2012
Saturday, November 10, 2012
Tuesday, November 06, 2012
Daurah Bermula Ahad ini- 11 november 2012
Sahih Muslim dan SAhih Tarmizi cetakan Muassasah Risalah - Bairut.
Mungkin masih ada stok yang belum terjual. sila hubungi sdr safwan zainal azmin.
Monday, November 05, 2012
Lupa Takbir rak'at pertama sembahyang aidilfitri/adha, diqodha dirak'at kedua?. -Khilaf Ibnu Hajar dan Ramli.
Gharib Kasful Litham 18
Ketika Sembahyang Aidil Fitri atau Aidil Adha:-
Nas: (Masalah) Maka manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakaat yang pertama , kata Sheikh Ibn Hajar tiada lagi didatangkan dia pada rak'at yang keduanya dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya di qiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al Jumah pada rakaat pertama maka didatangkan dia pada rak'at kedua serta dengan surat al munafiqin , maka atas kata ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada yang lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu itu. .. Tamat .
Ulasan:
Ketika Sembahyang Aidil Fitri atau Aidil Adha:-
Nas: (Masalah) Maka manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakaat yang pertama , kata Sheikh Ibn Hajar tiada lagi didatangkan dia pada rak'at yang keduanya dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya di qiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al Jumah pada rakaat pertama maka didatangkan dia pada rak'at kedua serta dengan surat al munafiqin , maka atas kata ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada yang lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu itu. .. Tamat .
Ulasan:
Ibn Hajar = tiada takbir lagi bila terlupa takbir dirakaat pertama.
Sheikh Ramli= takbirkan 7 kali kemudian takbir pula 5 kali dirakaat kedua.
(Fatwa Sheikh Ramli) Ini Fatwa yang tidak pernah kita dengar dan amalkan dalam masyarakat kita.
Harus kita beramal dengannya dengan memilih qaul Sheikh Ramli .
Sunday, November 04, 2012
KELAS KASFUL LITHAM DAN DURRUSTHAMIN BULAN NOV. 2012
Assalamualailkum warahmatullahi wabarakatuh. Dimaklumkan Kelas
Taffaqquh Guru-guru Takmir/ kelas kasful litham untuk bulan NOVEMBER akan
diadakan pada 4 -11-2012 hari Ahad.
Bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tghari. Bertempat di Dewan Kuliah ,
Pejabat Agama Daerah Tampin , Negeri Sembilan. Kepada mereka yang
berkenaan dan berminat sila ambil perhatian. wassalam.
Subscribe to:
Posts (Atom)
.jpg)

























