Thursday, November 13, 2014
Friday, November 07, 2014
Monday, October 27, 2014
Bukan soal taksub mazhab
Program " Saya nak sentuh Anjing". tidak sepatutnya diberi keizinan oleh pihak berkuasa agama.
Sebabnya : Bukan soal taksub mazhab, tetapi, apa alasan yang kukuh sehingga perlu diadakan majlis khas seperti itu dengan terbuka?.
memang tak ada alasan. alasan2 yang diberikan hanya sekadar alasan tidak matang. dan penyokong2 yang bersuara selepas timbul kritikan pun tiada idea yang bernas nampaknya.

Faktor yang sangat jelas untuk tidak lagi diadakan majlis seperti itu ada 2:
1. memandangkan tiada langsung anjuran agama melalui hadis2 Nabi s.a.w maupun para sahabat r.anhum untuk merapatkan tubuh badan manusia dengan haiwan yang bernama anjing. kalau pun dikatakan air liur anjing tidak dihukum najis samada mutawasitah atau mughallazah mengikut mazhab2 fikah selain Mazhab Shafie?, itupun bukan hujjah yang kukuh ,sebab semua Mazhab bersetuju untuk membasuh setiap benda yang dijilat oleh lidah anjing.
Perintah membasuh adalah maktub didalam hadis2 yang sahih dari Nabi s.a.w, oleh itu tiada terdapat percanggahan pendapat para fukaha atas tuntutan basuh ini.
Cuba perhatikan banyak hadis2 yang menunjjukan makna "jahui dari jasad anjing" kalau pun ada manfaatnya boleh diambil, mestilah dalam bentuk menjauhi juga iaitu keharusan mengambil anjing sebagai penjaga harta benda, rumah dan kebun. tetapi tidak boleh dibawa masuk kedalam rumah.
- hadis2 perintah membasuh jilatan anjing yang kena pada setiap bekas trmasuk lah tubuh.
- hadis2 yang melarang memelihara anjing2,
- hadis2 yang melarang mengambil hasil jualan anjing disamakan dgn hasil perempuan jalang.
- hadis2 yang melarang masuk anjing kedalam rumah , malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada patung dan anjing.
- dalam fathul baari.. larangan Saidina umar r.a. , membiarkan anjing masuk kedlam masjid Nabi dan berkeliaran .
- dan banyak lagi..
cuba fikir.. apakah maksud larangan2 Nabi s.a.w tersebut maknanya kita disuruh mendekatikan diri kita dengan anjing2, kucup2, biarkan dijilat2nya?...
Hadis2 tersebut maknanya kita disuruh karib dgn anjing atau menjauhinya?.
2. Menghormati fatwa2 Syariah adalah wajib. Semua Ulamak Islam telah Ijmak terhadap kewajipan menghormati fatwa2 syarak.
Jika pengajuran majlis2 seperti itu atas niat untuk melekeh2kan fatwa mazhab shafie yang telah berakar umbi diamalkan di tanah melayu ini, maka saya tidak berani menhukum haram perbuatan tersebut , tetapi maksud dari teks para ulamak menghukumkan begitu. wallahu a'lam.

Wednesday, October 22, 2014
Friday, October 10, 2014
Saturday, October 04, 2014
Monday, September 08, 2014
Majlis Ibadah Qurban 2014 (1435H)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
InsyaAllah, bersempena AidilAdha pada tahun ini 2014 (1435H), adalah dimaklumkan bahawa, PondokTampin akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban.
Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berhajat menyertai, boleh berhubung terus dengan Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Raof (pondok_tampin@yahoo.com) atau kepada Saudara Anwar (anwar.ukm@gmail.com)
Harga : a) 1 Bahagian Lembu : RM500
b) 1 Ekor Kambing : RM800
Bersempena majlis ini, Pihak Urusetia juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan majlis ini.
Sekian dimaklumkan.
Tuesday, August 19, 2014
kitab-kitab umdah (rujukan utama) fekah mazhab Shafie berbahasa arab
Ada beberapa buah kitab panduan fatwa dalam bahasa arab , yang mengumpulkan istilah-istilah fekah mazhab Shafie dan tertib susunan berfatwa mengikut cara tertib kitab para fukaha mazhab Shafie. Khasnya ditujukan kepada para Mufti dan Qadhi yang tidak sampai darjat mujtahid. Maksudnya bagi mereka yang mujtahid , jika tidak mengikut kaedah tertib ini, maka tidak perlu kepada penyusunan dahulu kemudian isi kandungan kitab-kitab tersebut.
Antaranya yang biasa dijadikan panduan dan selalu dijumpai dalam karangan berkaitan fatwa fekah:
1.كنب سبعة المفيدة
2. فوائد مدينة
3 فوائد مكية
.....
Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan footnote kepada teks matan منهاج الطالبين penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .
Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu Melayu.
Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti Islam.
1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى.
bersambung...insyallah..
Tuesday, August 12, 2014
masalah khabar /berita. Bukan soal yakin
Soalan: Dalam fathul muin dari syarah minhaj...1 hadith Rasullah memakan keju
syria yg di buat dr susu yang di ambil dr perut anak babi yang br
menyusu...boleh x syeikh tlg terangkan...
J awab: Itu masalah khabar /berita. Bukan soal dah yakin . Sebab itu dalam kitab fathul muin dan hasyiahnya , ada ulasan ulamak -as syuhrah la taqtadhi sihhah- maksudnya setiap cerita dan khabar yang masyhur tersebar dikalangan orang ramai itu tidak semestinya benar. Kalau mahu dijadikan kata pemutus hukum haram makan keju itu dengan sebab ada khabar2 yang tersebar ianya dibuat dari bahan babi, maka tak boleh lah dihukum haram. Cerita masih ditahap tidak meyakinkan. Jadi, keju itu masih mengikut hukum asalnya iaitu halal dimakan .
Ini berlainan dengan keadaan yang meyakinkan , sekalipun hanya melalui khabar, tetapi telah terbukti dari pengakuan pihak2 yang berkaitan dgn isu DNA yang masih hangat dibincangkan sekarang. Takada jalan nak bermudah2 berhukum dengan guna kaedah (HUKUM ASAL ) , sedangkan keadaan yang YAKIN. Cuba2 lah bincang secara telus . wassalam.

FAEDAH DAN PADAH MAKAN BABI.
FAEDAH DAN PADAH MAKAN BABI.
A. Dinukilkan dari kitab Hayat Hayawanul Kobro- karangan Sheikh Kamaluddin Ad Damiri- juzuk pertama muka surat 303 . cetakan Darul Fikar- tanpa tahun.
Beliau berkata:
Meriwayatkan al Bukhari dan Muslim dan selain dari mereka berdua, dari Abu Hurairah r.a Bahawa Nabi s.a.w bersabda , Demi Diriku ditangan kekuasaan Nya, Sesungguhnya hampirlah diturunkan pada kamu Ibnu Maryam alaihissalam, menghukum dengan keadilan, Memecah cross, MEMBUNUH BABI , membatalkan jizyah dan melimpah-ruahkan harta sehngga tiada lagi orang yang mahu menerima (harta sebab sudah terlalu banyak).
- Diantara keajaiban perkara BABI - Apabila di cabut sebelah matanya saja , dia akan mati dengan cepat.
- ( Hukumnya) Tidak Harus menjual babi, kerana riwayat Abu Daud dari Hadis Abi Zinad dari Al A'raj dari Abu Hurairah r.a : Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah azza wajalla telah mengharamkan khamar dan harganya, mengharamkan bangkai dan harganya, DAN MENGHARAMKAN BABI DAN HARGANYA .
B. Dinukilkan dari KITAB AZZAWAJIR_ karangan Sheikh Ibnu Hajar Al Haitami. juzuk 1 mukasurat 361. Cetakan Darul Fikar- tanpa tahun.
Sebab keharamnanya adalah dia Najis.
Memakannya akan menumbuhkan zat2 badan. dan akan menghasilkan akhlak2 dan sifat2, Ia pula akan mengikut jenis pemakanan yang dimakan.
BABI- TERCIPTA ATAS AKHLAK YANG SANGAT KEJI,
SETENGAH ( akhlak kejinya);
1. TAMAK YANG KEJI.
2. SANGAT GEMAR MELAKUKAN PERKARA YANG DILARANG.
3. TIADA SIFAT CEMBURU .
TELAH DIHARAMKAN SESEORANG INSAN DARI MEMAKANNYA AGAR TERHINDAR DARI DAPAT SIFAT2 YANG BURUK LAGI KEJI ITU.
DARI KERANA ITU , ORANG2 NASRANI YANG SELALU MELAZIMI MEMAKANNYA, ISTEMEWA ORANG DARI EROPAH , TELAH DIWARISKAN KEPADA MEREKA BERSIFAT;
TAMAK YANG BESAR,
GEMAR MELAKUKAN PERKARA YANG TERLARANG, DAN
TIADA SIFAT CEMBURU . SEBAB TERLIHAT ADA LELAKI YANG MENJIMAK ISTERI MEREKA, TIADA PULA DIBANTAHI.
--- ..... Tammat ringkasan cedukan dari kitab2 tersebut..
YA TUHAN, JAUHI KAMI BENDA2 ITU... ALLAHUMMA AMIIN...
JAUHILAH KAMI DAN KAUM KAMI BERMUDAH2 DENGAN BENDA ITU..
JAUHI KAMU TERIKUT2 FAHAMAN YANG BERMUDAH2 ITU.. AAMIN...

Tuesday, August 05, 2014
Hukum pukul darbuka/yenki/darbakah.
Kesimpulan Nya:
Haram menurut qaul muktamad - menurut Sheikh ibnu Hajar.
Harus menurut qoul Muqobilnya- menurut Imam Harmain, Imam Rafaie dan Imam Ghazali selagi tiada unsur-unsur tasyabbuh dengan permainan melalaikan dari golongan pondan atau seumpamanya.
Ulasan.
Sekalipun pendapat kedua ini adalah qaul yang dianggap lemah, tetapi harus diamalkan bila diikuti syarat2nya dan istemewa pula bila amalan bernasyhid dan bermadih yang menggunakan salahsatu alatnya dengan darbuka/yenki/darbakah. telah umumul balwa diamalkan oleh masyarakat Islam di Nusantara dari golongan orang2 soleh dan para ulamaknya , walaupun ini dengan dipandang tiadanya percanggahan pendapat tentang definasi al kuubah yang dimaksudkan didalam hadis tersebut dan hukum haramnya berillah atau tidak, maka tidak dengan mudah kita beramalkan dengan qaul yang muktamad itu yang terus mengharamkan darbuka. Ini disudut amalan bukan fatwa dan ifta.
Sebaliknya Jika dipandang disudut terdapatnya percanggahan pendapat tentang definasi al kuubah , maka telah mantaplah berlainan maksud hadis dengan hukum untuk perkara yang dimaksudkan , maka keharusannya adalah lebih jelas tanpa perlu didetailkan lagi. Wallahu a'lam. wassalam.
Friday, August 01, 2014
Sekurang2nya 3 nama ulama besar telah dinisbahkan Qaul - Haram al Kuubah dengan Illah.
Berkata Sheikhul Islam Zakariyya al Anshori dalam Asnal Mathoolib:
ولا يحرم من الطبول إلا الكوبة ) بضم الكاف وإسكان الواو وهي طبل طويل ضيق الوسط متسع الطرفين لخبر
-
إن الله حرم الخمر والميسر والكوبة - رواه أبو داود وابن حبان
والمعني فيه التشبه بمن يعتاد ضربه وهم المخنثون
قاله الإمام
ونازع الإسنوي في الحصر المذكور فقال هذا ما
ذكره الغزالي
فتبعه عليه الرافعي
والموجود لأئمة المذهب هو التحريم فيما عدا الدف ورده الزركشي بأن أكثرهم
قيدوه بطبل اللهو .
قال ومن أطلق التحريم أراد به اللهو أي فالمراد إلا الكوبة ونحوها من الطبول التي تراد للهو
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
1. Imam Haramain.
2. Imam Ghazali.
3. Imam Rafaie.

Wednesday, July 30, 2014
Kalimatالله tidak pernah dipernamakan kepada sesiapa pun yang selain الله .
- Dalam kitab "Fathul Mu'in" muka surat 10 dicetak ditepi "Hasyiah I'anah at Thoolibin" juzuk 1.
ولم يسم به غيره ولو تعنتا
Dan tidak pernah dinamakan dengan الله kepada selain الله , sekalipun dengan cara bersungguh-sungguh mencubanya.
- Dalam Hasyiah I,anah Thoolibin dihalaman yang sama pula mengomentari:
Bahkan Dia menamakan DiriNya dengan الله sebelum Dia memperkenalkan Dirinya kepada makhluknya, kemudian Dia menurunkan nama itu kepada Nabi Adam a.s , agar Adam memperkenalkannya kepada umat beliau.
Ini telah menunjjukannya oleh ayat quran ... "Adakah Dikau Ya Muhammad, tahu bagi Nya (iaitu nama الله ) ada bagiNya telah dipernamakan sesiapa yang selain Nya?.
- Kalimat هل disini adalah kalimat Istifham al inkaari- bermaksud pertanyaan yang maknanya mengingkari atau menfikan kewujudan perkara yang ditanya.
INTAHA - TERJEMAHAN BAGI NAS FATHUL MU'IN DAN I'ANAH ATTHOLIBIN.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
RINGKASANNYA:
- Ini, satu uslub bahasa arab dan uslub QURAN SENDIRI, BUKAN BIKINAN ULAMAK.
- Nas dari 2 buah kitab adalah muktamad menjadi rujukan utama umat Islam dimalaysia.
- Tidak boleh dan tidak halal diberikan izin atau disokong pengunaan Kalimat الله kepada Kristian atau mana-mana pihak yang bukan Islam.
wassalam.
Sunday, July 27, 2014
Selamat Hari Aidil Fitri-- 1435 h.
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan sembahyang hariraya aidil fitri pada 1 syawwal tahun ini , 1 syawwal 1435 hijrah bersamaan isnin 28 julai 2014 masihi, bermula pada jam 9.30 pagi (takbir), 10 pagi (sembahyang) , bertempat di Surau Tahfiz Asma Munawwarah ( bangunan dibawah pondoktampin). Dijemput hadir kepada sesiapa yang berkelapangan untuk hadir dimajlis tersebut. Insyallah.
Majlis insyallah akan dihadiri bersama oleh para ulama soolihien, guru-guru dan sheikh-sheikh dari Syria.
Saya, Haji Abdul Raof Bin Nurin sekeluarga , sebagai pengelola pondoktampin mengucapkan
تقبل الله منا ومنكم
من العاءدين و الفاءيزين
كل عام وأنتم بخير
Saya mohon maaf lahir batin kepada semua pengunjung laman ini , semua sahabat-sahabat, semua kenalan , samada yang satu fahaman atau tidak sefahaman. Jika ada tersalah kata, tersalah tulis, tersalah maupun sengaja, semua kesalahan saya dan keluarga , maaf dan halalkan dunia akhirat. Bagi pihak saya juga begitu. Semuga ini akan menjadikan hari mulia pada tahun ini akan lebih bermakna bagi kita . Amin .
Sunday, July 20, 2014
madih sheikh abdal hadi al kharsa dan sheikh firas salu
Sheikh Abdal Hadi al Kharsa bukan sahaja alim semua ilmu syariat, bahkan
beliau mampu bernashid dan bermadih dengan suara yang lemak merdu yang
menusuk dan menyegarkan jiwa , begitu juga halnya dengan Sheikh Firas.
{PERKATAAN/PERCAKAPAN YANG IHTIMAL (BOLEH DITANGGUNG/DITIMBANG) DARI SATU JALAN (CARA) DARI JALAN-JALAN TAKWIL ADALAH TIDAK SAH DIKUFURKAN
{PERKATAAN/PERCAKAPAN YANG IHTIMAL (BOLEH DITANGGUNG/DITIMBANG) DARI SATU JALAN (CARA) DARI JALAN-JALAN TAKWIL ADALAH TIDAK SAH DIKUFURKAN ORANG YANG BERKATANYA, KERANA NABI S.A.W TELAH BERSABDA DALAM SATU HADIS:
"Tangkislah (TAHANLAH) HUDUD DARI ORANG MUSLIMIN SEKUASA-KUASA KAMU".}
Terjemahan penuh video:
Perkataan/ percakapan yang ihtimal (boleh ditanggung/ditimbang) dari satu jalan (cara) takwil dari jalan2 takwil , adalah tidak sah dikufurkan orang yang berkatanya, kerana Nabi s.a.w telah bersabda dalam satu hadis.. " Tangkislah (Tahanlah) hudud terhadap orang Muslimin sekuasa2 ( kamu".
Apabila kita ditahan menjalankan hudud dengan sebab perkara syubhat (kesamaran). Sepertimana telah berkata ahli Fekah. HUDUD (hukuman-hukuman) DITAHAN DARI DILAKSANAKAN KERANA ( terdapat) PERKARA SYUBHAT (kesamaran)" , macamana pula boleh kita kafirkan orang pada perkara yang boleh ditakwil (syubhat) ?.
Kerana itu lah berkata Imam Besar kita - Abu Hanifah r.a :
" Apabila sampai kepada engkau sesuatu perkataan dari seseorang Islam yang mempunyai ihtimal 99 yang diihtimalkan pada kufur dan 1 sahaja ihtimal iman, maka hendaklah ihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya) atas keimanan , jangan engkau diihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya) makna kufur, (sedemikian itu ) sebabnya supaya bahawa engkau :
- tersalah pada keimanannya padahal dia disisi Allah sebenarnya dia kafir itu lebih baik,
-- dari engkau tersalah pada (hukumkan dia) kufur padahal dia disisi Allah orang beriman".
Suara orang bertanya -- (adakah )Imam Abu Hanifah (berkata begitu)?.
- Ya, Imam Abu Hanifah (dia berkata begitu) .
Suara orang bertanya -Dalam kitab Mana?.
- Ada di Awal2 kitab Syarah Fiqhul Akbar.. Syarahan bagi Munlla Ali al Qoori.
"kerana bahawa supaya engkau tersalah pada keimanannya"
Yakni bersangka baik engkau (Husnu zan) baik terhadap seseorang INSAN dan engkau kata bahawa dia mukmin.
Adakah Engkau akan di siksa (jika) engkau bersangka baik terhadapnya (begitu)?.
-Suara orang bertanya- Sekalipun dia kafir disisi Allah.
Kerana engkau tersalah takwil atas imannya , (itu maknanya ) engkau masih ihtimalkan dia beriman, adapun jika engkau tersalah pada (menghukum) dia kufur , padahal dia disisi Allah beriman .. engkau tahulah apa akibatnya kan.. dan persoalannya...
kerana seseorang insan itu bila berkata kepada seorang insan yang lain "Kafir" padahal dia disisi Allah tidak kafir, nanti akan kembali kata --kata itu kepadanya semula .....
--------------------------------------------
Hubaya hubaya lah kaumku ,, jangan mudah2 kafirkan orang.
Friday, July 18, 2014
Amalan Menabur Bunga di pusara adalah ajaran Islam, sunat, bukan diambil dari kristian dan yahudi.
2 buah kitab yang jadi rujukan utama para penuntut dan ulama
dibidang fekah mazhab Shafie.
pertama : I'anatutthoolobin juzuk 2 mukasurat 119.
kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.
Soalan 1: Ustaz, mohon pencerahan. Bukankah Nabi s.a.w tutup pakai pelepah tamar? Di sini tiada pohon tamar.Kalau pakai hukum qias, guna pelepah kelapa atau sawit. Atau tak perlu letak apa2 untuk elakkan salah faham. Maaf ustaz.
Jawab: Menurut Sheikh Ibn Hajar dalam kitab Fatawa al Kubro beliau
seperti yang dinukil dalam kitab I'anah al thoolibin dimuka surat yang dipaparkan
gambarnya itu memang termasuk yang diqiyaskan dengan
pelepah tamar adalah sebarang dahan, ranting kayu ataupun pelepah
kelapa/sawit untuk dipacak/tanam diatas kubur.
Kalimat- غرس- bermakna pacak/tanam
atau sebarang cara yang lain. Dalam kitab Bahrul Maazi- Komentar Hadis Jamik Sunan Tarmizi , karangan Sheikh Marbawi juga ada disebut qiyas ini. Iaitu qiyas pelapah
lainnya dengan pelepah tamar . Guru saya berkata: Pelepah kelapa lebih hampir menyerupai
pelepah tamar. Wallahu a'lam.
Soalan 2: Ada pulak orang berkata, dalam kitab itu kata pacak/tanam, tentulah sesuai untuk kayu, kenapa pulak ditabur bunga, tidak munasabah jika qiyas bunga kepada pelepah tamar?. Sudah tentu qiyas itu tidak sah?.
Jawab: Begini . Apabila kita sudah benar-benar faham konsep qiyas yang sah diamalkan dalam ilmu Ushul Fiqah, tentu akan mudah bagi kita menerima keputusan ulama dalam teks Fathul Muin dan I'anah tersebut. Bagaimana pula?. Fahamilah, bunga diqiyaskan kepada pelepah tamar, maksudnya apabila pelepah tamar sunat
dipacak atas kubur maka bunga juga dihukum sunat ditabur atas kubur . sebabnya (illahnya)
diqiyaskan kepada pelepah tamar atas dasar bersatu makna (illah) antara
keduanya. Makna tersebut ialah faedah Tasbih dari
keduanya. Maksudya pelepah tamar bertasbih, bunga juga bertasbih. maka disamakan
hukum keduanya sebab mempunyai persamaan , iaitu tasbih.
Kalau begitu kenapa
pula ditabur bunga tidak pacak?. JAWABNYA: Munasabah kuntum-kuntum bunga - tabur.. mana boleh
bunga dipacak pacak ?. kalau boleh dipacak .. haa pacak lah.. tak
letih?.
Labels:
Hukum Ahkam Kubur,
ilmu FEQAH,
Tabur Bunga di Kubur
Thursday, July 17, 2014
Tabur Bunga di Pusara disunatkan.
https://www.facebook.com/PondokTampin?ref=hlhttps://www.facebook.com/PondokTampin?ref=hl
Thursday, June 26, 2014
Marhaban Ya Sheikh Ramdhan... Ya Marhab.
Sya,ban
,, pintu Ramdhan. Dibulan ini kita berlatih untuk bersedia dengan
latihan puasa, menahan lapar dahaga dan latihan ibadat untuk menyambut
Ramdhan yang mulia. Bulan Ramdhan - sebagai pendidik (murabbi) yang
sangat berkesan. Rahmat Allah yang melimpah ruah diturunkan dibulan
Ramdhan telah membendung rohani dan jasmani insan untuk dihalakan kepada
ibadat dan ubudiyyah. Sekalipun Mahaguru Ramdhan tidak bertubuh dan
berjisim, tetapi pengajaran dan asuhannya sangat berbekas dijiwa insan .
Mukmin sejati sangat merindui mu wahai sang guru... Tuan Sheikh
Ramdhan - Allah sucikan rahsia Sheikh Ramdhan... Marhaban marhaban ,,
ahlan ahlan.. wa sahlan.. ya marhab ..
Friday, June 06, 2014
Pandangan Al Faqir terhadap Shawkani
Pandangan al faqir terhadap ketokohan Shawkani dan karangan beliau yang bermutu.
Shawkani. Ulama dari Sanaa, Yamen. Dikatakan orang awwalin yang menyusun fikah muqarranah (perbandingan pendapat-pendapat mazhab fikah). Tetapi ada lagi mereka yg lebih awal dari beliau. Terdapat ulamak dikurun ke 8 hijrah . Misalnya, Sheikh Abdul Wahab al - Sya'raani yang telah mengarang kitab fikah muqarranah (perbandingan) 4 mazhab berjudul " AL MIZANUL KUBRO" yang sangat hebat.
Terdapat kritik ulamak terhadap Shawkani dibidang fikah dan ushulnya sahaja disebabkan antaranya beliau telah meluas -luaskn ijtihad baru pada masalah yang sudah ada ijtihadnya.
Shawkani, didapati sedikit bermasalah dalam fahaman fikahnya.
Soal: Betulkah ustaz, pendapat Imam Syawkani ini kita boleh pakai dalam masalah fiqh sahaja, tetapi dalam masalah tauhid kita tidak boleh ikut?.
Jawab: Tidak betul.
Sebab dibidang Tawhid beliau pengikut aliran Asyairah.
Kitab Irsyadul Fuhul beliau sebagai contoh. Didalamnya ada pandangan beliau yang tersendiri dibidang ushul yang ditolak ulamak mazhab. Tetapi bab takwil ayat-ayat mutasyabihat dalam quran, beliau mengulas dengan ulasan yang sangat bagus dan sangat bermanfaat untuk menolak hujjah fahaman tajsim yang tidak shorih seperti fahaman Wahabiyyah. Perbahasan beliau sesuai dengan Asyairah dan Maturidiyyah . Sebab itu ulamak kita pun pilih pilih juga apa Shawkani kata. Pada hal kalau tidak dirujuk kitab Shawkani pun tiadak ada masalah. Munkin ulamak mengambil pandangan Shawkani sebagai hujah dakwah untuk kepada golongan Wahabiyyah.
Begitu juga dl bab- bab tafsir dan penilaian hadis-hadis, penulisan Shawkani sangat baik. Cuma bukan sebagai rujukan utama.
Ulamak kita tidak ada yang mengiktibar Shawkani sebagai tokoh utama ulamak mazhab.
Walaupun kitab-kitab karangan beliau terdapat yang bermanfaat. Tetapi beliau bukanlah sebagai tokoh yang biasanya ditonjol-tonjolķan.
Kitab "Irsyadul Fuhul" , itu contoh kitab Ushul fikah muqarranah terbaik. Tapi bukan sebagai rujukan utama dalam bidang ushul fiqh.
Mungkin juga ulamak kita telah membahasakan petunjuk ini dengan maksud " Jika dipakai pendapat-pendapat Shawkani dibidang fikah dan ushulnya, kenapa tidak dipakai dibidang tawhid, tafsir dan hadis?". Wallahu a'lam.

Saturday, May 10, 2014
SECORET PANDANGAN AL FAQIR - ASAS-ASAS KEWUJUDAN "BID'AH HASANAH DAN BID'AH DHALALAH".
SECORET PANDANGAN AL FAQIR - ASAS-ASAS KEWUJUDAN "BID'AH HASANAH DAN BID'AH DHALALAH".
Ada dua perkara yang sangat penting untuk diperhatikan dalam hubungan perbincangan Bid'ah Hasanah , Bid'ah Dalalah, yang patutnya jadi fokus kepada yang pro dan yang kontra wujudnya bid'ah hasah dalam agama.
Jika diamat-amati , dua perkara ini akan dapat membantu seterusnya memadamkan penolakan wujudnya bid'ah hasanah dalam agama.
Pertama: Konsep "maslahalah dan mufsidah" yang menjadi asas menentukan hukum2 pada perkara baru yang tiada wujud dizaman Nabi s.a.w. Adakah Konsep "maslahalah dan mufsidah" boleh diguna apakai atau tidak dalam berhukum?. Ini perlu diberi penjelasan kepada orang ramai oleh para cendekiawan agama , samada aliran tradisional atau lainnya. Kalau boleh digunapakai, adakah ia merupakan perkara kesepakatan para ulama islam atau tidak, atau tiada langsung ulama yang bicara tentangnya?. Kalau sudah jadi pendapat majoriti, adakah sikap yang terbaik dalam beragama terhadap perkara2 baru yang tidak pernah wujud dizaman Nabi s.a.w?.
Kedua: Perbandingan antara dua tokoh utama yang menjadi idola kepada pengikut aliran "wujud atau tidak wujud bid,ah hasanah dalam agama".
1. al Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam - Yang mengarang Kitab Qawaidul Kubro- yang menjadi rujukan perbincangan utama kepada kewujudan "Bid'ah Hasanah".
2. As Syathibi- Pengarang al -I'tishom - kitab rujukan utama dalam penafian kewjudan "Bid'ah Hasan " dalam agama.
Saya klimkan kedua mereka sebagai rujukan utama, disamping ada banyak lagi tokoh-tokoh lain, sebab kedua mereka telah menjelaskan dengan terperinci konsep berkaitan bid'ah hasanah . Masing-masing dengan pandangan dipihak yang saling bertentangan. Yang seorang Isbat, seorang lagi Nafi. al Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam mengatakan wujud bid'ah hasanah sementara Syathibi menolaknya.
Lagi pula, kedua kitab mereka telah di jadikan teks utama dalam setiap perbincangan, samada dalam penulisan, ceramah, nukilan untuk tesis bagi meraih kesarjanaan di universiti-universiti.
Cuba bandingan mutu kandungan kedua-dua teks kitab tersebut, berdasarkan kemampuan dan kemahiran disudut tatabahasa arab, kemampuan dan kemahiran pencernaan kaedah-kaedah syariat terutamanya Konsep "maslahalah dan mufsidah" yang menjadi fokus terbitnya perbincangan bida'ah hasanah dalam ilmu fikah. Kemampuan dan kemahiran dalam istinbath hukum dan hubungannya dengan perkara yang sedang berlaku, rihlah ilmiah kedua tokoh tersebut - siapa yang lebih cemerlang , lebih terkenal, siapa yang lebih banyak karangan-karang ilmiah yang bermutu tinggi disetiap displin ilmu-ilmu islam dan akhirnya sambutan para ulama islam yang terbilang yang menjadi rujukan umat ini, siapa yang lebih ramai dan lebih disebut-sebut dan dicatit-catit setiap kali perbincangan ilmiah , penulisan dan ceramah.
Sebagai ingatan, Syathibi pengarang I'tishom bukan Imam Shatibi pengarang matan qiraah Shatibi- Imam utama dalam bacaan quraan. Syathibi pengarang I'tishom tidak terkenal sedekat umurnya, melainkan setelah begitu lama ketiadaannya . Tidak seperti Imam Sulthanul Ulama Izzuddin Abdissalam.
Perkara-perkara ini juga perlu diambil kira dalam pertimbangan kita untuk beramal dengan perkara-perkara yang telah ditentukan oleh para ulamak sebagai "Bid'ah Hasanah ".

Saturday, May 03, 2014
Biodata Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman/Hitam.
Biodata Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman Pondok Kampong Teluk, Kepala Batas , Alor Setar.
Al-Marhum Tuan Guru Haji Yahya Bin Mat Saman/
Hitam telah dilahirkan pada tahun 1917 dan telah wafat pada 2006 masihi berusia
sekitar 89 tahun.
Mempunyai tiga orang isteri. Isteri yang pertama meninggal dunia dan kemudian beliau berkahwin dengan yang kedua kemudian bercerai, dan berkahwin pula yang terakhir dan kekal hingga wafat beliau .
Mempunyai seorang anak dan beberapa cucu. Beliau memulai pendidikan agama semenjak daripada pangkuan ibunya, belajar ilmu fardhu ain, alquran tajwid, dan membaca kitab Muniyatul Musolli. Kemudian masuk belajar diPondok Lembah Bujang, Merbok, Kedah , selama 10 tahun.
Seterusnya beliau melanjutkan pelajaran ke Negeri Kelantan dan menuntut di pondok Madrasah Ahmadiyah di kg Bunut Payung, Kota Bharu Kelantan selama 29 tahun.

Semasa di Bunut Payung, beliau telah menghabiskan waktu
belajar dengan system talaqqi iaitu membaca kitab dari kulit ke kulit sehingga
khatam. Beliau menadah di hadapan guru utama pondok iaitu Almarhum Tuan Guru Sheikh
Abdullah Thohir yang merupakan murid tua kepada ulama besar Tok Kenali. Selama
puluhan tahun beliau menadah siraman ilmu di Pondok Bunut Payung di bawah asuhan
guru besar Sheikh Abdullah Thohir tersebut.
Beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab turath (kitab kuning) samada dalam teks bahasa melayu atau bahasa arab, dalam pelbagai displin keilmuan islam, seperti nahu, saraf, hadis, mustholah hadis, feqah, tauhid, usul tafsir, tasawuf, ilmu-ilmu alat (iaitu balagah, mantik, maqulat, ‘arudh, miqat, falakiah,) dan lain-lain.
Beliau telah menggelarkan Sheikh Abdullah Thoir sebagai Faqih. Antara tanda-tandanya, kemahiran Sheikh Abdullah Thoir mengajar teks kitab fekah - al Mahalli tanpa melihat kitab lagi, hanya perantaraan Muqri ( pembaca).

Beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab umdah
(rujukan utama) yang besar-besar dalam pelbagai bidang, di antara kitab-kitab
tersebut antaranya :
1)
Fekah:Beliau telah mengkhatamkan kitab-kitab utama Ghoyah wa Taqrib, Fathul Qorib ,
Fathul
Muin, Fathul Wahhab, al-Mahalli (Qalyubi wa Umairah) ,Nihayatul Muhtaj (6 juzuk).
Muin, Fathul Wahhab, al-Mahalli (Qalyubi wa Umairah) ,Nihayatul Muhtaj (6 juzuk).
2) Tauhid:Beliau mengkhatamkan kitab-kitab asas tauhid sehinggalah sebesar-besar seperti
adDussuki , Abddus Salam, dan lain-lain.
adDussuki , Abddus Salam, dan lain-lain.
3)
Tasawuf:
al-Hikam dan semua syarahannya, kitab-kitab imam alghazali sehingga ihya’,
kitab
Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, addurun Nafis, dan lain-lain
Sairus Salikin, Hidayatus Salikin, addurun Nafis, dan lain-lain
4) Nahwu :Mengkhatamkan
berbagai kitab asas Nahu sehinggalah sebesar-besar kitab Nahu seperti
Ibnu Aqil, Awdhoh, Mughni Labib dan lain –lain.
Ibnu Aqil, Awdhoh, Mughni Labib dan lain –lain.
5) Hadis:
Mengkhatamkan Sunan Sittah
(kitab hadith yang 6 buah) . Kitab-kitab asas ilmu hadith seperti Matan
Arbain, Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Abi Jamrah, Misykat Mashobih dan lain-lain.
Arbain, Riyadhus Sholihin, Bulughul Maram, Abi Jamrah, Misykat Mashobih dan lain-lain.
6)
Tafsir:
Mengkhatamkan kitab asas tafsir seperti Tafsir Jalallain, tafsir-tafsir dalam bahasa
melayu seperti Baydhowi Melayu (Tarjumanul Mustafid), dan mengkhatamkan kitab-kitab
tafsir yang besar-besar seperti tafsir An Nasafi, tafsir Al Baidawi, Tafsir al Maraghi, sebahagian besar Tafsir Ibnu Katsir dan lain-lain.

7)
Usul Fekah
dan Qawaid Fiqhiyyah: Beliau mengkhatamkan daripada sekecil-kecil hingga
sebesar- besarnya seperti kitab Waraqat dan syarahnya oleh al-Mahalli, al-Ashbah wan Nazo ir,
Jam'ul Jawamik, dan lain-lain.
sebesar- besarnya seperti kitab Waraqat dan syarahnya oleh al-Mahalli, al-Ashbah wan Nazo ir,
Jam'ul Jawamik, dan lain-lain.
Disamping
menumpukan masa dengan pelajaran di pondok utamanya iaitu Pondok Bunut Payung,
selepas kewafatan Sheikh Abdullah Tohir, hayat pondok bunut payung telah disambung oleh almarhum Tuan Guru Husien Ar Rahimi, beliau berkesempatan bermulazamah dengan ulama’-ulama’ besar yang berada di
sekitar Kota bharu Kelantan untuk memungut mutiara ilmu daripada mereka.
Orang-orang besar itu seperti Tuan Guru Haji Bang Kob Legor (murid Tok Kenali),Tuan Guru Mufti Haji Nor, Tuan Guru Haji Ahmad, Tuan Guru Haji Salahuddin (murid Tok Kenali) dan lain-lain.
Beberapa catitan
kisah pembelajaran beliau yang diceritakan kepada saya yang masih saya ingat.
1)
Beliau
menceritakan semasa beliau menuntut di pondok Bunut Payung, beliau telah
dilantik sebagai ketua pelajar untuk mengawasi hal ehwal pelajar pondok ketika
itu, dan beliau juga merupakan ketua kepada pelajar-pelajar yang datang dari Kedah. Beliau menceritakan almarhumTuan Guru Haji Hasyim mudir Pondok Pasir Tumbuh, ketika itu adalah seorang pelajar dari Kedah yang dibawa oleh beliau untuk
melanjutkan pelajaran di Pondok Bunut Payung.
2)
Beliau
menceritakan satu ketika, beliau menziarah Almarhum Tuan Guru Pak Man , Pondok
Bukit Besar di pondok bukit besar Kedah. Ketika beliau sampai mendapati Tuan
Guru Pak Man sedang mengajar kitab usul fekah yang paling besar dan sangat
susah ibaratnya iaitu Jam'ul Jawami’ karangan Imam Subki r.a. Kebetulan yang menadah kitab
ialah Tuan Guru Sheikh Mahmud Janggut Merah, Bukit Besar. Ketika sampai di
majlis beliau duduk menghadap dengan Tuan Guru Pak Man lalu duduk untuk
sama-sama menjadi pendengar kepada bacaan kitab, tetapi tiba-tiba Tuan Guru Pak Man bukit besar melambai tangan kepada beliau memanggil untuk duduk di samping Tuan Guru Pak Man sambil
berkata iaitu menujukan kata ke Tuan Guru Haji Mahmud, “Dia ni kawan ana”. Selepas
bercerita kisah tersebut, tuan guru saya ini mengulas dengan berkata ( “Pak Man
ilmunya, mahirnya sekata, tidak seperti sesetengah orang yang lain"). Maksud
beliau, ilmu Tuan Guru Pak Man adalah sama tahap kemahiran di
setiap bidang ilmunya. Tuan Guru Pak Man bukit besar mahir ilmu fekah, juga mahir
tasawuf, juga mahir ilmu-ilmu yang lain. Tidak seperti mereka yang seperti mahir
ilmu fekah tetapi tidak mahir dalam bidang ilmu-ilmu yang lain.
3)
Satu
ketika yang lain beliau bercerita, semasa menuntut di Kelantan, beliau telah
memerhatikan dan mengingat masalah-masalah fekah yang gharib ( jarang orang tahu) ketika menadah
dengan Tuan Guru ,Tuan Guru. Jika berjumpa sahaja
dengan masalah yang gharib beliau akan terus mengingatinya dan masih
dalam ingatan beliau. Antara masalah-masalah yang beliau sering ulangkan:
1. Sunat membaca ta'awwuz
dengan jahar sebelum membaca al-fatihah di dalam sembahyang yang dijaharkan bacaannya, sedangkan
yang masyhur diketahui umum adalah tidak sunat pada sisi qaul muktamad ashoh. Tuan
guru saya ini mengisyaratkan masalah ini sebagai satu masalah yang menarik yang
patut diamalkan walaupun menurut qaul yang Muqobil. Masalah ini terdapat dalam kitab
Mughni Muhtaj, beliau ingat ketika sedang menadah kitab tersebut.
2.Masalah yang kedua,
perempuan haid yang sedang berihram diharuskan memakan ubat untuk menghentikan
haidnya bagi melakukan tawaf rukun haji atau
umrah, masalah ini beliau masih ingat ketika menuntut kitab Nihayatul Muhtaj.
3.Bidan yang menarik kepala
bayi yang lambat keluar daripada perut ibunya lalu dicabut putus, maka menurut
Qaul Shyubari di dalam Hasyiah Tuhfah, bidan tersebut dikenakan qisas.
4. Jika seseorang sakit , kemudian makan ubat lalu hilang ingatannya, adakah terangkat taklif?. jawabnya terangkat. Masalah ini ada dalam Nihayah.
5. Tuan Guru juga telah menceritakan kepada saya satu
kisah , dipondok Bunut Payong, satu peristiwa kematian seorang
kanak-kanak 12 tahun , ditimpa buah kelapa diatas kepalanya. mayat
kanak-kanak tersebut masih berdarah sehinggalah saat dimandikan. maka
berlaku sedikit kicuh dikalangan pelajar dan guru-guru dipondok Bunut
Payong, apa yang perlu dilakukan terhadap mayat itu. sebab berdarah
kepala yang masih mengalir takdapat dibersihkan. maka mayat yang
bernajis tidak sah disembahyangkan?. Maka ketika itu tidak seorang pun
yang sanggup untuk datang untuk berjumpa Tuan Guru Sheikh Abdullah
Tahir , hanya Pak Ya (Tuan Guru Haji Yahya) datang bertanyakan masalah
tersebut kepada Sheikh Abdullah Tahir.
Jawapannya: Semasa sedang memandikan mayat itu, pemandi menjiruskan air terus menerus tanpa putus di tempat luka yang berdarah yang masih mengalir itu, dan ketika itu juga 3 atau lebih orang yang ditugaskan menyembahyangkan mayat itu. Setelah selesai sembahyang, baru diberhentikan menjirus air. Kemudiannya diteruskanlah acara yang seterusnya. Munkin selepas itu akan disembahyangkan lagi dimasjid beramai-ramai.
Tuan Guru Sheikh Abdullah Tahir menjawab soalan itu sambil sedang duduk diatas katil.
Menurut Sheikh Abdullah Tahir, kaifiat ini akan dapat menghimpunkan semua pendapat-pendapat (qaul) yang bercanggahan.
6.. bersambung..

Thursday, April 17, 2014
Thursday, March 27, 2014
Kitab Idoohul Bab- Sheikh Daud al Fathoni. Bab Nikah.
Kitab yang sangat besar manfa'at, sangat
masyhur dikalangan penuntut ilmu , sangat berkat, gaya bahasa yang
termudah jika dibandingkan antara karangan Sheikh Daud dan mengadungi
kaedah2 ilmu yang penting. Karangan yang sangat mantap dibidang munakahat, sebab rujukkanny terus kepada 4 buah kitab utama sebagai rujukan mazhab. 1. Tuhfah, 2. Nihayah, 3. Fathul Wahhab. 4. al-Uddah Wassilah . wassalam.
Monday, March 17, 2014
Saturday, March 15, 2014
Wednesday, February 26, 2014
Kitab-kitab karangan Sheikh Qoder Mendeli yang tidak tercetak lagi.
Untuk maklumat lanjut kitab2 tersebut dan bagaimana untuk mendapatkannya, sila sms 012-2535486 atau 019-5065947 (Arif).
Mengenai Tuan Sheikh Abdul Qoder Al Mendili --> Siapa Sheikh Abdul Qoder al Mendili?
Monday, February 17, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)