Monday, December 10, 2012

Pandangan Sheikh Shuib Arnaut atas Neraca timbangan.



Sheikh Shuib Arnaut... Pernah berguru dengan  Sheikh Abdul Qodir Arnaut... Salafiyyun Layyinuun. 

Tidak syadid seperti Sheikh Nasharuddin al Bani.

Begitu juga dengan Sheikh Shuib Arnaut ni... Alim, lagi wari'., Salafiyy Layyiin.... mempunyai karangan menarik berkenaan ilmu hadis, mentahkikkan kitab2 hadis besar2, seperti Sunan Abi Daud, Ibn Hibban bi Tartib  Ibn balban... berbelas2 juzuk.. tabarakallah . Saya meminati komentar2 beliau tentang Hadis2 walau pun dalam banyak perkara saya tak ikut pendapat beliau terutama dalam bidang asas agama, tawhid, fekah , tasawuf.... 

Usaha beliau mengorek naskhah2 Sunan Tarmizi contohnya patut dihargai...
Penemuan2 beliau terhadap naskhah2 yang ikhtilaf memang sangat berguna. Jazahullah khoir.

Kita sedia maklum, Kalau Naskhah Bukhari ada rujukannya  naskhah Yanini yang dicetak di Turki Asalnya , begitu Muslim telah ada kamus ikhtilaf naskhahnya.. adapun Jamik Tarmizi masih berselerak lagi rujukannya..



Pernah ditanyai Sheikh Samer Nass tentang usha-usha Sheikh Shuib Arnaut , beliau jawab, boleh bekira,,, (ya'ni).. walaupun ada perkara Sheikh Shuib Arnaut tak patut sentuh,  Sheikh Nuruddin Ittir  pun  ada beri pandangan sikit tentang S.Shuib  menurut Sheikh Samer... 

Allah, Allah.. kalaulah Sheikh Nuruddin Ittir sendiri dpt mentahkikkan Sunan sittah, Musnad Ahmad dan Sahih Ibn Hibban alangkah bagusnya...


........... Allahu Musta'an.


Contoh perkara yang Sheikh Shuib komen yang tidak  sesuai dengan kita... Beliau kata Imam Tarmizi maksudkan "Makruh" dalam setiap ulasan hadis dalam Jamik Tarmizi adalah bererti HARAM. ...dan itu juga maksud  itlak kalimat MAKRUH  Imam Mazhab kita Shafie, tapi orang kemudian telah ubah makna makruh tu tak mesti makna haram, maka masuk juga makna "perkara yang tanzih , tinggal yg awla,  tapi tak haram" iaitu makruh seperti dalam istilah  usul fikah kita.. ini sudah bertentangan dengan fahaman kita..

Allah A'lam.



Harapkan Allah permudahkan Sheikh kita, Sheikh Samer Nass mengarang Tahkik Jamik Tarmizi .. mudah2an lapang hati kita........Amin amin..


1 comment:

Editor said...

Apakah contohnya ya ustaz, bagi menerangkan makruh bagi Imam Tarmizi atau Imam Syafie itu? Sedangkan segi ilmu fekahnya karahah itu juga ada tahrim, ada juga tanzih. Apakah yg dimaksudkan mereka itu, atas kerana waraknya mereka, maka hasanatul abrar sayyiatul muqarrabin. Jadinya makruh itu haram juga kpd mereka. Mhn pencerahan.