Sunday, March 22, 2026

Duit pecah baki dari bayaran fitrah jadi hadiah bukan rasuah

Alasan Pertama;

Kenapa Hadis yang dikatakan larangan ambil hadiah Fukaha meletakkannya dibawah tajuk Bab Hukum Ahkam pemerintahan , tidak di bawah tajuk zakat fitrah?.

Apabila kita dapati suatu kalam sesuatu maslah pada karangan dan suatu kalam pada fatwa maka yang dipegang adalah yang dalam karangan. 

Bila kita dapati suatu kalam pada bab dan suatu kalam pula di bukan babnya , maka yang dipegang adalah yang dalam bab masalahnya itu. Kaedah ini dinyatakan dalm ilmu mustholah Fiqh. Antaranya dalam kitab mathlab al Aiqodzh muka surat 65.

إذا وجدنا فى المسالة كلاما فى المصنف و كلاما فى الفتوى فالعمدة على ما فى ما فى المصنف. و إذا و جدنا كلاما فى الباب و كلاما فى غير الباب فالعمدة على ما فى باب المسالة .- مطلب الايقاظ ص ٦٥.

Sementara pula  bila tidak disebut dalam babnya sendiri hanya disebut bukan pada babnya. apakah yang mesti difaham?. Maka Yang ada sebut hanya bukan ditempat babnya. Maka hendaknya dirujuk pada tempat maslahnya  bukan pada tempat babnya. Ini dikatakan Mahal Tarjamah. Kesesuaian hadis itu mesti di dimatchkan, dimuthobaqahkan dengan tajuk dia disebut dibawahnya. 

Contoh kaedah ini : Hadis amil zakat diletakkan dibawah bab lain iaitu bab hukum hakam mahkamah tidak diletakkan dibawah bab/kitab zakat padahal dia hadis berkaitan dengan amil zakat. Maka mestilah difahamkan yang bersesuaian dengan maslah2 yang berkaitan undang2 hukuman mahkamah. Iaitu suatu maslah yang ada kaitan dengan rasuah. Ini dikatakan wujud makna dalam dalam hadis itu iaitu wujudnya illah rasuah. Bila ada illah rasuah maka haram amil2 fitrah menerima hadiah. Bila tiada illah rasuah  maka tidak haram menerimanya. 

Mahal tarjamahnya mesti difahami kesesuaiannya dengan tajuk.


Alasan Kedua. 

Diharamkan jika ada unsur rasuah.

Satu perkara lagi , realiti yang berlaku tiada rupa rasuah dalam kes lebihan duit yang dijadikan hadiah itu. Sebab amil2 fitrah hari ini tiada mempuyai kuasa atas semua pembayar fitrah dan dia juga tiada diturunkan kuasa untuk kuat kuasakan undang2 atas sesiapa yang tidak membayar fitrah. 

Ini boleh disemak dari syarah2an hadis berkenaan , boleh dikatakan hanya dikaitkan dengan kuasa iaitu "wilayah" atas pembayar2 zakat. 

Imam Nawawi memberikan komen pada hadis itu dalam Kitab Syarah Muslim. beliau menunjjukkan ada illatnya pada larangan  tersebut 

و بين صلى الله عليه و سلم فى نفس الحديث السبب فى تحريم  الهدية عليه و إنها بسبب الولاية      

Telah menjelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis itu sebab diharamkan memberi hadiah kepada amil bahwa adalah dengan sebab Kekuasaan iaitu "Wilayah". 

Persoalannya ,  amil2 fitrah hari ini adakah sama dengan yang berlaku dizaman Nabi?. Adakah boleh bertindak menyaman orang yang tidak membayr fitrah ?. Makna "wilayah"perlu diperhalus lagi.

Cubalah mengkaji lagi samaada dalam matan yang sama atau hadis2 lain yang dapat difahmai sababul wurud hadis tu sendiri?. Tidakkah kisahnya berkenaan  amil yang memungut zakat haiwan ternakan?. 

Kita bermazhab mesti ada metodnya untuk memahami hadis2 bukan hanya asalkan ada hadisnya sahaja. Tidak memadai jika kita hanya belajar ilmu hadis tanpa belajar memahami fiqhul hadis. Hadis tersebut dengan jelas meletakkan larangan dengan makna  mempunyai kuasa yang boleh menimbulkan rasuah yang akan menggangu proses tindakan undang2.

Cubalah perhatikan matan hadis itu sendiri dihujungnya Nabi s.a.w meletakkan syarat larangan itu. 

Perlu diperingatkan, hadis berkenaan tiada siapa dikalangan ulamak   yang menafikan kewujudannya. Sudah maklum sabit dalam kitab-kitab hadis muktamad. Cuma  Fiqhul hadis iaiu memahaminya adakah dengan menerusi metod yang betul atau tidak?. Adakah hanya dipandang sudut bayan lil waqie sahaja, diketepikan  bayan littaqyyidnya?. Untuk membentuk suatu keputusan hukum yang berasaskan dalil-dalil perlu melihat posisi bayan lit taqyyidnya jika ada,  kaedah حمل مطلق على المقيد واجب  mesti dicermati tambahan pula bila wujud  dalam teks hadis itu qaid nya iaitu Dalalah littaqyyid bit ta'liq. Qaid kuasa menjadi illah keharaman ada dalan tekas hadis itu , الحكم يدر بالعلة sesuatu hukum beredar menerusi illahnya. تغير الحكم بالتغير العلة  perubahan sesuatu hukum disebabkan perubahan illatnya. Jika tiada (iilat) iaitu sebab keharamnnya maka tidak boleh dihukumkan haram. Kita boleh jumpa dalam syarah2 hadis itu yang mendetailkan bagaimana bentuk  jadi amil yang dilarang mengambil hadiah2. Antaranya hadis Ibnu latabiyyah ini yang fukha letakkan dibawah tajuk hukum hakam mahkamah.

(Cubalah dia duduk saja di rumah ayahnya atau ibunya, dan menunggu adakah akan ada yang memberikan kepadanya hadiah? Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak seorangpun yang mengambil sesuatu dari zakat ini  kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan dipikulkan di atas lehernya berupa unta yang berteriak, atau lembu yang mengeboh atau kambing yang mengembik).

Sepatutnya sudah pasti nampak jelas sebabnya.mengapa Nabi s.a.w larang. Tentulah dikatkan dengan kuasa. Sebaliknya amil fitrah hari ini tiada mempunyai kuasa. Apa pula kuasanya yang dia ada hingga munasabah dirasuahkan?.

Sahabat kita , ulama muda Pahang Fadhilatul Ustaz Uwais al Qarni mencatit sedikit komen diruang massage beliau seperti berikut;

Dalil Keharusan Bagi Amil fitrah Menerima Hadiah Dari Pembayar zakat fitrah:


1. Illat larangan dalam hadis Ibnu Latabiyyah bukan semata-mata kepada pemberian itu , akan tetapi pengharaman tersebut terfokus kepada implikasi dari pemberian tersebut. 

- Dalam Fathul Bari , Imam Ibnu Hajar menaqalkan bahawa Ibnu Muhallab menyatakan ; 

حيلة العامل ليهدى له تقع بان يسامح بعض من عليه الحق 

“Penyelewengan amil apabila diberikan hadiah kepadanya berlaku dengan dia mula mengabaikan/meringankan sebahagian hak yg wajib dikenakan ke atas seseorang” 


*Jika kita melihat kepada tugasan amil zakat fitrah yg ada pada hari ini , tiada seorang amil pun yg mampu untuk menggugurkan satu tanggujawab atau kewajipan ke atas mana-mana orang bahkan amil zakat fitrah kita tidak mampu mengenakan hukuman kepada yg tidak membayar zakat fitrah. 


- Manakala di bahagian kitab al-Ahkam pula , ketika mensyarahkan faedah2 hadis ini  , kata ibnu Hajar ;

منع العمال من قبول الهدية ممن له عليه حكم 

“ Melarang para amil menerima hadiah dari seseorang yang para amil memiliki kuasa hukum ke atasnya (pembayar)”


Kuasa hukum seperti yang dibahas dalam Mausuaah Kuwaitiyyah adalah ولاية عامة seperti qhodi . 

وسائر العمال ممن يتولون ولاية عامة كالقاضي


- Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis ini juga menaqal pandangan dari Ibnu Batthol ; 

دل الحديث على ان الهدية للعامل تكون لشكر معروفه او للتحبب اليه او للطمع وضعه من الحق

“Hadis ini menunjukan bahawa hadiah kepada amil boleh jadi sebagai penghargaan kebaikkannya atau supaya mendatangkan kasih kepadanya atau kerana mendambakan supaya digugurkan dari suatu kewajipan “


- Lalu Ibnu Hajar mengomentar pandangan ini dgn berkata ; 

“ Yg jelas adalah jika tujuannya adalah yg ke 3 (iaitu kerana nak digugurkan dari 1 kewajipan) maka hukummnya adalah haram secara ijma. Namun jika tujuannya yg pertama atau yg ke dua, maka masih banyak kemungkinan di situ “ (iaitu masih belum boleh dihukum haram secara terus) 


*Secara realitinya di zaman ini tiada seorangpun yg memberikan lebihan duit kepada amil dengan tujuan supaya amil menggugurkannya dari sebarang hukuman atau kewajipan.


2. Para Fuqaha’ Syafieyyah menjadikan hadis Ibnu Lutabiyyah ini sebagai dalam dalil bab Qhudo’ iaitu adab seorang khadi bukan dalam bab amil zakat . Boleh rujuk mana2 kitab utama mazhab syafie seperti  Tuhfah , Nihayah , Tanbih atau yang lebih terkemudian seperti Fiqh Manhaji atau Al Muktamad . 


*Saya masih belum menemui pendalilan hadis ini dalam kitab zakat atau amil zakat di mana-mana kitab fiqh syafieyyah . 


*Ini menunjukan bahawa amil yang dimaksudkan adalah yg memiliki kuasa hukum seperti khadi dan yg seumpamanya dari sudut boleh me jatuhkan hukuman atau memberi kemaafan kepada pesalah


3. Sehinggakan dalam Tuhfah Bab Qhudo’ , Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan , tidak haram seorang khadi menerima hadiah dari seseorang yang tidak ada bersangkutan dengan urusan kerjanya. Namun jika tujuan hadiah adalah supaya khadi akan menghukum dengan tanpa hak atau menggugurkan kesalahan orang lain , maka itu dinamakan sebagai rasuah yg diharamkan secara ijma’ . 


Ibnu Hajar juga berkata , jika ia diberikan hadiah bukan atas sebarang kepentingan , maka ianya harus. 


Beliau menambah , semua pegawai agama yg berkepentingan adalah seperti hukum seorang khodi. 


*Kenyataan ibnu hajar haithami ini menunjukan masih ada ruang yg sangat luas terhadap hukum seorang yg berkepentingan dalam menerima hadiah apatah lagi seorang amil zakat yg langsung tiada mempunyai kepentingan terhadap pembayarnya. 

Jika kita katakan bahawa seorang amil tidak akan berlaku jujur dalam menyerahkan duit zakat kepada MUIP , itu adalah isu tidak amanah bukan isu kerana ia menerima hadiah. Lebih-lebih lagi MUIP akan menerima bayaran pungutan zakat fitrah berdasarkan resit-resit yg telah dikeluarkan . 


والله اعلم بالصواب


.........


Antara kitab rujukan kita





Monday, March 09, 2026

Terawikh 8 rakaat atau 20?

 Soal dan jawab.


السلام عليكم و رحمة الله وبركاته. سيدنا المكرم. حفظكم الله ونفعنا جميعا بنفحاتكم .

. فعندي سوال;


253 222 - وروى مالك في هذا الباب ، عن محمد بن يوسف ، عن السائب بن يزيد ، أنه قال : أمر عمر بن الخطاب أبي بن كعب وتميما الداري أن يقوما للناس بإحدى عشرة ركعة . قال : وقد كان القارئ يقرأ بالمئين ، حتى كنا نعتمد على العصي من طول القيام ، وما كنا ننصرف إلا في فروع الفجر .

__________

هل يجوز استخدام هذا الحديث لإبطال رأي عشرين ركعة في صلاة التراويح؟.

شكرا على جوابكم.

....................................................

الحمد لله و شكر لله.

جوابه:

طبعا لا يجوز.


  *لان فى الحديث محتمل* والدليل إذا طرفه الاحتمال سقط به الاستدلال . و به القاعدة. 


١.هذه الرواية رده الامام ابن عبد البر. وقال هى وهم.

قال ابن عبد البر: روى غير مالك في هذا الحديث أحد وعشرون وهو الصحيح، ولا أعلم أحدًا قال فيه إحدى عشرة إلا مالكًا، ويحتمل أن يكون ذلك أوّلاً ثم خفف عنهم طول القيام ونقلهم إلى إحدى وعشرين *إلا أن الأغلب عندي أن قوله إحدى عشرة وهمٌ .*  


 ٢.الباجى يقول يمكن ان يجمع بين الروايتين. *قال الباجي* : فأمرهم أوّلاً بتطويل القراءة لأنه أفضل ثم ضعف الناس فأمرهم بثلاث وعشرين فخفف من طول القراءة، واستدرك بعض الفضيلة بزيادة الركعات انتهى. 

 *قال الباجي* : وكان الأمر على ذلك إلى يوم الحرة فثقل عليهم القيام فنقصوا من القراءة وزادوا الركعات فجعلت ستًا وثلاثين غير الشفع والوتر.

بسبب وجود احتمالات كهذه, لا يجوز أبداً إبطال و تحقير رواية ٢٠ ركعة في صلاة التراويح.

و ايضا:

1. المذاهب الأربعة كلها على ٢٠ ركعة بل بعضها أكثر من ٢٠.

2. لا يجوز علينا أخذ الحكم مباشرة من الحديث إذا لم نكن نعرف، الوجوب علينا السؤال من أهل الذكر... أهل الذكر هم أئمة المذاهب. إجماع أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم على ٢٠ ركعة. الإجماع أقوى من الحديث الصحيح. لأن دلالة الإجماع قطعية. لوجود قرينة الرضا حسب أصول الفقه. أما الحديث الذي على ٨ فدلالته ظنية ولو كان صحيحاً. يجب تقديم الدلالة القطعية في الاستدلال. و أيضاً لأننا مأمورون بالتمسك بالخلافة الراشدة. فدلالة الإجماع أقوى من دلالة الحديث الصحيح. وأيضاً المجتهد لا يجوز عليه الخرق عن الإجماع.


- ملخصا لجواب الشيخين من شيوخنا حفظهم الله.


Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.


Syaikhuna yang dimuliakan, semoga Allah memelihara Anda dan memberi manfaat kepada kami semua dengan keberkatan Anda.


Saya mempunyai pertanyaan:

253 222 - Imam Malik meriwayatkan dalam bab ini, dari Muhammad bin Yusuf, dari Saib bin Yazid, dia berkata: Umar bin Khattab memerintahkan Ubay bin Ka'b dan Tamim al-Dari untuk memimpin orang-orang shalat dengan 11 rakaat. Dia berkata: Pembaca (imam) membaca surah-surah panjang, sehingga kami terpaksa bersandar pada tongkat karena lama berdiri, dan kami tidak selesai shalat kecuali menjelang fajar.


Apakah boleh menggunakan hadis ini untuk membatalkan pendapat 20 rakaat dalam shalat Tarawih?


Terima kasih atas jawaban Anda.


Alhamdulillah wa shukrillah.


Jawaban:

Tentu saja tidak boleh.


_Karena dalam hadis ini ada kemungkinan-kemungkinan._

Dan dalilnya: Jika ujungnya ada kemungkinan, maka gugurlah hujjah.

Dan ada kaidah: "Jika ada kemungkinan, maka tidak boleh berdalil."


1. Riwayat ini ditolak oleh Imam Ibn Abd al-Barr. Dia berkata: "Riwayat ini adalah salah. Ibn Abd al-Barr berkata: Perawi lain selain Malik meriwayatkan dalam hadis ini 21 rakaat, dan itu yang benar. Saya tidak tahu siapa yang meriwayatkan 11 rakaat kecuali Malik. Mungkin itu pada awalnya, kemudian diringankan dari mereka karena panjangnya berdiri, dan dipindahkan ke 21 rakaat. Tapi yang lebih kuat menurut saya, perkataan 11 rakaat adalah salah."


2. Al-Baji berkata: Mungkin bisa digabungkan antara dua riwayat. Al-Baji berkata: "Pertama, Umar memerintahkan mereka untuk memperpanjang bacaan karena itu lebih utama, kemudian orang-orang melemah, maka dia memerintahkan mereka dengan 23 rakaat, dan diringankan dari panjangnya bacaan, dan ditambahkan beberapa keutamaan dengan menambah rakaat."


Al-Baji berkata: "Dan itu tetap seperti itu sampai hari al-Harrah, maka mereka merasa berat dengan berdiri, maka mereka diringankan dari bacaan, dan ditambahkan rakaat, sehingga menjadi 36 rakaat, tidak termasuk shalat witir."


Karena adanya kemungkinan-kemungkinan seperti ini, tidak boleh membatalkan dan merendahkan riwayat 20 rakaat dalam shalat Tarawih.


Dan juga:

1. Madzhab yang 4 semuanya berpendapat 20 rakaat, bahkan ada yang lebih dari 20.

2. Tidak boleh kita mengambil hukum langsung dari hadis jika kita tidak tahu, wajib bertanya kepada ahli zikir... Ahli zikir adalah imam-imam madzhab. Ijmak sahabat Nabi SAW atas 20 rakaat. Ijmak lebih kuat dari hadis sahih tersebut. Karena dalil ijmak sukuti adalah qath'i kerana ada qarinah ridha, menurut metod ushul fiqh. Sedangkan hadis yang 8 rakaat, dalilnya adalah zanni, walaupun ia sahih. Wajib mendahulukan dalil qath'i dalam istidlal. Dan juga karena kita diperintahkan untuk berpegang dengan khulafa' rashidin. Maka dalil ijmak lebih kuat dari dalil hadis yang sahih tersebut. Dan juga mujtahid tidak boleh melanggar ijmak.


- Ringkasan jawaban dari dua syaikh dari guru-guru kami, semoga Allah memelihara mereka.

.

Tuesday, January 27, 2026

Buku Amalan Dunia Yang Akhirat



 Edisi cetakan terbaru serta tambahan doa anak dalam proses akan berkhatan dan  penambahan *bab kehidupan* dalamnya ada doa  masuk rumah baru, doa kenderaan baru dan doa mula berangkat safar haji dan umrah.

Cetakan terhad hanya 90 keping sahaja baki. Harga rm15 sekeping. 

Siapa berhajat sila pm 0193825486

Cetakan terhad.


Antara kata2 terluah oleh mereka yang pernah menatap buku ini.

1. "Buku ni kalau dipegang oleh ustaz2 ustazah, mula pegang rasa takda pa.. buku biasa2 ja...bila mula buka sehelai sehelai muka lepas semuka... pegang tak lepas dah... mana yang tak miliki lagi akan tanya ada jual mana buku ni?. Lama dah dok cari hok yang macam ni..."

2. Sorang kawan yang ada diploma perfileman dan pengalaman hidup.yang tragis dalam melayari kehidupan berumahtangga dan mencari jalan selamat didunia dan akhirat berkata : "Setelah berkali2 saya baca buku ini , bagus kalau dibuatkan satu filem berdasarkan isi kandungan buku ini menunjjukkan "Kehidupan adalah satu Perjalanan bermula dari kelahiran yang bermula dipandu dengan doa dan disudahi dengan doa".  

 Buku ini merupakan peta perjalanan seorang insan yang beriman.


3. Peneliti berkata "Sesuai sangat untuk setiap keluarga memilikinya sebab jika dipraktik isinya sebagai bacaan dan amalan sudah menjadi petanda keluarga orang soleh sebab tidak perlu lagi harapkan sangat orang lain dari ahli keluarga sendiri".

Tuesday, November 04, 2025

Tuan Guru Baba Rashid Wara' al Fathoni.


 Tuan Guru Baba Rashid warak.Guru kepada guru saya Baba Hasan Leweh. 

Saya sempat mengaji dengan beliau 3 hari dipondoknya di cerok keriang , Saiburi. FATHONI. Alhamdulillah.


Thursday, October 23, 2025

Sembahyang sunat awwabin adalah sunat.

 https://www.aliftaa.jo/fatwa/3698/%D8%AA%D9%81%D8%B5%D9%8A%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%88%D9%84-%D9%81%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%88%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D9%86?utm_source=chatgpt.com

Tuesday, October 07, 2025

Alim Ulamak Islam dan Kejahilan orang wahabi.

Mengandungi cebisan 5 buah kitab karangan ulama besar aswj . penuh dengan; 1-maklumat2 kaedah mazhab hanafi pada menjawab musykil orang yang menuduh dahulukan qiyas atas nas dan yang seumpamanya. 2-Nukilan jawaban ulamak sebesar Imam Subki berkenaan tawassul dan istighasah. 3- tekas penuh kitab matan aqoidu nasafiah. -cebisan kitab al maktubat imam rabbani faruq sirhindi pada menjelaskan metod mazhab imam terdahahulu telah mengambil amar dan nahi dari alquran termasuk mazhab yang 4. suku dari amalan bersandarkan kaedah ini telah diamalkan dan wujud dalam.mazhab hanafi. 5.kitab bab robitah oleh Mawlana Khalid al Baghdadi

Sunday, July 06, 2025

Bubur Asyura- rujukan amalannya














 












Kitab yang pernah diberikan kebenaran mencetak oleh majlis agama kelantan tahun1953.
Kitab yang di taqridzh oleh mahaguru ulama melayu al Allamh Sheikh Abdullah Thohir pondok bunut payung kota bhru kelantan.
 
Salah satunya menjawab dengan nukilan dari kitab2 muktabar maslah bubur asyura.

Maknanya dalam ianah tholibin ada hal bubur Asyura ni

 

Thursday, March 27, 2025

Pilihan terbaik cara bayar fitrah

 Fitrah dengan beras itu keutamaan.


Maka kaedah yg diamalkan dengan asnaf bawa beras lalu dibeli dan dibayar, lalu  pembayar fitrah kemudiannya di jadikan fitrah untuk dirinya .... kemudian asnaf jualkan semula pula beras yg diterimanya tadi kepada pembayar fitrah... begitulah seterusnya...adalah terbaik. Cara ini maknanya jalan mudah keluar dari hukum mazhab tidak sah byr fitrah selain dari mengunakan beras atau makanan asas yang menggenyangkan.(qut).

Sunday, March 23, 2025

Bab mereka yang berhak menerima zakat, adakah hanya yang pandai sahaja?.





Qaul dhoif yang syaratkan mesti pelajar bijak saja layak terima zakat.  Ini disebut dalam kitab Kifayatul Akhyar syrh matan Ghoyah wat Taqrib. 

Adapun dalam kitab2  muktamad lain menyatakan secara mutlak setiap yang sibuk dengan aktiviti ilmu adalah layak menerima zakat. Walau mempunyai usha yang layak atau mempunyai harta yang cukup untuk sara hidupnya yang asas.  

rujukan:

-KIfayatul akhyar- .


Sementara :

Berkata Sheikh Muhammad Nur dalam kitab Kifayatul Muhtadi:

Adapun jika ada baginya USHA yang bersepatutan dengan cukup belanja tetapi ia duduk belajar ilmu atau mengajar nescaya boleh mengambil zakat dan dibilangkan dia faqir juga.

-kifayatul muhtadi-





Juga didalam beberapa kitab lain tiada syarat mesti bijak atau hilangkan taraf fakir dan miskin jika sibuk dengan menuntut dan mengajar ilmu.  antaranya: 








- al fikrah Nahdhah fi Ushul wa Furu' Ahl Sunnah wal Jamaah- al bantani





















- Siyarus Salikin.









bughyatul mustarsyidin 














- Ihya ulumuddin.



Bughyatu Thullab.














Thursday, March 20, 2025

Sheikhul Akbar wa Kibritul Ahmar

 Soal dan jawab.

1. Kenapa ada dikhabarkan Imam Ibn Hajar Al Asqolani menolak Ibn Arabi Al Shufi?.


Jawab:

Setiap bidang ada tokohnya.

لكل مقام رجال.

Imam Amirul Mukminin Fil Hadis , Ibn Hajar al Asqolani adalah tokoh dibidang ilmu Hadis dan tawarikh rijal Hadis. Beliau tidak menjadi rujukan utama dalam bidang Tasauf.  Beliau tidak mempunyai karangan2 khusus dibidang tasauf. Hata ilmu fekah juga beliau tidak dirujuk oleh ulama fekah dalam pelbagai maslah rumit. Walau ada kitab fatwa beliau tetapi tidak dijadikan rujukan utama. Maslah-maslah fekah jika bercanggah pandangan kedua2 ibn hajar maka ilamak akan mendahulukan fatwa ibn hajar al Haitami pengarang Tuhfah , Syarah Irsyad dan fatawal Kubro. 

Ilmu hadis dan rijalnya Ibn Hajat Al Asqolani lah maharaja. Sedunia Islam berabad telah menobatkan beliau.pada ilmu hadis. 


Oleh demikian jika terjumpa pandangan2 Imam Ibn Hajar al.Asqolani  pada bidang tasauf shufi  ulamak islam akan mentakwilkan dan ihtimalkan kearah makna yang munasabah. Beliau kritik ibn Arabi atas maksud memelihara akidah awam dari jatuh terjerumus kepada salah yang merbahaya. 


Saturday, March 15, 2025

Upah membaca Quran adalah Harus


 Budaya mengupah membaca quran untul aruah yang masih wujud dikalangan masyarakat kita disebahagian tempat yang nampaknya semakin terhakis hilang perlu dapat perhatian ahli ilmu dan akedemik yang faham kedudukan sebenar amalan itu menurut hukum syarak yang merujuk kepada rujukan muktabar menurut mazhab Shafie maupun 4 mazhab.


Beberapa  rujukan penting dalam maslah ini.



Tuan Guru Baba Rashid Wara'


 Marhum Tuan Guru Rashid Wara' Madrasah Darul Hadia , kampong Carok Keriang , Tluban, Menora  Fathoni Darua Salam.

Beliau , mulloh yang saya masih ingat , detik kali pertama bertemu yang sebelum itu telah mendengar dan mencium betapa harumnya nama yang disebut2 oleh penuntut2 ilmu . Beliau bertanya , kenal ka sheikh daud panji 

( sebab asal s daud malau dari panji kelantan). Saya jawab kenal. Saya pernah duduk majlis kuliah mengajar s daud malau. 

Tuan Guru Baba shid wara' rujukan para guru dizamannya. 

Saya sempat mendapat izin beliau menjadi pelajar dipondok beliau walau sebentar, selama 3 hari. Selepas itu saya meyambung belajar pada murid tua beliau Baba Hasan Leweh di dok rok, kok chan, mayo Fathoni. 

Tiga hari itu yang sangat bermakna buat saya, suatu masa yang tiada nilainya dengan harta benda dunia. 

Saya sempat hadir kuliah beliau menadah kitab hikam, tafsir ibn katsir, kitab fekah fathul wahhab dan hadis bulughul maram. Walaupun sebentar , sangat barakah. Masih ingat fawaid yang baba sampaikan walau dua hampir 40 tahun lalu. 

Mohon ampun pada baba dan minta maaf pada waris2 beliau sebab simpan gambar ni di blogspot , sebagai memori jangan sampai orang kemudian tidak terlintas lagi pada tokoh hebat ini. Pada saya memori ulamak guru2 kita adalah adab. Sekadar sekeping gambar, apalah sangat.  Walaupun pada pegangan beliau gambar juga  dilarang walau sekadar gambar bukan lukisan, termasuk larangan dalam hadis2 nabi. Saya pernah dipertemuan akhir sebelum beliau wafat , mohon untuk bergambar tapi beliau tidak izinkan atas alasan peribadi beliau. 

سلوك الاداب الاولى من امتثال الاوامر

Lagi pula, gmbar ini bukan saya punya, hanya ihsan dari ustaz fathoni juga. Dimana dia dapat saya pun tak tau.

غفر الله له و لي و لوالدينا و لجميع المسلمين .. امين ثم امين . الفاتحة.



Sunday, March 09, 2025

Maklumat rujukan 20 rakaat terawikh

Fathul Wahhab syrh Mahaj Thullab



 Fathul Wahhab syrh Manhaj Thullab


Hasyiah Baijuri Fathul Qorib. 


Hasyiah Qalyubi ala' Mahalli.


Dari buku 40 masalah agama kiyai sirajuddon abbas siri ke 5  tajuk 1 maslah tarawikh. 














Saturday, March 08, 2025

Berpegang dengan mazhab lebih munasabah. Jangan keliru.

 Tidak ada satu hadis sahih pun yg mengatakan Nabi solat tarawih hanya 8 mahupun 20 rakaat.


Ada hadis sahih yang kata 8 tapi maksud hadis itu tidak mesti 8 juga . Hadis ni telah dipegang golongan kaum muda dan Al Bani dengan kuat pada hal ulamak2 besar dari mazhab2 yang majoriti telah mengulas maksud hadis itu dengan detail mendapati adalah tidak dapat diconfirmkan nabi terawikh hanya 8 sahaja. Kemungkinan lebih dari 8 adalah munasabah dan dapat diterima semua umat. 


Sementara wujud pula Hadis sahih yang mengatakan nabi solat 8 kemudian ditambah 3 menjadi 11 tu ialah solat yang dilakukan oleh Nabi didalam Ramadhan dan juga luar Ramadhan... Ulamak mentafsirkan itu adalah solat witir bukan tarawih, kerana sebanyak-banyak witir itu ialah 11 rakaat. Nabi memang solat witir 11 rakaat kebiasaannya. Tambahan pula jenis solat yang ada dalam ramdhan dan diluar ramdhan dengan 11 rakaat itu bukan terawikh, sebab Terawikh tiada diluar ramdhan. 

Adapun mereka yang menetapkan 8 ini, mereka salah mentafsirkan tentang hadis solat witir Nabi itu, dan mula terpengaruh dengan yang dipegang dan  diamalkan oleh golongan kaum muda dan Aliran al Abani .

Ada hadis nabi terawikh 20 tapi sayangnya tidak dinilai sahih. Ulamak2 mazhab gunapakai juga hadis ini sebagai dalil tambahan kerana maksud hadis ini yang dhoif bukan rakaatnya tetapi berjemaahnya hingga 20 rakaat itu yang dhoif . Adapun rakaat nya tidak didhoifkan atas sebab kaedah mustholah iaitu bercanggah bilangan 20 dengan 8 sebenarnya bukan fokus didhoifkan hadis 20 itu.  Tambahan pula lafaz ثم dalam hadis 8 itu tidak menunjjukan pasti 8.  Bahas ini membuktikan tiada keputusan pasti dengan riwayat hadis 8 ini dapat dijadikan rasmi rakaat terawih mesti 8.

Jangan terkejut dalam Sahih bukhari tiada wujud lafaz 8 rakaat terawikh.

 Kerana Nabi tidak mahu  terawikh diwajibkan  atas umat, maka sebab itu  nabi solat dirumah pada malam-malam berikutnya dan tidak lagi keluar ke masjid sepanjang bulan itu, telah menyebabkan para sahabat beribadat infiradi (sendiri-sendiri). Bila Siti Aisyah mengatakan Nabi s.a.w beribadat dimalam malam hingga akhir bulan  itu,   Ini telah menjadikan tambahan tidak tahkiknya rakaat terawikh Nabi s.a.w. 

Jika mereka yang kuat berpegang 8  dengan alasan hadis sahih nabi terawikh 8 sahaja, tetapi tahukah mereka yang 8 itu nabi hanya terawikh sampai malam ke 3 ramdhan hingga malam ke 4 nabi tidak keluar ke masjid. Nabi dirumah. Maka bermula malam ke 4 seterusnya hingga akhir ramdhan adakah masih berterawikh 8 juga atas alasan ikut nabi?. Padahal tidak ada 1 pun hadis nabi terawikh malam ke4 dan seterusnya dgn 8 rakaat atau berapa... tidakkah itu suatu bid'ah yang tak ada sandarannya pula?


Setelah datangnya Zaman khalifah Sayyidina Umar , apabila melihat jemaah berpecah kumpulan solat tarawih, maka Sayyidina Omar himpunkan jemaah para sahabat dan sembahyang bersama satu imam sahaja dengan menetapkan bilangan 20 rakaat dan 3 witir... Total 23.

Ini sandaran kita.


Dan pada waktu itu, Saidina Osman dan Saidina Ali dan masih ramai para sahabat masih hidup menyaksikan terawikh berjemaah 20 rakaat itu.  mereka tidak menentang bahkan sepakat  menggangap  ini sebaik2 bid'ah (Nikmatu Bid'ah Hazihi), iaitu bid'ah hanya pada lafazi sahaja bukan bid'ah syrie. Demi kerana telah menyatukan Ummat.

  Bida'ah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar itu adalah berjemaahnya,  bukan rakaatnya. Sebab rakaatnya sekadar 8 itu confirm sunnah nabi Cuma ada kemunkinan  nabi menambah rakaatnya dengan bukti2 lain. Dan antara buktinya Perintah Saidina Umar serta persetujuan para sahabat semua.


 Kerana Nabi s.a.w juga bersabda, ikutlah aku dan khulafa Ar Rasyidin, 4 sahabat itu.

 Ini dikatakan ijmak sukuti.iaitu para sahabat besar telah ijmak termasuk khulafarurrashidin yang masih hidup setuju dengan 20 rakaat itu. 


Oleh kerana itulah jumhur Ulama' dan umat islam mengamalkan 20 rakaat kerana mengikut khulafa' Ar Rasyidin... Sehinggalah di Makkah dan Madinah pun... Solat 20 tarawih.


Nabi perintahkan kita ikut khulafaurrashidin dan para sahabat. Bukan ikut kaum muda, Albani dan mereka yang seangkatannya. 

Wallahu'alam...🙏🤲

8 rakaat tak jadi terawikh?







Bila itlaq rakaat terawikh adalah 20 rakaat dan sekurang2nya 2 rakaat. Iaitu dapat pahala bila berterawikh dengan kurang dari 20 rakaat.


Baru nampak seimbang

Ini yang dimaksudkan oleh ulamak fekah 4 mazhab seperti yang tercatit didalam beberapa kitab rujukan muktabar antaranya; Mizanul Kubro, Bughyatul Mustarsyidin dan Hasyiah al Baijuri. 

Wallahu a'lam


 Sepatutnya tidak perlu sebut 8 rakaat, sebab isunya yang di rad (ditolak) oleh para alim ulamak  semenjak dulu kala lagi bukannya kalau kurang 20 iaitu 8 rakaat atau 13  tidak jadi terawikh, tapi bila menetapkan terawikh hanya 8 bukan 20 itu yang dipopularkan oleh kaum muda dan dibangkitkan semula oleh Albani serta pengikutnya


 Sekarang sudah jadi trend suatu pengiktirafan secara tak langsung bila beri ruang parking khas untuk yang 8 rakaat ( dengan tak di sebut umum "kurang 20 raakat") dan peyediaan more khas untuk yg 8 rakaat bukan untuk yang kurang 20 rakaat. Cara begitu mengundang polimik yang akan jadi bertambah hangat , panas yang payah sejuk.

Sepatutnya  maslah 8 itu bila kita faham ada kaitan dengn kaum muda dan Albani sudah tentu  kita hindari menyebut no 8 .

 Sebut saja 

BERTERAWIKH KITA KURANG DARI 20 JUGA DAPAT PAHALA.

Dan sediakan parking

UNTUK YANG BERTERAWIKH KURANG DARI 20 RAKAAT.

Juga morenya

UNTUK YANG TERAWIKH KURANG 20 RAKAAT.


Point yang Sepatutnya   pada angka 8 tu bila ia nya ditetapkan sebagai terawikh semata-mata dan diberi ruang istimewa. Itu yg perlu dihindari dan diperjelaskan kenapa,  sebab angka tu  bermasalah dan ia mempunyai kronologi  gelap disisi alam melayu kita. 



Tuesday, March 04, 2025

Siram air sejuk atas kubur hukumnya sunat.


 Kalau kata semata2 membasah dan sejukkan atas kubur saja, itu bukan makna,  yang itu zohir, sudah terang nampak basahnya

maksud kalam fathul wahab ini yang dikatakan makna itu adalah tafaul.  و المعنى فيه التفاؤل بتبريد المضجع 

ertinya: Makna padanya (iaitu pada siraman air atas kubur) ialah tafaul dengan menyejukkan tempat pembaringan (iaitu lahad \mayat).



Thursday, November 28, 2024

Syarat menafsirkan Quran perlu ada 15 ilmu

METOD TAFSIR YANG AMANAH. Menafsir Quran mesti pandai 15 ilmu. Tidak cukup hanya pandai Grammar arab sahaja. - mafhum dari kalam Tuan Guru yang sangat alim al Allamah Sheikh Osman Jalaluddin Pondok Penanti. Tuan Guru yang sangat alim al Allamah Sheikh Osman Jalaluddin Pondok Penanti menulis dalam kitabnya مطالع الانوار و مجامع الازهر muka surat 235 ; [Berhajat bagi metafsirkan Quran kepada lima belas ilmu. 1. Ilmu Lughah Arab. Telah berkata Mujahid murid Ibnu Abas , tiada harus bagi seseorang bahwa berkata-kata ia pada tafsir bagi kitab Allah dengan ketiadaan ketahui ilmu lughah arab 2. Ilmu Nahu. 3.Ilmu tasrif. 4.Ilmu Isytiqaq. 5.ilmu Bayan. 6.ilmu Ma'ani. 7.limu Badi'. 8.Ilmu bagi segala Qiraat. 9 Ilmu ushiluddin. 10.Ilmu ushul fiqh. 11. Ilmu bagi sebab turun segala ayat dan segala hikayatnya. 12. ilmu bagi segala ayat yang nasikh dan segala ayat yang mansukh. 13. Ilmu Fiqh. 14. Ilmu segala hadis. 15.ilmu bagi pemberian Tuhan dan ialah mempesakakan oleh Allah ta'la bagi mereka yang beramal dengan barang yang mengetahui ia akandia. Maka barangsiapa yang metsfsirkan akan quran dengan ketiadaan sekelian ilmu yang tersebut itu nescaya adalah ia jumlah daripada metafsirkan akan quran dengan fikiran aqal yang ditegahkan darpadanya didalam segala hadis - Adapun segala Sahabat dan segala tabien maka adalah disisi merekaitu sekelian ilmu arab dengan tabiat ketiadaan berhajat kepada usha dan berlajar- Syarah Ihya dengan pendek.]. Komen hamba al fakir: Hubaya2 lah kita dengan cara mudah tafsir quran pada era mutakkhir ini. Hamba menambah- menurut kitab al kawakib al durriah, Ilmu bahasa arab ada 12 ilmu pula. Habib Osman Ben Yahya menasihati dalam risalah kecilnya [jangan mengajr tafsir quran kerana ilmunya sangat luas , jika tidak cukup ilmu alatnya]- aw kama qol. Wallahu a'lam.

Wednesday, November 20, 2024

Jangan benci kitab Ihya Ulumuddin

i.JANGAN BENCI IHYA ULUMUDDIN. ii. SEMAK SEMUA DARI AWAL HINGGA AKHIR. iii.JANGAN HANYA QURAN DAN HADIS SAHAJA, SEMAK SEMUA KITAB-KITAB ULAMAK MAZHAB EMPAT. - ANTARANYA , BILA MULA MENYEMAK KITAB TARIKH TASYARI' OLAHAN TUAN GURU YANG SANGAT ALIM MAKA HAMBA TERJUMPA ANTARA KALAM YANG MENARIK-. Tuan Guru Al Alim al Allamah Sheikh usman Jalaluddin , madrasah manabiul ulum pondok penanti , bukit mertajam menulis dalam kitab beliau, مطالع الانوار و مجامع الازهار، dimuka surat 145 beiau menulis; [Maka setengah daripada perkara yang ajib pada masa kami ini, setengah daripada kaum kami benci ia akan orang yang beramal dengan tasauf dan tarikat dan benci akan kitab-kitab tasauf seperti Hikam Ibni Ataillah dan Ihya Ulumiddin. Maka sesungguhnya telah berkata ulamak daripada empat mazhab " Barangsiapa benci kitab Tasauf seperti Ihya maka sanya Alamat diatas Bid'ah yang sesat yang terlekat didalam hati merekaitu"، seperti barang yang pada fatwa Sheikh Saed Ba Bashil mufti Mekah . Maka haraplah kami daripada kaum kami mempereksa perjalanan ugama daripada awal Islam hingga kepada masa kita nescaya hilanglah keliru dan kebesaran diatas kita dan tidak lagi mencerca setengah diatas setengah seperti barang yang telah terjadi sekarang ini. Dan jangan pereksa diatas setengah seperti barang yang telah terjadi sekarang ini. Dan janganlah pereksa daripada Quran dan Hadis jua, bahkan pereksa sekelian kitab darpada empat mazhab daripada ulamak salaf dan khalaf kerana tiada memadai dengan Quran dan Hadis jua, kerana kita bukan ahli bagi ijtihad mutlaq. Dan kerana kita tidak meliputi dengan ilmu hadis seperti ulamak salaf. ]. -kalam dari kitab Tuan Guru al Allamah Sheikh usman Jalaluddin Penanti.