Marhum Tuan Guru Rashid Wara' Madrasah Darul Hadia , kampong Carok Keriang , Tluban, Menora Fathoni Darua Salam.
( sebab asal s daud malau dari panji kelantan). Saya jawab kenal. Saya pernah duduk majlis kuliah mengajar s daud malau.
Tuan Guru Baba shid wara' rujukan para guru dizamannya.
Saya sempat mendapat izin beliau menjadi pelajar dipondok beliau walau sebentar, selama 3 hari. Selepas itu saya meyambung belajar pada murid tua beliau Baba Hasan Leweh di dok rok, kok chan, mayo Fathoni.
Tiga hari itu yang sangat bermakna buat saya, suatu masa yang tiada nilainya dengan harta benda dunia.
Saya sempat hadir kuliah beliau menadah kitab hikam, tafsir ibn katsir, kitab fekah fathul wahhab dan hadis bulughul maram. Walaupun sebentar , sangat barakah. Masih ingat fawaid yang baba sampaikan walau dua hampir 40 tahun lalu.
Mohon ampun pada baba dan minta maaf pada waris2 beliau sebab simpan gambar ni di blogspot , sebagai memori jangan sampai orang kemudian tidak terlintas lagi pada tokoh hebat ini. Pada saya memori ulamak guru2 kita adalah adab. Sekadar sekeping gambar, apalah sangat. Walaupun pada pegangan beliau gambar juga dilarang walau sekadar gambar bukan lukisan, termasuk larangan dalam hadis2 nabi. Saya pernah dipertemuan akhir sebelum beliau wafat , mohon untuk bergambar tapi beliau tidak izinkan atas alasan peribadi beliau.
سلوك الاداب الاولى من امتثال الاوامر
Lagi pula, gmbar ini bukan saya punya, hanya ihsan dari ustaz fathoni juga. Dimana dia dapat saya pun tak tau.
غفر الله له و لي و لوالدينا و لجميع المسلمين .. امين ثم امين . الفاتحة.
No comments:
Post a Comment