Tuan Guru Baba Rashid warak.Guru kepada guru saya Baba Hasan Leweh.
Saya sempat mengaji dengan beliau 3 hari dipondoknya di cerok keriang , Saiburi. FATHONI. Alhamdulillah.
Saya sempat mengaji dengan beliau 3 hari dipondoknya di cerok keriang , Saiburi. FATHONI. Alhamdulillah.
https://www.aliftaa.jo/fatwa/3698/%D8%AA%D9%81%D8%B5%D9%8A%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%88%D9%84-%D9%81%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%88%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D9%86?utm_source=chatgpt.com
Fitrah dengan beras itu keutamaan.
Maka kaedah yg diamalkan dengan asnaf bawa beras lalu dibeli dan dibayar, lalu pembayar fitrah kemudiannya di jadikan fitrah untuk dirinya .... kemudian asnaf jualkan semula pula beras yg diterimanya tadi kepada pembayar fitrah... begitulah seterusnya...adalah terbaik. Cara ini maknanya jalan mudah keluar dari hukum mazhab tidak sah byr fitrah selain dari mengunakan beras atau makanan asas yang menggenyangkan.(qut).
rujukan:
-KIfayatul akhyar- .
Berkata Sheikh Muhammad Nur dalam kitab Kifayatul Muhtadi:
Adapun jika ada baginya USHA yang bersepatutan dengan cukup belanja tetapi ia duduk belajar ilmu atau mengajar nescaya boleh mengambil zakat dan dibilangkan dia faqir juga.
-kifayatul muhtadi-
Juga didalam beberapa kitab lain tiada syarat mesti bijak atau hilangkan taraf fakir dan miskin jika sibuk dengan menuntut dan mengajar ilmu. antaranya:

- al fikrah Nahdhah fi Ushul wa Furu' Ahl Sunnah wal Jamaah- al bantani
Soal dan jawab.
1. Kenapa ada dikhabarkan Imam Ibn Hajar Al Asqolani menolak Ibn Arabi Al Shufi?.
Jawab:
Setiap bidang ada tokohnya.
لكل مقام رجال.
Imam Amirul Mukminin Fil Hadis , Ibn Hajar al Asqolani adalah tokoh dibidang ilmu Hadis dan tawarikh rijal Hadis. Beliau tidak menjadi rujukan utama dalam bidang Tasauf. Beliau tidak mempunyai karangan2 khusus dibidang tasauf. Hata ilmu fekah juga beliau tidak dirujuk oleh ulama fekah dalam pelbagai maslah rumit. Walau ada kitab fatwa beliau tetapi tidak dijadikan rujukan utama. Maslah-maslah fekah jika bercanggah pandangan kedua2 ibn hajar maka ilamak akan mendahulukan fatwa ibn hajar al Haitami pengarang Tuhfah , Syarah Irsyad dan fatawal Kubro.
Ilmu hadis dan rijalnya Ibn Hajat Al Asqolani lah maharaja. Sedunia Islam berabad telah menobatkan beliau.pada ilmu hadis.
Oleh demikian jika terjumpa pandangan2 Imam Ibn Hajar al.Asqolani pada bidang tasauf shufi ulamak islam akan mentakwilkan dan ihtimalkan kearah makna yang munasabah. Beliau kritik ibn Arabi atas maksud memelihara akidah awam dari jatuh terjerumus kepada salah yang merbahaya.
Beberapa rujukan penting dalam maslah ini.
( sebab asal s daud malau dari panji kelantan). Saya jawab kenal. Saya pernah duduk majlis kuliah mengajar s daud malau.
Tuan Guru Baba shid wara' rujukan para guru dizamannya.
Saya sempat mendapat izin beliau menjadi pelajar dipondok beliau walau sebentar, selama 3 hari. Selepas itu saya meyambung belajar pada murid tua beliau Baba Hasan Leweh di dok rok, kok chan, mayo Fathoni.
Tiga hari itu yang sangat bermakna buat saya, suatu masa yang tiada nilainya dengan harta benda dunia.
Saya sempat hadir kuliah beliau menadah kitab hikam, tafsir ibn katsir, kitab fekah fathul wahhab dan hadis bulughul maram. Walaupun sebentar , sangat barakah. Masih ingat fawaid yang baba sampaikan walau dua hampir 40 tahun lalu.
Mohon ampun pada baba dan minta maaf pada waris2 beliau sebab simpan gambar ni di blogspot , sebagai memori jangan sampai orang kemudian tidak terlintas lagi pada tokoh hebat ini. Pada saya memori ulamak guru2 kita adalah adab. Sekadar sekeping gambar, apalah sangat. Walaupun pada pegangan beliau gambar juga dilarang walau sekadar gambar bukan lukisan, termasuk larangan dalam hadis2 nabi. Saya pernah dipertemuan akhir sebelum beliau wafat , mohon untuk bergambar tapi beliau tidak izinkan atas alasan peribadi beliau.
سلوك الاداب الاولى من امتثال الاوامر
Lagi pula, gmbar ini bukan saya punya, hanya ihsan dari ustaz fathoni juga. Dimana dia dapat saya pun tak tau.
غفر الله له و لي و لوالدينا و لجميع المسلمين .. امين ثم امين . الفاتحة.
Fathul Wahhab syrh Mahaj Thullab
Hasyiah Qalyubi ala' Mahalli.
Dari buku 40 masalah agama kiyai sirajuddon abbas siri ke 5 tajuk 1 maslah tarawikh.
Tidak ada satu hadis sahih pun yg mengatakan Nabi solat tarawih hanya 8 mahupun 20 rakaat.
Ada hadis sahih yang kata 8 tapi maksud hadis itu tidak mesti 8 juga . Hadis ni telah dipegang golongan kaum muda dan Al Bani dengan kuat pada hal ulamak2 besar dari mazhab2 yang majoriti telah mengulas maksud hadis itu dengan detail mendapati adalah tidak dapat diconfirmkan nabi terawikh hanya 8 sahaja. Kemungkinan lebih dari 8 adalah munasabah dan dapat diterima semua umat.
Sementara wujud pula Hadis sahih yang mengatakan nabi solat 8 kemudian ditambah 3 menjadi 11 tu ialah solat yang dilakukan oleh Nabi didalam Ramadhan dan juga luar Ramadhan... Ulamak mentafsirkan itu adalah solat witir bukan tarawih, kerana sebanyak-banyak witir itu ialah 11 rakaat. Nabi memang solat witir 11 rakaat kebiasaannya. Tambahan pula jenis solat yang ada dalam ramdhan dan diluar ramdhan dengan 11 rakaat itu bukan terawikh, sebab Terawikh tiada diluar ramdhan.
Adapun mereka yang menetapkan 8 ini, mereka salah mentafsirkan tentang hadis solat witir Nabi itu, dan mula terpengaruh dengan yang dipegang dan diamalkan oleh golongan kaum muda dan Aliran al Abani .
Ada hadis nabi terawikh 20 tapi sayangnya tidak dinilai sahih. Ulamak2 mazhab gunapakai juga hadis ini sebagai dalil tambahan kerana maksud hadis ini yang dhoif bukan rakaatnya tetapi berjemaahnya hingga 20 rakaat itu yang dhoif . Adapun rakaat nya tidak didhoifkan atas sebab kaedah mustholah iaitu bercanggah bilangan 20 dengan 8 sebenarnya bukan fokus didhoifkan hadis 20 itu. Tambahan pula lafaz ثم dalam hadis 8 itu tidak menunjjukan pasti 8. Bahas ini membuktikan tiada keputusan pasti dengan riwayat hadis 8 ini dapat dijadikan rasmi rakaat terawih mesti 8.
Jangan terkejut dalam Sahih bukhari tiada wujud lafaz 8 rakaat terawikh.
Kerana Nabi tidak mahu terawikh diwajibkan atas umat, maka sebab itu nabi solat dirumah pada malam-malam berikutnya dan tidak lagi keluar ke masjid sepanjang bulan itu, telah menyebabkan para sahabat beribadat infiradi (sendiri-sendiri). Bila Siti Aisyah mengatakan Nabi s.a.w beribadat dimalam malam hingga akhir bulan itu, Ini telah menjadikan tambahan tidak tahkiknya rakaat terawikh Nabi s.a.w.
Jika mereka yang kuat berpegang 8 dengan alasan hadis sahih nabi terawikh 8 sahaja, tetapi tahukah mereka yang 8 itu nabi hanya terawikh sampai malam ke 3 ramdhan hingga malam ke 4 nabi tidak keluar ke masjid. Nabi dirumah. Maka bermula malam ke 4 seterusnya hingga akhir ramdhan adakah masih berterawikh 8 juga atas alasan ikut nabi?. Padahal tidak ada 1 pun hadis nabi terawikh malam ke4 dan seterusnya dgn 8 rakaat atau berapa... tidakkah itu suatu bid'ah yang tak ada sandarannya pula?
Setelah datangnya Zaman khalifah Sayyidina Umar , apabila melihat jemaah berpecah kumpulan solat tarawih, maka Sayyidina Omar himpunkan jemaah para sahabat dan sembahyang bersama satu imam sahaja dengan menetapkan bilangan 20 rakaat dan 3 witir... Total 23.
Ini sandaran kita.
Dan pada waktu itu, Saidina Osman dan Saidina Ali dan masih ramai para sahabat masih hidup menyaksikan terawikh berjemaah 20 rakaat itu. mereka tidak menentang bahkan sepakat menggangap ini sebaik2 bid'ah (Nikmatu Bid'ah Hazihi), iaitu bid'ah hanya pada lafazi sahaja bukan bid'ah syrie. Demi kerana telah menyatukan Ummat.
Bida'ah yang dimaksudkan oleh Saidina Umar itu adalah berjemaahnya, bukan rakaatnya. Sebab rakaatnya sekadar 8 itu confirm sunnah nabi Cuma ada kemunkinan nabi menambah rakaatnya dengan bukti2 lain. Dan antara buktinya Perintah Saidina Umar serta persetujuan para sahabat semua.
Kerana Nabi s.a.w juga bersabda, ikutlah aku dan khulafa Ar Rasyidin, 4 sahabat itu.
Ini dikatakan ijmak sukuti.iaitu para sahabat besar telah ijmak termasuk khulafarurrashidin yang masih hidup setuju dengan 20 rakaat itu.
Oleh kerana itulah jumhur Ulama' dan umat islam mengamalkan 20 rakaat kerana mengikut khulafa' Ar Rasyidin... Sehinggalah di Makkah dan Madinah pun... Solat 20 tarawih.
Nabi perintahkan kita ikut khulafaurrashidin dan para sahabat. Bukan ikut kaum muda, Albani dan mereka yang seangkatannya.
Wallahu'alam...🙏🤲
Baru nampak seimbang
Ini yang dimaksudkan oleh ulamak fekah 4 mazhab seperti yang tercatit didalam beberapa kitab rujukan muktabar antaranya; Mizanul Kubro, Bughyatul Mustarsyidin dan Hasyiah al Baijuri.
Wallahu a'lam
Sepatutnya tidak perlu sebut 8 rakaat, sebab isunya yang di rad (ditolak) oleh para alim ulamak semenjak dulu kala lagi bukannya kalau kurang 20 iaitu 8 rakaat atau 13 tidak jadi terawikh, tapi bila menetapkan terawikh hanya 8 bukan 20 itu yang dipopularkan oleh kaum muda dan dibangkitkan semula oleh Albani serta pengikutnya
Sekarang sudah jadi trend suatu pengiktirafan secara tak langsung bila beri ruang parking khas untuk yang 8 rakaat ( dengan tak di sebut umum "kurang 20 raakat") dan peyediaan more khas untuk yg 8 rakaat bukan untuk yang kurang 20 rakaat. Cara begitu mengundang polimik yang akan jadi bertambah hangat , panas yang payah sejuk.
Sepatutnya maslah 8 itu bila kita faham ada kaitan dengn kaum muda dan Albani sudah tentu kita hindari menyebut no 8 .
Sebut saja
BERTERAWIKH KITA KURANG DARI 20 JUGA DAPAT PAHALA.
Dan sediakan parking
UNTUK YANG BERTERAWIKH KURANG DARI 20 RAKAAT.
Juga morenya
UNTUK YANG TERAWIKH KURANG 20 RAKAAT.
Point yang Sepatutnya pada angka 8 tu bila ia nya ditetapkan sebagai terawikh semata-mata dan diberi ruang istimewa. Itu yg perlu dihindari dan diperjelaskan kenapa, sebab angka tu bermasalah dan ia mempunyai kronologi gelap disisi alam melayu kita.
maksud kalam fathul wahab ini yang dikatakan makna itu adalah tafaul. و المعنى فيه التفاؤل بتبريد المضجع
ertinya: Makna padanya (iaitu pada siraman air atas kubur) ialah tafaul dengan menyejukkan tempat pembaringan (iaitu lahad \mayat).