Thursday, December 19, 2013
Sunday, December 08, 2013
Friday, December 06, 2013
Friday, November 08, 2013
Thursday, November 07, 2013
Monday, November 04, 2013
Friday, November 01, 2013
KULIAH PENGAJIAN KITAB DI SELANGOR.
Dimaklumkan
setiap Ahad malam Isnin antara Maghrib dan Isya, kuliah tasawuf kitab
terjemahan mukaddimah Minhajul Abidin منهاج العابدين karangan Imam Ghazali r.a. Buku ini telah diterjemahkan oleh al Ustaz sendiri.
Yang akan disampaikan oleh al Ustaz Tuan Guru Haji Abdul Raof bin Nurin .
Tempat: Surau al - Muqarrabin Taman Perkasa Hulu Langat, Selangor.
Selepas itu majlis Akan disambung di office :
No. L1 - 16 , jln perkasa 1/2, Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.
Teks kitab yang dibaca adalah :
(1) Kitab Penawar Bagi Hati- Ilmu Tasawuf .
(2) Munyatul Musholli -Fekah.
Semua Muslim muslimat dijemput hadir.
Untuk makluman semua- Ustaz Haji Abd. Raof telah ditauliahkan untuk mengajar diseluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan semenjak beberapa tahun yang dulu lagi, cuma tidak pernah aktif mengajar disekitar Selangor dan Wilayah . Beliau juga adalah guru agama lepasan pengajian pondok .
Sekian.
Yang akan disampaikan oleh al Ustaz Tuan Guru Haji Abdul Raof bin Nurin .
Tempat: Surau al - Muqarrabin Taman Perkasa Hulu Langat, Selangor.
Selepas itu majlis Akan disambung di office :
No. L1 - 16 , jln perkasa 1/2, Taman Perkasa, Hulu Langat, Selangor.
Teks kitab yang dibaca adalah :
(1) Kitab Penawar Bagi Hati- Ilmu Tasawuf .
(2) Munyatul Musholli -Fekah.
Semua Muslim muslimat dijemput hadir.
Untuk makluman semua- Ustaz Haji Abd. Raof telah ditauliahkan untuk mengajar diseluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan semenjak beberapa tahun yang dulu lagi, cuma tidak pernah aktif mengajar disekitar Selangor dan Wilayah . Beliau juga adalah guru agama lepasan pengajian pondok .
Sekian.
Saturday, October 26, 2013
Monday, October 21, 2013
Buku Doa dan Amalan diMajlis Perkahwinan dan Kematian.
Mengandungi:
Susunan amalan dan doa yang sepatutnya dibaca dan diamalkan dalam setiap majlis Akad Nikah, dan mentajhiz kan mayat.
Ada antara amalan atau bacaan yang selalu diamalkan oleh para ulamak dan orang soleh disuatu zaman yang silam, tetapi telah lupus lenyap tidak terdengar lagi diamalkan oleh generasi kini. Antaranya bacaan selawat selepas pengantin diakadkan dan bacaan khutbah bertunang .
Tidak pernah terjumpa dimana-mana buku tulisan rumi maupun yang tulisan melayu jawi , ada menulis contoh khutbah bertunang, padahal amalan berkhutbah semasa bertunang adalah sunat.
Kebiasaannya , keluarga pengantin hanya akan berkhutbah mengikut apa yang terasa hendak dikemukakan sahaja, lantaran tiada sebuah buku pun yang ada untuk ditatap baca sebagai teks khutbah bertunang.
Padahal, contoh khutbah bertunang, khutbah ijab bertunang dan khutbah qobul bertunang telah begitu lama tercatit dalm teks kitab kitab klasik berbahasa arab.
Lantaran sangat susah untuk meletak baris baris pada setiap kalimat yang tertera didalam teks khutbah bertunang itu, munkin menyebabkan tiada orang yang mahu memberi perhatian kepadanya. Maka tertinggal lah ia, hingga hampir-hampir hilang dalam amalan masyarakat , melainkan dikalangan kelompok ahli ilmu tradisional khasnya sahaja terdapat beramalkannya.
Oleh yang demikian, usha2 murni membukukan amalan2 seperti itu sangat patut disokong dan diberi perhatian yang sewajarnya oleh peminat2 ilmu dan mereka yang cenderung dibidang amalan.
Sekian wassalam.
Thursday, October 17, 2013
Kuliah Di Masjid Jelai 1, ahad ini.
Adalah dimaklumkan majlis pengjian Ilmu
Tasawuf selepas maghrib di Masjid Felda Jelai 1, gemencheh , Tampin
Negeri Sembilan, akan disampaikan oleh Ustaz Haji Abd. Raof dari Pondok
Tampin , pada 20 oktober 1213, Ahad malam isnin ini.
TEKS KITAB ADALAH : TERJEMAHAN MUKADDIMAH KITAB MINHAJUL AABIDIN , IMAM AL GHAZALI- Yang diterjemah oleh Ustaz Haji Raof sendiri.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu dan amal ini.
TEKS KITAB ADALAH : TERJEMAHAN MUKADDIMAH KITAB MINHAJUL AABIDIN , IMAM AL GHAZALI- Yang diterjemah oleh Ustaz Haji Raof sendiri.
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir ke majlis ilmu dan amal ini.
Thursday, October 10, 2013
Assalamualaikum warahmatullah.
Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan sembahyang hariraya aidil adha untuk tahun ini, seperti biasa pada pukul 10 pagi. Takbir raya akan dimulakan pukul 9 pagi. kepada semua yang berhajat untuk hadir sembahyang bersama, sila ambil perhatian. sekian wasslam.
Wednesday, October 09, 2013
Buku Amalan dan Bacaan di Majlis Perkahwinan dan Kematian.
Berminat?.. Sila sms ke hp 0122535486.
untuk edisi kedua- insyallah dalam proses cetakan. Boleh order dulu.
Tuesday, October 08, 2013
Ibadah Korban 2013
Assalamualaikum,
Kepada sesiapa yang berhajat melaksanakan Ibadah Korban 2013 - Kambing/Lembu
1) Harga satu bahagian lembu : RM480 Harga Anggaran
*SILA AMBIL PERHATIAN : Ada kemungkinan kenaikan harga (tambahan duit) satu bahagian Lembu disebabkan oleh kesuntukan masa.
2) Harga seekor Kambing : belum dipastikan lagi.
*SILA AMBIL PERHATIAN : Ada kemungkinan kenaikan harga (tambahan duit) seekor Kambing disebabkan oleh kesuntukan masa.
Bg yg berhajat boleh menghubungi PondokTampin (Saudara Haniff - 0136905847) berserta maklumat-maklumat seperti berikut.
1) Nama Tuan/Puan :
2) Nama org yg melaksanakan ibadah korban :
3) No Telefon :
4) Berapa bahagian :
Majlis Ibadah Korban akan diadakan di PondokTampin, Tampin, Negeri Sembilan.. iaitu selepas sembahyang Aidil Adha..
Harap maklum.. Wallahualam
Wednesday, October 02, 2013
Teks kitab di jelai ditukar kepada kitab fikah Umdah al Muthotahhirin...
Teks Pengajian Ilmu Fiqah sebulan sekali di Felda Jelai 2 , ditukar ke kitab karangan al Ustaz sendiri, "Umdah".. Harap maklum.
Thursday, September 19, 2013
Zikir sebut ' " الله الله " bid'ah, tidak ikut kaedah bahasa arab?.
Memandangkan terkilannya hati yang sudah berpuluh tahun
terpendam didalam lubuk sanubari satu ketika dulu , bila kebetulan singgah
disebuah dimasjid di Bukit Mertajam, penceramah jemputan disitu sedang merepek
repek tentang berzikir dengan hanya sebut lafaz
"Allah Allah"
sahaja. Kata penceramah
bid'ah zikir begitu dan tidak difaham
maksudnya. Cakap tak lengkap. Serupalah kalau kita jumpa tok imam, bila sampai depan tok imam, kita pun cakap :
Tok Imam Tok Imam, Tok Imam Tok Imam .... Tok Imam pun dah pening dan tanya
" Hang nak apaa?."... Kalau hang nak kawin habak la , "Tok Imam
aku nak kawin". ..
Haa nampak. Sebabtu zikir lafaz Allah sahaja , tak boleh
. ... Habis al kisah.
Terkilannya saya masatu tidak dapat dikira lah. Mau rasanya
bangun ketika itu berdebat dengan penceramah . Kenapalah terlalu dangkal sangat
fahamannya yang cuba mencari pengaruh dikalangan orang kampung dengan
argumentasi dan analogi yang tersasar jauh
Jawapan yang sesuai kepada penceramah tersebut atau mereka
yang sama kefahamannya :
1. Zikir dengan lafaz
mufrad Allah Allah, tidak terkeluar dari kaedah ilmu NAHU, iaitu metod bahasa
arab yang fashih dan dapat difahami
maksudnya. Hebatnya ulamak melayu yang
entah berapa ratus tahun dulu lamanya , telah mencapai kesarjanaan iaitu tahap
keilmuan yang cemerlang, telah menulis dalam kitab mereka tentang zikir begitu
sebagai tidak bid'ah, jika di hadirkan
dalam hati ketika lidah menyebut Allah... Hati menghadirkan "
Ma'bud"- Ertinya " Yang
Disembah". Bila disusunkan ayat
penuhnya , jadilah - "Allahu
Ma'buud"- ertinya "Allah Yang
Disembah".
Kesimpulannya , zikir
dengan cara begitu sudah sempurna syarat-syaratnya sebagai Kalam Mufid, iaitu ayat atau kalam yang
berfaedah dan dapat difahami.
Perhatikan isi kitab Bidayatul Hidayah datas tu.
2. Lafaz الله yang pertama sebagi Mubtada, dan lafaz الله yang kedua sebagai
Khobar. Maka : الله الله , jika diterjemahkan jadilah " الله adalah
الله " .
Cara susunan ayat yang begini sebenarnya memang selalu
digunakan oleh Para Ahli Ilmu Islam , misalnya dalam ilmu hadis , ada dicatit
dalam kitab ilmu mustholah hadis, apabila ditanya tentang rijal yang sangat
terkenal teguh , contohnya : Siapakah Ibnu Ma'in?. Maka dijawab : "Ibnu
Ma'in Ibnu Ma'in" ertinya : "Ibnu Ma'in adalah Ibnu Ma'in"-
maksudnya, disebabkan Imam Ibnu Ma'in
sangat terkenalnya keteguhan beliau dalam ciri sebagai perawi hadis yang
thiqah, maka tidak memerlukan huraian yang panjang lebar lagi. Gukup dengan
" Imam Ibnu Ma'in ialah Imam Ibnu Ma'in " yang sudah cukup dikenali
siapa orangnya dan sifat-sifatnya.
Begitulah juga metod ayat dalam zikir " الله الله " - ertinya
" الله adalah الله " . Maksudnya : الله adalah الله
yang sangat dikenali.
Oleh yang demikian, tertolaklah perkataan dari mereka yang mengatakan tak sah ayat zikir, tidak
dapat difahami, tidak mengikut kaedah bahasa arab dan sebagainya .
Jika mereka minta rujukannya pulak?, habak depa, amboii
ambooi... cmnaaa laa pandai hadis sampai
tak jumpa pula nooo....
3. dan lain-lain lagi jawapan .
Friday, September 13, 2013
Sunday, September 08, 2013
Daurah Kitab Penawar Bagi Hati - 5 Oktober 2013
InsyAllah pada 5 Okt 2013, akan diadakan daurah pembacaan Kitab Penawar Bagi Hati.
"Kitab Penawar Bagi Hati telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.” Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini. "
Tempat: Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
Masa : 9 pagi - 6 Petang
Penyampaian Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abd Raof
"Kitab Penawar Bagi Hati telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al Indonisi al Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada waktu zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.” Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini. "
Tempat: Pejabat Agama Islam Daerah Tampin
Masa : 9 pagi - 6 Petang
Penyampaian Oleh : Al-Fadhil Tuan Guru Haji Abd Raof
Kelas Pengajian Bulanan Kitab Kasful Litham - Tafaqquh Guru Takmir bulan Sept 2013
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Dimaklumkan:
Kelas Pengajian Kitab Kasful Litham untuk bulan September 2013 akan diadakan
pada 29-9-2013. Bersamaan Hari Ahad, di Dewan Kuliah Pejabat Agama Daerah Tampin.
Waktu kelas bermula jam 9.30 pagi hingga 12 tengahari.
Kepada mereka yang berkenaan dan yang berminat sila ambil perhatian.
Tuesday, September 03, 2013
fatwa-fatwa kontemporari pondok di jawa?
Barakah Kanjeng Sunan Ampel.... semasa ziarah, seorang sahabat terjumpa buku ni.. sangat menarik..
banyak isu baru dibahas dan dijawab dengan rujukan kitab2 turas 2 tiga ratus tahun keatas...
Antara Masalah2 yg dibahas:
1. Hukum Talkin orang hampir mati dengan kalimah ALLAH, ALLAH tidak kalimat tawhid.
2. Kemalangan jalanraya, yang terbunuh, dan derebarnya adakah qisas?.
3. Mudaharabah.
4. Murabahah.
5. Hukum Emas putih?. terlarang untuk lelaki memakainya?.
6. Wali nikah anak zina.delima?..
7. Ada apa dengan POLITIK?..
8. Teori Darwin..?
9. Wahabi tidak kafir?
9. Wahabi tidak kafir?
dan lain2..
Yang tertarik, kita memfokuskan, kandungan isinya berpasakkan kitab2 turas, seperti, bujairimi iqnak, al mahalli, al majmuk , bughyah al mustarsyidin..hasyiyah jamal fathul wahhab, tuhfah, mughni , nihayah dan sebagainya dari kitab2 yang jadi urujukan utama (referensi) para ulamak pondok , ulamak pakai kain, jubah dan soroban...
Biasanya kita dengar , golongan tradisional tidak gemar campur isu2 global. yang
lebih tertumpu pada rubu' ibadah... Allahu allah.. musta'an.
Sunday, September 01, 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)